Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 29 April 2012

Awal -awal kumpul...aman..Bila penghujung...berterabur..Taktik ghopa-ghopanya

Kehadiran kami pada mulanya tidaklah diganggu seperti mana waktu Bersih 2.0 berlangsung. Tiada serangan emosi dengan meletakkan polis-polis dengan ramai sewaktu di stesen-stesen komuter seperti mana Bersih 2.0. Rombongan mAklong memang dipermudahkan Allah perjalanan kami. Syukur. Yang bestnya kali ini mAklong bawak mak mAklong pergi di atas semangatnya sendiri. Semakin membaralah semangat mAklong adik beradik. Mak mAklong cakap kalau tak pergi tak rasa kemanisan berjuang.Waktu kena tempias-tempias asap dari polis,terkebil-kebil mak mAklong menelan kemasinan garam kasar yang kami bawak bagi menghilang rasa pedih asap.Syahdu rasanya mAklong melihat semangat mak mAklong. Semoga Allah membalas usaha kami yang kerdil dan sedikit ini bagi merbersihkan sistem sedia ada kepada yang lebih baik,walaupun ada kata2 sinis yang menggelar kami PEMBANGSAT BERSHIT NEGARA. Walaupun rombongan mAklong tidak memakai baju kuning sebagai langkah berjaga-jaga,tetapi hati kami masih sama sebagaimana kuningnya Kuala Lumpur pada hari semalam.

Lagi gambar di Fb Pas Ipoh Timur












.

Khamis, 26 April 2012

Sekitar Ramah Mesra Blogger PAS Perak





Restoran Simpan Tiga, Green Town - Satu Program Ramah Mesra Bersama Blogger PAS telah berjaya dijalankan dengan sessi taaruf dalam program dua hala dan sambil santai, yang di hadiri dari blogger-blogger terkenal lagi tegar menghentam UMNO/BN. Cuma bagi sedikit pesanan kepada yang hadir pada malam ini, Allah s.w.t berfirman:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (QS al-Israk : 36)

Lagi Allah s.w.t berfirman:

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا ﴿٥٣﴾

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (QS al-Israk : 53)

WAllahua'alam ....

Khamis, 19 April 2012

Dataran Merdeka di dalam Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.Wilayah Persekutuan itu dikuasai Pakatan Rakyat.

Tinggal 9 hari lagi ke Perhimpunan Bersih 3.0. Setakat ni cuma ada komen-komen kecil daripada pemimpin BN mengenai BERSIH 3.0. Mungkin dema tak nak promosi lebih-lebih pasal BERSIH 3.0 kot.Tapi pada hari- hari dekat dengan BERSIH 3.0 nanti,dema-dema yang cabul mulut mesti cakap...Alaaa buatlah BERSIH 3.0 tu dekat dengan negeri PAKATAN RAKYAT. Dema tu cakap tapi tidak berfakta...Fikiran beku...atau buat- buat beku. Itu sebab Tun Mahathir kata UMNO ni tak ada orang bijak pandai yang nak masuk UMNO. Dema- dema kena ingat yang tempat yang hendak dibuat BERSIH 3.0 tu adalah di bawah Wilayah penguasaan Pakatan Rakyat. Jadi janganlah hendak sibuk kata Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan itu tempat kome.Tak percaya meh sini tengok.

Jumaat, 13 April 2012

Gambar Sekitar Banjir di Kampar












mAklong mendoakan agar mudah2an ALLAH memberikan kesabaran di atas mereka yg ditimpa ujian ini dan digantikan dengan perkara yg lebih baik. amin. Sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada mangsa banjir di sana bolehlah inbox message di fb Halimatun Abd Wahab.

Allah SWT Berfirman:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (QS Al-Anfal : 25)

WAllahua'alam ....

Rabu, 11 April 2012

Penjenayah BERSIH terbolos....oppps tersilap

Lagi cerita di sini

Macam mana boleh terbolos?Penjenayah berbahaya tu.Setau mAklonG polis Malaysia kan antara polis yang tercekap.Daripada pengamatan mAklong semasa mengikuti demo-demo yang dianjurkan oleh NGO ataupun oleh Pakatan Rakyat,kalau tertangkap bukan main jaganya polis dengan dema.Itu dema tak ada senjata berbahaya,hanya berbekalkan air liur.Ini penjenayah berbahaya.Mengapa boleh terbolos.Fikir-fikirkanlah. Atau polis hanya boleh jerkah peserta-peserta demo sahaja. Wallahua'lam

Selasa, 10 April 2012

WAJIB kekalkan pemerintahan PAS di Kedah.

Aduhhhh...Rasa malu mAklonG tengok gambar ini. Orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkan minyak yang dikatakan "percuma".Pada pandangan kasar mata mAklonG ,kalau tak silap,mAklonG terpandang ramai orang kita,Melayu Islam dari yang lain-lain.Haii..adik kakak,abang,makcik,pakcik..Tak boleh ambik minyak tu..Dahlaaa orang tu terkena musibah..Kita tambah lagi musibah tu.Patutnya kita bantulah dema yang terkena musibah bukan buat dema menderita lagi...Nampak gayanya rakyat Kedah wajib pertahankan pemerintahan PAS sebab masih terdapat rakyatnya masih belum terdidik dengan sumber halal,haram dan subahah. Untuk kes ni mAklonG setuju dengan Dato' Najib yang cakap jangan tukar pemandu..Tapi untuk negeri Pakatan Rakyat jer..Sebab pemandu pakatan rakyat kan pemandu yang masih muda...Dia kena ada banyak pengalaman.Barulah cekap.Tapi kalau pemandu di negeri Barisan Nasional,eloklah dituko sebab udahler dema tu udah tueee, dah dibagi peluang idak pandai-pandai hendak memerintah negara. Itu sebab jadi macam cerita kat atas.Klik kat sini untuk cerita sebenar. Mungkin kita tak boleh menghukum mereka sewenang-wenangnya.Mereka yang tidak terdedah dengan ilmu-ilmu mengenai hukum halal-haram,mereka mungkin beranggapan yang kejadian ini adalah peluang???Lihatlah masih ramai rakyat yang terpaksa mencari peluang yang datang dihadapan mata untuk menyara kehidupan seharian. Mereka tidak ada kepandaian dan modal untuk berniaga lembu hatta berniaga balak. Kesimpulannya jangan tukar pemandu di Kelantan,Kedah,Pulau Pinang maupun di Selangor kerana sekiranya kamu tukar pemandu di negeri ini maka kamu akan berputih mata...Yang pasti syarikat minyak ini tentu tengah menimbang-nimbang sama ada mereka hendak tukar pemandu atau rehatkan pemandu?Tapi kalau mengikut laporan akhbar, bukan salah pemandu. Salah orang yang melanggar lori berkenaan. Jadi AWAS, pemimpin BN akan guna alasan ini untuk mereka kekal memerintah.Bukan salah kami,kaut harta negara tapi salah rakyat yang memilih kami untuk kekal.Uiiiishh..sakit tak hati anda.So bulatkan tekad anda untuk tukor dema supaya dema dapat jadi pembangkang yang baik nanti.Wallahua'lam.

Sabtu, 7 April 2012

Ahlan Wasahlan Wa Marhabam bikum ila PAS ya Aishah


mAklong ucapkan selamat datang penyanyi Aishah ke dalam PAS. Jadilah Duta kecil dari golongan artis untuk mengajak rakan artis yang lain untuk bersama PAS. Cuma mAklong nak pesan, bila Aisyah dah duduk dan sudah berceramah di stand PAS,macam-macam ujian akan hadir.mAklong doakan agar Aisyah terus istiqomah dalam usaha untuk meneruskan perjuangan Islam.Selain ujian,lepas ni penuhla jadual jemputan ceramah merata-rata di seluruh pelosok negara. Kalau dulu mungkin orang sibuk nak dengar persembahan nyanyian Aisyah tapi sekarang orang akan sibuk nak dengar persepsi perjalanan politik dari kacamata seorang insan yang bernama artis. Harap-harap kalau Ipoh Timur jemput tak tolak yer!!!






Selasa, 3 April 2012

Pengunjung kata murah, Penari kata murah,Pak Menteri pun kata TAKPA murah.....

Luahan hati pengunjung - Alaaaa murahnya kalau nak pi tengok....buktinya. cerita selanjut di sini
Luahan hati si pelaku - alaaa dendanya bukan banyak pun...buktinya

Maka bergembiralah makhluk ini

Bertambah gembiralah lagi makhluk atas tu sebab si polan ini cakap........ klik kat sini ceritanya

Ermm pening jugak mAklong mikiooo ( kata orang Perak) kata-kata si menteri di atas ni. mAklonG nak tanyaler jugak, berapa ramai pegawai kaunselor diletakkan di pusat-pusat hiburan bagi memberi kaunseling pengunjung-pengunjung atau pekerja-pekerja pusat hiburan yang beragama Islam tu???Apa tunggu dah diusung bawak kebilik,sudah ada adengan-adengan yang terlarang baru nak di kaunselingkan ker???Huhuhuhu...Panas-panas....panas lagi api neraka..Allahuakbar!!!

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia