Monday, December 31, 2007

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

mencari sinar mencari bahagia di sisi maha esa....

Friday, December 28, 2007

Thursday, December 27, 2007

aku keliru, aku dalam dilema, aku di persimpangan, aku harus membuat keputusan, membuat pilihan

Dibuang mati emak,
diluah mati bapak
yang dikejar tak dapat
yang dikendung keciciran
tuhan tunjukkanlah jalan......

Wednesday, December 26, 2007

My Bapak

hari nie tak mau cerita pasal percutian.... nanti boring pula biasala percutian jentayu bukannya ada rumah batu. Cuma nak paparkan aktiviti bapa saya masa kenduri kawin baru2 yg sy copy & paste dr blog my sis.

bapa saya sebelah kiri, sudah berusia 66 tahun
ini 'Band Boys' bapa saya... juga dikenali sebagai 'Geng Black'. bapa sy juga boleh bermain harmonika dgn baik diiringi paluan gendang, gong & serunai sebarang lagu termasuk lagu CT. anda pernah dengar?

sebahagian daripada anak murib bapa sy bermain Tomoi dan Silat Gayongsilat ini juga dikenali sebagai Silat Pulut... sy tak pasti kenapa tp seni gerakan & bunganya cukup indah, lembut dan menarik.

Wednesday, December 19, 2007

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Suatu Waktu Dahulu

Kenapa kita ingin selalu balik KAMPUNG????????????? kerana di sana adalah NOSTALGIA kita...

Suatu Waktu Dahulu aku adalah sebahagian daripada mereka, waktu itu dunia kita yg punya, nakal & kenakalan itu yg membentuk jati diri lalu dewasa dengan kenangan yg indah. Kini segalanya telah tiada, Sungai kita hanya ada pd nama, laut kita hanya tinggal masin, bumi kita hanya tinggal pepohon kering & gersang, seperti kehidupan kita yg kian hari kian terhapus susila & budaya....

Tuesday, December 18, 2007

Monday, December 17, 2007

Hujan

hari nie nak cerita pasal HUJAN..... yg turun tak henti2... harap2 tak banjir yer!!!!!!!!

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


Antara Hujan & Air mata

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan didalam jiwaku
Sehebat halilintar membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir yang membakar hidupku

Oh..hujan..antara airmataku
Menitis laju bersama pilu-pilu
Ku cuba menghapuskan kenangan waktu silam
Namun bertambah membara rindu yang ku rasakan

Semakin aku mencuba semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan untuk diriku oh kasih...

Hujan Semalam

Hujan semalam membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi

Cinta semalam meninggalkan kesan
Luka dalam hati
Cinta berlalu bersama hujan
Kini tiada lagi

Sang mentari di pagi hari
Mengeringkan embun
Sang mentari di tengahari
Teriknya terasa di hati

Hujan semalam mungkinkah kembali
Pada esok hari
Dan membawakan cinta nan sejati
Suci dan abadi

Saturday, December 15, 2007

Masih kau ingat?

Semlm aku di kejutkn dgn 'miss call' dr no yg tidak berdaftar.... telephone chap Ayam aku memang tak ada lagu cuma bergetar aja lagi satu aku yg brutal nie tak akan menjwb panggiln dr no. yg tiada dlm senarai. No. kwsn timur nie... aku terfikir mungkin saudara ku di Pahang. Aku membalas panggilan itu........ aaaa sahabat lama.

Hampir setahun km terputus hubungan, katanya dia kehilangan no. tel aku, sama la dgn aku... no tel simpan dlm phone memory, bila HP tu arwah abis la no yg ada dlm tu....

Kemunculan dia mengingatkan aku pd seseorng, seseorng yg telah membuka pintu hatiku, mengetuk pintu hati ku yg sekian lama tertutup, memberi aku harapan dlm kehidupan, membawa aku terbang jauh di kayangan namun tiba2 dia hempaskan aku jatuh tersadai sendirian.. Sakitnya waktu itu namun itulah kenyataan yg perlu aku.... apapun aku sentiasa mendoakan kebahagian dia walau dimana dia berada... aku tak pernah melupakkan dia....

Life is Goes On!

Friday, December 14, 2007

Thursday, December 13, 2007

Ahli Baru

Minggu nie keluarga aku dapat ahli baru... baby girl... mesti comel mcm aku. Adik ipar aku Zai selamat melahirkan seorng baby girl di Hospital Sg. Buluh. Keluarga aku sekarang berkumpul di Serendah umah akak aku, mesti akak aku terlalu sibuk sampai tak sempat nak menghapdet 'HIDUP BIAR SEDAP'. InsyaAllah 2 3 hari lg aku ke sana menjenguk dan mengalu-alukan ahli baru kami.

Anak adalah anugerah tuhan, anugerah ilahi. Lahir kedunia ibarat kain putih tanpa noda dan dosa, kita lah yang menentukan.

Wednesday, December 12, 2007

Tuesday, December 11, 2007

Ferrari Dino

tak ada apa yg di kongsi hari nie ... bz sesangat cuma nak tayang keta baru aku Ferrari Dino... tengok aja lah ya!!






eehhh kenapa saya suka ferrari, kenapa saya suka ferrari???? (ala mcm iklan petronas tu)
sbb sbb saya tak mampu memilikinya
.......... uwa.............

Sunday, December 9, 2007

Saturday, December 8, 2007

The LIMA 2007


Hari ini aku sepatutnya berada di Pulau Mahsuri utk mendengar gegaran Sukhoi... impian ku akhirnya terkubur di laut sepi... uwa...... Ingat nk pergi dgn 1st bot & blk dgn last bot.... Alamatnya aku kena tunggu 2 tahun lg la... adakah aku masih disini???????????

Ptg semlm dpt sms "Ina, inspection & tagging of the scaffolding within pump houses, 10.a.m 2morrow with competant Scaffolder...... "
Sabtu memang hari bekerja di sini almaklum la pejabat tapak tp aku selalu skip ....... hihihi.. jgn bg tau bos!
"dibwh Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja Pembinaan pemasangan perancah melebihi 5 meter perlu mendpt pengesahan drpd pegawai bertauliah"

Thursday, December 6, 2007

Birthday Gift?

aaa....masih masih memikirkan hadiah harijadi dia... Aku teringin hadiahkan saxphone secantik ini pd dia....(aku jumpa pic nie dr blog TT) aku tak mampu. Saxphone idaman dia w/pun dah mempunyai beberapa koleksi sax.


Perlukah aku hadiahkan dia saxphone secantik dia sedangkan hati ku cemburu gila bila minah2 salleh dan amoi2 seksi tangkap lentuk bila jari jemarinya mengalunkan rentak lagu. AKu cemburu?????????????????? Yeah......... pasti

opppsss malas nak embed lagu tu kat sini, cari aje kat youtube & nikmati kesyahduannya!

Wednesday, December 5, 2007

Welcome 2008

2008 Terlalu awal utk mengucapkan selamat tinggal 2007????????? Aku ingin tinggalkan 2007 yg penuh kelukaan, yg penuh derita, yg penuh sengsara ini dan aku berharap sinar 2008 menerangi hidup ku. Aku menunggu kehadiran 2008 dgn penuh harapan utk impian baru...


Dunia berputar di sekeling ku tetapi tidak untuk ku....
matahari terbit menerangi alam setiap hari tp tidak untuk ku........

Tuesday, December 4, 2007

Sony vio Pendrive


2 minggu lepas seronok gila bila supervisor aku bg pendrive nie... 8 GB u... katanya dia tak guna sbb pc kat rmh dia rosak. Bila aku plug in aje tersembol 'USB DEVISE NOT RECOGNIZED'... apa crita????????hampeh.... tghari td aku bw p kedai kmputer minta depa tlong check tgk... maklum la depa expert.. sama.... uwa........ budak kat kedai tu kata myb rosak, where u buy, tukar blk lor... or u buy external hard disk.... aku tanya dia external hard disk ada sebesar pendrive nie ker? terbeliak biji mata dia... hahaha...

Miss World 2007 ~ Tuah Tuan Rumah

Miss World 2007 telah di2tup tirainya dgn kemenangan kpd Zhang Zilin dr Republic Of China. Ini yg dikatakn tuah tuan rumah. Kemenangan memihak kpdnya w/pun tergagap2 brckp. (issshhh mungkin lebih baik dr aku kot... hihihi) Aku sangka Micaela Reis dr Angola akan menang rupanya sangkaan aku meleset. Apapun tahniah. Apabila Deborah Priya Henry tersenarai dlm 16 semi finalist aku bangga gak apatah lg bendera Malaysia berkibar megah dibelakang pengacara malam tu. Sesiapa yg tak suka pertandingan nie jgn mare aku cuma suka pertandingan yg gah mcm nie.
- apa pun aku tunggu American Next Top Model Cycle 9
aku suka ch 712 E! byk gossip& cerita sensasi dunia paparazi...

Monday, December 3, 2007

Empangan Pedu

hey i'm back.... jentayu tak kemana... masih di orbit yg sama... hihihi (siaran ulangan). Maaf la menyepi seketika... bukannya apa tempat penginapan jentayu tu tak dak tenet.... hutan rimba ada la.....

Percuatian kali ini ke Empangan Pedu... lebih kurang 100km dr Alor Setar. Perjalanan ke sana melalui jalan yg berliku, berbukit & berlopak (under construction) tp dikelilingi oleh hutan rimba yg teduh & nyaman. Udara dan persekitaran yg menyegarkan. Empangan seluas 984km dibina utk tujuan pengairan kws pertanian MUDA iaitu utk penanaman padi. Operasi & penyelengraan di kendalikan oleh MADA. (ini kali ke3 jentayu kesini sbb tmpat ini istemewa)

Tempat penginapan jentayu ialah Muda Resort, (maaf tak tinggal dlm khemah w/pun kws perkhemahan disediakan) terletak lebih kurang 2 km drpd empangan. Terdapt byk juga kemudahan tp yg pastinya di sini tenang, aman & damai. Resort dikelilingi pokok2 buah2an... mcm berada dlm dusun. Terdapat ladang ternak rusa berhampiran resort dan sebuah jetty nelayan. Kalau sesiapa nk makan ikan air tawar byk dan murah disini. Terdapat juga kilang memproses ikan utk dijadikan Ikan pekasam dan dijual oleh penduduk tempatan

Yang menarik ialah berada di puncak dam setinggi 220m... gerunnya bila melihat kebwh, melihat tembakan air yg boleh menghancurkan apa saja. Deruan air ini boleh didengar sejauh 1km. Air memercik sejauh 100m... Hebatnya anugerah alam dan teknologi manusia.... opppssss maaf ini kawasan larangan di kawal oleh tentera, org awam tidak dibenarkan masuk.... jentayu special sikit...

Hakikatnya.......... jentayu suka hutan, suka menikmati anugerah tuhan...