Monday, November 29, 2010

Jawapan standard:)

Lately, bila org tanya "areT, hang camne, sume OK ke??"..dgn pantasnya aku akan menjawap "OK, cuma skg selalu sgt sakit belakang, perut rs mengeras, susah nak tido....bla..bla...bla", jawapan yang agak panjang...dan jawapan yang aku akan terima "ha....biasalah tu, baby nak membesar"......persoalannya,adakah itu standard jawapan?????

Aku tak puas hati tau..so, aku pon membaca boku2 yang ada dan laman sesawang (tolong...ayat tak tahan), mmg jawapan yg aku terima adalah jawapan standard..huhuhuhu..sakit belakang sbb berat badan bertambah, sakit2 kaki sbb kronologi tapak kaki aku yg kecik dan pelonggaran ligamen, perut mengeras sbb my body tgh prektis Braxton Hicks, susah tido sbb perut dah besar dn ahsik ke toilet dan mcm2........Again, masa aku jompa doktor baru2 ni...aku hujahkan persoalan yg sama dan jawapannya ttp sama.....cuma aku suka jawapan yg N bagi..."bagus2...kalau sakit tu bagus la...maksudnya, setiap kali sakit, setiap kali tu lah Allah gugurkan dosa2, bukan sumer org dpt chance ni, so enjoy it while u can". Yg aku baca, sumer org sakitnyer berlainan...maybe aku takde morning sickness, tp sepanjang 9 bln ni, tak pernah sekali satu badan aku tak rasa sakit...sakit memanjang..byk sungguh dosa aku:( Ya Allah, pls forgive me!!

Ha..satu lagi...aku mmg ada masalah stretch mark yg sgt teruk. Kalau di letakkan corak buah tembikai dgn gambar hitam putih dan di bandingkan dgn strecth mark kat perut...nescaya,sumer org tak dpt nk bgtau mana satu tembikai, mana satu perut aku. hehhehe....Kwn aku, Sari asyik je membebl kat aku sbb kelewatan aku memakai Bio Oil dan dgn perangai aku yg tak ambik berat tu...heheheh...tapi kan doktor kat tempat yg aku selalu p check up tu habaq..dia aritu wat treatment kat slim world..sgt hilang yer ..then aku tanya, baper kos...dia jawab rm3k..waw..ala2 tak mampu ahkak!!!!..tp dia ckp...bila dia pregnant anak ke 3, stretch mark tu ada balik..so di sor kan kat aku..tak payahlah wat apa2 treatment....anggap je tu 'souvenir' dr Allah yg menunjukkan kita pernah pregnant...alhamdulillah......tapi....kalau ada org nak sponsor..tolong jgn segan2 nak contact aku yer.....heheheh....

oooppss...time's up..aku kena siapkan paper utk konperen kat Bali ni...mana tau ada rejeki..ke Bali la:))

Thursday, November 11, 2010

Masuk spital

Isnin hari tu, aku rasa semacam je...N pegi Kuantan buat site visit seawal jam 5 pagi bertolak. Aku bgtau kt dia, sampai je kol..bukan apa, skg ni kan byk sgt kes kemalangan jln raya, risau gak. So dalam kul 8 pagi dia kol, bgtau dah sampai, lega.

Aku pun melakukan rutin biasa, ke fakulti. Kali ni, aku rasa mcm tak selesa bwk keta, nak angkut laptop naik tingkat 5 tu pun, rasa mcm nk terberanak rasanya. So aku pun, ignore je la....everything went right ....slides utk presentation pon dah nak siap (tp belum siap), hehehehe. Dah pukul 5pm, kemas2 brg utk balik, sekali lagi, membawa laptop mcm memikul beras 10kg. Gagahkan jugak:)

Balik rumah, rehat sat, N kol ckp dia akan push off dr Kuantan lepas maghrib. So aku p kedai jap, plan nak masak mi sup mlm tu...waw, sedapnyer! Pas balik dr kedai, perut aku sakit semcm je, aku tanya anak buah aku, mcm mana rasa sakit nak beranak ek...dia jawap "syue, kakak tak penah beranak!!"..huhuhuhu....betul gak ek.

Then, aku pon bersiap2 nak solat maghrib, ms tgh kencing tu, aku tgk sgt ada darah, lansung aku berdebar. Satu lagi yg memenikkan keadaan ialah N takde dan keta aku manual. Anak buah aku plak adalah budak br nak jadi artis bab2 keta manual ni...kol kwn dia (Hileri Daf, heheheh), nasib baik Hileri Daf available dan artis profesional..heheheh Sumer klinik yg aku p x available, ada yg doktor takder, scanner ruhsak, etc. At last adalah sekor klinik yg lengkap sumer. Dr scan, doktor diagnosed bleeding by Placenta previa (marginal), lansung dia suruh aku pegi hospital mlm tu gak. Maka mlm tu gak drive ke Potrajaya.

Kat spital, wat ultrasound, bleeding tu bukan sbb PP, tp maybe sbb vaginal infection, tp kena masuk spital gak la, 24 hrs observation. Mmg best la kat spital ni...bak kata kakak aku, yang terbaik la...bg aku, food dia sgt mantop!!!...Selalunya N yg makan hospital food tu, dia akan beli aku food dr luar...pelik, suka plak dia makanan spital (make sense: menu tgh hari ialah ns beriyani dgn ayam tandoori....laju je dia makan)..hehehehe....aku discharge spital ari rabu.

Insyaallah, harap2 nanti akan deliver kat sini gak la nanti, now kat fakultas..keja balik..arghh!!

Monday, November 8, 2010

Phd oh Phd

Lately,aku asyik terfikir mcm mana nak meng 'upgrade' kan diri aku dr segi kualiti hidup dan kerjaya. Semua persoalan ni start bila N mengutarakan perkara yg sama pada aku iaitu "Boring dgn rutin seharian".

Baru2 ni keluarga aku mendapat perkhabaran gembira, bila kak cik aku berjaya mendapat sijil "Profesional Engineer" yang membawa gelaran Ir, dan sebelum tu, angah aku naik ke gred 54!!!Dlm bidang education, Gred 54 ni ialah satu gred yang sama taraf nya dgn "Prof Madya", satu step lagi ke gelaran Professor, dan beberapa gred lagi utk ke pangkat JUSA. Dan oleh sebab angah aku Doktor, jadi gred ni agak gah bunyinyer. So far, dalam 7 org adik beradik aku, 2 org dah bergelar IR, seorang bergelar DR (medic), 2 org bergelar cikgu, 1 bergelar wartawan...dan cuma aku tanpa gelaran...huhuhuhuhu. Gelaran aku tetap "adik". Semoga emak dan arwah abah bangga dgn pencapaian kami adik beradik. Dan semoga dgn gelaran yg dipegang juga, dapat membantu org Islam, dan anak bangsa sendiri,wlupun x sebesar sumbangan Rasul, tp cukuplah mengarah ke arah itu...insyaallah.

Dgn pencapaian sumer kakak2 aku dan abang2 aku ni, moga akan bertambah lah semangat aku utk mendapatkan PhD aku ni. Wlupun tak se gah adik beradik yg lain , tp sekurang2nya aku ada "sesuatu"...wlupun bukan gelaran yg di cari, tp kalau dgn gelaran "Dr Zurriati Mohd Ali @Zurriati Mohd Ali,PhD" boleh membanggakan emak,arwah abah, husband dan adik beradik...itu sudah mencukupi!!

Aku nak gak dpt PhD!!!!!!

Wednesday, November 3, 2010

Tahniah

Entry ni khas untuk Dalina dan Midon...Tahniah diatas kelahiran baby Nor Amni yang dilahirkan pada 3 Nov 2010. Semoga yg terbaik sahaja utk hangpa ok....:)

Monday, November 1, 2010

SMS

Sebulan lepas, tatkala aku ke rumah abg teh aku di Kuarters KLIA utk berjumpa dgn salah seorg dr anaknya yang akan ke Jordan, aku ada bertanya kepada kakak ipar aku, petua dia mendapat anak2 yg pandai. Yelah, mana tak nye, abang teh aku ada 11 org anak, boleh dikatakan setiap tahun sorang kot. Tapi sumer anak2 dia pandai2. Yang nak ke Jordan ni, amik kursus Medic, dan insyaallah 6 thn akan dtg, adalah abg teh aku anaknya yg bergelar Doktor, alhamdulillah. Pekerjaan yang mulia.

So berbalik kepada persoalan tadi, maka kakak ipar aku ckp, takde petua, cuma:

3 bulan pertama pregnant, bykkan baca surah Luqman agar anak pandai
3 bulan kedua pregnant, bykkan baca surah Yusuf, supaya anak cantik
3 bulan terakhir pregant,bykkan baca surah Maryam, supaya dipermudahkan kelahiran.

Byk jugak aku dgr petua2 ni, insyaallah akan di amalkan walaupun aku ni pemalas skit..huhuhuhuhu. Masa dengar bacaan surah Luqman tadi, tertarik aku ayat 13 yg berbunyi mcm ni:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"

Bak kata Ghazi dr sms dia semlm, Allah bg sakit supaya kita tau utk sayang emak kita. Lately, satu badan aku sakit2. Berbisa2. Nak tido payah, duduk payah..sumer payah. Sembahyang pon kadang2 aku duduk je. Aku tanya kat Zaira, ok ke aku solat duduk, sbb dia ckp sepanjang dia pregnant, sumer solatnyer, berdiri. Zaira ckp "tak apa,ikut selesa kaktie, sumer org tak sama"...betul gak kan. Maybe org lain susahnya masa awal pregnant...morning sickness, etc...tp aku plak Allah duga dgn sakit2 badan sepanjang pregnant.


Ikut kan hati aku, mmg aku dah malas nk ke fakulti. N pakse, dia ckp kenapa nk dilayan sakit tu. Aku mcm nak jawap je "no uterus, no comment okay"~petikan dr FB Bella..hehehehe..tp senyap je la.....Tolong, lately aku agak emo..paling aku tak tahan ialah aku akan emo bila sms aku tak di balas.....hehehe...bukan apa...kalau diikutkan fikiran aku yg emo ni, "napa xmau balas sms aku???adakah time kau nk tanya aku itu, ini je..baru nak sms, dan bila dah OK,kau blah!!!!"..sgt emo aku kan...

Aku komplen gak kat N permasalahan ni. N ckp, bagi dia senang je, kalau sekali dia sms org tu, org tu tak reply, dah la..anggap je org tu busy, ada prob dan kita tak penting....mmm....aku bukan mcm N, dia bleh abaikan kawan2 yg x respon baik dgn dia...aku lain skit...bg aku kawan2 penting...walau mcm mana pon kwn tu kutuk aku, memalukan aku, menjauhi aku..bg aku kawan tetap kawan...tapi..baru2 ni..bila aku rasa tak worth dgn layanan yg kawan2 aku bg kat aku...prinsip aku mula bergoyah. Kadang2 ada betul gak kata2 N..dah org tak nak kwn..napa kita terhegeh2 lagi..mmm...