New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

25 November 2009

"Tiada Maaf Bagimu....."

Assalamualaikum.....

Chin Peng dilarang pulang ke Malaysia. Muktamad, tiada maaf bagimu!

Walaupun saya tidak hidup dizaman pemerintahan Komunis Chin Peng tetapi filem Bukit Kepong tetap terpasak kemas difikiran saya. Sampai sekarang bila menonton filem lakonan & arahan Jins Shamsudin itu perasaan saya tetap berkobar2 & bersemangat srikandi lebih2 lagi bila melihat isteri2 polis turut sama melawan komunis habis habisan ketika itu.

Tambahan lagi filem itu dilakonkan di daerah kelahiran saya. Kampung saya Jementah berhampiran dengan Bukit Kepong. Malah Balai Polis iaitu tapak peninggalan peristiwa kekejaman komunis itu masih ada sampai sekarang.

Ketika filem itu dilakukan pengambarannya, saya masih menetap di salah satu tempat filem itu diadakan iaitu di Kebun Bahru. Salah seorang cina disitu yang juga kenalan abah saya berlakon sebagai komunis. Punyalah masyarakat disitu marahkan komunis, hingga selepas menonton filem itu, cina yang berlakon sebagai komunis itu dibenci oleh penduduk kampung.

Saya masih kecil ketika itu, tetapi kejadian itu diceritakan semula oleh abah saya, lebih2 lagi bila filem itu diulang tayang. 

Selain kisah2 Bukit Kepong, abah saya turut juga bercerita kisah beliau hidup dizaman jepun. Selain menghadapi kekejaman komunis, hidup dizaman jepun juga amat menyiksakan. Saudara kembar abah saya seorang perempuan meninggal gara2 tidak cukup makanan. Beras yang ada hanya diberi kepada anak lelaki, sebaliknya anak perempuan lebih diberi makan ubi kayu hingga kembong perut.

  
 Chin Peng yang dilahirkan pada  21 Oktober 1924  ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua. 

Sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng bukan berasal dari China , tetapi beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan Perak yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

 
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.

Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

 
Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

 
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

 
Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

 
Cubaannya untuk kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP. Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.") . Ia turut disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas dasar perikemanusiaan .

Chin Peng telah membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh (bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.

Sumber Mama Moden dari : Wikipedia Ensiklopedia Bebas




24 November 2009

Wanita Menjadi Punca Kaum Lelaki ke Neraka?!

Assalamualaikum.....

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

* Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam. 

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

* Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana . 

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

* Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat. 

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

* Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya. 

 
.
.
.
.
.
.
.
.

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ." 

23 November 2009

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat....

Assalamualaikum....
(  Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)
Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.

Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.

Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.
Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.

Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.

Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.

Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.

“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.
Alfatihah.....


Indahnya Akhlak Rasulullah....

Assalamualaikum.....


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.. 

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang. 

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....  Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.  Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. 

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Bayi Gergasi Malaysia

Assalamualaikum.....

Adnin sejurus selepas dilahirkan, 4.1kg

tempat letak baby di hospital tu, ngam2 je dia dok

Pengalaman saya melahirkan anak ke 7, seberat 4.1 kg amat mencemaskan. Bila diberitahu doktor sehari sebelum melahirkan bahawa berat bayi 3.7 kg saya memang cemas & takut. Doktor pula mengatakan saya mungkin perlu melakukan pembedahan, kerana setelah 2 biji ubat dimasukkan pun saya masih belum merasa sakit bersalin. Tetapi mendengar berita pagi tadi, ada seorang ibu melahirkan bayi seberat 6.15 kg, melalui pula proses kelahiran normal, wah! ibu ini memang hebat!

CHANGLUN - Percaya atau tidak, dengan mengamalkan memakan buah kedondong setiap hari sewaktu mengandung, seseorang ibu mungkin melahirkan bayi dengan berat yang luar biasa.



Itulah apa yang berlaku ke atas Aisha Bee Yasin, 35, yang melahirkan bayi seberat 6.15 kilogram (kg) kelmarin.

Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 1.15 pagi itu dipercayai antara bayi terbesar pernah dilahirkan di Malaysia.

Aisha Bee yang berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang bukan setakat menjamah sebiji buah kedondong. Setiap hari dia memakan sekilogram kedondong selain memakan dua kuntum bunga ros merah bermula daribulan kedua kehamilan.

"Saya tidak makan nasi kecuali nasi lemak. Selain kedondong dan bunga ros, saya makan roti dan minum susu. Adakalanya saya menjamah laksa atau tosai.

"Rutin saya setiap hari ialah makan kedondong dan bunga ros. Ahli keluarga lain tidak boleh sentuh buah itu, saya seorang sahaja yang makan," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini semalam.

Aisha Bee, seorang suri rumah, memberitahu, sebelum ini sepanjang mengandung empat anaknya yang lain, dia mengidamkan timun dan lobak tetapi kali ini makanan itu langsung tidak disentuh.

Katanya, bunga ros mudah dibelinya di sekitar Changlun tetapi buah kedondong terpaksa dibeli oleh suaminya, Mohd. Ali Khan Razali, 41, di Alor Setar dan Pulau Pinang.

Tambahnya, mengikut sejarah, keluarganya tidak pernah melahirkan bayi sebesar itu kecuali anak keempatnya, Nur Hasyimah yang seberat 5kg ketika dilahirkan.


22 November 2009

Bila Cinta Hanya Sekadar Tanggungjawab.....

Assalamualaikum.....

Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )

Dimanakah kemanisan, keindahan dalam kehidupan rumahtangga jika kasih sayang & cinta yang dipupuk selama ini bertukar sekadar menjadi satu tanggungjawab semata2!

Bagaimanakah lagi kebahagiaan hidup mahu dikekalkan jika tiada lagi kepercayaan, kerjasama, saling  memahami antara pasangan.

 
Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kita.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan, jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.

Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.

Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.

Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.

Ingat disetiap waktu ada orang yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati.

Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.

Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.

Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.

Cinta yang dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.

Jangan sesekali membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan sesekali menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan sesekali menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara ibu dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

bolehkah cinta yang telah retak, bercantum semula

.

.

.

.

.

tanpa ada luka & parut seperti ini



21 November 2009

Bila Hati Telah Retak.....

Assalamualaikum.....

Bila Kain Koyak, Boleh Dijahit.....

Bila Tali Putus, Boleh Disambung.....

Tapi Bila Hati Telah Retak.................................


Ibu Bapa Penjana Pendidikan Anak2 : Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum....

Sempena dengan cuti persekolahan yang bermula hari ini, tentu rumah setiap ibu bapa akan penuh dengan anak2 yang sedang bercuti panjang. Yang mana setiap pagi tiada dirumah akan mula berada dirumah sepenuh masa, yang diasrama akan pulang kerumah, yang dikolej2 Universiti juga akan mula berkampung dirumah.

 
Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Setiap kita mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Kita menginginkan supaya kehidupan keluarga kita sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukacita bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cuti sekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.

Tetapi bagaimanakan dengan ibu bapa ? Adakah masa yang dapat mereka luangkan untuk memenuhi musim cuti sekolah ini bersam-sama dengan anak-anak mereka ? Adakah mereka membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di seluruh negara sempena kempen ‘cuti-cuti Malaysia’? Walauapa pun, bagi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancangan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah.

Dalam masyarakat tradisional, suami isteri mempunyai peranan khusus iaitu suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah. Dan apabila pulang dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra, bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Televisyen dn komputer berfungsi menjadi teman karib anak-anak.

Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.

Anak-anak remaja pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Jesteru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih saying dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih saying perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak. Walaupuan ibu bapa bekerja, itu bukanlah alasanuntuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga menjadi insane yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.

Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-

Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu. 

Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi. 

Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional. 

Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan. 

Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan. 

Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca 

Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak. 

Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama 

Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan .

Balik Kampung???

 

Sudah 6 Tahun.....

Assalamualaikum.....

Hari ni anak ke 6 saya, Nurul Adilah Farihah sudah berusia 6 tahun. Seakan masih terasa baru semalam saya melahirkan dia. Dalam kekalutan membuat kuih raya, kalut p Hospital Bersalin Pulau Pinang ikut jalan jauh sedangkan saya sudah merasakan saat melahirkan hampir tiba ketika itu.

Kerana jarak yang agak jauh antara kakak & kak cik, 6 tahun, saya mengalami alahan yang teruk. Alahan yang sama saya alami seperti mengandungkan anak sulung dulu. Makan apa semuanya muntah balik. Pening, sakit kepala & sebagainya. Mana lagi menghadapi ujian yang amat berat.... Syukurlah saya mampu hadapinya hingga disaat2 melahirkan.

Kelahirannya amat mudah. Paling mudah antara semua anak2 saya yang lain. Sakitnya cuma seketika. Sehari sebelum bersalin saya masih gagah memandu kereta dari Tanjong Tokong ke Telok Bahang mengambil keputusan UPSR Angah. Masih bergelut buat kuih raya, masih mampu berpuasa hingga kehari terakhir saya melahirkan.

Saya merasakan semuanya berkat khasiat buah kurma yang saya amalkan sepanjang mengandungkan kakak yang jatuh pada bulan Ramadhan. Syukur padamu YaAllah.

Dan hari ni, dia bertanyakan kek harijadi. Saya berjanji pada kakak nak raikan ulangtahun kakak di Pizza Hut. Tunggu tata balik, boleh p rai sekali. 

Semoga kakak terus menjadi anak yang baik, berguna pada agama, bangsa & negara. menjadi anak solehah. Amin...

20 November 2009

Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki?!!

Assalamualaikum.....
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? 

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan? 

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat. Dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki? 

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. 

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. 

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan & kehodohan perhubungan. 

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. 

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. 

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. 

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal menggatal, kenyit mengenyit kala di bangku sekolah, telah ada yang kini sudah disunting, menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. 

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyusup jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. 

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. 

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati. Untuk dimulia, disayangi dan dicintai. 

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya. 


Semoga kita semua telah & akan diketemukan dengan jodoh yang baik... amin....



19 November 2009

Tahniah Anakku.....

Assalamualaikum.....

Anakku, Tahniah atas kejayaanmu hingga ketahap ini. Tiada apa yang mama harapkan, semoga kau terus berjaya dalam setiap lapangan yang diceburi dimasa kini atau dimasa akan datang.

Alhamdulillah, akhirnya segala hasil usaha & penat lelah Kak Cik berbaloi2 dengan keputusan yang dia perolehi hari ini. Mendapat A bagi BM Pemahaman & Penulisan & juga Matematik dan B bagi subjek Sains & Bahasa Inggeris, adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi saya untuk anak ke 5 saya ini. 

Ternyata tangisan Kak Cik dibahu saya pagi tadi, adalah tangisan dia puas hati dengan keputusan yang dia perolehi. Ternyata sudah tertulis ini sahaja rezeki dia.

Bagi saya, debarnya saya ke sekolah bagi memberi sokongan untuk melihat keputusan dia tadi adalah sama debarnya semasa saya meneman Kak Uda 4 tahun yang lepas.

Secara peribadi saya juga tidak menjangka keputusan Kak Cik begini. Saya menjangkakan dia mungkin akan mendapat keputusan yang kurang elok dari sekarang memandangkan Kak Cik memang agak lambat sikit menangkap pelajaran yang diajar.

Ternyatalah setiap anak tidak sama tahap pencapaiannya. Bila Babanya mesej lebih awal bagitau keputusan Kak Cik, YaALlah saya mengucap syukur pada Allah. 

Tahniah juga pada rakan2 Kak Cik di SKTT. Sesungguhnya ini hanyalah permulaan untuk ketahap yang selanjutnya.

Kemana Kak Cik selepas ini?..... 

Tungguuuuu................................................

17 November 2009

Cinta Sihat vs Cinta Sejati

Assalamualaikum…..

Dari kecil lagi kita telah disogokkan dengan cerita-cerita yang mempunyai ending “happily ever after” seperti Cinderella, Snow White dan all those princess stories. 

Andai bercerita tentang cinta dan perhubungan, rata-rata semua gadis dan wanita akan mempunyai objektif yang sama, iaitu mencari Mr Right atau si cinta sejati yang romantis dan membahagiakan. 

Realitinya, ranjau di sepanjang perhubungan menyukarkan, menyulitkan. Walau Romeo & Juliet yang dinobatkan dunia sebagai pasangan cinta sejati paling popular sekalipun tidak ditakdirkan bersama akhirnya, meragut nyawa sendiri atas nama cinta. 

Atau umpama kisah cinta dalam filem Cinta arahan Kabir Bahtia yang memaparkan kisah Harris (Rashidi) yang yakin beliau telah berjumpa dengan cinta sejati, akhirnya remuk berkecai hati dikecewakan si isteri, Airin (Rita) yang mempunyai affair di luar. 

Mungkin sudah sampai masa untuk kita review tentang pencarian cinta sejati dan lebih memberi fokus kepada cinta yang lebih relevan di masa kini iaitu membentuk cinta yang sihat. 

Istilah pasangan sempurna itu tidak wujud, tidak kiralah anda popular seperti The Beckham atau anda pasangan Serasi Bersama; kesempurnaan dalam perhubungan atau percintaan itu hanya seperti loga maya di tengah padang pasir. 

Akan lebih berjaya sesuatu perhubungan jika pasangan memberi tumpuan untuk memupuk cinta yang sihat. Bunyinya mungkin kurang romantik berbanding perkataan sejati tetapi jika dipraktikkan, bukan sahaja cinta anda akan sihat untuk mengekalkan perhubungan, namun cinta akan berkembang mekar umpama bunga yang sering dibaja dan dijaga rapi. 

Formula perhubungan secara teorinya mudah sahaja! What we put in is what we get back. Jangan berikan batu jika kita inginkan permata. Untuk mewujudkan cinta yang sihat, anda harus bermula dengan memasukkan semua elemen sihat dalam perhubungan. 

Cakap-cakap tuturkata perlu sihat, tingkahlaku sopan santun kena sihat, perasaan dalaman dan raut wajah tampilkan yang sihat-sihat, pendek kata berikan kesihatan yang baik kepada cinta. Andai badan memerlukan kabohidrat, air, serat, protein dan segala vitamin, mulakan sesebuah perhubungan dengan 7 vitamin cinta yang mudah tetapi mujarab hasilnya! 


Vitamin Pertama : Hormatilah semua aspek pasangan kamu. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahan. Jika ada yang tidak berkenan di hati, sampaikan dengan cara yang baik agar hati pasangan tidak diperlekeh. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang bermula suci gebu akan musnah akhirnya. 


Vitamin Kedua : Percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga, dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta akan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta anda bukan cerita penyiasatan atau CSI yang perlu disiasat teliti ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi, dan betul atau tidak apa yang diceritakan. Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai dirimu? Percayalah.. 


Vitamin Ketiga : Keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia di dalam hati. Rahsia yang banyak umpama kanser yang bersarang di hati dan sukar dirawati. 


Vitamin Keempat : Di dalam bercinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan, dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini hingga pada esok harinya. 

Vitamin Kelima : Yang jangan diabaikan ialah keadilan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan, tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata tohmahan sedangkan hati si pasangan setia dengan kamu sahaja! Tidak adil jika kamu tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa kamu hanya untuk dia seorang. 


Vitamin Keenam : Cinta yang sihat bukan untuk menjadikan dua insan individu yang serupa. Kamu punya identiti tersendiri; bina dan bentuk personalitimu agar kamu menjadi diri kamu sendiri dan bukan orang lain seperti yang dia mahu. Aku cintakanmu kerana kamu adalah kamu dan kerana kamu bukan diriku! 


Vitamin Ketujuh : Cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap; kadang-kadang tidak bercakap bila perlu juga ialah komunikasi yang baik. Maknanya, anda perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pasangan anda untuk menghasilkan cinta yang sihat. Sebagai contoh, jangan dibelikan cintamu bunga jika dia tidak menggemarinya hanya kerana semua jejaka memberi bunga kepada cinta mereka. 


Cinta atau perhubungan yang dibekalkan dengan vitamin cinta akan menghasilkan cinta yang sihat, segar dan bertenaga. Tidak perlu penat mencari dan menunggu cinta sejati yang tidak kunjung pasti, sebaliknya amalkan cinta dan perhubungan yang sihat untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.  


15 November 2009

Pengat Mee Siput

Assalamualaikum.....

Masa suami saya singgah di Kampung saya tempohari, saya minta dia belikan mee siput Johor. Dah lama tak makan, teringin pula.

Mee Siput Johor ni lain dari yang ada kat Penang ni. Lain bentuk & lain juga rasanya. Lebih dikenali dengan nama mee sanggul.  Selalunya saya suka goreng saja, makan dengan sambal kicap. 

Tapi saya teringin nak buat pengat, atau orang utara panggil serawa. Buat pengat macam Mak saya selalu buat di bulan puasa dulu2. Saya rasa dulu tiap2 hari Mak saya buat dibulan puasa. Sekarang dah 20 tahun saya tak makan pengat mee siput ni.

Saya buat pengat mee siput campur dengan pisang sikit. Masukkan sagu biji. Boleh tahan juga sedapnya. 

Masa tanya Atam saya aritu, camna nak lembutkan mee siput ni sebelum dimasak pengat, Atam kata kalau buat kirim sikit kat dia. Hah! Atam, ni Mama Jun dah post kat blog ni... Ambil lah ye... :)

pengat mee siput 

mee siput goreng

yang ni mee siput utara, lebih dikenali sebagai mee sanggul

Jamuan Akhir Tahun

Assalamualaikum.....

Jika pagi tadi saya ke sekolah merai Hari Anugerah, tengaharinya pula saya sekeluarga diajak suami ke Majlis Jamuan Akhir Tahun SKTT di Hotel Evergreen, Gurney.

Jamuan bermula jam 12 - 3 petang. Cadangnya saya, Kak Teh, Kak Cik, Kakak & Nin jer yang ikut tapi sebab Kak Uda pun balik dari asrama minggu ni, dia pun ikut sama. Baba kena keluar bajet tambahanlah  untuk Kak Uda. Saya risau juga, dahlah dok mengira hari je ni. Dari haritu, masa baba ajak p, saya kata kalau tak ada duit tak payah p lah, abang je p. Tapi suami saya kata jomlah p semua, bukan selalu makan di hotel. 

Selalu memang macamtu, setiap kali ada jamuan jarang suami tak bawa kami ikut serta. Dia kata tak tergamak, dia makan sedap2 tapi isteri & anak dok dirumah. Kalau ada peluang & kesempatan memang kami ikut serta. Pernah masa group sepak takraw buat BBQ, kami ingat majlis bersama keluarga rupa2nya kami je yang hadir sekeluarga. Mulanya saya & anak2 dara saya malu2 nak join tapi sebab geng2 sepak takraw tu sempoi2 kami pun kuranglah sikit rasa malu tu. Terima kasih bang...

Punya tahan perut dari pagi tak makan apa. Disekolah pagi tadi pun saya hanya minum teh 0 & kuih sebiji. Rugi lah kalau tak makan sungguh2, RM40 satu kepala tu! Tapi saya, Kak Uda & Kak Teh je kena cas. Baba, Kak Cik, Kakak & Nin free.

Betul2 jadi macam kucing, meratah lauk je. Nasi sebiji pun tak masuk. Kakak & Nin pulun makan aiskrim.

Makanan bolehla tahan, tapi menurut Cikgu Mieja yang agak kerap makan di sana, makanan pada hari khamis lebih sedap. Mungkin tukang masak lain2 kot.

Apapun peluang sekali sekala makan di hotel tidak saya lepas. Lagipun biar berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Jom Layan Gambar.....














Usaha Di Semai, Hasil Di Tuai.....

Assalamualaikum.....

Pagi 14 November, sebagai AJK PIBG Sek Keb Tanjong Tokong saya diundang ke Hari Anugerah & Kecemerlangan yang bermula jam 8 pagi. Oleh kerana tiada ucapan2 yang meleret2, pukul 10 majlis dah tamat. Ringkas, padat tapi meriah dengan persembahan dari anak2  didik & juga merasa bangga melihat anak2 didik SKTT yang menerima hadiah kecemerlangan hasil usaha penat lelah mereka bertungkus lumus belajar.


doa dihulur mohon keberkatan majlis

 

Guru Besar baru SKTT, Tuan Ilyasa Abdul Rahman

persembahan nasyid anak2 murid SKTT turut disertai kak cik yang dah seminggu berlatih dirumah dengan uniform ni dihadapan cermin

persembahan muzik

tarian endang oleh kanak2 Pra Sekolah yang turut disertai kakak yang membuat kaki saya melangkah juga ke majlis ini pagi tadi

Sempena kempen 1 Malaysia, tarian berbilang kaum digalakkan, tetapi harap Ustaz & Ustazah juga pihak sekolah lebih prihatin pada penglibatan anak2 ketika persembahan.

tarian bollywood dari anak2 kecil ini amat meriah tetapi pemakaian 'nande' di dahi perlu dielakkan kerana ia melibatkan kepercayaan  masyarakat India yang beragama Hindu

Dari  segi tarian & pakaian tidak menjadi masalah, saya terus menyuarakan hal terlepas pandang ini kepada pihak sekolah sebaik habis tarian anak2 melayu Islam ini agar dilain kali pihak sekolah lebih prihatin

deklamasi sajak yang penuh perasaan

pertunjukan silat mengakhiri persembahan

antara penerima anugerah khas murid cemerlang UPSR 2008 yang mendapat 5 A

Adik Sakinah, anak cikgu di SKTT

5 A UPSR 2008 Adik Addin

Tokoh Akedemik 2009

tokoh kokurikulum 2009

Ketua Pengawas Sekolah menerima sijil penghargaan atas khidmat bakti mereka

antara penerima kecemerlangan, anak salah seorang AJK PIBG

Syabas, tahniah buat cikgu2, ibu bapa & murid2 SKTT atas usaha anda selama ini...