26 July 2013

♥Checklist Amalan Ibu Mengandung Ketika Trimester Akhir♥

Assalamualaikum..


Hari ni 26/July/2013 bersamaan 17 Ramadan dah. Dah masuk 38 minggu kehamilanku ni. So far baru tinggal puasa 1 hari. Yea! Tu pun kes demam selsema melampau hari tu. Kalau tak ku yang gagah perkasa ini takkan tinggal puasa kot. Hoho! Gagah la sebab tak bekerja. Bangun tidur just main games, tengok tv, basuh pinggan mangkuk yang sahur tu, laundry, refill makanan meow dan just ulang alik toilet untuk mengencingkan diri. Kohkoh! Walaupun puasa, ibu mengandung still akan kencing lebih 5kali sehari okay~ So takyah nak heran sangat. My hubby pelik bagai kenapa ku masih giat ke toilet even bulan puasa.. Huhu. Maafkan kaum lelaki. Dorang memang kurang ilmu dan malas membaca sangat. Nak wife je explain manjang. 


So, sementara ada 2 minggu lagi sebelum due ku nak buat semua yang patut la. Demi memudahkan bersalin dan sebagainya. Buat sekadar mampu sahaja. Lepas tu tawakal jelah kepada Allah SWT dan berdoa agar semuanya selamat. Cuak gak sebab ingatkan air ketuban dah bocor sikit semalam. 



Antara amalannya ialah:
  1. Minum air zam-zam. - Bertindak sebagai pengganti air selusuh. Dimulakan dengan Bismillah dan selawat menghadap kiblat. Minum setiap pagi dan berdoalah agar dipermudahkan segala urusan.Insha Allah!
  2. Elakkan dari makan ulam yang berbau. - Cthnya: Petai, Jering, Kerdas. Nanti air ketuban berbau sama. Ewwwww
  3. Banyakkan mengaji Al-Quran dan berzikir. - Surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Banyakkan zikir sebab zikir akan membuatkan kita tenang. Keep calm down bebeh! 
  4. Minum air akar Fatimah. - Tujuannya untuk memudahkan bukaan laluan baby. Lepas rendam tu akar akan kembang kalau memang dah nak bersalin. Air nya dibuat minum atau kalau tak lalu nak minum, mandi dengan air tu pun boleh. Tapi better la minum. Rasanya macam teh tanpa gula je. Takde la teruk sangat. Selawat 3x, minum setiap hari selepas kandungan dah masuk 9 bulan. Jangan minum awal tau! Takot baby nak kuar cepat-cepat sedangkan bukaan lambat lagi. Nanti kita jugak yang sakit.



Ni la rupa nya. 
Gambar i google je. 



Ni rupanya kalau dah kembang. Lepas dah bersalin/kering automatik dy akan kuncup balik dan boleh digunapakai oleh orang lain plak.
Gambar ehsan sini



sumber: Qalish.com





No comments:

Post a Comment

para-para ibu comel men-komen