Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Tuesday, June 30, 2009

Mahu Teka? 2

Bismillah..

Salam'alaikum buat semua..

Maaf kerana lama menunggu jawapan teka teki yang diadakan sebelum ini :

"Ia selalu dekat dengan kita
Ia amat mengenali kita
Dan adalah yang paling lama bersama kita
Apakah ia ? "

Buat yang telah mencuba untuk menjawab teka teki ini.. Sebenarnya jawapan anda bergantung kepada apa yang anda kerap fikirkan ataupun sesuatu yang mempengaruhi fikiran anda..

Pada saat ana mewujudkan teka2 ini, fikiran ana sedang dilayarkan kepada ibu ana yang berada di rumah..

Jadi jika soalan ini diajukan kepada ana, jawabnya adalah :

Ibuku selalu dekat denganku
Ibuku amat mengenaliku
Dan dialah yang paling lama bersama sepanjang usiaku..

Tika itu, ana baru mendapat kesedaran bahawa ibu ana adalah yang terbaik.. Memang sebelum ini pun begitu, namun kali ini lebih2 lagi.. Dulu mungkin ana agak tertutup dengan ibu kerana ana lah yang paling gemar berdikari dan bersendiri.. Tetapi kini, sudah tiada segan di antara kami.. Hingga mampu menangis bersama.. Syukur pada Allah..

Kadangkala, sebagai seorang anak.. Kita lebih gemar melakukan sesuatu yang kita sukai.. Dan apabila kita dilarang, pasti ada sahaja protesnya..

Tetapi, apabila kita cuba untuk menoleh ke belakang dan menghayati mengapa ibu kita melarang dan tidak menyokong kita.. Baru kita nampak kesungguhan si ibu kerana tahu sikap dan kekurangan anaknya.. Andai dia tidak bersuara, nanti kesal pula berpanjangan..

Oleh itu,
Ana menyarankan kepada sahabat2 yang mungkin baru2 ini ada berdalih dengan si ibu.. Jangan segan untuk toleh ke belakang dan memandang wajah ibu.. Dan fikirkan mengapa si ibu melarang atau tidak bersetuju dengan anda..

Ibu hanya seorang, dari ia kita dilahirkan.. Dan dari ia kita berteduh kasih..

Buat ibuku,
Ketahuilah anakmu ini amat menghargai pengorbanan dan kasih sayangmu..
Semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah selamanya..



Thursday, June 25, 2009

Planning

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

The end of posting is just nearby

Feeling awake
and
trying to plan

Need a better strategy

Being a competent medical learner
in 2 weeks time

No more adequate rest
No more adequate consumes

Prepare for being assessed
Failure or survivor

Today's plans for tomorrow success

Sunday, June 21, 2009

monolog 1

tiba-tiba

rasa kurang tenteram

apa nak buat agaknya

serba tak kena

angin apakah yang menimpa diri?

adakah saya dijangkiti..

kurang minat?

kurang semangat?

atau kurang sehat?

yang manakah?

masih keliru..

Perlu pesan pada diri...

" Dan janganlah kamu bersikap lemah,
dan jangan pula bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya)
jika kamu orang beriman.. "

(Al-'Imran:139)


insyaAllah!

kuatkan semangat..

tambahkan minat..

maintainkan sehat..

ayuh~

Saturday, June 20, 2009

terjumpa..

Bismillah..

Salam 'alaik sahabat2..

Ana terjumpa hadis ini dalam web iluvislam.com..

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."

(Riwayat Ibn Majah)

Semoga kita terlindung dari kebinasaan.. Na'udzubillah..

Wednesday, June 17, 2009

Mahu teka?

Salam 'alaikum...

Apa khabar semua?

Jika anda rasa anda pintar atau mahu kelihatan pintar..
Adakah anda tahu?

Ia selalu dekat dengan kita
Ia amat mengenali kita
Dan adalah yang paling lama bersama dengan kita

Apakah ia?

Sila jawab.. Fikir.. Fikir.. Selamat meneka..

p/s : maaf, ana terlupa 1 baris lagi.. " Ia adalah makhluk tuhan.."

Sunday, June 14, 2009

Tetap suka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman..

" Apabila telah AKU berikan musibah kepada salah seorang hambaKU pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerima dengan sabar yang sempurna, AKU merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada Hari Kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya "

(Hadis Riwayat Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)




Wahai anak adam
Ketahuilah..

Di saat engkau rasa 'tersepit'
Allah sedang mengujimu

DIA 'melihat' tahap keredhaanmu
DIA 'memerhati' kekuatan imanmu

Detik2 engkau 'terhimpit'
Allah masih lagi 'melihat'
Dan DIA masih lagi 'memerhati'

Bisakah engkau mengalah
Andai engkau 'tersepit' dan 'terhimpit'

Dan membiarkan Allah 'melihatmu'
Diasak lemah
Dihujani resah
Diselubungi gelisah

Berhenti..
Dan beristigfar lah..

Lebih baik bagimu mencari
Kekuatan ruh
Ketenangan akal
Keharmonian hati

* Ana cukup suka Hadis ini.. Setiap kali baca, pasti timbul kekuatan apabila berada di ambang kelemaha.. Syukur pada Allah..





Friday, June 12, 2009

Tragik

Berhenti !
Ya, berhenti di situ..

Pegang tangan kirimu
dan bertanyalah..

Tangan siapakah ini?
.......

Renung tangan kirimu..
Dan gerak2kanlah..

Apakah yang kamu rasa di saat itu?
.....

Friday, June 5, 2009

Erti hidup

Dengan nama Allah yang menguasai langit dan bumi..

Alhamdulillah.. Minggu ini ana dianugerahkan satu lagi input tentang mengenali diri dan erti kehidupan..

Semalam ana sempat berbincang bersama seorang sahabat. Apakah pandangan ana dan sahabat ini mengenai diri dan kehidupan.. Terlalu subjektif.. tetapi boleh dipandu menuju objektif..

Syukur pada Allah, sewaktu perbincangan ini ana dapat ilham tentang apa yang ana ingin diri ini dibentuk, dan apa yang ana target dalam kehidupan yang serba singkat..

Allah berfirman :

"Demi jiwa dan penyempurnaan(ciptaan) nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. "

(Surah Asy-Syams : 7-10)

Setelah ana menyusuri liku-liku akal, dan melewati lubuk-lubuk hati.. Ana membuat kesimpulan.. Kehidupan yang bermakna adalah dengan melalui hari-hari mendatang dengan misi usaha memperbaiki diri sebagai seorang muslimah dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.. InsyaAllah, hati akan menjadi tenang dan kehidupan menjadi lebih bahagia..

Seorang sahabat ana bertanya apakah yang perlu dia perbaiki tentang keadaan dirinya ketika ini. Mungkin pada masa ini, dia belum benar-benar memaknai erti seorang muslimah.. Yang dahulunya ana juga masih belum memaknainya.. Bagi ana, ianya sukar bagi mereka yang masih lemah.. Dan ianya mudah bagi yang telah beroleh kekuatan.. Syukur pada Allah..

Segalanya berpunca dari hati.. Waktu itu, ilham yang datang pada ana untuk disampaikan kepada sahabat ini adalah..

Memahami erti Allah meninggikan taraf seorang yang bergelar perempuan..

Menghargai dan menghormati diri..

Mencintai diri sebagai makhluk yang paling mulia di sisi Allah..

Tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian ilmu yang ada sekarang tentang kehidupan Islam ..

Apabila kesemua itu berjaya diamati olehnya.. insyaAllah.. Sahabat ini akan tahu memimpin dirinya menyusuri jalan yang diredhai.. Mudah-mudahan begitulah juga dengan ana dan sahabat-sahabat yang lain.. Ameen..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails