24 June 2013

♥Berpuasa Ketika Mengandung Cara Saya♥

Assalamualaikum...





Syukur Alhamdulillah hari ni 24|06|2013 bersamaan nisfu Syaaban ku berjaya menQadar puasa yang tahun lepas tu. Total semua skali ialah 9 hari dan ku beraya sakan lah hari ni~ Hoho, Orang lain dah berzaman lagi da ganti puasa tapi ku lagi 15 hari nak puasa baru merdeka~ Hua-hua. Citernya ku kan kawen time raya ke 3 taun lepas. Lepastu offkoss la bizi dengan kehidupan baru sebagai suami isteri~(ayat tersirat.Hoho). Time tu ku berniat nak sangat peknen cepat-cepat dan takde fikir langsung natijahnya. Yang penting kasi lekat dulu. Hohohohohoho. Natijah pun ada hoke. 



First, ku kena ganti puasa last minit macam ni. Bile peknen tak bleh la nak puasa time first dan second trimester. Tak kukuh lagi kandungan kite. Time awal-awal trimester kite duk sibuk dengan alahan uwek-uwek. So camne nak puasa kalau badan pun lemah??? Ku start ganti puasa time dah hujung-hujung trimester kedua. Alhamdulillah semuanya okay dan baby pun behave je~ Keke.


Second, due nya pada hari raya kedua. Nah hambek kauuuu! Tapi itu kalau full-term 40 weeks. Buatnya time 36,37,38 weeks ke? Kan kebiasaannya orang tak deliver tepat-tepat ikut EDD. Hanya beberapa % je kot yang amazingly deliver on due. Dalam kes beta, genap 9 bulan nanti betol-betol di awal Ramadhan. Andai kata beranak time weeks yang ku mention tu sah-sah la tak puasa la daku. Jenuh berganti. Huhu. Tapi kalau ikut EDD sekalipun means ku terpaksa puasa sebulan dalam keadaan sarat. Ni lah natijahnya. Orang lain beraya ku kena berpantang dengan anggunnya berlinangan air mata tatkala orang lain makan lontong ketupat. Sobs.


Btw ku tak kisah pun semua natijahnya itu. Redhoooo dah sebenarnya. Yang penting Allah dah bagi ku rezeki nak menimang anak sendiri. My sis dah lebih 8 tahun kawen still takde rezeki nak ada anak. Alhamdulillah dy dapat rezeki lain iaitu pekerjaan yang bagus. Allah dah tetapkan yang terbaik buat umatnya kan? Takyah meratapi kelemahan masing-masing. (mood ustajahh Jemah tibe-tibe) 



So here my tips untuk ibu-ibu mengganti puasa:
  1. Sahur kalau merasakan perlu. Ku tak penah sahur sebab tak penah terbangun pun. Just makan banyak-banyak sebelum sleeping beauty.
  2. Makan Iberet sebelum tidur atau selepas berbuka. Penting demi mengekalkan Hb!!. Ni ku memandai-mandai je. Kekeke
  3. Mandi sekerap mungkin. Nak-nak time musim panas dan berjerebu ni. Tapi tak basuhkan kepala sebab ada kata makruh. 
  4. Masa berbuka tu makan benda ringan-ringan dulu seperti kurma dan kuih. Kalau beta la, perut sah-sah masuk angin selepas seharian berpuasa. Kalau terus makan berat nanti akan muntah. Make sure minum air banyak-banyak untuk rehydrated. Lepas solat magrib pastu rasa perut dah tak sebu/tegang boleh la terus melantak nasi. 
  5. Puasa ikut kemampuan. Beta just amal ganti puasa seminggu sekali je. Alhamdulillah berjaya habiskan semua dan takyah susah-susah nak bayar fidiah. Keke

Perlu diingatkan bahawa tips beta ni hanya valid kalau nak puasa ganti je. Kalau puasa time Ramdhan kan 30 hari. Kalau tak mampu puasa setiap hari boleh puasa selang sehari. Pape pun kena tanya pendapat doktor dan kemampuan diri. Takyah la semangat sangat puasa penuh. Tak sian kat baby ke???? Sekian.






3 comments:

  1. Memang agak berat juga bila masa mengandung dan berpuasa, ada ketika mmg tak larat sangat nk berpuasa. Khas utk para ibu hamil atau menyusukan yang nak tau cara tambah tenaga di bulan puasa yang bakal tiba, boleh la berkunjung ke blog saya di pautan ini ye. terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah preggy.. macamana sekalipun kesihatan ibu dan anak kena utamakan.. Islam itu mudah.. =)

    ReplyDelete

para-para ibu comel men-komen