Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 29 September 2011

masa depan sekolah agama rakyat makin malap ....


JOHOR BARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan agar Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya di Johor menyertai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran bagi membolehkan mereka menikmati peruntukan dan bantuan Kerajaan Pusat. Lagi kat sana.

Apa tujuannya ? Supaya UMNO/BN dapat memantau dan mengawal sekolah-sekolah ini dari melawan kerajaan. Bila sekolah-sekolah ni dah disogok dengan duit, senang la barua-barua Amerika ni nak kawal sekolah-sekolah ni. Duit .... ibarat tali yang menyucuk hidung lembu. Ceritanya ada lagi kat sini.

Ingatlah, sabda Nabi s.a.w ini :

عَنْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ ....( رواه الترمذي )

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)...." (HR Tirmizi)

WAllahua'alam ....

Selasa, 27 September 2011

SHAM KAMIKAZE BERSAMA ANAK MUDA IPOH TIMUR

Lain dari program-program sebelum ini. Program Santai bersama Sham Kamikaze begitu membuatkan anak muda dan masyarakat setempat begitu teruja untuk menonton penampilan istimewanya setelah berubah kepada transisi yang lebih positif dan islamik dalam penampilan tutur bicara dan kehidupan sehariannya.Kredit kepada Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur yang mencuba mempelbagaikan bentuk program yang dianjurkan bagi tujuan seruan dakwah untuk mendekati golongan muda. Pada malam tadi,bukan sahaja geng-geng ustaz,pakcik-pakcik dan makcik-makcik begitu kusyuk mendengar cerita pengalaman Sham Kamikaze berubah kepada fitrah,tetapi turut mengundang geng-geng orang muda untuk turut menghayati pengalaman berharga saudara sham." Semua yang terjadi kepada saya pada hari ini adalah berkat doa seorang ibu selama 35 tahun untuk melihat anaknya menjadi "orang",itulah antara luahan pengalaman yang dikongsi oleh Saudara Sham Kamikaze bersama kami pada malam tadi.Turut meraikan program bersama Sham adalah Penyelia DUN Sg Rapat, Ustaz Radhi Zainon bersama YDP Pas Kawasan Ipoh Timur, Ustaz Azmi Murad.

YDP Pas Kawasan Ipoh Timur bersama Ustaz Radhi Zainon dan Sham Kamikaze
Penampilan istimewa daripada Sham kamikaze buat peminat


Antara koleksi gitar sham kamikaze
Antara geng muda yang hadir
Sesi penceritaan pengalaman bagaimana Saudara Sham boleh berubah
Seorang penonton yang bertanyakan soalan semasa sesi dialog bersama Saudara Sham Kamikaze

Ramai jugak peminat Sham Kamikaze ni yer.. :) mAklonG mendoakan agar Sham Kamikaze istiqamah dalam menyampaikan seruan da'wah kepada orang-orang muda. Tahniah DPP Ipoh Timur.

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾

"Dan sesiapa yang berpaling (tidak istiqamah) dari pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." (QS Az-Zukhruf : 36)

WAllahua'alam ....

Rabu, 21 September 2011

BODOH sangat pun, padan muka hang !!!!

klik pada gambar

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno. Lagi di situ.

Sebagaimana yang telah dijanjikan Allah s.w.t :

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ﴿١٤﴾

"Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedangkan hati mereka itu berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." (QS Al-Hashr : 14)

tidak mengerti maknanya BODOH. WAllahua'alam ....

Selasa, 20 September 2011

selepas kaum cina dan india, makin bertambahlah kaum di negara ni .....


Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.

Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.

Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah [www.ngoab.gov.bd] . Lagi kat situ.

Laman yang dimaksudkan ni sebenornya dah pun kena padam dek APCO yahudi. Sebabnya TAKUT kerana SALAH. Allah s.w.t berfirman :

قُلْ إِن تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٢٩﴾

"Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menzahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS Ali-Imraan : 29)

WAllahua'alam ....

Khamis, 15 September 2011

Bernaung Dibawah Kerajaan Kafir !!!!

Kementerian Pelajaran akan mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebaik sahaja kementerian itu memiliki jumlah guru bahasa Inggeris yang mencukupi, untuk dihantar ke seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun yakin perkara itu dapat dilaksanakan dalam tempoh tidak berapa lama lagi selepas prestasi mengenai program pengambilan guru pakar dari United Kingdom dan Amerika Syarikat dibentangkan. Lagi kat situ.

Takde gunanya lepas ni kita sambut merdeka. Maksud merdeka bebas dari penjajahan kerajaan yang kita tak suka. Bernaung bermaksud rela dan suka diperintah oleh sesebuah kerajaan.

Terbukti Malaysia memang negara kafir yang suka dinaungi oleh sebuah kerajaan kafir serta mengagung-agungkan cara hidup dan bahasa mereka. Belajar bahasa asing tidak salah, tetapi yang salah dan tak kenanya bila mewajibkan sesuatu bahasa itu melebihi keperluan rakyat. Ambik sahaja contoh negara Jepun, mereka berjaya membina tamadun bangsa mereka itu sendiri tanpa mengagung agungkan bahasa lnggeris yang dianggap internasional. Inikah yang dikatakan negara kita tidak dijajah. Tapi mAklonG tak heran sebab kita tengokler UMNO tu apa maknanya? Oh Malaysia tanah air ku..... Inikah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya ?

Allah s.w.t Berfirman :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam (sebagai cara hidup), maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi (di dalam neraka)." (QS Ali-Imran : 85)

WAllahua'alam ....

Rabu, 14 September 2011

10 Tahun Sebelum Merdeka ....


Bahagian Pertama

Bahagian Kedua

Bahagian Ketiga

Bahagian Terakhir

mAklonG baru tahu, astarghfirullahal'azim, rupa-rupanya semenjak mAklonG sekolah tadika sampai la abih sukatan pelajaran subjek SEJARAH di sekolah rupa-rupanya kena tipu dengan Kementerian Pelajaran bawah UMNO/BN .... celaka dema ni !!!!

Moh pakat nengok dokumentari kat ataih ni, baru le kome tau rupa-rupanya British dengan UMNO/BN tu sedara rapat macam adik-beradik. Lepas tu puak-puak United Munafiqin National Organisation ni kata, Malaya berada di bawah naungan British. MasyaAllah !!!!!

Allah s.w.t. Berfirman :

۞ أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ .... ﴿١١﴾

"Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab ...." (QS Al-Hashr : 11)

p/s : untuk pengetahuan, Great Britain/United Kingdom merupakan bangsa Inggeris-Yahudi yang membangunkan negara Israel Laknatullah. WAllahua'alam ....

Isnin, 12 September 2011

Anak Kling yang BODOH !!!!


Jumaat lalu, Zainal (atas) pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Lagi di sana.

Apa punya bangang la puak-puak munafik ni. Allah s.w.t Berfirman:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ ﴿١٣﴾

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (QS Al-Baqarah : 13)

WAllahua'alam ....

Ahad, 11 September 2011

Warna warni Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan:Tawaran PAS

Warna warni disekitar program Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS. Program berlangsung di Dewan Dato' Fadhil Noor, KUIZM Taman Melewar bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir sehingga pukul 5.30 ptg.


















Lagi cerita di sini

Sabtu, 10 September 2011

A picture tells a thousand words: Aura Mat Sabu di Taiping

Hangat...hangat.. Walaupun mAklong tak pergi dengar secara live tapi kehangatan isunya masih dapat dirasai. Tak tauler mAklong nak kabo.. Lagi banyak orang buat laporan, anto memorandum,buat demo... lagi ramai yang nak tau kisah-kisah tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah disebut-sebut oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu. Bak kata orang putih... A picture tells a thousand words... itu kalau yang datang seribu orang... Kalau lebih,makanya lagi banyak ribu satu-satu gambo tu boleh cerita... lebih kurang macam tu ler.
sumber gambar kredit pada: facebook Hassan Changkat Ibol & Pas Taman Kuningsari.

Allah s.w.t berfirman :

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ﴿٨١﴾

"And say: "Truth has (now) arrived, and Falsehood perished: for Falsehood is (by its nature) bound to perish." (QS Al-Isra' : 81)



Selasa, 6 September 2011

Jin And Iblis Syaitan !!!!


"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily. Lagi di situ.

Jais tu apa ? Jin And Iblis Syaitan ? Siapakah yang suka benor menghalang agar Islam dihentikan dan di sekat ? Renung-renungkanlah .....

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٣٢﴾

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (tipu daya) mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (QS At-Taubah : 32)

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka (tipu daya), sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (QS As-Shaff : 8)

WAllahua'alam ....

Ahad, 4 September 2011

berapa trillion lagi harta dia anak beranak selain dari cincin 24 juta ?


Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban, bukan yang botak tu) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc). Lagi kat sana.

Agak-agaknya, PM kita nak tak isytihar harta dia pada umum, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia ? Allah s.w.t berfirman :

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ ﴿١﴾ حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ ﴿٢﴾ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٣﴾ ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٤﴾ كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ﴿٥﴾ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ﴿٦﴾ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ﴿٧﴾ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ ﴿٨﴾

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" (QS At-Takasur : 1-akhir Ayat)

WAllahua'alam ....


Sabtu, 3 September 2011

Merdeka Versi Zunar

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung mAklonG Sufina. Sudah 4 hari kita beraya. Raya tahun ni juga kita menyambut Hari Kemerdekaan. Takrif merdeka ni ada macam-macam takrifan. Bagi mAklong, mAklong hanya rasa merdeka setelah mAklong dapat memasuki syurga Allah, InsyaAllah, mudah mudahan. Itu semua atas Rahmat Allah. Selagi dok di dunia ni, belum merdeka sebenar-benarnya. mAklonG juga tertarik dengan sisi takrifan merdeka yang ditakrifkan oleh kartunis zunar... ermm kreatif. Salah atau benar, itu adalah pandangan dari kacamata beliau. Negara merdeka yang sebenornya seperti yang takrifkan oleh para ulama' dalam kisah Kerajaan Negri Saba' yang pernah merdeka dalam kerajaan Islam., firmannya :

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ ﴿١٥﴾

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun." (QS Saba' : 15)

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia