Showing posts with label Cetusan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Cetusan Rasa. Show all posts

Monday, 30 September 2013

8 usah dikira..

usah dikira berapa banyak usaha..
usah dikira juga berapa banyak belanja..
usah dikira air mata yg mengalir ..
usah dikira hari-hari yang berlalu pergi

setelah kau ku miliki suatu hari nanti

usah dikira waktu itu betapa tinggi nilai kasih dan sayang ini
usah dikira lagi..














                                                                         -iwannabeumie-



ma'a salama
post signature



Saturday, 20 April 2013

10 Andai ku tahu...perasaan 'ketika' itu..

Assalamualaikum wbt.


Jauh di sudut hati kecil ini terdetik sesuatu
bagaimanalah agaknya perasaan di 'ketika' itu... 
pasti ku tak menyangka akan rasanya
adakah seperti yang sering ku membayangkan
atau mungkin jua sebaliknya...

ku tertanya sendiri..
bagaimanalah agaknya perasaan di 'ketika' itu..

ketika mana muncul dua garisan yang telah lama ku tunggu
ketika 'si dia' benar berada di dalam rahimku
ketika 'si dia' mula bergerak dan menendang perutku
ketika sampai waktunya melahirkan 'si dia' yang ditunggu
dan ketika mana diri ini akhirnya bergelar seorang 'ibu'...
....
..
.
...bagaimanalah agaknya perasaan di ketika itu...

apakah diri ini punya ruang dan peluang untuk itu
mudah-mudahan Allah Rabbul Jalil memberi keizinanNya.. 
agar diri ini dan kalian yang diuji sepertiku merasai peluang dan detik bahagia itu..InsyaAllah.

Ameen ya rabbal alamin..


Barakallahu Lakuma

-Ma'a salama

post signature

Thursday, 4 April 2013

1 Entri Khas: Renungan seorang anak..

Assalamualaikum wbt.

buat renungan kita bersama...

----
~ Warkah dari Ibu dan Ayah ~
 
Wahai anakku,
Bila ibu dan ayah meniti usia senja
kami berharap engkau anakku
memahami dan bersabar dengan karenah orang tuamu...

Bila ibu dan ayah pecahkan pinggan atau
menumpahkan sup di atas meja.
Janganlah engkau anakku memarahi,
menengking org tua ini
kerana hati tua ini mudah benar terasa.
Ketahuilah, mata ini semakin kabur pandangannya dan kami tak terniat melakukan sedemikian.
 
Anakku,
Bila ibu dan ayah dimamah usia
telinga ini semakin hilang pendengaran.
Jika telinga tua ini tidak dapat mendengar
kata-katamu dengan jelas,
kami merayu janganlah engkau anakku memanggil diri ini PEKAK!
Ulanglah semula kata-katamu seperti kami terjerit-jerit memanggilmu sehingga tekak terasa perit
ketika engkau tidak mendengar.

Wahai anakku,
di usia senja begini ibu dan ayah selalu mengalami lemah lutut.
bantu dan pimpinlah tangan ini seperti kami memimpin tangan kecilmu ketika engkau bertatih,
janganlah engkau berkata 'ibu ni lembab!'..
ayah ni terhegeh-hegeh!'...
Maafkan kami kerana meyusahkanmu.
Di usia ini jua,
ibu dan ayah selalu berbicara tersekat-sekat
seperti cd cetak rompak
janganlah engkau berasa bosan atau jemu mendengarnya seperti kami mendengar kata-katamu yang pelat sewaktu kecil
setiap patah yg engkau katakan menghiburkan hati ini..

Wahai anakku,
maafkan ibu dan ayah jika tubuh tua ni berbau busuk dan menyesakkan hidungmu
Bukan kami ingin membiarkan tubuh tua ini berbau dan kotor
ketahuilah saat air dingin membasahi kesejukkan mencengkam, tubuh ini mudah benar berasa lemah dan jatuh sakit
Sewaktu engkau kecil anakku,
engkau taknak mandi kerana engkau mengatakan air sejuk
kami terpaksa tawaf sekeliling rumah hanya semata-mata mengejarmu untuk memandikan tubuhmu.
ingatkah engkau anakku kenangan itu?

Anakku,
Jika engkau ada masa lapang,
ibu dan ayah berharap engkau dapat meluangkan masa untuk berbual dengan kami untuk menghilangkan rasa kesunyian ini. 
cukup hanya seminit itu sudah memadai kerana kami tahu dan amat memahami bahawa engkau sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluargamu.
Tentu tiada masa melayan dan mendengar cerita orang tua ini.
Namun ingatkah engkau anakku
sewaktu engkau sudah petah berkata-kata,
ibu dan ayah selalu mendengar celotehmu dan dengan penuh semangat engkau bercerita tentang sahabat, tentang cikgu & pelajaran yang baru engkau ketahui 
dan cerita tentang teddy bear
tanpa rasa bosan ibu dan ayah setia mendengar malah terhibur.

Wahai anakku,
bila ibu dan ayah sakit dan hanya mampu terlantar di katil,
kami berharap engkau dapat menjaga kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran
ibu dan ayah mohon maaf bila kami terbuang air kecil
Kami tak sengaja untuk berbuat sedemikian anakku.

Hidup ibu dan ayah tidak lama anakku,
mungkin hari ini adalah hari terakhir bagi kami menghirup udara.
Bila izrail menjemput,
kami berharap engkau berada disisi.
engkau mengenggam erat tangan ini memberi kekuatan menghadapi sakaratul maut.
tanpa jemu engkau membisikan kalimah 'La illaha illallah'.

Jangan engkau runsing anakku,
segala kesalahanmu akan kami ampunkan.
bila ibu dan ayah bertemu dgn Al-Khaliq kami akan membisikan padaNya agar merahmatimu...
Terima kasih atas kesabaran dan kasih sayang yang engkau curahkan selama hidup ini.
Ketahuilah anakku engkau adalah permata di hati kami...



Justeru, di saat mereka menjengah usia tua....di mana kita untuk membalas jasa???

sumber: seindahcintaislam.blogspot.com 

***

 
Catatan khas:  
Terima kasih Mak & Abah yang sangat ku sayangi dalam hidupku...segala jasamu takkan dapat ku lupakan seumur hidupku..semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dan lindungan Allah S.W.T di dunia ini mahupun di akhirat kelak....ameen.

" Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

Ameen Ya rabbal Alamin.

"B sayang Mak Abah.." 




- Ma'a salama

post signature

Saturday, 23 March 2013

4 Anak 'itu' ~ Anugerah Illahi..



Entah mengapa hati ini tiba-tiba terlintas sesuatu
sesuatu yang kerapkali jua bermain di fikiran ini..
tentang memiliki anak 'itu'
dia yang dilahirkan dari rahim insan yang lain
yang bukan dari darah dagingku

bagaimana..
di ketika usia perkahwinan ku ini yg semakin menginjak dewasa
aku mula tertanya sendiri
patutkah aku memiliki seorang anak 'itu'?
hati ini seakan keras membatu tanpa mahu memberi jawapan yg pasti
seolah begitu yakin rezeki zuriat akan menyebelahiku tidak lama lagi
adakah perlu ku memikirkan soal untuk memiliki anak 'itu'?
aku benar yakin pd kekuasaanNya..
Dia tidak sama sekali akan menzalimi setiap hambaNya yang sentiasa berusaha..
merintih merayu dan berdoa ke hadratNya..

namun..
jauh di sudut hatiku kembali tertanya..
andai memang ditakdirkan aku akan terus begini 
sekiranya memang ditakdirkan ujian ini merupakan bahagian ku di dunia yg sementara ini
kerana Allah tahu ujian ini yang terbaik buat kami..
sedang aku sendiri tidak tahu apa yang terbaik buat diriku ini..
bagaimana pula..?
masihkah aku perlu terus bertahan dengan pendirianku untuk tidak mahu memiliki walau seorang anak 'itu'?
paling tidak dapat menemaniku dan si dia melayari bahtera kami..
setidaknya dapat sedikit mengubah kehidupan rumahtangga kami dengan telatah lucunya
sekurangnya kami merasa untuk punya keluarga yang sempurna..

namun ku tahu tidak semudah itu..
entah mengapa hati ini dan si dia juga seakan masih belum bersedia untuk itu..
aku termenung jauh..memikirkan kemampuan ku sendiri..
mampukah aku mengalas amanah menjaga anak 'itu' jika benar..
mampukah jua ku dan si dia berlaku adil dan curahkan kasih sayang yang tulus kepada anak 'itu'..
mampukah aku nanti begitu..mampukah aku begini nanti..

ku takut ku tak mampu menjadi seperti insan yang telah berjaya mengharunginya
sungguh..sungguh aku kagum dengan kalian yang sangat murni hatinya
telah sanggup memikul amanah menjaga 'anugerah' itu walau kalian tahu mereka bukan dari darah dagingmu..
hanya Allah yang akan membalas kasih sayang yg telah kalian curahkan kepada 'anugerah' itu..
andai aku dapat mencontohi kalian..bagaimana lah agaknya perasaan itu..

entah..tak tahu..belum pasti..aku keliru..

Ya Allah Ya Tuhanku, 
hambaMu ini hanya memohon dan merayu padaMu..
ku pohon petunjuk dariMu
juga kurniakanlah diri ini kekuatan menempuhi setiap ujian
ringankanlah ya Allah ujian ini buat kami..permudahkanlah segalanya buat kami..
Ya Allah Ya Rabb..
tentukanlah segala yang terbaik buat kehidupan kami di dunia dan di akhirat nanti...

...Ameen ya rabbal alamin...

***
                                                                                                         

                                                                                                           

Hasbunallah Wa ni'mal Wakil

-Ma'a salama

Tuesday, 29 January 2013

12 Entri Khas: Sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-7 kita...



Dengan lafaz Bismillah
ku susun ayat pembuka bicara
ku tujukan buatmu kekasihku
yang bertakhta di hati ini..

Wahai suamiku, 
Senyummu adalah kebahagiaanku..
Ceriamu adalah dambaku..
Gelisahmu merupakan kebimbanganku..
Air matamu lambang kesedihanku..
Dikau pelipur lara dukaku..
Dikau mengiringi suka gembiraku..
Dikau jua penyeri hidupku..

Izinkanlah aku untuk terus berada di sampingmu
tetap jua terus bertakhta di hatimu

Menjadi penghiburmu tatkala sedih
Menjadi penglipur laramu di kala sunyi

redhamu amatlah ku perlukan 
moga bahtera indah yang dibina beroleh keberkatan dan keredhaan-Nya selalu..

Abang,
Terima kasih pada setiap curahan kasih sayangmu..
Terima kasih jua di atas segala pengorbananmu padaku...
semoga Allah merestui hubungan kasih sayang ini..
Dunia dan Akhirat selamanya..will always love u...kerana Ilahi.
ameen..

"Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-7....."

                                                                                   - Isterimu



-Ma'a salama

Thursday, 10 January 2013

5 Tak percaya vs Percaya..

Assalamualaikum,

*** Tak percaya vs. Percaya ***

Kadangkala aku masih tak percaya..
aku tak percaya, yang aku sedang melalui suatu titian ujian..
yang tak pernah sesekali terlintas dan terfikir akan diuji sebegitu..
mengapa mesti aku yang diuji..
aku juga tak percaya bagaimana aku mampu..
mampu untuk bertahan sampai ke hari ini mengharungi ujian itu..

namun aku juga tetap selalu percaya...

yang Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan hatiku..
Dia yang sentiasa membantuku mengharungi ujian itu
dan Dia sangat sayang padaku..
aku juga percaya, Dia telah rancang sesuatu yang terbaik buatku..
aku percaya, apa yang berlaku adalah demi kebaikan buat diriku dan dirinya..

aku cuba untuk 'redha'..
jika dengan ujian itu dapat mendekatkan diriku dengan Dia..
jika dengan ujian itu juga dapat menghapuskan kifarah dosa-dosa yang lalu..

sungguh, aku bersyukur dengan ujian itu..
namun ringankanlah ianya buatku dan dirinya..

suatu hari kan tiba jua saat itu..
aku masih percaya.

***




                                                                                   
                                                                                                                                                         
-Ma'a salama 

Tuesday, 30 October 2012

6 6 tahun menunggu

Iya,
kini telah lebih 6 tahun...
ku masih menunggu dengan penuh harapan..
dan setiap kali harapan itu juga kembali berkecai 
pabila 'Ia' muncul 
bersama janji kosong..

Iya,
Ianya bukan suatu jangka masa yang singkat..
setelah lebih 6 tahun..
membuatkan diri ini juga tertanya
apakah peluang itu masih ada..
apakah mampu ku gembirakan 'si dia'..
apakah 'teringin' ku kan tercapai..

namun aku jua tahu
InsyaAllah jawapannya..
pasti akan ada jalan keluar bagi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya
aku yakin itu..
yang pasti berusahalah!

Wahai diri,
teruslah bertahan..
bersabarlah dan berdoa kepada-Nya..
cekal hadapi ujian yang tak seberapa..
sementara hidup di dunia yang tidak kekal lama
jika dibandingkan dengan nikmat lain yang tak terhingga..

Alhamdulillah, di kelilingi insan-insan yang menyayangi kita
berbanding orang lain yang tidak punya apa-apa
berbanding mereka yang diuji lebih hebat dari kita
kuatkanlah hati dan semangat mereka..
justeru, syukurilah dengan nikmat yang ada

selamat maju jaya buat teman-teman TTC semua..teruskanlah usaha..




-Wallahua'lam-

                                                                                                                                                                   - iwannabeumie -

-Ma'a salama

Sunday, 21 October 2012

0 Sunyi..


kadangkala bila menyendiri selalu terasa sunyi..
rumah tampak besar tapi sunyi..
dengar suara riuh rendah jiran bersama anak-anak..tetiba hati rasa sunyi..
bila masa kami happy tapi kemudian akan rasa sunyi kembali..

lantas tiba-tiba terfikir bagaimana lah kiranya suatu hari nanti sunyi itu tiada lagi..
atau cuma dapat rasa sunyi yang sementara
dan maknanya sunyi sekarang ini amatlah bermakna buat kami

sementara diberi peluang rasa sunyi dan masa lapang itu..
bersyukurlah, 
gunalah sebaik mungkin
pasti ada hikmah di sebalik peluang yang Allah beri itu..


Wallahua'lam

- iwannabeumie -


- Ma'a salama 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...