Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 29 Disember 2010

Undi POS : talian hayat terakhir UMNO/BN ....


Calon PAS di Dun Bukit Bunga, Jeli, Sufely Abdul Razak pernah mendakwa peti undi pos disimpan di dalam kem tanpa ada jaminan kawalan keselamatan selepas pengundian dijalankan. Lagi di sana.

Ini lah talian hayat terakhir UMNO/BN jika di semua peti undi biasa mereka kalah. Marilah kita berusaha supaya dapat dimansuhkan sistem undi pos ini kerana dengan jalan inilah membolehkan mereka menipu untuk terus berkuasa.

Allah SWT Berfirman :

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا ﴿٦٤﴾

"Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.[861]" (QS Al Israak : 64)

[861]. Maksud ayat ini ialah Allah memberi kesempatan kepada iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya. Tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman.

WAllahua'alam ....

Ahad, 26 Disember 2010

1Malaysia bukan dari 1Israel ?

One Israel is a new electoral coalition of Labor, the Gesher party associated with former Likud Foreign Minister David Levy, and Meimad, a party that marries a religiously observant supporter base and dovish views on the peace process. Lagi di sana.

Bukti dah jelas. Sudah terang lagi bersuluh, tapi puak-puak tu masih lagi nak menafikannya. Lagi pendedahan dari RPK di sini.

Ingatlah, Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman." (QS Ali Imraan : 100)

Taat, tiru dan sokong, samalah tu. WAllahua'alam ....

sifat UMNO memang macam ni .....

firstladysummit
Malaysia juga katanya turut dicemarkan dengan Islamic Fashion Fair (IFF) yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri yang menurut beliau berlagak ala Wanita Pertama Malaysia. Lagi di situ.

Ada amanah dikhianati. Tu le UMNO.





Allah SWT Berfirman :

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿١٢٣﴾

"Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (QS Al An'aam : 123)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 25 Disember 2010

Antara Pelacur & Presma, Siapa bersalah?

Pagi-pagi lagi dah tersedak tengok dua cerita yang berbeza tetapi sama maknanya.

Cerita 1: Masa-masa awal-awal berlaku PELARASAN harga minyakla, gula la, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dok janji tidak akan menaikkan harga makanan, minuman... bla...bla... La ni apa jadi??? Baca lagi. Tu laaa hangpa. Lepas berita pelarasan harga (kononnnn) dari kerajaan keluaq, sebok dok mengipas-ngipas Pak-pak menteri, siap janji dok kata kami tak nak susahkan rakyat. Tak percaya tengok kat sini dema kata apa? Kami tak naikkan rega. Lagu ni macam mana? Susahla hangpa kalau masuk bertanding pilihanraya nanti..kui kui kui. Patutla hangpa nak jadi komponen BN yang baru. Komponen Barang Naik. Bila Naik? Baru jab ni naik. Nasibla laa ni mAklonG dah buat pelarasan bajet dapur. Tak mahu dah makan kedai mamak lagi!!!. (tiru gaya iklan Pantene) hehehe.

Cerita 2: Cerita ni lagilaa macam dah biasa tapi tak boleh buat-buat biasa. Kesan dari cerita 1 akan adalah kisah ini, baca di sini. Kisah perempuan jual diri untuk sara anak. Nak beli susu anak. Nak pergi makan kedai mamak, macam-macam kisah. Tapi disebabkan berlakunya PELARASAN harga baru-baru ni, maka jalan yang diredhai oleh Kak Shitah inilah jadi penyelesaiannya bagi wanita-wanita yang tidak boleh memikirkan cara lain atau dengan kata lain tidak ada kemahiran lain sementelah kerja yang satu ni jerla yang mudah bagi anggapan mereka. Tapi kisah- kisah macam ni, apalah sangat bagi pak-pak dan mak-mak menteri. Yang penting bagi mereka cara yang mudah ialah dengan membuat PELARASAN harga pada barang- barang keperluan pengguna bagi cover balik belanja mereka yang terover-over tu. Mungkin lepas ni KITA buat PELARASAN parti mana yang patut memerintah. Alahaiiiiii entah sedor entah bermimpi lagi ke rakyat-rakyat Malaysia ni...

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

عَنْ كَعْبَ بن عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّهَا سَتَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ مِنْ بَعْدِي، يُعْطُونَ بِالْحِكْمَةِ عَلَى مَنَابِرَ، فَإِذَا نَزَلُوا اخْتَلَسْتَ مِنْهُمْ، وَقُلُوبُهُمْ أَنْتَنُ مِنَ الْجِيَفِ - رواه طبرني

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W datang kepada kami lalu bersabda: "Akan datang sesudahku penguasa-penguasa (pemimpin-pemimpin) yang memerintahmu. Di atas mimbar (pentas) mereka memberi petunjuk dan ajaran dengan bijaksana, tetapi bila telah turun mimbar mereka melakukan tipu daya dan pencurian. Hati mereka lebih busuk dari bangkai." (HR. Ath-Thabrani)

WAllahu'alam ....

Khamis, 23 Disember 2010

Kumpulan Ajaran SESAT Terbesar !!!!


Menurut Mohamad Rais, antara kumpulan yang didapati sesat setakat ini adalah penganut Syiah. Lagi kat sana.

Sebenaqnya kumpulan ajaran sesat yang terbesar ialah .... klik sini dan kumpulan ini memiliki ahli seramai 3 juta orang selepas pemutihan (klik sini)

Allah SWT Berfirman:

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن كَانَ مِنْ عِندِ اللَّهِ ثُمَّ كَفَرْتُم بِهِ مَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ هُوَ فِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ ﴿٥٢﴾

"Katakanlah: "Bagaimana pendapatmu jika (Al Quran) itu datang dari sisi Allah, kemudian kamu mengingkarinya. Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang selalu berada dalam penyimpangan yang jauh?" (QS Fusshilat : 52)

WAllahua'alam ....

Rabu, 22 Disember 2010

Tahniah untuk Karpal Singh ....


“Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia,” katanya. Lagi di sana.

Alhamdulillah dengan perkembangan yang baik ini. Teruskanlah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT terus merahmati dan meredhai permuafakatan dalam Pakatan Rakyat ini kerana Rasulullah SAW juga pernah berdoa agar dibukakan pintu hati antara dua Umar dalam memberi kekuatan kepada Islam.

Allah SWT Berfirman:

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿١٢٥﴾

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak mahu beriman." (QS Al An'aam : 125)

WAllahua'alam ....

Ahad, 19 Disember 2010

Wikileaks tu Islam ke ????


KOTA BAHARU, 19 Dis (Bernama) -- Pendedahan WikiLeaks tentang keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat baru-baru ini bakal menyedarkan pemimpin pembangkang lain terutama daripada PAS yang akhirnya akan mengkaji semula hubungan kerjasama antara parti pembangkang. Laporan dari situ.

Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut. Laporan dari sana.

Kedua-dua berita di atas dari agen zionis al Apco. Wikileaks tu pulak Islam ke? Allah SWT Berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (QS Al Hujuraat : 6)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 17 Disember 2010

UMNO/BN makin raban teben .....

gambar hiasan

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya. Lagi di situ.

Inilah tanda-tanda kehancuran UMNO/BN yang semakin ketara. Antara bukti-bukti bahawa mereka akan melingkup pada PRU 13 nanti, insyaAllah ....

Allah SWT Berfirman:

وَقَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ ۖ وَلَقَدْ جَاءَهُم مُّوسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ وَمَا كَانُوا سَابِقِينَ ﴿٣٩﴾

"dan (juga) Karun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu)." (QS Al Ankabuut : 39)

WAllahua'alam ....

Rabu, 15 Disember 2010

Najib Razak takut jadi macam Saddam Hussein


Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lagi di sana.

Apa yang telah terjadi kepada Kerajaan Saddam Hussein dan Parti Baath setelah digulingkan oleh AS ? Apa yang telah terjadi setelah Presiden Diktator itu kehilangan kuasa ? Klik kat sini.

Allah SWT Berfirman :

مِنْ أَجْلِ ذَ‌ٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ ﴿٣٢﴾

"Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain[411], atau bukan kerana membuat kemusnahan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya[412]. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu[413] sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kemusnahan dimuka bumi." (QS Al Maaidah : 32)

[411]. Yakni: membunuh orang bukan kerana qishaash.

[412]. Hukum ini bukanlah mengenai Bani Israil saja, tetapi juga mengenai manusia seluruhnya. Allah memandang bahawa membunuh seseorang itu adalah sebagai membunuh manusia seluruhnya, kerana orang seorang itu adalah anggota masyarakat dan kerana membunuh seseorang bererti juga membunuh keturunannya.

[413]. Ialah: sesudah kedatangan Rasul membawa keterangan yang nyata.

WAllahua'alam ....

Selasa, 14 Disember 2010

tiada jihad tanpa airmata dan darah !!!!

siapa yang pengganas sebenarnya ni ????

"Adakah ini bermakna satu rusuhan akan dilakukan oleh Umno BN atau adakah Najib melalui Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu beliau dan Menteri Pertahanan yang merupakan bekas setiausaha beliau suatu masa dahulu akan melakukan satu rampasan kuasa atau kudeta melalui ketenteraan dalam negara kita?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Lagi di sana.

Rasulullah SAW bersabda :

يا أيها الناس ، من فضلكم لاترجوا أن تكون لقاء مع العدو. نسأل الله للسلام. حين ما تلتقون معهم فتكونوا الصبر (أي آلام المريض ، والثابتة ، عنيد والثبات في المعركة ضدهم). أعلم أن الجنة تقع تحت ظلال السيوف . - رواه البخاري

"Wahai segenap manusia, janganlah kamu mengharap-harap bertemu dengan musuh. Mohonlah kepada Allah akan keselamatan. Bila bertemu dengan mereka maka bersabarlah (yakni sabar menderita kesakitan, gigih, bersungguh-sungguh dan tabah dalam melawan mereka). Ketahuilah, syurga terletak di bawah bayang-bayang pedang." (HR. Bukhari)

Allah SWT Berfirman :

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾

"Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah (berjihadlah) dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh." (QS Al Furqaan : 52)

WAllahua'alam ....

Jumaat, 10 Disember 2010

Inilah dia nya Yahudi

Masjid yang dirobohkan oleh yahudi
UMNO merobohkan Surau Kampung Berembang, Ampang.
UMNO merobohkan Masjid Bujal, Kemaman.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan. Lagi di situ.

Inilah dianya perangai yahudi yang menentang Allah, merobohkan masjid dan surau. UMNO + APCO = Yahudi.

Allah SWT Berfirman:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿٧٨﴾

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh." (QS Al Maaidah : 78)

WAllahua'alam ....

Selasa, 7 Disember 2010

Hijrah : Tidak Bererti Selagi UMNO/APCO Masih Memerintah


Lagu yang selalu dinyanyikan oleh UMNO : hanya tinggal lagu je.

Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Lagi dalam Perutusan Hijrah Presiden TGHA.

Selagi UMNO/APCO memerintah Malaysia selagi itulah usaha untuk menegakkan Negara Islam yang berdaulatkan Al Quran & Sunnah tidak akan tercapai. Namun begitu marilah kita sama-sama bekerja dan berusaha untuk menumbangkan mereka sehingga bumi Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang soleh yang menjadikan cara hidup Islam ditegakkan dalam dirinya.

Allah SWT Berfirman:

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ ﴿١٠٥﴾

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh." (QS Al Anbiya' : 105)

WAllahua'alam ....

Sabtu, 4 Disember 2010

AKU MARAH NI KO TAU TAK ????

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Lagi di Harakahdaily.

Tak tau la mAklonG nak cakap apa lagi. Teruskanlah kita berusaha menumbangkan mereka pada PRU 13 nanti. Jangan berhenti doa Qunut Nazilah.

أللهم إنا نجعلك فى نحور أعداإنا

ونعوذبك من شرورهم


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah,

اللهم بددشملهم وفرق جمعهم

وشتت كلمتهم وزلزلاقدامهم

وسلط عليهم كلبامن كلا بك

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka

يا قهار يا جبار يامنتقم

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka

يا ألله يا ألله يا ألله

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,

ويامجري السحاب

وياهازمالاٴحزاب

إهزمهم وانصرنا عليهم

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Rabu, 1 Disember 2010

Untuk ROSMAH "The First Lady" MANSOR


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebuah parti Islam. Lagi di sana.

Mintak mintak Rosmah dapat baca blog mAklonG ni. Allah SWT Berfirman:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣١﴾

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka hingga ke dada mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (QS An Nur : 31)

Lagi Allah SWT Berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٥٩﴾

"Wahai Nabi [1232], suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS Al Ahzab : 59)

[1232]. Juga dimaksudkan dengan pemimpin-pemimpin Islam.

Masalahnya Rosmah nak ke baca blog mAklonG ni ???? WAllahua'alam ....

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia