Notis Hak Cipta
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
© Jasadbeku blogspot.com
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Jasadbeku blogspot.com. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari halaman ini.Ini bertujuan untuk keselamatan dalam kebebasan menulis.Terima kasih.
PERHATIAN
1. Jasadbeku.blogspot.com TIDAK bertanggungjawab terhadap semua komen yang dihantar pembaca dan diterbitkan semula di blog ini.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
2. Komen 'anonymous' TIDAK akan disiarkan. Sebarang komen yang menyinggung rasa dan bersifat serangan peribadi menurut tafsiran Jasadbeku.blogspot.com juga tidak akan dilayan.
3. Muatan, catatan, entri, pandangan peribadi Jasadbeku blogspot.com TIDAK mewakili pandangan mana-mana pihak.
31 Oktober 2011
Orang Baik
Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:
"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
"Orang yang solat belum tentu baik."
"Orang berpuasa belum tentu solat."
"Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."
Jawapannya adalah;
Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
Orang yang baik tentu akan solat.
Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.
Gula-gula
" Seperti gula-gula.Begini, ada dua biji gula-gula.Satu dibukakan pembungkus, dan satu lagi kekal dalam pembungkus.Kemudian, kedua-duanya diletakkan di lantai.Mana satu pilihanmu?" Tambahnya lagi dengan pertanyaan.
Diam. 1 2 3 4 5 6 7 8 saat.Dibiarkan angin berhembus lembut.
" Mestilah yang masih ada pembungkusnya.Yang telah dibuka dah tercemar!.Ada akal, pakailah!. Lantang suara Tony Iommi separuh tegas.Matanya terbeliak.Barangkali cuba menunjukkan betapa waras pendapatnya.Manakala Ah Seng dan Muthu ketawa kecil.
" Begitulah juga dengan perempuan Islam, Allah S.W.T tuhanku mahu memelihara kesucian dan kehormatan mereka.Maka disuruh manusia wajib menutup aurat." Terangnya lagi.Tony Iommi, Ah Seng dan Muthu diam tertikam seketika.Mereka berfikir atau tidak, itu hak mereka untuk memilih sehinggalah sampai ketika manusia tidak lagi dapat memilih.
nota ; cakap-cakap kosong tepi jalan.
Diam. 1 2 3 4 5 6 7 8 saat.Dibiarkan angin berhembus lembut.
" Mestilah yang masih ada pembungkusnya.Yang telah dibuka dah tercemar!.Ada akal, pakailah!. Lantang suara Tony Iommi separuh tegas.Matanya terbeliak.Barangkali cuba menunjukkan betapa waras pendapatnya.Manakala Ah Seng dan Muthu ketawa kecil.
" Begitulah juga dengan perempuan Islam, Allah S.W.T tuhanku mahu memelihara kesucian dan kehormatan mereka.Maka disuruh manusia wajib menutup aurat." Terangnya lagi.Tony Iommi, Ah Seng dan Muthu diam tertikam seketika.Mereka berfikir atau tidak, itu hak mereka untuk memilih sehinggalah sampai ketika manusia tidak lagi dapat memilih.
nota ; cakap-cakap kosong tepi jalan.
30 Oktober 2011
Tegur dan Ditegur
Usah sesekali berprasangka buruk kepada seseorang yang sering menegurmu itu adalah manusia yang paling
bertaqwa. Usah pula anggap seseorang yang sering menasihatimu itu adalah
manusia yang tak pernah atau akan diuji. Usah kau ingat seseorang yang tegas berpegang teguh pada agama itu
adalah manusia yang paling sempurna.
Hakikatnya, dia menegurmu
untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut
berhati-hati dalam melangkah di dunia yang penuh tipu daya. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan azab dan sengsara neraka.. Dia juga MANUSIA-sering terdedah dengan usaha Iblis yang tak pernah berputus asa untuk menyesatkan anak Adam.
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga
bersama-sama.
Aku Diceritakan
Aku diceritakan oleh seorang kawan, kemudian terdetik dihati ingin berkongsi perihal ;
Imam Al-Ghazzali " Apabila berjumpa dengan orang jahil,anggaplah mereka
lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan
sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui."
nota ; bukankah manusia disuruh sentiasa berpesan-pesan?
Gagal
"Benarlah; aku pemerintah yang gagal, bukan sahaja pada mata akalku tetapi pada seluruh kesementeraan aku." bisik hatinya, bertafakur mengenal hakikat kejadian diri.Kata Pak Imam Jali kelmarin, kadang-kadang bertafakur seminit itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun.
Hamba
....lantas mengaku diri sebagai hamba Nya, tetapi sering kita tak bersikap seperti hamba.Ada sahaja kita tersasar daripada mentaati suruhan dan larangan Nya.Sedang kita semakin jauh meninggalkan Nya, Dia tak pernah meninggalkan kita meskipun sesaat , segala rezeki dan nikmat tak pernah putus-putus diberikan kepada kita.Hamba jenis apakah kita?.Ampunkan hamba-hamba yang angkuh ini.
23 Oktober 2011
Merah
Kau borjuis dan aku kemacar, begitukah?. Darah kau biru laut?.Tidak! Padahal darah kau dan aku sama-sama merah.
22 Oktober 2011
Melihat Dunia
"Ingin keluar melihat dunia, bukankah salah satu sebab Allah SWT mencipta alam terbentang luas, makhluk sekecil-kecil kuman hingga sebesar-besar mentari untuk kita berfikir akan keagungan-Nya?.Aku kerdil di sisi Mu.Tiada aku tanpa Mu.
nota ; dongak ke langit jingga, usah lupa tanah merah dipijak.
Tafakur
"Andai
engkau percaya-yakin akan adanya barzakh - mashyar - titian siratul
mustaqim- syurga dan neraka, kenapa masih melangsungkan nyawa '
bagaimana untuk hidup' demi mengejar kesementeraan?."Tanya aku kepada
mata hati dan mata akal aku.Diam.Tafakur.Kata seorang kawan, bertafakur
tak memerlukan wang atau harta sebagai modal.
nota; diulangi : KESEIMBANGAN.
Sepi II
"Sepi ruang kamarku adalah lebih kusukai daripada hiruk - pikuk Kuala berLumpur-ramai perempuan yang mengaku Hawa atau Zulaikha kononnya, meskipun sering sahaja berdansa-bertelanjang ataupun kebingitan suara gitar Jackson atau Bc Rich yang mengaum menuntut keadilan kononnya .Hanya pada kesepian aku lebih mengenal hakikat dan hanya memuji Engkau sahaja."
Wan Swad /20 Okt/Kamar Usang
21 Oktober 2011
Kecanduan
"..denting
gitar yang kukira dulu sungguh indah sehingga aku lemas dalam
kecanduan, tidak lagi untuk hari ini dan aku tidak jelas kenapakah dan
apakah.Bagaimana dengan esoknya?.Sekadar untuk menghiburkan anak-anak
kucing yang ketandusan kasih sayang barangkali".
nota : "ada orang mula belajar memetik gitar, aku nasihatkan jangan jika niat sudah tersasar!".
p/s ; tulisan ini ditulis selepas lesu melayan konsert Morbid Angel di Singapura.Apakah itu Morbid Angel?.Aku sendiri pun sudah mual.
Manusia, Wajah dan Hati
....dengan Garnier,secara teliti ; perlahan-lahan tapak tangannya membersihkan muka, biar segala kotoran dan minyak hilang, niatnya.Jika tidak dihiraukan, maka terbitlah bintik-bintik hitam yang akan merosakkan wajah.Tak semena-mena dia terfikir ;
"Tak jarang manusia, setiap harinya membersihkan muka untuk kelihatan suci pada mata manusia lain, tetapi jarang manusia setiap harinya tidak pula membersihkan hati untuk kelihatan suci pada pandangan-Nya" .Jika tidak dihiraukan, maka terbitlah bintik-bintik hitam yang akan merosakkan hati"
"Tak jarang manusia, setiap harinya membersihkan muka untuk kelihatan suci pada mata manusia lain, tetapi jarang manusia setiap harinya tidak pula membersihkan hati untuk kelihatan suci pada pandangan-Nya" .Jika tidak dihiraukan, maka terbitlah bintik-bintik hitam yang akan merosakkan hati"
20 Oktober 2011
Hitam Putih Kelabu
Antara
hitam dan putih, aku di tengah-tengah, maka aku kelabu barangkali.
Sampai atau tidak waktunya, seharusnya aku dan kamu berusaha menjejaki
putih.
nota ; .ketika mengejar cahaya, segerombolan kelkatu
gugur sayapnya .Kalian manusia mengejar apakah sehinggakan terpijak kaki
lawan dan kawan?.
Kurus
"..seperti jasad perlukan makanan untuk kesihatan. Maka membaca dan ilmu pengetahuan itu merupakan makanan bagi akal. Sebab itu ada perbezaan tahap akal orang berilmu dan orang jahil. Tanpa ilmu ertinya akal kebuluran atau kekurangan makanan. Akal yang beku dan jumud berpunca dari kurangnya pengisian." katanya kepada aku.Aku diam berfikir.Kemudian secara tak sedar, kepala terasa bergerak perlahan, menggangguk tanda setuju barangkali.Kemudian aku melihat pada badan.Kurus-kekurangan makanan barangkali?.Tidak! Malaysia tidak pernah dilabelkan dengan nama Gurun Kebuluran.Tiada selera mungkin.Seraya berfikir ; apakah akalku ini juga kurus kerana kebuluran ilmu?.
13 Oktober 2011
Telanjang
"Marcapada,
kulihat ramai anak-anak gadis membiarkan diri bangga bertelanjang
selari dengan sarang-sarang hiburan di lorong-lorong gelap yang turut
bangga bertelanjang bebas di daratan Tanah Melayu.Apakah kranium mereka
berkecai sudah dan tak mampu lagi mengimbangi seketul otak yang
berakal?"
nota; , ikut nafsu-lesu,ikut hati-mati, ikut rasa-binasa.
11 Oktober 2011
menCatat dan diCatat
"..selesai
membuat minit mesyuarat Panitia Bahasa Melayu, ternyata aku manusia
kemacar yang gagal untuk mencatat setiap butir-butir bicara yang selaju
cahaya. Tidak seperti malaikat yang sering berada di kiri kananku;
patuh, cekap dan berperanan mencatat setiap amalan aku, kau dan umat
manusia.
"Jangan kamu catat dahulu dosanya sehingga dia melakukan lima kesalahan."Kata malaikat di sebelah kanan.Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau dia telah melakukan lima kesalahan, apa yang harus aku catatkan?"
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga dia membuat kebaikan kerana
kami telah diarahkan oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat
sepuluh pahala. Oleh itu hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai
tebusan dan kami masih simpankan untuknya lima pahala lagi."
Maka
tercenganglah syaitan yang berdiri terkangkang apabila mendengarkannya
seraya berkata, "Jika begini ini sampai bilakah aku dapat merosakkan
anak Adam?.
Ternyatalah, Allah s.w.t Maha Pengasih.Dan aku
percaya malaikat di kiri kananku juga sedang mencatat tentang aku
sewaktu aku asyik menyelesaikan minit mesyuarat.
nota ; Pn.Asmawati Selamat,Ketua Panitia B.Melayu SMKSI, jangan sekeh saya jika ada silap.
Dari Cermin Lutsinar McDonalds
"..dia
berkerusi roda, kakinya tiada, cacat sejak lahir barangkali.Mana
mungkin bermain futsal selincah manusia normal.Kasihan.Itu sudah takdir
kehendak-Nya.Ada hikmah disebaliknya.Allah tidak menjadikan sesuatu
dengan sia-sia." getus hatiku.Monolog sepi.
Dari cermin
lutsinar McDonalds, tiba-tiba kornea mata kami bertembung. 1 2 3 4 5 6 7
8 saat, kami terpaku.Aku melarikan pandangan.Segan.
Mungkin
dia turut bermonolog tentang aku yang sedang asyik menghembuskan
asap-asap rokok, selebihnya tersimpan dalam dada. Mungkin begini ;
"Allah tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, tetapi jantan kurus itu
sedang mensia-siakan jantung sendiri.Dia pembunuh diri sendiri dan orang
sekelilingnya.Mungkin itu katanya." fikirku.Aku biarkan fikiran larut
dalam larut malam.
09 Oktober 2011
Bulan
"....bulan
bercahaya indah atau tidak dimata manusia, ia setia berperanan ,
manusia pula sering tersasar untuk memainkan peranan utamanya."
nota ; sedang merenung bulan.i.n.d.a.h.
TUTUP
"..jika
berjalan menutup mata , maka kita sering terlanggar apa-apa di
sekeliling.Mana mungkin menidakkan petunjuk?.Begitulah dengan hidup
tutup akal fikiran tanpa panduan seperti sedang melanggar apa-apa
sahaja."
tanya ; dilanggar atau melanggar?
06 Oktober 2011
Cinta (kah)
"Ada apa pada cinta?" terjah persoalan klise barangkali.Aku manusia kemacar cuba merungkai.Diulangi : cuba.
Cinta pada tanah-terserlahlah budi, saujana rimbunan hijau , benarkah?.
Cinta pada waktu-terungkaplah cita-cita membina kehidupan, benarkah?.
Cinta pada kesejahteraan-tertanamlah peluru-peluru sesat dari Palestin
Menangis sehingga Afrika Lapar akan damai, benarkah?.Cinta pada pada
perempuan-lengkaplah tulang rusuk kiri Adam, benarkah?.Cinta pada
mati-terpancarlah keimanan,benarkah timbul keinsafan?. Cinta pada-Nya,
ternyata cinta akan segala-galanya.
nota ;ini malam ingin sahaja aku lena dalam cinta, terjaga esoknya juga dalam cinta barangkali.
Seminit dibahagi Dua
" Bagaikan seminit dibahagi dua!" kata seorang teman. "Berapa pula harga usia mudamu, kawan?".
Dan Sang Waktu terus mendabik dada-bongkak tak pernah berhenti menyapa, berlalu sahajalah.
Caci
"..betapa
asyiknya menerima pujian lantas terbuai lena-hanyut di persada langit
jingga. Manakala betapa pedihnya menerima cacian lantas sakit, sakit,
sakit, sakit, sakit, sakit, sakit,sakit, sakit, sakit, sakit, sakit,
sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit, sakit dan sakit lalu jatuh
terdampar barangkali, dan kekalahan tidak pula diukur daripada
kejatuhan , tetapi kebangkitan setelah jatuh itu kehebatan, sahabat."
bicaranya sepi dihembus angin.Sepi, sepi dan sepi.
tanya; berapa banyak sakit?
03 Oktober 2011
Al-Fatihah
Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
02 Oktober 2011
Dua Situasi
Sudut
1 : dalam kesunyian malam, dia leka menonton drama berlatarkan
materialistik dan penuh dialog ' i love you so much! muah! muah!
muah!."Si gadis pula berpakaian seolah-olah bertelanjang.
Sudut
2 : dalam kebingitan malam, dia asyik menyeka air mata, masih jelas
terbayang ibunya diperkosa dan dibunuh tanpa ada sebab menurut kata
hatinya, dan monolognya " kenapa harus jadi begini?".Di luar sana peluru
berterbangan bebas.
nota : antara dua situasi
Sejarah
"..tak dapat tidak, perpecahan yang tak kunjung selesai-suatu sejarah manusia!"
tanya; manusia sememangnya begitu?
Langkah
"..dunia - dalam rentak sememangnya deras , aku cuba perlahankan langkah kemudian melakar kembali satu lorong yang sepatutnya.
nota ; melihat dalam diri.
Iblis
"..bermula
dengan keengganan Iblis untuk tunduk kepada Adam, maka tercetuslah
perpecahan dan permusuhan berpanjangan bersama peredaran zaman, manusia
merebut takhta kerajaan di muka bumi."
nota ; harus ingat, Iblis tidak pernah putus asa.
Dapatkah Menunda?
"Dapatkah menunda kisah yang ditempuh agar tidak berlaku? Tak bisa bukan.kita biasa-biasa bukan luar biasa.Ya,manusia sememangnya sering alpa dan tersasar.Jadi apa mahumu,manusia?."
Surat Khabar
"..kemudian
membaca surat khabar-orang ramai sakit jiwa; pisau di dada, mati
dirempuh lori, anak kecil dalam mangkuk tandas, pil-pil kimia sarat
kepala, seksi itu biasa, tumpuan hotel murah, guru didakwa, hulur kertas
bawah meja, pelajar tendang guru, isteri lari, kami kebulur, artis role
model, gaji bila naik?,mereka tipu kami, sah cerai, mabuk hingga pagi.
Muka depan; politikus " beras dan gula
akan sampai ke rumah tuan puan jikalau mengundi saya.Kita mesti bersatu
memerangi kemungkaran! Berjuang sehingga titisan terakhir!".
.............................. ....................kelip-keli p mata, langsung tak faham, esok terpapar lagi.Lusa pun sama.Seterusnya sama juga.
tanya ; apakah? kenapakah? manusia atau robot?.
Semakin Berlari
"..semakin berlari ke arah depan ; bulan, matahari bintang dan binatang rutin dengan peranannya, manusia pula lemas dalam peranannya."
Apa Khabar Palestin?
"..melihat
anak-anak kecil berlari riang mengejar rama-rama, aku turut tersenyum
seperti akulah ibu mereka lagaknya.Damainya Malaysia."
tanya ; Apa khabar anak-anak Palestin?-Mengejar peluru atau dikejar peluru?
Tenggelam
tak semena-mena teringat kata-kata Luqman al-Hakim;
"...dunia ini adalah lautan yang dalam dan ramai manusia tenggelam di
dalamnya. Oleh kerana itu, sediakanlah perahu untuk berlayar di
atasnya.Perahu tersebut ialah takwa kepada Allah."
"Apakah aku
dan kamu yang mentafsir akan kata-kata ini sedang asyik dalam dasar laut
itu?.Lemas dalam diam barangkali?" monolog.Pandang jauh-jauh.
Apa Kalian Cari
"..ketika semalam merenung bulan, tak semena-mena berbicaralah ia, katanya ada teka-teki untuk manusia yang berakal ; manusia matinya bila-bila sahaja tidak pula diketahui oleh akal manusia, dalam kesempatan sebelum kesempitan hidup, apa kalian cari?."
nota; setelah membaca karya Dongeng Pascamerdeka & Apa Kau Cari -Azman Hussin
Kelkatu
"..ketika mengejar cahaya, segerombolan kelkatu gugur sayapnya .Kalian manusia mengejar apakah sehinggakan terpijak kaki lawan dan kawan?
Langgan:
Catatan (Atom)