Alangkah ramainya orang yang baik meninggal dunia... Ustaz Asri dah pergi... Sahabat yang dahulu pernah mengikuti Kem Ihya' Ramadhan - Ustaz Saufie sudah kembali... Sahabat forumer Puan Aryna juga sudah menemui Illahi..
Ya Allah.. semoga aku juga selalu mengingati mati yang pasti hadir...
Pernah suatu hari kami bergotong royong membersihkan kuburan bersama rakan sejawatan. Tempat yang sunyi pada zahirnya, hakikatnya pelbagai keadaan yang dihadapi oleh para penghuninya.
Sebelum pulang rakan saya bertanya sambil matanya melirik melihat kuburan yang ada " sheikh (hanya panggilan semata-mata) kat mana ya kubur kita nanti...". Kelu lidah saya untuk menjawabnya, siapalah saya untuk menentukan di mana tempat akhir persemadian dan bagaimana pula keadaan ketika berada diperut bumi itu nanti. Cuma diri ini amat berharap, biarlah kesudahan dalam keadaan yang baik, dan perjuangan di alam kebangkitan berjalan dengan baik dan natijah yang terbaik. ALlah jualah yang menentukan.
Jika dia adalah aku...
Dia yang dimandikan dengan air mutlak bercampur kapur barus, dibasuh dengan tangan, disela-sela celahan jari jemari. Rambut digosok perlahan, badan dilumur dengan air sabun. Dibaringkan ke kanan dan kiri. Ditekan-tekan perut lalu dibersihkan dubur dan qubulnya. Sesudah dimandi wajib dan diambilkan air wudhuknya. Lalu dikeringkan air dengan kain batik lepas. Untuk dikafankan.
Dia dibaringkan lalu dikafankan dengan kain putih dan seluruh tubuhnya juga ditutupi dengan kapas. Matanya dicelakkan, Ketika itu terdengar di kiri kanan ahli keluarganya yang menangisi keadaannya. Bukankah dia itu sebelumnya dapat melihat, bergelak ketawa, bergurau senda, makan dan minum bersama-sama. Kini telah matanya rapat, tangannya diqiam terbujur kaku!
Dia diletakkan di hadapan imam. Di bahagian kepalanya imam berdiri tegak, bersama-sama makmum untuk disolatkan. Dan seusai solat, doa pun dipanjatkan :
Ya ALlah! Ampunilah dan rahmatilah dia. Afiatkanlah dia dan ampunkanlah dia. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya. Basuhkanlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.
Di akhir perjalanan proses perpisahan dari alam dunia menuju ke alam baqa'. Wajahnya dibuka untuk tatapan terakhir. Sebelum dibawa pula ke perut bumi, alam persinggahan sementara menunggu hari pengadilan.. Menitis lagi air mata, dengan teriak tangis kaum keluarga. Sudah berpisah dia dengan hartanya, anak isterinya dan segala kesenangan dunia.
Tubuhnya pun diangkat beramai-ramai, diletakkan di dalam 'kenderaan akhir'. Disambut pula oleh penggali kuburan untuk di'simpan' di kediaman yang baharu. Dengan hati-hati jasadnya diturunkan ke liang lahad lalu diletakkan gumpalan tanah agar badannya mengiring dan wajah menghadap kiblat. Papan demi papan diletak bersusun di atasnya. Berderap bunyi tanah untuk menimbus tubuh yang kaku itu. Hinggalah sampai masanya batu nisan dipacakkan.
Kini dia keseorangan, mungkin di dalam kegelapan atau bersama-sama cahaya. Dia tidur tenang atau diseksa..Sementara menunggu-nunggu hari dihisab pula..
Jika dia adalah aku.... (sedangkan aku tidak tahu dimana tempat dan amalan yang dapat dibawa pergi bersama-sama untuk bersemadi)
Ya ALlah, berikanlah kami didunia ini dengan segala kebaikan, dan di akhirat nanti dengan segala kebaikan, dan jauhkanlah kami dari api neraka.. Aminn Ya ALlah..
Rata-rata umat Islam dan ilmuwan agama telah bangkit mempertahankan melalui pelbagai medium samada mengadakan laporan polis, penulisan dalam akhbar, blog dan sebagainya agar kalimah ALlah ini tidak digunakan/dihentikan/dilarang memandangkan ia amat berkait rapat dengan isu aqidah dan bukan masalah perebutan nama.
Isu ini juga mendapat perhatian dari sahabat saya yang meminta untuk menulis mengenainya. Sebenarnya isu ini telah saya ulas sejak bulan Mei 2008 ketika Dr Asri menyetujui kalimah ALlah ini digunakan oleh pihak Kristian (mungkin sebelum itu beliau tidak tahu/menyelidik mengenai masalah besar yang akan timbul akibat dari penggunaan kalimah Allah mahupun istilah kalimah Islam yang lain di dalam bible di Malaysia) apatah lagi sekiranya digunakan secara meluas dalam situasi lain contohnya nama gereja at Taqwa (siapa tahu!)
Di bawah ini saya hanya menyertakan link artikel yang telah diterbitkan sebelum ini dengan penambahan link dari ilmuwan agama yang lain untuk kefahaman yang lebih jelas :
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
-
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ? Soalan:Ketika sedang
sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang
betul?Ja...
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan
-
Pembinaan Dapur Asrama Dan Dewan Makan
Assalaamu`alaikum
BismiLLaahirRahmaanirRahiim
Untuk pengambilan pelajar tinggal diasrama madrasah perlukan dapur dan ...
Jangan benci kitab Ihya Ulumuddin
-
i.JANGAN BENCI IHYA ULUMUDDIN. ii. SEMAK SEMUA DARI AWAL HINGGA AKHIR.
iii.JANGAN HANYA QURAN DAN HADIS SAHAJA, SEMAK SEMUA KITAB-KITAB ULAMAK
MAZHAB EMPAT...
Nazam Ubat Hati
-
Untaian nazam yang dikenali sebagai *Nazam Silsilah *atau *Nazam Munajah /
Munajat *atau *Ubat Hati*, gubahan asal berbahasa Arab dalam 33 bait
karangan ...
Shopback Review
-
Saya antara orang suka membeli online kerana mudah dan murah. Saya membeli
online dari semurah-murah item sehingga yang mahal seperti surface pro dan
ipad ...
Tafaqquh.
-
Faham agama bukan semata mata dari usha sesaorang bahkan itu adalah
pemberian Allah kepada siapa yg Allah kehendaki sekalipun orang tu tak ada
ijazah atau ...
Ketum: Perlukah Ia Diharamkan?
-
Semua jenis tumbuhan dijadikan Allah ada tujuannya. Tumbuhan herba seperti
ketum dan canabis sepatutnya tidak perlu diharamkan.
Kerajaan cuma perlu mengaw...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
HAJI WAN MUHAMMAD
-
*Mufti Sultan Perak Darul Ridzuan*Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
ADA perkara yang aneh, bahawa ada tiga gambar yang serupa. Sebuah gambar
walaupun agak s...
Puasa Sya'ban
-
*Tanya:*Saya ingin menanyakan tentang puasa Sya'ban. Berapa harikah yang
disunahkan oleh Rasulullah? Apakah baik jika kita puasa sebulan penuh? Atas
perh...
Ini Jadual Saya Sendiri
-
Status ini dikongsi agar sesiapa yang berhasrat membuka rumah perlindungan
bersedia dengan apa apa saja kemungkinan luar jangkaan. Bukan perjalanan
hari ...
Menelusuri Denai-Denai Kehidupan
-
Selama berhenti kerja di tempat lama saya tidak lagi aktif menulis. Fokus
utama saya adalah menjadi pengusaha. Sudah banyak yang diusahakan namun,
kejayaan...
Iman
-
Quran yang saya gunakan untuk bacaan dan hafazan sejak dari zaman sekolah
telah tertinggal di Kemboja. Quran kecil isteri saya, saya terhilangkan di
TBS (s...
Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan.
-
*Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan.*
Nabi Isa Alaihissalam memerintahkan 12 orang murid beliau berdakwah di
seluruh pelusuk dunia.
Salah seoran...
Setelah sekian lama....
-
ALHAMDULILLAH,
Setelah sekian lama, ada kesempatan mencoretkan ruangan ini.
Kami kini berempat. NAJWA QAMARYA lahir pada 9 januari 2013, kini sudah
mengh...
::Hakikat Cinta::
-
*Cinta adalah fitrah hati*
*Lahir tanpa dipinta dan dipaksa*
*Namun Tuhan sentiasa menguji*
*Apakah cinta itu suci atau sebaliknya*
*Cintailah yang d...
Perjuang Baru Bermula
-
Buat adik2 yg bakal berjuang dalam Peperiksaan SPM/ STPM
Selamat menduduki n menjalani exam dengan tenang, mg dimudahkan segala
urusan semasa menjawab exam...
penggunaan kalimah "ALLAH"
-
bismillah hirrahmaannirrahiim...
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat
baginda.
ada ke mereka (termasuk sorang bekas mufti...
SUARA DAN KEBERADAAN PMRAM
-
بسم الله الرحــمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله
وأصحابه أجمعين وأما بعد
Berkemungkinan, sebanyakan yang...
Kepada sahabat yang hadir. Dipersilakan untuk mengambil artikel di sini dengan syarat disertakan dengan alamat blog ini sebagai tempat rujukan semula. Sekiranya untuk tujuan komersial, hendaklah meminta izin dari tuan blog.