Maklumat Lajnah

~ Perhatian !! ~

BIAR ISLAM JADI SANJUNGAN,ILMU JADI PENYULUH KEHIDUPAN

~Jom Cari Redha Allah~

~Jom Cari Redha Allah~

Friday, February 26, 2010

Rasulullah merindui umat akhir zaman



Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirahim

Perkongsian ini sekadar utk memgingat saudara-saudari tentang Rasullullah s.a.w bersempena hari keputeraan beliau 1431 H. Ingin diingatkan disini Rasulullah amat merindui umat beliau pada zaman selepas kewafatan beliau yang beriman dengan beliau. Bagaimana kita hendak membalas rasa rindu orang terhadap kita terutama ornag yg paling dikasihi oleh Allah. Bersempena dengan Maulidur Rasul ini ingin mengajak sahabat semua berselawa kepada Rasulullah s.a.w dan memperingati jasa beliau memyebarkan agama islam…



Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.
Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w... ....

Tuesday, February 16, 2010

Usrah....

Dalam kesibukan panjang, Alhamdulillah diberi peluang dalam berkongsi rasa, idea, pendapat dan pandangan yang membuka pemikiran minda....Lantas, Usrah menjadi medan dalam memupuk ukhuwah fillah...Amin

Perkongsian usrah Februari :

HIKMAH SUJUD DALAM SOLAT

Sujud melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun penciptaan dan suruhan Allah s.w.t yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika kita bersolat dan sujud spiritual bebentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.wt dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh :
* membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
* membetulkan pundi peranakan yang jatuh
* melegakan sakit hernia. (burut)
* mengurangkan sakit senggugut ketika haid
* melegakan paru-paru daripada ketegangan
* mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
* kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
* meringankan bahagian pelvis
* memberi dorongan supaya mudah tidur
* menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari[ada sujud
*pergerakan otott itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
* mengurangkan kegemukan
* pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembalike tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
* organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
* mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darh ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari sudut psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari aspek perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna

Wallahualam.

Monday, February 15, 2010

Salam Ukhuwah...

Bismillahirrahmanirahim…………………
Alhamdulillah……...Syukur diberi peluang untukmengisi kekosongan yang panjang dalam laman web jt unipen ni…syukur juga kerana masih diberi hidayah agar menyedari akan panjangnya lagi perjuangan ini…syukur dihadiahkan sahabat yang selalu memberi peringatan di saat kealapaan mula mendekati diri…syukur diberi kekutan dalam meneruskan perjuangan ini…syukur kepada-MU ya Allah…
Edisi satu TINTA WARDAH sudah Berjaya diterbitkan buat kali pertama sepanjang semester ini…moga medan ini tidak berhenti, malah terus istiqamah dalam berjuang dalam karya penulisan. Sekadar menjadi pengisian bersama, juga menjadi maklumat untuk menambahkan pengetahuan yang ada…
InsyaAllah…

Tahukah anda asal-usul BUBUR ASYURA???


Dinyatakan dalam kitab Nihayatuz Zain, Kitab Nuzhatul Majalis, Kitab Jam’ul Fawaid bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggamdaripada kacang ‘Baqila’ iaitu kacang fuldan stu genggam kacang Adas dan Ba’ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak”
Maka berkata Nabi Nuh a.s ;
“Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Maka berdarkan kisah inilah sebahagian muslimin menjadikanmakanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakn BUBUR ASYURA (Bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
Allah s.w.t berfirman :
“dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya. (Bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)” – surah al-Maaidah : 2 -


Lantaran itu, syukur Alhamdulillah kerana UniPen dengan kerjasama JT-Unipen berjaya dalam menganjurkan Majlis Permuafakatan Bubur Asyura pada hari Sabtu (16 Januari 2010) yang lepas. Sememangnya program seumpama ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga UMK. Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UMK yang telah menjayakan program ini.


Thursday, February 4, 2010

Kepentingan Halal

Bismillahirahmanirahim

Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai apa yang kita gunakan setiap hari. Prinsip dan dasar ini amat penting kerana akan menentukan masa depan dan nasib kita orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang tidak harus diambil mudah, diperlekehkan, justeru tidak dihormati.

Adakalanya kita melihat penghasilan akhir produk sahaja tanpa memikirkan proses simpanan, pengangkutan, perbankan dan lain-lain mengikut keperluan Islam sebenar dalam sesuatu proses. Sebaliknya kita seharusnya menitikberatkan prinsip pembelian kita dari perspektif yang luas berkaitan faktor asas yang melibatkan masa depan para peniaga Islam, ekonomi Islam dan umat Islam sendiri.

Ingatlah kita bukan sahaja akan ditanya dimanakah kita memperolehi rezeki atau wang tetapi kita akan ditanya kemanakah dibelanjakan harta kita. Ke jalan yang baik atau yang memudaratkan islam sendiri?

Dalam situasi semasa kini apa yang boleh dilakukan, para pengguna Islam setidak-tidaknya memilih produk yang mempunyai halal JAKIM. Sekurang-kurangnya ada juga peranan dan pengaruh Islam dalam minda pemilik syarikat tersebut walaupun dia bukan umat Islam. Di Malaysia, masih belum ade akta halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam, malahan sebuah pertubuhan PPIM telah membongakrkan beberapa penyalahgunaan Halal JAKIM. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan harus mengambil penting perkara ini.

Dalam konteks ini, kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.

Definisi Halal

Halal adalah sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak, setiap muslim wajib melakukan perkara’halal’ dalam setiap perbuatan, perkara dan tingkah laku.

Dalil-dalil Al-Quran

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik”

(Al-Maaidah :ayat 88)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”

(Al-Araf :ayat 157)

Firman Allah S.W.Tyang bermaksud :” sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah”

(Al-Baqarah :ayat 173)