Wednesday, 30 November 2011

Egypt’s Brotherhood leading in vote count

workers for the Muslim Brotherhood


CAIRO, Nov 30 ― The Muslim Brotherhood has secured about 40 per cent of the votes for its party list in the first round of Egypt’s parliamentary election this week after counting so far, putting it ahead of other groups, a party source said today.
Voting in Egypt’s election is being held in three phases over six weeks. Of the total of 498 seats in the lower house up for grabs, two-thirds will be allocated proportionally according to party lists and the other third will go to individuals.
Official results from Monday and yesterday’s votes are expected later in the day. More than 50 political parties are contesting the elections, along with thousands of candidates running as independents.

Dewan Rakyat lulus RUU Perhimpunan Aman dengan enam pindaan


KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2001 yang kontroversi diluluskan petang ini dengan enam pindaan manakala ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat selepas pentadbiran Najib enggan menarik balik rang undang-undang itu.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Tuesday, 29 November 2011

Pergerakan 'Occupy' akan 'duduki' Parlimen, Hari ini.

occupy dataran merdeka 151011 night programme story image
Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.

Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi ini.

Kumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu.

Monday, 28 November 2011

Rakyat Mesir mengundi kali pertama sejak Hosni Mubarak tumbang

KAHERAH: Beribu-ribu orang beratur di luar pusat mengundi di Mesir hari ini ketika pilihan raya pertama sejak kejatuhan Presiden Hosni Mubarak. 

Pengundi berdiri di luar pusat mengundi seluruh Kaherah, dengan kasut mereka dipenuhi lumpur selepas hujan di ibu negara sambil merungut ketika menunggu giliran masing-masing.
Banyak pusat mengundi dibuka lewat berikutan masalah pentadbiran seperti kelewatan hakim yang memantau proses pilihan raya itu dan jumlah kertas undi yang tidak mencukupi. - AFP

Hukum Labur & Berniaga Forex (Forex Trading)

Soalan : Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Maal Hijrah 1433 Di Malaysia


Sambutan Maal Hijrah 1433 hari ini disambut sederhana dengan kebanyakan masjid di sekitar ibu negara mengadakan aktiviti keagamaan termasuk kuliah dan ceramah untuk menyemarakkan lagi hari memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah.
Antara yang mengadakan sambutan itu ialah Masjid Usamah Zaid di Wangsa Maju, Masjid Amru Ibni Al'As di Sentul, Masjid Syakirin di Gombak dan Majid Jamek di Kampung Baru.

Tuesday, 22 November 2011

Keputusan Final Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia VS Indonesia


JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan. Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

Monday, 21 November 2011

Menjawab Hujjah-hujjah Tokeh Lembu Feedlot

Skandal NFC: Mampukah BN menanganinya?

Langkah sebaik-baiknya ialah mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.

Pilihan Orang Muda: Pemuda PAS, Umno lancar strategi

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Jika sayap Pemuda dan Puteri Umno melancarkan kempen slogan baru “BN Pilihan Orang Muda” di ibu negara semalam, pesaing mereka — Dewan Pemuda PAS bertekad mahu meningkatkan fokus ke arah pengundi muda bagi menguasai pilihan raya umum ke-13.
Sayap muda PAS itu mengisytiharkan kempen ke arah memikat golongan muda menerusi konvensyen di Shah Alam kelmarin.

Saturday, 19 November 2011

UPSR 2011: Terbaik Dalam Tempoh Empat Tahun


PUTRAJAYA: Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Minyak Masak sebagai Bahan Api Kapal Terbang

Cooking oil now powering airplanes



Alaska Airlines telah berjaya menyempurnakan 75 penerbangan dengan penumpang yang menggunakan 80% bahan api jet yang normal dan bio-fuel yang didakwa minyak masak biasa. Adunan bahan api tersebut telah memenuhi piawaian penerbangan dan ketenteraan, alam sekitar dan tahap prestasi yang telah ditetapkan. 


Bahan api tersebut dibekalkan oleh SkyNRG, sebuah syarikat biofuel aviasi. Bahan api tersebut boleh dicampur dengan bahan api berasaskan petroleum dan disalurkan kepada pengguna melalui paip khas. Pembangunan biodiesel campuran untuk penerbangan merupakan satu kemajuan besar kerana kapal terbang masih bergantung kepada tenaga bahan api cecair. Sumber elektrik atau bateri masih belum sesuai untuk digunakan dalam industri penerbangan.

Wednesday, 16 November 2011

152,182 Anak Luar Nikah Sepanjang 2008-2010

alt
Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

Sunday, 13 November 2011

Umat Islam : Kualiti dan Kuantiti

Perang Badar menjadi bukti bahawa bilangan yang sedikit tidak menghalang Muslimin daripada menang  menghadapi musuh yang banyak bilangannya, dengan syarat terpasaknya dalam jiwa Taqwa dan Sabar.
Perang Hunain pula menjadi bukti bahawa bilangan yang ramai tidak dapat menolong Muslimin dalam mengatasi musuh, andai tiada keutuhan Taqwa dan Sabar.

Akta baru dibentang 2012


NILAI: Akta baru yang akan diperkenalkan kerajaan berikutan pemansuhan dan kajian semula beberapa akta seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Ordinan Darurat, dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata akta itu yang kini di peringkat penggubalan juga akan membabitkan pemerkasaan peranan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk memastikan badan itu terus relevan.

Saturday, 12 November 2011

Android Seizes Top Smartphone OS Spot


Photobucket
November 10, 2011, SINGAPORE – Consumers demand for smartphones in Southeast Asia is proving to be insatiable and showing no signs of slowing down. The smartphone industry across the key Southeast Asian markets of Singapore, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Cambodia, and Philippines continues to expand with third quarter findings from leading global market research company GfK reporting more than 4.7 million units worth nearly USD 1.5 billion being sold in July to September 2011. This is a reflection of volume and value growth by 9 percent and 6 percent respectively over quarter two, and over two fold increment when compared to the same period last year, at 120 percent and 109 percent.

PM: Tiada pembubaran

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam tiada kaitan dengan cadangan membubarkan Parlimen seperti khabar angin sejak beberapa hari lalu kononnya beliau akan berbuat demikian pada tarikh 11.11.11.

Memulakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Perdana Menteri berseloroh: “Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan.”

Friday, 11 November 2011

Pelajar jawab Muhyiddin: ‘Kami sedia hidup tanpa AUKU’


KUALA LUMPUR, 11 Nov — Pertubuhan-pertubuhan penuntut pusat pengajian tinggi tempatan menerima cabaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menegaskan mereka sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa tanpa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Dilihat sebagai fleksibiliti dalam pendirian Putrajaya, semalam Muhyiddin(gambar) berkata AUKU boleh dipinda atau dihapuskan jika mahasiswa memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa "digagahi" oleh pihak lain.

Marina Mahathir gambaran realiti elit Melayu

Sikap Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap golongan gay yang dizahirkan ekoran tentangan terhadap Seksualiti Merdeka baru-baru ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Malah, pernyataan sikap itu menjelaskan satu realiti elit Melayu yang terbina hasil dominasi politik parti etnonasionalis Umno.

3 tanda kemanisan iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Thursday, 10 November 2011

Ahmadinejad: Jika Menyerang, Amerika Menyesal dan Israel Lenyap

Iran mengecam kebohongan tuduhan Barat sekaitan dengan upaya memperoleh senjata nuklir. Dan menegaskan bahwa program nuklirnya bukan untuk kepentingan militer, tetapi untuk tujuan damai.

Selasa kemarin, 8/11/2011, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyatakan, “Iran tidak membutuhkan bom nuklir untuk menghadapi Amerika Serikat dan sekutunya.”

3 Petua Islam – Bagaimana Lelaki Mencari Wanita Solehah?



Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga Allah s.w.t. menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu Islam menggalakkan umat dari agama Islam mengikat tali perkahwinan yang sah supaya akan melahirkan zuriat keturunan. Nabi s.a.w merasa bangga apabila melihat umatnya ramai di hari akhirat nanti, berbondong-bondong masuk ke Syurga. Perkahwinan adalah Sunnah Nabi s.a.w dan baginda tidak mengaku sebagai umatnya apabila ada di kalangan mereka enggan berkahwin tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan oleh syarak.

In Eid greeting, Obama says proud of US Muslims performing Hajj

WASHINGTON, Nov 8: US President Barack Obama has sent Eid al-Adha greetings to Muslims around the world.

“Michelle (Obama) and I would like to congratulate Muslims in the US and the rest of the world on the occasion of Eid Al-Adha, particularly the pilgrims who have carried out one of the basic rites of Islam. We are proud of the fact that thousands of US pilgrims have joined the approximately 3 million Muslims in Haj this year,” Obama said in his message. 

Friday, 4 November 2011

3 Faktor Pembentukan Keperibadian


Saiyidina Ali RA pernah berkata yang bermaksud:
1. Jadilah manusia paling baik di sisi Allah
2. Jadilah manusia paling buruk dalam pandangan dirimu
3. Jadilah manusia biasa di hadapan orang lain.

Sheikh Abdul Qadir Jailani berkata yang bermaksud:
Bila engkau bertemu dengan seseorang, hendaklah engkau memandang dia itu lebih utama daripada dirimu dan katakana dalam hatimu: ‘Boleh jadi dia lebih baik di sisi Allah daripada diriku ini dan lebih tinggi darjatnya’.

The 70 World's Most Powerful People

There are seven billion people on the planet. These are the 70 that matter.
What do the president of the United States, the Dalai Lama, a billionaire drug dealer and Facebook founder Mark Zuckerberg  all have in common?  They are all featured on FORBES’ annual ranking of theWorld’s Most Powerful People.

Seksualiti Merdeka: Nik Aziz minta kerajaan ambil tindakan tegas

Photobucket

KOTA BARU, 3 Nov – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 Nov ini.
Menteri Besar Kelantan itu meminta pihak kerajaan dan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program itu yang jelas boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Tuesday, 1 November 2011

Sekat pelajar IPT berpolitik tidak sah

Photobucket

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memutuskan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

HIMPUN bukan sekadar gagal, malah menjadi FITNAH utk ISLAM

Dengan NAMA ALLAH saya mulakan pena
Perkongsian khas untuk Ikhwah ANSAR yg dikasihi.
---------------------------------------------------------
 
HIMPUN berjaya kumpul plh ramai 5000 yg hadir, ikut Berita Harian Online, TheStar, TheSun, banyak bloggers dan yg pergi. Stadium blh muat 82k, tetapi tingkat atas stadium totally kosong. Kawasan bertentangan stage kosong, yg ada hanya di sebelah kiri kanan penceramah. Persediaan PA System utk capacity 100k. PA System di bawa dari luar, x mampu gunakan PAS System stadium yg dah dirosakkan oleh UMNO tahun 2005 dulu.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons