Monday, July 27, 2009

Bicara Wanita Minggu Ini.

Jajarkan ke TengahBICARA WANITA MINGGU INI..

Tajuk:

WANITA & AQIDAH
" KEPERIBADIAN MUSLIMAH"

Penceramah:
Ustazah Wahibah Bt Twahir @ Hj Tahir

Tarikh:
31 Julai 2009 (Jumaat)

Masa:
12.00 tengahari-2.00 petang

Tempat:
Auditorium Utama UPSI

Sasaran:
Kakitangan Wanita & Mahasiswi UPSI




ANJURAN:

PUSAT ISLAM UPSI

DAN

EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP UPSI 08/09

Program terdekat






Tuesday, July 21, 2009

Bicara Wanita Minggu Ini.



TAFSIR:

“KEINDAHAN DAN PENGHAYATAN WANITA

DI SEBALIK SURAH YASSIN”


PENCERAMAH:
USTAZAH MAZIDAH BT MUHAMMAD

(BEKAS PENSYARAH KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM)


TARIKH :

24 JULAI 2009 (JUMAAT)


MASA :

12.00 p.m – 2.00 p.m


TEMPAT :

DEWAN KULIAH A (DKA)


SASARAN :

KAKITANGAN WANITA UPSI & MAHASISWI UPSI



ANJURAN :

PUSAT ISLAM UPSI

dengan kerjasama
EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP 08/09



p/s: Jom beramai-ramai ke kaunter terbuka sempena Hari MPP bersama mahasiswa, di bitarasiswa, setiap Rabu (bermula esok ,22 Julai 2009) , jam 11.00 am- 2.00pm. Anjuran Exco Kebajikan & Kemasyarakatan dengan kerjasama Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah, Exco Akademik & Kerjaya, Exco Kesenian & Kebudayaan dan Exco Perpaduan & Integrasi.





Sunday, July 19, 2009

Hari MPP bersama mahasiswa



p/s: untuk perkembangan surau di perpustakaan boleh link di blog
akmal b madzir

Rindu yang menggamit..

Alhamdulillah sudah 2 minggu saya tinggal di rumah sewa. 2 minggu saya cuba sesuaikan diri berada disekitar Taman U ini. Alhamdulillah keadaan makin baik.Sungguh saya merindui kolej(KUO). Namun saya tidak menyesal memilih untuk hidup di luar kolej. Sebab saya nak cuba hidup berdikari.Mak, sudah tentu orang yang paling risau. Memang saya telah menjadi 'perantau' di negeri orang hampir 7 tahun. Namun saya tidak pernah merasa hidup berdikari seperti sekarang. Sebab itu mak risau. Tapi saya beritahu mak, saya nak cuba hidup di luar. Mak dan ayah akur. Mak dan ayah banyak mengalah dan merestui setiap keputusan saya sekarang memandangkan bagi mereka saya dah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Begitu juga abang-abang saya. Apa yang penting, sekurang-kurangnya setiap minggu saya wajib menelefon mereka.

Sungguh terlalu rindukan azan di surau KUO. Kat sini sepi, tiada sebarang surau yang terdekat yang boleh azan didengari. Kadang-kadang terasa hiba dan sebak sangat. Tadi sempat menghadiri majlis perasmian Rakan Penggerak Ad-Din di KUO. Lama saya di sana. Sempat berjamaah zohor di sana. Kadang-kadang kalau lapang saya akan kesana untuk berjamaah bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain.Memori surau itu cukup terpahat di hati. Di surau itulah, saya diumumkan sebagai Exco Kerohanian & Perpaduan oleh pengerusi Exco waktu itu ( sesi 2007/2008). Dan detik itu juga mengubah "daily life" saya di UPSI.

Kenangan bekerja bersama rakan exco amat saya rindui. Di sana juga saya dimarahi kakak bila 'nakal' dalam membuat tindakan. Namun semua itu menjadi satu kenangan indah walaupun selalu ditegur dan dimarahi. Disanalah adik-adik selalu berkunjung bertanyakan pelbagai soalan. Di sanalah saya belajar untuk bangun malam bersama-sama sahabat-sahabat lain untuk mendidik hati dan diri supaya lebih baik. Namun sekarang saya perlu berdikari. Itu pasti. Moga saya menjadi lebih kuat bila melaui proses kehidupan diluar. Jika saya tidak bermula disini, saya risau saya tidak mampu berdikari kelak. Abang-abang saya selalu menasihatkan saya untuk saya berdikari. Dan sekarang saya menyahut cabaran mereka.
Moga kenangan di sana terus mekar. Moga dakwah tetap dapat saya jalankan walau dimana saya berada.

Kenangan memberi pengisian untuk muslimat di KUO


Kenangan bersama rakan exco



Kenangan bersama JMK KUO 07/08



p/s: Makluman, rancangan Bicarasiswa pada 21 Julai 2009 di dewan SITC UPSI.
Panel NC UPSI, YDP MPMUM dan Presiden MPP UIAM. Saya tak dapat sertai sebab ada lab.

Tuesday, July 14, 2009

Tahniah pemimpin kg ayah !

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi. Saya kira lerai sudah debaran bagi semua pihak. Alhamdulillah kampung ayah saya (manek urai) sudah ada pemimpin baru. Pelbagai cerita saya dengar yang berlaku rentetan pilihanraya kecil manek urai ini.

Sungguh terlalu rindukan suasana manek urai. Walaupun ada yang mengatakan kelantan tidak semaju negeri lain, tidak mengapalah. Saya orang kelantan dan saya tahu suasana negeri saya. Ketenangan menjalar di segenap ruang tubuh saya apabila menjejakkan kaki ke negeri sendiri. Rumah saya yang terletak di kaki bukit sudah tentu menenangkan jiwa dengan pokok-pokok hijau. Kadang-kadang terasa asing dek terlalu lama tidak pulang ke kampung halaman. Ya, jauh perjalanan saya bermusafir. Seawal 13 tahun saya sudah keluar merantau untuk menuntut ilmu. 3 tahun sahaja berpeluang belajar di Kelantan ( tingkatan 1-3). Pada umur 16 tahun saya telah merantau ke Melaka seorang diri untuk meyambung pelajaran di sana. Semenjak umur itu sampai sekarang saya tidak berpeluang tinggal lama di Kelantan.

Manek urai, entah berapa lama saya tidak menjenguk kampung ayah itu. Mungkin ayah ada pergi ke sana menjenguk dan menziarah keluarganya. Seingat saya kenangan paling manis ni Manek urai bila saya berpeluang naik sampan ke kampung ayah. Waktu itu umur saya 8 tahun jika tidak silap. Teringin saya melihat suasana kampung ayah waktu pilihanraya kecil ini. Tapi apa boleh buat. Saya diperantauan. Jika dulu saya berdiri di Manek urai sebagai anak kecil, sekarang saya sudah berusia 22 tahun. Saya mahu manek urai sentiasa maju dan diuruskan dengan baik.

Tahniah saya ucapkan pada YB Mohd Fauzi Abdullah atas kemenangan di Manek Urai. Saya yakin, percaturan Allah itu adalah yang terbaik. Selamat berkhidmat ! Masyarakat sekarang saya kira cukup bijak dan matang dalam berpolitik.

p/s: selepas ini, negeri mana pula saya akan merantau..

Monday, July 13, 2009

KULIAH NISA' 2009

KULIAH NISA’ 2009

TARIKH :
17 JULAI 2009

MASA:
12.00 TENGAHARI – 2.00 PETANG (WAKTU SOLAT JUMAAT)

TEMPAT:
DEWAN KULIAH J (DKJ)

SASARAN:
STAF UPSI & MAHASISWI

WACANA PENGURUSAN RUMAH TANGGA
“RAHSIA & TANGGUNGJAWAB WANITA DARI PERSEPSI IBU, ISTERI & ANAK”

MODERATOR :
NORHAFIZAWATI BT MAHMAD ROZALI
( EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP 08/09)

PANEL 1 :
USTAZAH MAZIDAH BT MOHAMAD
(BEKAS PENSYARAH KOLEJ TEKNOLOGI DARUL IMAN)

PANEL 2 :
USTAZAH WAHIBAH BT TWAHIR @ HJ TAHIR
(PENSYARAH UPSI)

ANJURAN :
PUSAT ISLAM
dengan kerjasama
EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP 08/09

Jom meriahkan!
P/s: insyaAllah kuliah nisa' akan diadakan setiap minggu, setiap hari jumaat dengan tajuk-tajuk yang berbeza.

Saturday, July 11, 2009

Pertemuan 4 Gergasi

p/s: Tahniah pada penganjur Ko-SPIN 09!

Yang Tepat dan Terbaik!

Alhamdulillah.
Itu yang terbaik dan itu yang tepat!
Sudah lama masyarakat menunggu saya kira keputusan ini. Akhirnya kerajaan akur untuk memansuhkan PPSMI pada 2012.
Ini saya kira untuk kepentingan rakyat dan generasi muda kelak. Saya selaku mahasiswa berharap tiada sebarang unsur yang berbaur politik dengan pengunduran ini.
Saya pasti, ramai guru akan berasa lapang dengan keputusan ini. Begitu juga pelajar.
Hampir 14 hari di kampung sewaktu cuti semester baru-baru ini, sempat saya bersembang dengan sepupu saya dan isterinya. Sepupu saya dan isteri merupakan guru Felda Selancar, Rompin Pahang sudah tentu peka dengan isu ini. Bagi mereka sukar untuk menyampaikan sukatan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Jika dulu seronok mendapat alaun, lama kelamaan timbul perasaan penat kerana perlu menghadiri kursus-kursus. Mana mungkin kursus-kursus yang singkat mampu melahirkan guru yang terus mahir menyampaikan content dalam Bahasa Inggeris. Itu orang yang terdekat dengan saya. Belum termasuk guru-guru lain yang sempat saya berbincang mengenai hal ini.
Kita sendiri tahu akan hasil setelah pelaksanaan PPSMI ini. Pelbagai aspek perlu dikemaskan sebelum dasar sebegini ingin dilaksanakan. Sebagai contoh Infrastruktur di sekolah pedalamn yang masih ada yang terlalu daif.
Jika pemansuhan ini dilaksanakan secara berperingkat,alangkah bagusnya jika dulu sebelum dilaksanakan juga dikaji secara berperingkat.
Apa-apa pun semoga keputusan ini memberi kebaikan bersama dan semoga kebajikan rakyat terus terpelihara.
Tahniah saya ucapkan kepada aktivis-aktivis yang sentiasa tegar memperjuangkan pemansuhan PPSMI.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Setinggi kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana masih lagi memberi nikmat yang paling terbesar yakni nikmat iman dan Islam. Sungguh dengan izinnya masih lagi oksigen mengalir disetiap ruang badan kita dan darah merah masih lagi mengalir di dalam salur buluh darah kita. Maha suci Allah.


Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pelajar baru ambilan julai 2009/2010 ( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Selamat menjadi warga UPSI dan selamat maju jaya.


Saya juga ingin mengambil ruang ini untuk ucapkan SELAMAT KEMBALI DAN MENERUSAN PENGAJIAN bagi mahasiswa mahasiswi UPSI. Moga dengan semester baru akan mencetus semangat yang baru.


Tidak pernah terduka ini merupakan semester akhir saya di sini. Moga setiap apa yang saya tempohi di alam kampus ini dapat mematangkan saya untuk meneruskan kehidupan di luar sana.


Sekali lagi, SELAMAT MAJU JAYA


Norhafizawati Bt Mahmad Rozali

Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah,

MPP UPSI 08/09

UPSI