Bila aku baca akhbar Kosmo terbitan Sabtu 13.03.2010 lepas, aku terkedu, apakee bengap bodoh sombong sangat Sang Penguasa buat statement begini “DBKL anggap alat seks cenderamata”, aku tidak pastilah yang bercakap itu bangsa dan agama apa dan begitu juga Menterinya, hari berikutnya pula (16.03.2010) akhbar Kosmo melaporkan banyak lagi kedai alat seks yang bertaburan di sekitar KL/Selangor ni dan kebanyakannya pula berada di dalam kompleks membeli belah yang terkenal dimana purata pengunjungnya adalah pelajar sekolah, remaja dan para belia. Dan terbitan 17.03.2010, Kosmo di anak tirikan dalam operasi serbuan dan lebih mengelirukan pihak yang bertanggungjawag melakukan operasi secara senyap sunyi senyapjer. Apapun tahniah Kosmo di atas keberanian anda membongkar gejala haram ini.
Teringat satu peristiwa pada sambutan tahun baru beberapa tahun yang lepas.
“mungkin pintu kami dah tertutup dengan Islam, bang”, Subahanallah .. bergetar jiwa aku ketika itu. Mungkin ada yang tidak percaya apa yang aku sentuh kali ini. Tetapi bukalah minda kita yang semakin hari semakin sempit kini. Sempit dengan virus virus yang bertaburan di sekitar kita. Virus perosak Agama. Konsert, hiburan, keruntuhan moral, bohsia, bohjan, buang bayi, mengandung anak luar nikah, khalwat, video lucah, dadah, ragut, rogol, bunuh, mencuri banyak lagi virus virus yang kedapatan yang menjajah minda kebanyakan masyarakat kini, khususnya para remaja Melayu.
XX dan YY, bukan nama sebenar, aku sembang dengan mereka di KLCC pada petang sebelum menyambut tahun baru. Hari itu aku bosan gaban. So aku ambil keputusan “start the engine” kete dan menggatal ke KLCC, kununnya ingin melihat bunga api dan hiburan. Satu keputusan yang paling bodoh aku lakukan, sebabnya aku memang tidak pernah menyambut tahun barupun, azam yang sebelumnya pun tak pernahnya berjaya. Jam pukul 4ptg, jalan sudah mula sesak, aku park kete di sebelah masjid KLCC. Senang sikit nak kuar dan lagipun aku nak solat Asar dulu. Seusai solat Asar, pengumuman dari AJK Masjid bahawa ada beberapa badan NGO akan mengadakan Operasi Malam Tahun Baru bagi memantau dan menasihati para pengunjung pada malam itu. Pihak Masjid juga mohon agar para pengunjung tidak menjadikan kawasan Masjid dijadikan port lepak untuk mendengar konsert/hiburan yang akan diadakan pada malam tersebut.
Sedang aku ambil angin di beranda Masjid bersebelahan kawasan kebun bunga. Aku terlihat 2 remaja, aku rasakan dalam linkungan umur belasan tahun, sedang layan makan burger dan coca cola, dicelahan jari mereka, sebatang rokok. Pakaian mereka agak ranggi, berjaket kulit, berseluar ketat dan berkasut boot, mungkin ini yang dipanggil group punk kot. Rambut mereka pula tegak berpajak pajak, tangan bergelang paku dan berantai leher (besi kalau tak silap aku). Ntah kenapa, aku teragak pula nak join dan chit chat dengan mereka (secara ringkas) :
AKU : Assalamualaikum (aku senyum)
Mereka : (menoleh dan melihat aku atas bawah .. tidak menjawab Salam tetapi mereka senyum sambil menyuakan burger di tangan)
AKU : eih takper .. abang baru makan .. adik dari mana ??
Mereka 1 : ooh dari Selatan Bang, sampai pagi tadi, kitaorang ada 15 orang, yang lain pergi carik duit, malam ni nak enjoy gila Bang ..
AKU : oooo .. abis malam ni nak tido kat mana ? dah malam mesti bas dah takder kan ..
Mereka 2 : takkisah Bang, kitaorang dah biasa, tiap tiap tahun macam ni .. alaa kat station baspun ok, esok bas datang kami terus naikjer ..
AKU : emmm .. mak ayah tahu kee .. adik semua datang sini ..
Mereka : (mengeleng) .. tak tau (serentak)
AKU : adik tak rasa kee buat benda benda macam ni, cam takder faedah, pastu tak bagik tau mak ayah pulak, kalau kena tangkap camner ?
Mereka 2 : kalau kena tangkap dah takdir Tuhan lah …ha ha ha ha (mereka menggelakkkan aku)
AKU : eih dik, tak baik main mainkan nama ALLAH dik, ini takdir adik carik sendiri ..
Mereka 1 : alaa abang, kami ni bukan kisah sangat dosa pahala ni bang, sekarang ni tengah muda, layanlah, nanti kalau dah tua, apa boleh buat lagi ..
AKU : tapi dik kalau tak sempat tua ? pastu tak sempat mengucap pulak ..
Mereka 2: abang kami memang tak reti mengucap pun, kalau nak mngucappun kami tak nak (dada aku bergetar .. aku mengucap panjang) ..
AKU : adik tak boleh cam nie, kita yang beragama Islam ni, kenalah tau halal haram dik, baik buruk dik ..
Mereka 1: bang, jadik macam kitaorang ni lagi best, semua kira halal, apa benda yang kata haram bang, nak cari kondom ?, nak minum carlberg ?, nak cari filem blue ?, nak cari pompuan ? .. abang bagik tau kitaorang, kat mana yang tak boleh jumpa semua benda benda tu, senang ke susah nak dapat bang ? (mereka menyinis aku)
AKU : memanglah senang nak dapat dik, tapi adik tau semua tu kan tak elok dan salah di sisi Agama kita
Mereka 2 : kalau salah kenapa senang nak dapat, kenapa boleh jual kat kedai kedai, open lagi ..
AKU : adik ada masa lagi berubah dik, balik ke pangkal jalan, jadi remaja yang lagi hebat dari ini …
Mereka 2 : sorilah Bro, kami ni dah kira takder harapandah, hati kami ni dah tertutup, kami dah sumpah takkan jadi cam budak Islam yang lain .. lagipun kami tak salah di sisi undang undangkan ?, dalam IC memang Islam, tapi dalam ICjerlah .. haahaahaahaha (telinga aku semakin pedih, hati aku mula sebak)
AKU : oklah dik, abang nak balikdah nie, jomlah kita maghrib dulu (aku membuat cubaan terakhir) .
Mereka 1: takperlah bang, abang pegi dulu, nanti kalau jumpa Tuhan kim salam yea bang .. haahaahaa
AKU senyum pahit, di kawasan lapang berhampiran KLCC, sudah terdengar bunyi musik “sound check”, menandingi gema Azan Maghrib dari corong Masjid KLCC .. aku meninggalkan tengah Kuala Lumpur, jalan semakin macet. Di kiri kanan, anak Melayu berlari anak sambil berpegangan tangan, di atas motor berpeluk erat, di dalam kereta ada yang berduaan ketawa manja dan ada juga yang berhimpitan padat lelaki dan wanita. Jalan sesak ke perut Bandar, aku memandu perlahan keluar dari “kepanasan” kota, ingin menghilangkan kering tekak, aku menyinggah di sebuah kedai yang beroperasi tanpa henti .. bukak peti ais ahhh .. Calbergs, Tonik Kencing Syaitan tersusun cantik di atas rak bercampur dengan air tin Milo yang hendak aku beli, aku letak kembali. Di kaunter bayaran aku mencapai chewing gum ahhh kondom pula terletak bersebelahan aku letak kembali . benarlah kata adik berdua tu tadi .. mana haramnya kalau semua boleh senang senang dapat di kedai dan dijual open sahaja .. di mana aku sebenarnya kini …
Catatan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian/pandangan mana mana pihak : jari’menari abuAMMAR aka jeansLusuh