WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Monday, October 26, 2009

POTRET PERJUANGAN MAHASISWA DALAM CERMINAN DEKAD

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t

Mahasiswa..sedarkah peranan anada???
Kelompok mahasiswa mampu untuk nyata bangkit memperjuangkan perubahan berbanding kelompok lainnya di dalam sruktur masyarakat adalah disebabkan beberapa faktor:

a) Ideal
Di dalam tempoh usia mereka yang muda remeja, serta keghairahan terhadap ilmu, teori dan falsafah yang tinggi menyebabkan kelompok ini sangat ideal cara berfikirnya.Mereka mempunyai ideologi yang tulen berkenaan sesuatu perkara.Cara berfikir yang sedemikian menyebabkan kelompok ini cenderung untuk bersikap proaktif di dalam menyelesaikan pelbagai masalah di dalam masyarakat daripada membiarkannya.

b) Budaya Ilmu di Universiti
Budaya universiti yang menggalakkan kepada kuliah,perbahasan,perdebatan,wacana dan pembacaan melonjakkan semangat mahasiswa mengimplementasikan apa yang mereka rumuskan daripada wacana-wacana tersebut.

c) Muda
Rata-rata kelompok mahasiswa adalah terdiri daripada usia belasan tahun sehinggalah penghujung usia 20-an.Di dalam usia sedemikian,kelompok ini mempunyai jiwa memberontak yang sangat membara.Mereka juga cenderung untuk bebas daripada terikat dengan mana-mana birokrasi dan tradisi.Golongan ini sangat bertenaga terutama di dalam berdepan dengan pelbagai situasi yang sukar.

d) Masa yang banyak
Berbanding dengan golongan selepas persekolahan yang telah bekerja,golongan mahasiswa mempunyai masa luang yang lebih banyak .Di dalam kesempatan waktu tersebut,mereka mampu untuk merencanakan sesuatu perkara dengan baik dan melaksanakan pelbagai perancangan tersebut.Selain itu,waktu tersebut juga biasanya digunakan untuk menambah pengetahuan berkenaan pelbagai ilmu,kemahiran dan falsafah selain menyebarkannya kepada rakan-rakan sepengajian.

e) Kurang tanggungjawab
Kelompok mahasiswa rata-ratanya masih belum berkahwin dan bekerja.Mereka tidak mempunyai anak dan isteri serta suami.Dlam keadaan tersebut,mereka mampu untuk membuat sesuatu keputusan dengan tempoh yang singkat tanpa perlu berfikir panjang.

f) Budaya berpesatuan di kampus
Budaya ini membentuk hubungan struktur yang kuat di antara mahasiswa satu sama lain.Selain itu juga,ia membentuk tradisi kepimpinan yang sangat dihormati oleh kelompok mahasiswa dan masyarakat.

g) Membentuk komuniti
Pengajian di universiti dan kolej, membentuk komuniti yang hampir antara satu sama lain.Mereka tinggal berhampiran.Kedudukan yang sebegini, membentuk satu rangkaian pengurusan yang cepat di dalam apa juga tindakan mereka.

h) Kelompok Kelas Pertengahan(middle class)
Di dalam piramid struktur masyarakat,kebanyakan mahasiswa berasal daripada keluarga kelas pertengahan.Perkara ini jelas di negara-negara yang IPTnya tidak dibiayai oleh kerajaan.Kedudukan ekonomi yang tidak terlalu menghimpit mereka menyebabkan mereka mampu untuk berfikir di luar daripada persoalan cari makan yang membelenggu kebanyakan mahasiswa bawahan.




PIZZA


Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH. Insya’allah…