Monday, October 29, 2012

Hukum Allah

Lately selalu terbaca ttg artis2 'kembali tidak bertudung'. Ada plak kawan2 yg 'like' apabila BFF memberikan status yg tak menghormati ibu bapa dan agama di FB. Bangga sangat bila dpt mempersendakan hukum Allah!!!

Wednesday, October 24, 2012

Syukur

Aku semakin dapat menerima hakikat yang tak semua benda kita akan dapat. Lebih kat sini kurang disitu. Hidup macam roda dan hidup ada karma.Berbelanja ikut kemampuan bukan nafsu.Apa yang penting, jgn pandang kecil nikmat SIHAT yang Allah berikan...syukur!!!

Tuesday, October 23, 2012

Tekanan

Pagi tadi, masa turun nak wat breakfast, hati aku sgt berat...seberat2nya....duduk sekejap..tiba2 aku nangis...nangis yg sesungguhnya.....tekanan makin tinggi..semoga aku tabah.

Monday, October 22, 2012

Takut

Selepas jumpa dgn SV, aku rasa takut. Takut sebab byk perkara. Mampu kah aku memenuhi kehendak SV dan keinginan diri??? Wallahua'alam. Doakan aku.

Sunday, October 21, 2012

Words for Sunday

The key to better writing: revision and rewriting.
Write and rewrite. Proofread and rewrite. Then, review and rewrite some more.
 — with Rob Smith.

Thursday, October 18, 2012

Istiqamah

Akhir2 ni aku kerap bermuncung kuda setiap kali balik dr fakultas. Tiap2 kali balik umah, kerja aku ber 'facebook' dan ber 'instagram'.Konon nya nak release tension. Dah lepas went through sumer status2 dan pic2 sumer..ada satu rasa dalam hati aku ni...iaitu iri hati, sakit hati, menyampah, meluat dan segala2 penyakit hati. Tak sihat kan??? Then semalam, masa aku tgh melayari muka buku, husband aku cakap "dah la tu areT, asyik tgk FB je, Iman terabai"....alahai....sian anak aku yg comel tu. Betul gak tu..so azam baru aku adalah...xmo ber FB or ber Insta di rumah..klupon berkehendakkan (tolong, ayat agak berbaur lucah), hanyalah pada waktu ketika Iman tido....insyaAllah. Semoga beristiqamah.

Wednesday, October 17, 2012

Moscow

Kelas kau areT...dalam masa sehari 2 entry kau pos kan....aku tgh tension yer..berlambak2 katebang depan aku ni yg masih tak take off...seriously...klu ada rejeki aku dapat PhD ni...aku nak gi MOSCOW!!! (anis dan zihan, tolong jgn gelak). Ni aku sebut Moscow ni kang...ramai la geng2 yg penah ke Moscow sibuk nak publish pic diorg gi sana kat fb ke, instagram ke..blog ke...x percaya tgk la...come on la...aku kadang2 sian plak dgn org2 mcm ni..tak bleh skit tgk org lebih dr dia..mula la PHD dia dtg...arghhh,sialan....apa aku merepek ni...aku nak ke MOSCOW!!

Geram

Semalam aku berjumpa dgn D#K#N. Tujuannya adalah utk bertanyakan prosedur2 utk aku nak transfer dr Penang ke Shah Alam. Ke transferan aku ini bukanlah bermakna aku dh x suka duduk Penang, cuma aku rasa, bgai peluang la kat muka2 baru menimba pengalaman berada di kampus cawangan dan husband aku plak keja kat sini. Jadi bermodalkan muka yg tak seberapa cun ni, aku pon pegilah mengdapa Inchik D#K#N. Masa aku menjengah ke bilik dia, nampak muka dia blur, nampak sgt dia x kenal aku. Setelah memperkenalkan diri aku pon menyatakan tujuan aku berjumpa dia.Setelah berbual barang 5 minit 6 minit, aku dapati harapan aku adalah kosong jika aku masuk kerja tanpa Phd dan 50/50 jika ada Phd. Ok fine, aku bleh terima la statement tu sbb memikirkan ramai lagi yg sama masalah ngan aku, cuma aku rasa sepanjang perbualan aku dgn dia...muka nya seakan2 memanggil aku utk menempeleng nya.Bukan apa, takde ciri2 kepimpinan aku lihat dekat dia. Aku tahu dia tak mampu jadi pemimpin sebaik Rasulullah dan seamanah  Saidina Ali...tp tolong la tunjuk kat aku bahawa rasa aku nak tempeleng dia tu mmg salah. Namun sampai ke sudah aku sgt rs aku perlu tempeleng dia.

Apa dia ingat semua yg dia pegang ni kekal, jauh mana sgt kaya dia akan bwk dia?????sodah la...Rezeki tu Allah yg bagi...aku tak minta la rezeki dr ko. Kalau Allah kata rezeki tu utk aku, insyaAllah tak kemana....
"Wahai si kaya, jgn kau mabuk sendiri!!" 


Friday, October 12, 2012

Di hambat waktu....

Jijik tajuk entry ni kan...???hehehe..sempena minggu matematik di UiTM, aku pon nak mengkalkulasi waktu yg aku perlu siapkan segala kerja2ku:

26 katebang yang tgh tunggu green light utk take off. Untuk waktu skg, airport hanya benarkan 4 katebang utk take off sehari,so
26/4 = 6 hari
6 hari utk katebang yg ada canard A,
utk canard B,C dan D pon sama...so 24 hari aku perlukan utk terbangkan katebang2 ni....belum ambil kira katebang yg stall atau pon yg kena emergency landing. Aku harapkan hari2 aku yg turbulence akan laminar semula....duhai angin...jgn kau bergelora lagi...

P/S: aku tak suka naik katebang..terutama time take off dan landing....gugur jantungku..teringat lagi Co-SV aku tanya.."zurriati, kenapa katebang u tak terbang sampai angle of attack 12 deg?"..aku berdebar sbb xde jawaban...lantas aku jawap,"entahlah Prof, jawapan Prof apa?"...Prof jawap "Huish, xmau saya fly tinggi2..muntah!!!"~~~~~~terfikir di benakku .. nanti masa viva...bleh ke aku jawap mcm ni???hehheeheh

Tuesday, October 9, 2012

Geram!!!

Aku sebenarnya dh lama bengang dgn beberapa org insan di bilik ini, yang aku rasa selfish aka tak fikir perasaan org lain. Selama ni ada jugak beberapa org adik mengadu kat aku ttg gelagat insan2 ini, tp aku diamkan je, memandangkan aku boleh tahan lagi dgn keadaan tu. Tapi utk waktu sekarang..waktu yang aku tgh mengalami tekanan yg sgt2, jiwa yg tgh kacau, emosi yg x stabil...mau je aku sound sorang2 insan ni. Tolong la respect dgn aku dan adik2 lain yg masih berjuang nak siapkan projek kitorng ni (master,Phd). Aku tau lah korang dah dpt master, dah jadi pensyarah dan dh ada kemudahan bilik, itu dan ini...tp kenapa masih nak berada di sini, buat discussion dgn FYP students as if ni bilik guru!!!! Aku x faham kenapa diorg ni masih nak menempek kat bilik ni, napa x duduk kat bilik sendiri???? ...BLAH LA WOIIII..!!!!

Friday, October 5, 2012

REvlon tak?

Lately, byk sgt terkecil hati : REVLON ke tidak???
  • Sewaktu meeting dgn group Aerospace hari tu, SV aku bercakap ttg progress Phd students dia, sampai turn aku, Prof tanya: "Zurriati bila mau siap?"..sambil aku menjawap dgn muka yg berminyak2 " I don't know Prof, but if you give me green light to start writing, then I would be very happy", lantas Prof aku menoleh ke arah lain, iaitu ke arah kwn aku  yg baru selesai viva Phd nyer dr Imperial College London, bukan sabun Imperial itu yer..heheheheh. REvlon tak kecik hati?
  • Jumpa dgn Prof aku keesokan hari nya bg tau yg nak hantar report untuk Dana Kecemerlangan Report. Aku menyatakan hasrat yg aku nak apply lg pasni dgn guna kan nama dia. Lantas beliau berkata bahawa tiada kapasiti lg karena dia tgh menjadi group leader utk PhD student yg sorang lagi ni. REvlon tak kecik hati?
  • Kawan2 tgh berbincang ttg trip mereke ke Paris sementelah mereka akan berkoferensi di sana. Aku x mampu nak pegi atas alasan 'anak aku kecik lagi'. Tapi sebenarnya aku xde Kijang Emas dari Maybank..heheheheh. REvlon tak kecik hati?
  • Mentor aku telah bg email menyatakan supaya aku memanjangkan lagi bait2 ayat dlm email aku utknya supaya dia bleh tau progress aku skg.  Email aku pd dia skg hanya lah,,,"Dear Sir..how are you?"..kuang ajo kan...hehehehe. Now dia kat US, menjadi pensyarah kat sana. REvlon tak kecik hati?
  • Mendapat tahu seorg sahabat telah mendapat PhD melalui Google, tahniah. Namun di sudut hati terasa berkecil hati karena sejak dr 'hari itu', aku dipinggirkan.  REvlon tak kecik hati? 
Banyak lg la yg aku kecik hati...lantak ko lah areT, ada aku kisah??heheheheh...takpe..takpe...yg pasti, dlm kekecilan hati ku ini..terselit khabar gembira yg x perlu aku nyatakan di sini (No, I am not pregnant!). Biarlah ianya rahasia...jijik ayat aku!!!!

Tuesday, October 2, 2012

Monday, October 1, 2012

Peringatan

"Pandanglah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah memandang kepada orang yang di atasmu, supaya kamu tidak memandang kecil nikmat Allah ke atasmu"~HR Bukhari dan Muslim