Friday, February 27, 2009

Telur Hijau Digsby

Menu hari ini ialah TELUR HIJAU walaupun digoreng hangit, direbus kering tetap HIJAU, sbb warnanya HIJAU.
TELUR HIJAU ini dinamakan digsby. Aku gunakan TELUR HIJAU ini utk manage chat box, email & social network program. Senang, dgn hanya 1 program .

Cubalah, download kat sini.

tengok aku leh manage semua acct tenet dgn 1 program.
tapi...................... aku sedih
sbb
skype tak leh add!



......>> psssttttt jgn lupa senyum!

Thursday, February 26, 2009

Senyumlah Sayang

Senyum...
Senyum lah Pada ku, Aku rindu senyuman mu
biarpun gigimu rongak, bibir mu bengkak
senyuman mu amat ku rindu
:wink:
senyuma la......
bukankah senyuman itu satu sedekah
penawar duka pengubat nestapa
ala senyum la.....
:flower:

meh kita semua senyum....
senyum untuk diri kita
dan orang disekeliling kita
ala free... bukan kena bayar pun
bukannya nak haus pun
senyum la...
:pompom:




....>> errkkkk senyum sorang2 lain lak maknanya
:kiss:

Tuesday, February 24, 2009

Ku Ingin Terbang

ha... nak terbang, ada sayap ker?

ini gara2 membaca coretan Prof. Madya Dr. Ismail Mohamad bekas Pensyarah Kejuruteraan Matematik Unimap & sekarang Pensyarah Fakulti Sains & Matematik USIM. Hehehe lama tak jumpa Prof. la..... byk ilmu belum sedut !

Rupa2 kerajaan Indonesia sedang memperkembangkan teknologi & penyelidikan UAV (Unmanned Aerial Vehicle) ini melalui Pusat Penelitian Elektronika dan Telekomunikasi (PPET) di Institut Teknologi Bandung (ITB).

Indonesia sedang memperkembangkan teknologi ini rasanya kita jugak kena turut serta untuk keselamatan negara kita.

Predator UAV nie la yg di gunakan oleh Amerika utk memusnahkan Baghdad hari tu... Terbang senyap, tanpa pemandu, bawa berkilo2 bom.... uhhhh...

Monday, February 23, 2009

Hari Bertemu Blogger

elllooooooooooooo aku dah bangun la.. dah berada di alam Monday Blues. erkkkk semlm Kangar ujan la, suhu telah menjunam ke paras bawah 25c & menambah kesyiokkan aku buat taik mata, hehehe.

Sabtu .... ada masalah coding dgn Bicara Santai, niatnya nak buat code utk KEMBANG & KEMPIS en3 tak menjadi sehingga terpaksa guna talian hayat. Siapa lg klu bukan kakak aku tu....

Opsss back tu the tajuk...

Sebenarnya aku ada dating dgn pemilik blog Halaman Inspirasi nak terjah seorang blogger. Gedik sana gedik sini, intai sana intai sini, skodeng sana skodeng sini, almaklum la kenal tanpa rupa kena mencari2 la, nanti silap terjah org ha.... akhirnya bertemulah kami dengan pemilik blog lupakanje. Blogger nie datang Perlis atas urusan jabatan so tak dapatlah kita nak berborak lama2... Maap Acik tak ada buah tangan, InsyaAllah jumpa lagi. Sekurang2nya HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN tu dah jd HARI BERTEMU BLOGGER.

sorry tak ada pic sbb ...... sebelum tu makan nasi ayam & cendul yg tak sedap so HP cap ayam merajuk!

Saturday, February 21, 2009

Berlari Ke Langit

Ketika anda membaca en3 ini
aku sudah berada di dunia yang asing
tidak lagi berpijak di bumi nyata
pergi jauh membawa diri
membawa kelukaan hati


sedang berlari ke langit
aya...
hari nie coti lor..
buat taik mata la....
zzzzzzzzzz

Wednesday, February 18, 2009

Lukisan Alam : Musim Luruh Di Kampung


Lukisan Alam yg disanp dgn HP cap ayam aku sambil memandu
Layan..................

Monday, February 16, 2009

MIKAIL ; Indahnya Hari Bersama Mu

semlm ingat nk bersihkn hutan hujan tropika keliling rmh. Tiba2 MIKAIL dtng.. tercodek2.. tergedik2... tengok aksi gedik dia...
tiap kali aku nk angkat cangkul tu, dia melompat sama. Cadang nk bersihkn hutan rimba tu terbengkalai.( Jard ko jgn jeles... Mikail nie tocen milik jiran sebelah)

Terfikir nk trim pokok nie pula... masih bersemangat katakan..Rupa2 ada penghuni singgah menumpang...

Friday, February 13, 2009

13 February : Still Here Besides You

eehhh hari nie dah 13 Feb. apa yg menarik?

Genap 3 tahun berdagang di Perlis Darul Sunnah,Indera Kayangan
(eeehh tak tahu yg mana diiktiraf)

Sepatutnya kontrak/projek tamat hari nie & esok kena balik semula ke H.Q

TAPI....

dilanjutkan sehingga penghujung tahun & mungkn sambung, sambung lagi...
(12 tahun handle project ini project pertama dpt Lanjutan Masa selama SETAHUN, byk sebab salah 1 campurtangan politik ; YB ... ini bukan bagus punya bodek tp sbb layak dituntut & diberi)

aku....
suka,suka sangat suka...
(tak akan jauh dr maydear papa)


masih boleh makan 2 bungkus nasi lemak daun pisang nie dgn harga RM1.00
harap2 tak naik harga sehingga hujung tahun sbb nak kena belanja combi SEPULUH bungkus!

neeza di Tanah Arab ..... klu teringin masak sndiri then bungkus tp makan anak beranak aje. ehhh kat sana ada daun pisang tak?

Tuesday, February 10, 2009

Lye Huat Garden : From Hobby To Bisness

Auto Publish

Terletak di KM19.6, Lebuhraya Changlon ke Bukit Kayu Hitam, Napoh, Jitra. 3 tahun berulangalik dr Sg.Petani ke Kangar tak pernah terfikir utk singgah... hahaha.

Ini en3 bergambar, berwarna warni... ngeh3x

Lye Huat Garden adalah Taman Tema Milik Persendirian. Koleksi yg ditempatkn di sini sebenarnya adalah koleksi peribadi dan hobi pemiliknya suka mengumpul benda yang unik. Menarik kan bila hobi itu boleh menghasilkn pendapatan.Terdapat tasik buatan yang menempat beratus ribu ikan kap. Jangan lepaskn keseronokn memberi makan ikan2 disini.


Terra Cotta



Suiseki Gallery
(mcm2 jenis & bentuk batu ada)


Culture Treasure

Lane Nostalgia
(pelbagai jenis basikal)


betul2 nostalgia kerana terjumpa semula beskal chopper merah aku di sini!

Bonsai Garden

Aquarium
(Ikan aeropama sebesar manusia pun ada)




Birf Of Paradise
(Burung Cenderawasih yg cantik)



Mini Zoo
(Boya, harimau, beruang, anak rusa nani, merak patah sayap, kambeng gurun,kedah DLL)





Last but not the End
Kayu bukan sebarang kayu
buruk bukan sebarang buruk...

Bayaran masuk Dewasa :Rm10.00
Kanak2 : Rm4.00