Inkubator Model 190 (RM190)
Inkubator ini boleh menampung 35-40 biji telur ayam. Jenis inkubator "still air". Wap air/humidity bergerak dalam keadaan tidak sekata. Inkubator ini telah berjaya menetaskan telur ayam, itik, puyuh biasa, puyuh jepun, ayam belanda malahan telur angsa juga berjaya ditetaskan.
Inkubator Model 320 (RM320)
Inkubator ini boleh menampung kapasiti 40-45 biji telur ayam. sekiranya telur disusun rapat, kapasiti telur boleh masuk lebih banyak. Inkubator ini lebih besar dari model RM190 tetapi dilengkapi dengan termometer digital, kipas (force air). Keistimewaan inkubator ini ialah, hampir semua telur dapat menerima suhu yang sekata ketika dieram. Harga yang ditawarkan termasuk dengan harga pos
Ringkasan Model Inkubator
Harga yang ditawarkan termasuklah kos pos ke seluruh semenanjung Malaysia
Prosedur Pembelian dan Pembuatan Inkubator
Setiap inkubator yang dibeli perlu mengikuti prosedur pembelian yang telah kami tetapkan. Kegagalan mengikuti prosedur tersebut mungkin menyebabkan inkubator yang dihasilkan akan mengalami masalah..
Jiwaniaga Inkubator Kini Di Facebook
Sila "Like" page kami untuk dapatkan khidmat nasihat dan respon segera
Thursday, October 27, 2016
Kos Pos Inkubator Ke Brunei
Untuk pos ke Brunei, anggaran harga pos RM47. Sila gunakan google untuk tukarkan ke Brunei Dollar jika pelanggan dari Brunei ingin dapatkan inkubator kami( curency mungkin berubah dari masa ke masa)
Tuesday, May 10, 2016
Kami cuba menembusi pasaran Sabah dan Sarawak
Thursday, October 2, 2014
Harga Baru Inkubator
Seperti yang anda sedia maklum ( jika anda mengikuti fb kami) harga inkubator akan mula dinaikkan mulai November 2014.
Harga dinaikkan bukan disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan perubahan lokasi syarikat kurier (gdex) dari Seberang Jaya ke Seberang Prai.
Perubahan lokasi ini meningkatkan kos penghantaran yang perlu kami buat kerana lokasi ini lebih jauh dari lokasi sedia ada.
kami memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi.
Sekian, Terima kasih
Tuesday, December 24, 2013
Rawatan Hama/Mites Pada Burung/Kucing DLL
lama tak update blog. kebanyakkan post banyak dibuat di facebook jiwaniaga , jadi post di blog ini berkurangan. Bagi yang belum "like" pages kami, bolehlah berbuat demikian. Anda boleh bertanyakan soalan, yang mana kami boleh bantu, kami akan bantu.
Baiklah, post kali ini berkaitan dengan mites/hama/sekenit dan lain-lain
Sunday, August 25, 2013
Cuti Raya : Repair Reban
Saturday, July 13, 2013
Sunday, March 17, 2013
Inkubator kami di dalam Majalah Jinak ep7!!
Artikel inkubator kami boleh dibaca di dalam majalah jinak edisi terbaharu (mac/april)
Monday, November 26, 2012
Harga Terbaharu Inkubator
Berikutan dengan kenaikan harga pos oleh pihak berkaitan, kami juga terpaksa menaikan harga inkubator kami. Harga inkubator pada hakikatnya masih sama cuma kami tidak lagi mampu menanggung kenaikan harga pos. Kenaikan harga barangan masih lagi mampu ditanggung oleh kami untuk sedikit masa lagi
Turut membantu |
RM 190 ( pos Gdex) |
RM 320 (pos Gdex) |
Harga inkubator kami adalah seperti berikut
Wednesday, October 10, 2012
LIKE JANGAN TAK LIKE
Assalammualaikum,
Setelah lama cuba create page dalam facebook akhirnya berjaya juga.maklum la bukannya pakar it pun create page ni.heheh,kepada rakan-rakan jiwaniaga boleh la like page ni nanti ye http://www.facebook.com/jiwaniagashop.
Saturday, September 29, 2012
Baik pulih gambar
beberapa bulan lepas saya menerima email daripada seorang pelanggan yang ingin saya membaiki gambar ibu dan bapanya. Pada hakikatnya tiada sebarang perjanjian yang kami buat untuk sebarang bayaran yang akan saya kenakan (sebab saya tak tau harga).hehe.. Disebabkan kelapangan pada hari ini. saya mengambil kesempatan untuk membaiki gambar ini. lama tak guna photoshop, skill pon dh berkurangan (hakikatnya tak ada skil pon)
gambar di bawah ini sebenarnya agak susah nk dibaiki sebab kerosakkannya sangat banyak. ada juga yg rosak pada bahagian muka (bahagian paling susah), tapi tak apalah, tak salah mencuba kan?
gambar asal
Monday, September 24, 2012
Produk Baharu Dari Kami
Selain daripada menjual inkubator, pihak kami juga turut menjual barang dan perkhidmatan yang lain. Antara barangan yang kami jual ialah, Alphalipid, Alphalipid SD2 dan SD 2
Kami juga turut menjual Al-Quran digital pada harga RM200.
bagi yang berminat, bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bahagian kanan blog ini,
Sekian
Friday, July 13, 2012
Inkubator, Mungkin Naik Harga
Saya baru saja mengepos inkubator dengan menggunakan perkhidmatan GDEX. sayangnya, harga pos mula berubah. Inkubator yang dipos bukan sahaja diambil beratnya, malahan pula caj saiz juga turut diukur.
jadi, kami mungkin akan menaikkan harga inkubator (harga pos) sedikit masa lagi. sila hubungi kami untuk maklumat lanjut
Tuesday, April 10, 2012
Vaksin dan Cara Menggunakannya
sudah berbulan-bulan lamanya saya tak update blog ini,
post kali ini akan menceritakan perihal vaksin sampar. sebaik-baiknya setiap bulan kena bagilah vaksin ini. ada beberapa tahap dan jenis vaksin, dari lemah sampailah yang kuat..
Live Vaccine Set:
for Breeder Stock-
1. Sterile solution 2.Disposable syringe
3.Disposable 25G needle
4. Lasota+IB vaccine
5.Gumboro vaccine
6.ND+IB vaccine
For Broiler-
1. Sterile solution
2.Disposable syringe
3.Disposable 25G needle
5.ND+IB vaccine
Cara menggunakan vaksin
Monday, February 13, 2012
Pos ke Sabah, tambah RM110 sahaja
Minggu lepas, kami menerima tempahan dari pelanggan dari sabah. agak risau untuk pos ke sabah/sarawak walaupun kami pernah menghantar inkubator ke sana, bukan apa. kami sedikit risau tentang bayaran yang terpaksa dilunaskan oleh pelanggan. bukan murah kos penghantaran ke sana.
mujurlah ada rakan-rakan yang berpesan, "harga inkubator kt sana lagi mahal, kira harga yang hang jual dh kira murah, sebab tu ada pelanggan dari sana yang tak putus2 tambah order(pelanggan lama)" sejauh mana kebenarannya, kami tidak pasti.
yang kami pasti, bagi kos penghantaran inkubator yang berharga RM300, pelanggan perlu menambah RM110 lagi, jadi, jumlahnya RM410. ini untuk pasaran sabah/sarawak,
untuk semenanjung, harga kekal sama. kami belum bersedia untuk menaikkan harga barang, jika naik, ada "part2" tertentu yang bakal kami tambah untuk memuaskan hati pelanggan"
jom layan gambar ~
Sunday, February 12, 2012
ho ho ho balik kampung!!
Minggu lalu saya berpeluang untuk pulang ke kampung,mmm.. layan jela gambar.hehe..
yang sempat buat
-tangki air untuk arnab
-sangkar "pair" untuk budgie