Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 30 Mei 2011

cerdiknya melayu tu ....

Pengarah Jabatan Logistik merangkap Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah menyerahkan tugas kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Isnin. -Foto BERNAMA. Lagi di sana.

Bagguuuuussss. Inilah tindakan melayu Islam yang sangaaaaaatttlah cerdik. Kah kah kah ....

Allah SWT Berfirman :

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَ‌ٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ .... ﴿٢٨﴾

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi wali[192] dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun ...." (QS Ali Imraan : 28)

[192]. Wali jamaknya auliyaa: bererti teman yang akrab, juga bererti ketua, pemimpin, pelindung atau penolong.

WAllahua'alam ....

Khamis, 26 Mei 2011

rakyat yang bodoh akan mengundi calon wakil rakyat yang bodoh ....


sekadar gambar hiasan

Dan harus diingat, strategis dan aktivis Umno tidak akan duduk diam menunggu takdir. Di samping taktik kotor jangka pendek seperti memanipulasi senarai daftar pemilih, maka sentimen, psikologi dan emosi pengundi khususnya masyarakat Melayu akan "dipermainkan", selain tradisi politik wang yang menjadi nadi kempen Umno-BN. Lagi di sana.

"Makcik tetap nak undi hak lame juge," itulah kata-kata seorang tua yang mengundi di saluran 1 diketika mAklonG menyertai program penculaan diketika PRK Bukit Gantang dulu. Hak lame tu maksudnya parti gambo kapal layar ataupun dacing le.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya di telinga ni. Geram rasenye. Nak buat macamana, dah le tua tengin bodoh pulak tu. Rasulullah SAW pernah bersabda :

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِوبْنِ الْعَاصِ رَضِيَ الله عَنْهُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ الجُهَالأ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا ﴿رواه مسلم﴾

Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan cara mencabutnya begitu saja dari manusia, akan tetapi Allah akan mengambil ilmu dengan cara mencabut (nyawa) para ulama, sehingga ketika Allah tidak meninggalkan seorang ulama pun, manusia-manusia yang bodoh akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh yang apabila ditanya mereka akan memberikan fatwa tanpa didasarkan ilmu lalu mereka pun sesat serta menyesatkan." (Hadis Shahih Muslim)

WAllahua'alam ....

Isnin, 23 Mei 2011

tunggu GILIRAN ....


Zaki, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang keenam pada 18 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad. Bernama juga melaporkan Zaki dimasukkan ke IJN hari ini selepas mengadu sakit dada. Lagi kat situ.

Tak lama le ni, insyaAllah. Bawak-bawak le bertaubat. Ingat, Allah SWT ada Berfirman :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٨٨﴾

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (QS Al Baqarah : 188)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 21 Mei 2011

suruh Ismail Sabery & Najib naik basikal ....


Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92. Lagi di sinun.

Ngapa tak dibanding dengan Negara Zimbabwe ke atau Burkina Faso ke ? Tahniah kepada die hard supporter UMNO. Sokong la depa lagi .... Nabi SAW pernah bersabda :

عن أَوْسَ بن شُرَحْبِيلَ رضي الله عن ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ مَشَى مَعَ ظَالِمٍ لِيُعِينَهُ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ ظَالِمٌ ، فَقَدْ خَرَجَ مِنَ الإِسْلامِ. ﴿رواه الطبراني﴾

Daripada Aus bin Surajil r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa berjalan bersama seorang yang zalim untuk membantunya dan dia mengetahui bahawa orang itu zalim maka dia telah ke luar dari agama Islam." (HR At Thabrani)

Keluar dari Islam = KAFIR !!!! WAllahua'alam ....

Khamis, 19 Mei 2011

UMNO + porno = UMporNO

“Tindakan Umno ini sangat keji. Anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut. Mereka tidak fikirkan sensitiviti dan kepentingan umum. “Mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita. Semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat dan lucah. Ini akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat kita. Remaja-remaja dan belia kita, terutamanya anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti. Lagi di sana.

UMNO, parti lucah, keji dan kotor. Allah SWT Berfirman :

۞ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢١﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS An Nuur : 21)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 14 Mei 2011

tengin tahap gaban !!!!!

border="0"
“Saya hairan, Rahim Thamby Chik apabila datang semua buat solat sunat, jam 4.15 petang. Asar tak masuk lagi tak apalah. Mungkin solat tahiyatul masjid. Tapi kenapa solat satu rakaat, takkan solat witir,” kata Ustaz Shamsul Firdaus. Lagi di situ.

Tu namanya tengin tahap kayu. Dah lah bodoh nak menunjuk dan berlakon drama konon 'alim warak tapi kantoi. Rasulullah SAW pernah berpesan :

عن جُنْدُبًا الْعَلَقِيَّ رضي الله عنه قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُسَمِّعْ يُسَمِّعْ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ ﴿رواه مسلم)


Hadis riwayat Jundub Al-Alaqiy ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa mencari populariti - untuk dipuji - dengan amal perbuatannya, maka Allah akan menyiarkan aibnya dan barang siapa yang riak - menunjuk-nunjuk - dengan amalnya, maka Allah akan menampakkan riaknya." (Shahih Muslim No.5305)

WAllahua'alam ....

Khamis, 12 Mei 2011

UMporNo : tipu dan selamanya menipu ....


"Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Lagi di situ.

Takde nye yang betui. Semunya menipu, itulah UMNO. Allah WT Berfirman :

فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ﴿٧٧﴾

"Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta." (QS At Taubah : 77)

WAllahua'alam ....

Selasa, 10 Mei 2011

alasan tengin .....


Mohd Zain berkata pengguna juga perlu melihat secara positif berikutan kenaikan harga gula itu kerana ia boleh mengelak orang ramai daripada menggunakan gula dalam kuantiti yang banyak, sekaligus dapat menghindarkan mereka daripada penyakit. Lagi kat situ.

Baguuuiihhhh dok ada. Macam-macam alasan bila nak rompak duit rakyat. Nak naikkan harga minyak dah biasa sangat naik, takut rakyat mengamuk. Untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dengan berkongsi kenderaan dan naik pengangkutan awamlah, macam-macam.

Sama juga dengan kes gula naik ni. Yang hakikinya, UMporNO/Be End dah tadak duit. Apa lagi rompak duit rakyat le jalan senangnya.

Rasullulah SAW pernah bersabda :

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." - HR. Ath-Thabrani

WAllahu'alam ....

Ahad, 8 Mei 2011

Dimana Bumi Dipijak Disitu ISLAM Dijunjung !!!!


Pada 8hb September 2008, Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, Sdr Lim Kit Siang dan saya sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bersama menegaskan Pakatan Rakyat menjunjung prinsip asas Perlembagan Persekutuan, antaranya adalah seperti yang termaktub dalam Perkara 3 iaitu Islam Sebagai Agama Persekutuan. Lagi di sana.

Kerana apa ? Semuanya kerana Islam itu adalah Agama yang Tertinggi. Allah SWT Berfirman :

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (QS Ali Imraan : 139)

WAllahua'alam ....

Rabu, 4 Mei 2011

perompak besor .....


“Kita sudah membangkitkan banyak kali tentang isu ini sebelum ini apabila Rosmah melancong ke luar negara mengguna wang rakyat, tetapi isu yang lama masih belum dijawab. Lagi di situ.

Ni mencuri namanya. Saidatina Aisyah ra. pernah melihat Nabi SAW bertindak ke atas seorang pencuri :

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُقْطَعُ يَدُ السَّارِقِ إِلَّا فِي رُبْعِ دِينَارٍ فَصَاعِدًا

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. (Shahih Muslim No.3189)

Masalahnya, berapa jumlah yang dah hilang kena curi tu ? WAllahua'alam ....

Isnin, 2 Mei 2011

yahudi memang suka kalau pejuang Islam mati ....


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan Ahad dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Lagi di sinun.

Macam gitulah perangai Yahudi yang amat membenci Islam, bila mana ada saja pejuang-pejuang Islam yang mati terkorban maka bersorak-sorai si yahudi kerana nyalaan cahaya Islam semakin malap. Tapi haru diingat Allah Berfirman :

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٣٢﴾

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (QS At Taubah : 32)

WAllahua'alam ....

Ahad, 1 Mei 2011

The TRUE Munafik ....


Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya. Lagi di sana.

Orang munafik memang suka bersumpah dengan nama Allah. Allah SWT Berfirman :

وَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنَّهُمْ لَمِنكُمْ وَمَا هُم مِّنكُمْ وَلَـٰكِنَّهُمْ قَوْمٌ يَفْرَقُونَ ﴿٥٦﴾

"Dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum yang pengecut." (QS At Taubah : 56)

WAllahua'alam ....

Ayam Berkokok Berciciran Najib ... eh Najis ....


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Lagi kat sana.

Kah, kah, kah bangang. Hang jaga Chua Soi Lek tu dulu ..... klik sini. Allah SWT Berfirman :

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْ ۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا ﴿٦٦﴾

"Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): Bunuhlah diri kamu sendiri atau keluarlah dari tempat kediaman kamu[314] , nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka)." (QS An Nisaa : 66)

[314]. Bermaksud : Negeri, kumpulan atau Jama'ah.

WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia