Friday, September 21, 2012

Rasa ini lagi...

Sakan ngko areT, menulis blog tiap2 hari....byk masa ko ek? hehehe..lately hati runsing, nak meroyan di FB kang, org speculate aku ada prob ngan laki aku lak...tak kuasa aku, hehehe..'ini lah salahku yg memberi ruang' bak kata kumpulan Sixth Sense. Percayalah kawan2 ku...kalau aku ada problem, aku akan Whatsapp kenalan2 baik ku sahaja. Yg sodi mdengar rintihan qolbuku wlupun dlm keadaan mereka buzy ataupun seangkatannya. Pengalaman mengajar aku jgm simply citer masalah ko pada org yg tak 'rapet', sometimes they love to feed off of people's misery. Kusut ahkak.

Semalam mmg aku kusut, begitu juga seorang rakan ni yg aku anggap spt adik sendiri. Aku sms pada rakan2 yg aku anggap dah otai dlm lapangan research ni, bgtau ttg apa aku rasa. Kadang2 kwn kita pon manusia juga, letih melayan sms kita. Jadi, aku duduk diam2 depan nursery Iman. Dengar lagu...:(

Kepada rakan2 di luar sana yg akan dan tengah buat research ni...nasihat aku:
  1. Sabar
  2. Sabar
  3. Sabar
pinjam kata2 dr sms Che Nad:: "areT,jgn rasa down, Nanti ko akan get carried away ngan down ko lama"~~~~~~pengalaman aku la...apa yg che nad ni ckp sgt betul. Rasa down ni dtg dr syaitan yg suka tgk kita lemah dan leka. Kalau rasa down, take break, gi Pakli,makan nasi lemak dan neskefe ais...waw..heaven!

Kawan2..tolong doakan aku utk cukup kuat..utk cukup kudrat utk siapkan PhD aku ni. "Genggam bara api biar sampai jadi arang "~mak.

Hanya nak share sms dr co-SV aku dgn semua. Believed me, sms ni really made my day!

Happy Conference. Jangan takut. Org lain tak faham pun apa yg kita cakap. Jadi buat apa takut? kita sendiri yang paling faham. Saya doakan semua berjalan baik. Selamat jalan2, dan happy shopping.

Thursday, September 20, 2012

Tak suka...

Slides utk presentation baru je siap td. Kisahnyer semalam husband aku, Najib telah sound aku ttg kelewatan aku menyiapkan slides ni. Katanya dr dua minggu lepas dia suruh aku siapkan slides dan praktis, tak gak siap2..tu yg menetes ayer mata aku semalam tu. Dalam hati aku menjawap.."kalau kau jd aku, aku yakin kau mengerti".

Sungguh, tak tipu, aku tak suka presentation. Tempat di mana aku bercakap benda2 yg konon nya "aku sorang je tau, sumer org tak tau". Siyes aku tak suka!!!! To make things worse, aku di invitasi menjadi chair session. Memula tu terdetik gak kat hati aku utk nak tolak ajakan itu. Nak mampos???? Berbelit ko ckp english...aku ni dh la pondan English.Tapi bila aku bertenang, sambil dgr lagu Jimmy Palikat, 'Anak Kampung'...aku pon menekan butang Accept. Pastu menyesal...hehehehehe.

Mmm...bertenang je lah AreT, nak tak nak, kau kena hadapi jugak benda2 ni.....Kawan2,doakan I jadi presenter terbaik yer....hehehehe

Wednesday, September 19, 2012

Tolong jangan gelak

...bila aku ckp air mata aku menitik masa bfast ngan husband aku pagi td. Puncanya..entah. Rasa emo. Tak...aku tak PMS pon. Tak tau,byk benda yg aku terasa akhir2 ni.

Tuesday, September 18, 2012

Pejamkan matamu utk ku

...lirik lagu Aizat semestinya. Hari ni mood ke laut. Rasa macam2. Aku rasa bersalah dgn MrN.. kenapa KG datang lagi...KG..KG...go away...

Friday, September 14, 2012

Rimas

Rimas rasanya dgn rasa ini.Bilakah semua ini akan berakhir. Dan kalau ianya berakhir,doa aku biarlah ianya satu kemenangan. InsyaALLAH

Tuesday, September 11, 2012

Rasa ini

Akhir2 ni cepat sgt aku terasa hati...kenapa yer...adakah kesan Pak Mat Songkok (read:PMS) ataupun aku tgh stress dgn PhD di hadapan aku skg ni? Semalam aku balik rumah..muncung aku dh serupa muncung kuda...marah husband aku kat aku. Dia ckp jgn bwk balik cas negatif kat rumah...nanti kesan nya habis kena kat satu umah. Entah lah...susah untuk aku nak senyum sedang dalam hati aku ni ada 1001 perasaan yg tak best...Seriously aku tak suka rasa ni...

Monday, September 10, 2012

Kenapa..

"Hmmm...penyakit lama dia dh datang dah"~kata husband aku pagi td. Kenapa dia ckp mcm ni??? Sebabnya pagi tadi aku menyatakan kat dia, aku rasa lonely sgt2. It seems to me,kawan2 yg pernah rapat dgn aku, semakin menjauhkan diri. Panggilan telefon dan sms2 aku sumernyer di biarkan sepi. Seolah2 kehadiran aku sbg kawan, lansung tak di hargai. Kenapa ya aku selalu rasa mcm ni?Rasanya berulang2 kali dah husband aku ckp, cari kawan baru. Anggap je kawan2 di fakultas dan jiran2 sbg kawan baru....aku cuba...tp kenapa rasa sunyi ni selalu ada????

Friday, September 7, 2012

Sabar

"Kita merancang,Allah yang menentukan"

~Duhai hati,bersabarlah.