Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 23 Julai 2011

lagi bukti SPR memang KOTOR !!!!

klik pada gambor atau klik di pautan ini ini http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx kemudian taipkan no IC pengundi tu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menegaskan bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil, telus serta bebas daripada campur tangan kerajaan. Lagi kat situ.

Segala penipuan yang dilakukan oleh sekutu-sekutu UMNO/BN termasuklah SPR satu demi satu Allah SWT akan Membongkarnya. Kerana kebenaran itu berada di pihak kita. Allah SWT Berfirman :

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿١٢٣﴾

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri pembesar-pembesar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya." (QS Al An'aam : 123)

Selasa, 19 Julai 2011

SPR & Utusan : KOTOR !!!!

klik pada gambor atau klik di pautan ini ini http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx kemudian taipkan no IC pengundi tu

"Pada pilihan raya itu berlaku tsunami politik hingga menyebabkan BN hilang majoriti apabila pembangkang menang di 82 kerusi Parlimen. Lima negeri jatuh kepada mereka. Apa lagi yang kotor?,'' katanya. Lagi di sinun.

Kome bersihkan apa yang tertera kat gambar kat atas tu dulu baru boleh cakap banyak !!!!

Allah SWT Berfirman :

سَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ إِذَا انقَلَبْتُمْ إِلَيْهِمْ لِتُعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ فَأَعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ إِنَّهُمْ رِجْسٌ ۖ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٥﴾

"Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka); oleh itu berpalinglah dari mereka kerana sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan kufur) dan tempat kembali mereka pula ialah Neraka Jahannam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan." (QS At Taubah : 95)

WAllahua'alam ....

Ahad, 17 Julai 2011

tidur itu mati.... MATI itu tidur .....


Syaiullillahi humul Fatihah ....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin ....
Bagi orang-orang yang beriman, itulah hakikatnya, rehat dengan aman yang sebenar-benarnya ialah di saat mati itu tiba, kepada Al Marhumah Dr Lo' Lo', mAklonG doakan semoga rohnya berada tingkatan 'Illiyin yang tinggi bersama-sama para syuhada' yang lain. Amin. Rehatlah di sana dengan tenang, Amin Ya Robbal'Alamin.

Allah SWT Berfirman :

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٤٢﴾

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (QS Az Zumar : 42)

[1313]. Maksudnya: orang-orang yang mati itu rohnya berada di dalam simpanan Allah sehingga tidak dapat kembali semula masuk ke dalam tubuhnya; dan orang-orang yang tidak mati hanya tidur sahaja, rohnya dilepaskan semula sehingga dapat masuk semula ke dalam tubuhnya.

WAllahua'alam ....

Jumaat, 15 Julai 2011

sebijik macam zionis !!!!

Tanpa menghiraukan tekanan antarabangsa mahupun dalam negara terhadap tindakan kerajaan ke atas peserta himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mempertahankan pendiriannya bahawa polis menggunakan tekanan minimum dengan hampir tidak ada langsung hubungan dengan semua penunjuk perasaan. Lagi kat situ.

Memang sebijik macam zionis la perangai si botak tengah ni !!!! Dah berak terang-terang tengah jalan masa tengahari buta kemudian orang nampak, tak mahu mengaku pulak tu tahi dia.

Allah SWT Berfirman :

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ﴿٥٨﴾

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang beriman lelaki dan beriman perempuan tanpa kesalahan yang tepat mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang amat nyata." (QS Al-Ahzab : 58)

WAllahua'alam ....

Khamis, 14 Julai 2011

kenapa PDRM ikut perangai Tentera Regim Zionis Israel Yahudi?


Laporan itu adalah kerana terdapat beberapa warga Yahudi Israel yang telah masuk ke bilik server PDRM di Bukit Aman. Lagi kat sana.

Allah SWT sekeras-kerasnya Melarang kita umat Islam mengikut perangai dan jejak langkah yahudi. Ini tidak, dipanggilnya lagi masuk ke dalam negara dan membantu pentadbiran negara. Itu sebabnya sekor-sekor anggota PDRM ni tak ubah macam zionis yahudi yang dilaknat Allah ni.

Allah SWT Berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab (yahudi), nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman." (QS Ali Imraan : 100)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٥١﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (QS Al Maaidah : 51)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ (رواه مسلم)

"Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata,Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Riwayat Muslim)

Ikut yahudi jadi yahudi.... WAllahua'alam ....

Isnin, 11 Julai 2011

dari lensa mAklonG : kehebatan TENTERA Allah !!!!

di awal perjalanan kami
tetiba makin ramai bawah flyover ni
makin lama makin ramai
makin ramai
eh .... dari mana mereka ni semua
sampai depan balai polis jalan maharajalela, jadi puluhan ribu
ace...ceh..ceh .... takutnya ....

Allah SWT Berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا ﴿٩﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan." (QS Al Ahzab : 9)

WAllahua'alam ....

Selasa, 5 Julai 2011

apa barang berhimpun ????


Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium. Lagi di sana.

Berhimpun di stadium sudah semesti ianya bukan tuntutan jihad yang sunnah sebagaimana di lakukan oleh para sahabat dan Rasullah SAW. Ingatlah, hampir setiap peperangan jihad yang dilakukan oleh baginda SAW dengan cara berjalan kaki bukannya berhimpun di satu tempat dalam satu tempoh yang lama. Pembukaan Kota Makkah yakni kemenangan Islam menakluki Kota Makkah juga dilakukan secara berjalan kaki.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسَمَ فِي النَّفَلِ لِلْفَرَسِ سَهْمَيْنِ وَلِلرَّجُلِ سَهْمًا ﴿رواه مسلم﴾

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.: Bahawa Rasulullah saw. membahagi-bahagikan hasil rampasan perang untuk perajurit berkuda sebanyak dua bahagian dan untuk perajurit pejalan kaki satu bahagian. (Shahih Muslim No.3308)


Nampak gayanya lambat lagi la nak menang ke Putrajaya. WAllahua'alam ....

Ahad, 3 Julai 2011

batu api sifat SETAN


Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Muhamad Aizat Bahrudin menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Mohd Ali yang mahukan kerajaan Persekutuan melucutkan kewarganegaraan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga. Lagi di situ.

Menghasut dan Batu Api memang perangai syaitan. Allah SWT Berfirman :

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا ﴿٥٣﴾

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (QS Al Israak : 53)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 1 Julai 2011

UMNO HINA AGONG ....


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya bukan sahaja menahan sesiapa yang menggunakan kemeja-T Bersih 2.0 tetapi kemungkinan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja menggunakan apa juga cara untuk mempromosikan perarakan haram. Lagi kat situ.

Dr Lee Boon Chye ditangkap sebab memakai t-shirt warna kuning yang tiada kaitan langsung dengan mempromosikan Bersih semalam. Klik sini. DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Dipertuan Agong yang berpakaian serba kuning itu pun dikira mempromosikan Bersih 2.o ke? Ampun Tuanku....

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا .... ﴿١٢﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.... " (QS Al Hujurat : 12)

WAllahu'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia