Pages

Thursday, May 23, 2013

HEALTH SHARING : Pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :
- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :
  1. Vitamin C 
  2. ESP
Tak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan?
Semoga perkongsian ini bermanfaat.


*****************************************************************

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Wednesday, May 22, 2013

PRODUCT SHARING : GARLIC

Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Digunakan turun temurun sebagai bahan masakan seluruh dunia. Memakan bawang putih / garlic segar dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit seperti selesema.

ASAL BAU BAWANG PUTIH
Bawang putih / garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Dari sinilah asal bau garlic.


vitamin shaklee


APA PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE?
Dibuat daripada baang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.
Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpahaba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.
Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.
2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.

MANFAAT UTAMA :
  1. Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
  2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sisitem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis
  4. mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
  5. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  6. detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  7. Turunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  9. Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.

CADANGAN PENGAMBILANKesihatan biasa : 2 tablet sehari selepas makan.
Untuk radang dan alergi : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2-3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.

*****************************************************************

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Tuesday, May 21, 2013

Manfaat Vitamin B Complex

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

vitamin b


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

*****************************************************************

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Monday, May 20, 2013

TINGKATKAN TAHAP KESUBURAN ANDA DENGAN SHAKLEE

Bagi suami isteri yang masih berusaha untuk mendapatkan anak dengan cubaan meningkatkan cubaan meningkatkan tahap kesuburan, tuan dan puan boleh memilih set kesuburan yang ditawarkan oleh SHAKLEE:
 

Isteri
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Alfalfa (hanya option terutama yg sakit bila bersama)
GLA jika period tak regular

Suami
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Vitamin E
Zinc

Walaubagaimana sekiranya tuan atau puan adalah pesakit thalasemia, anda tidak boleh mengambil Vitalea.

Namun, tekankan juga doa+solat hajat. Banyakkan zikir. Tekankan supplement sebagai salah satu cabang usaha. JANGAN janji apa2, sebab ada kes, bila ambil vitamin, tak dpt baby... salahkan kita. dan kalau boleh cdgkan untuk ambil fullpack... kenapa ya? sebab vitamin ambil masa utk repair sel, sekurang2nya 90 hari.

Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?
Vitamin Asas
(1)Vita-Lea (Multivitamin)
(2)Vitamin C
(3)B-Complex

Adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan

(4)Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5)Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6)Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Kita merancang, Allah jua yang menentukan segala...tapi kita perlu berusaha kan.. Perbanyakkan doa+solat hajat. Banyakkan zikir. Diharapkan dengan pengambilan supplement shaklee adalah sebagai salah satu cabang usaha.


*****************************************************************

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Saturday, May 18, 2013

Status Halal Shaklee (Ab Rahman Baco)

Assalamualaikum,


Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku "Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk "Shaklee" iaitu "Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran  gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com



P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee. Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.

Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

*****************************************************************

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA BAGI PRODUK SHAKLEE ANDA!

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia 

Sunday, May 12, 2013

Faedah dan Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.

Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.

Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.




*****************************************************************

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia 

2 Tips Tambah Susu Ibu Dengan Set Shaklee


Bagi ibu yang menyusu badan, kurang pengeluaran susu adalah dilema terbesar dalam diari harian. Resah dan gelisah apabila susu badan yang dihasilkan tidak dapat memenuhi keperluan anak tercinta.

Usah terlalu cepat mengambil keputusan untuk memberikan bayi tersayang dengan susu formula.

Periksa dulu kenapa susu badan boleh menjadi kurang.

  • Kurang stimulasi e.g. kurang mengepam atau tidak mengepam susu.
  • Tidak mengepam susu dengan konsisten.
  • Pengambilan ubat atau jamu yang boleh memberi kesan kepada susu badan
  • Pengurusan susu badan oleh pengasuh bayi yang tidak efisyen.
  • Bayi mengalami nursing strike.
  • Ibu cuba berdiet.
  • Ibu mengalami stress atau tekanan perasaan.

Periksa dulu kenapa susu anda boleh kurang, sama ada sebab2 di atas, atau sebab2 lain.

Set breastfeeding Shaklee, dapat membantu anda untuk melegakan dari stress yang dihadapi dan membantu menambah susu badan dengan syarat anda tidak mengenepikan prinsip asas penyusuan yakni melakukan stimulasi yang kerap – mengepam dengan konsisten.

susu ibu banyak

*****************************************************************

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Saturday, May 11, 2013

Set Penyusuan Shaklee Untuk Mudah Bangun Pagi!


Set penyusuan Shaklee memang sangat-sangat famous di kalangan ibu menyusu. Kenapa?

Beberapa orang ibu cuba ‘bereksperimen’ dengan mengambil Shaklee dan tak ambil Shaklee. Hasilnya? Memang berbeza.

Antaranya yang ini:

set penyusuan shaklee

Mungkin anda rasa “Mindset saja..” atau, “kebetulan saja..”. Terpulang kepada masing-masing, namun yang nyata, dah ramai ibu yang berjaya menyelesaikan masalah kekurangan susu badan dengan bantuan set penyusuan Shaklee dan teknik-teknik penyusuan yang betul.

Pengambilan set penyusuan Shaklee atau apa2 saja milk booster TANPA teknik penyusuan yang betul, tidak mungkin akan berjaya.

Ini adalah set penyusuan Shaklee yang boleh mambantu anda untuk tidur lena dan bangun bagi.

set eufor pack
Set Asas penyusuan dgn Ostematrix
Ostematrix mengandungi magnesium yang telah dikaji boleh membantu mendapatkan tidur yang lena dan tidak terganggu. Mereka yang menghidap insomnia boleh cuba ambil Ostematrix dengan Magnesium ni. Menurut kajian USDA, kekurangan Magnesium mengganggu aktiviti ‘elektrik’ dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu.

Dan bila tidur lena pasti senang nak bangun pagi.

Set Eu For Pack ni lebih mantap bila diambil dengan ESP. 


*************************************************************************HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA BAJET ANDA. :)

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Friday, May 10, 2013

Jus Anti Penuaan – Vivix Shaklee


Tubuh kita terdiri dari sel-sel yang tidak terbilang jumlahnya. Sel-sel kita menajalani ‘kehidupan’ sepertimana manusia sendiri, misalnya bernafas, makan dan berkumuh.

Sel kita memerlukan pemakanan seimbang yang optimum untuk kekal sihat dan kuat. Sel dalam tubuh kita ni menjalani ‘cycle’ yakni baikpulih, mati dan menggantikan sel yang mati dengan sel baru.

3 keadaan yang mungkin berlaku semasa penggantian sel:-
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lemah kerana kurang nutrien. Proses ini dinamakan degenerasi. Kanser dikatakan berpunca dari keadaan ini.
  • Sel mati digantikan dengan sel yang sama dengan yang asal.
  • Sel mati digantikan dengan sel yang lebih baik, lebih kuat, lebih gagah! Inilah proses janasemula atau juga dikenali sebagai anti-penuaan.

Bagaimanakah fungsi sel-sel kita menjadi lemah dan ‘tidak cantik’?

Salah satu faktor utama ialah dari pemakanan yang kita makan. Makanan yang ditapis hingga hilang nilai nutrien, yang tinggi kalori kosong, tinggi gula dan sebagainya merosakkan sel-sel kita. Faktor lain ialah pencemaran alam termasuk udara dan juga pemikiran yang terbeban dengan tekanan dan stress.

Anti penuaan bukanlah untuk menolak proses tua meniti usia, tetapi ia adalah untuk memastikan sel kita sentiasa sihat agar tubuh kita tidak mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan aktiviti penuaan ini.
  • Penyakit berkaitan jantung
  • Penyakit berkaitan otak
  • Kekurangan tenaga di peringkat sel
  • Penyakit berkaitan sistem imun

Ayuh pelihara sel kita dari kerosakan DNA yang menghasilkan “typo” dalam pangkalan genetik kita.

antipenuaan

‘Kesalahan ejaan genetik’ ni, menurut ahli sains, mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit kanser dengan setiap ‘kesalahan ejaan’.

Perlukah kita menunggu hingga makin banyak ‘silap-eja’ dalam DNA kita?

Oleh itu jagalah aktiviti, pemakanan dan amalan rohani.


******************************************************************************
Dapatkan jus anti penuaan, Vivix Shaklee, OFFER BULAN INI (Mei 2013):

Beli 2 botol Vivix & dapatkan KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA

Beli 6 botol Vivix, dapatkan PERCUMA 1 BOTOL VIVIX dan KEAHLIAN PERCUMA



*****************************************************************************
HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA PALING RENDAH  DAN MAKLUMAT LANJUT:

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Thursday, May 9, 2013

1 CARA MEMBUAT HOMEMADE MASKER MENGGUNAKAN ESP SHAKLEE DAN OAT

Salam Semua,


Enegizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee memang produk yang power. Semua orang tahu MAGIC ESP ini.
Oleh itu hari nih saya nak memberi 1 resepi untuk membuat homemade masker dengan menggunakan ESP ini.

1) MASKER  ESP & OAT

BAHAN :

  • 1 sudu teh ESP
  • 1 sudu teh OAT
  • 1 sudu besar fresh milk 
    esp shaklee


    esp shaklee

CARA MEMBUATNYA :
  • Campur kesemua bahan.
  • Letakkan didalam fridge agar bahan semua menjadi sejuk. Sekiranya malas nak letak dlm fridge boleh guna fresh milk yang dah sejuk ataupun kalu malas juga boleh la apply terus even x sejuk.
  • Apply masker tersebut ke seluruh muka. 
  • Biarkan kering dalam masa 20 minit dan selepas itu bilas dengan air.



esp shaklee

Saya yang menggunakan masker ESP dgn oat ini. Abaikan sampai ke kening pun ada coz itu hasil sapuan suami tersayang. Sajer nak bermanja-manja nak suruh dia apply to muka isteri tersayang. Thanks Sayang!

Masker oat ini dicadangkan digunakan 1-2 kali dalam tempoh seminggu.

Lepas pakai terasa muka licin dan kulit terasa ringan dan bernafas. so mari kita lihat apa kelebihan masker dan oat ini menurut Dr. Amy Wechsler, Pakar Dermatologi yang berasal dari New York, AS



1. Melawan kekeringan: Oatmeals mengandung polisakarida, yang menjadi agar-agar dalam air dan meninggalkan lapisan pelindung baik pada kulit, mencegah kulit kusam, kering serta bersisik.

2. "Moisturizing": Oatmeal kaya akan lemak sehat yang dapat melembabkan kulit

3. Pertahanan kulit: Protein dalam oatmeal membantu menjaga penghalang alami kulit berfungsi, yang menjamin bahwa kulit mati dan kotoran yang berasal dari luar tidak masuk ke dalam sedangkan yang dibutuhkan tetap meresap ke dalam.

4. Membersihkan pori-pori: Oatmeals dipenuhi dengan pembersih alami (disebut saponin) yang lembut menghilangkan kotoran dan minyak dari pori-pori.


so  SELAMAT MENCUBA!!!!



********************************************************************************

PRODUC INFO :



esp

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian  menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),   di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


RETAIL PRICE : RM150. 
HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA PALING RENDAH  

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia 


BERCUTI KE LANGKAWI

Salam sayang semua,

Hari ini Iswatie & Co bercuti ke Langkawi. Dah lama beli ticket AirAsia yang dibeli oleh suami tersayang.
Terpaksa kids ponteng kelas. Kena bagi surat tunjuk sebab kepada pihak sekolah jawabnya.

Masa untuk family bond and also appreciate the nature. Masa untuk kids to explore. Msa untuk pinggan mangkuk periuk belanga mummy bernaka. eh....mesti agenda mummy yg paling hebat.

Semestinya saya akan membawa ESP dan juga yogurt. Untuk apa..haaaaaaaaaaaa? ada kegunaannya nanti. Tunggu entry saya petang nanti.






Doakan kami selamat pergi dan selamat sampai yer...

owh yaa...so oarang-orang langakwi yang ingin COD vitamin-vitamin shaklee boleh la menghubungi saya. 
ATAU
Orang-prang langkawi yang berminat untuk mendengar peluang perniagaan Shaklee boleh la menghubungi saya juga

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia  

Monday, May 6, 2013

PRU 13



5 Mei 2013 adalah hari bersejarah bagi Malaysia sebab ia adalah Hari Pilihanraya Malaysia yang ke 13  PRU 13.



Memandangkan x ada rezeki nak pi mengundi maka semlm tercongak la kami laki bini depan tv tgk result. kul 10 mak dah surrender. tgk mr hubby jer setia but x tau kul berapa mr hubby pun tido.

Pagi nih bangun kul 5 terus google, tgk FB and instagram tuk tengok sapa yang menang n sapa yang kalah.
Berikut maklumat yang saya dapat dari laman web BERITA HARIAN :

Keputusan terkini kerusi Parlimen setakat jam 4.13 pagi;
BN: 133, PAS: 21, DAP: 38, PKR: 29


Yang Pasti, KELANTAN, PULAU PINANG DAN SELANGOR masih lagi dikuasai oleh Pihak Pembangkang manakala KEDAH berjaya dirampas.

Yang perlu dihighlight ialah negeri PULAU PINANG. Nampak gaya orang Melayu mesti belajar sesuatu dari kemenangan besar DAP di Pulau Pinang. Selamat la Balik Pulau orang Melayu yang. Mereka yang kami harap untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu di Pulau Pinang.

Kalau kita perhati even GERAKAN VS DAP, nampak gaya trend warga cina akan memilih warga Cina dari DAP. agak2 kenapa yer? korang ulas lah sdr...

APA PUN DIUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CALON-CALON YANG MENANG. Harapan saya sebagai rakyat Malaysia agar YB-Yb sekali mengotakan segala janji2 yang ditabur sepanjang tempoh 2 tahun berkempen. Pertingkatkan usaha mempertahankan Bangsa Melayu Di Malaysia. Jgn fikir nak kaut projek juta-juta, nak beli cincin juta2.

KEPADA CALON-CALON YANG KALAH, Jgn putus asas. Teruskan perjuangan anda. Teruskan menjadi pembangkang kepada YB-YB yang menang agar mereka tidak terleka.

HIDUP MELAYU!!!!

Sunday, May 5, 2013

Kisah Sedih di PRU13

Waaaaa pagi nih semua pakat bangun awal coz nak pi mengundi yer...

Mesti kat fb nanti semua pakat tayang jari kena calit dakwat la kan.

Saya nih pun semangat nak balik mengundi. Kalu tak pagi nih dah SK kongsi pi mengundi la kan tapi x ada rezeki.

Sepatutnya saya balik ke balik pulau semlm petang bersama hani dgn menaiki bas pada pukul 4pm tapi kisah sedih berlaku. Sy yg x kuat semangat.

Semlm sy n hani dah bersiap. Siap mr hubby with hana n ichlas pi hantar kat stesen bas sek 17 lagik. Tapi kannnnn septutnya bas bertolak pukul 4ptg tetapi pukul 5.05pm br nampak batang hidung. Lps tuh br tau bas akan singgah butterworth pulak. Trafik kat higway tak tau mcm mana dgn hujan lagik. Dah tuh bila naik bas tgk org bas dok bergaduh pasal seating bas pulak. Yg aku punya tiket bas pulak seat mr hubby pi beli seta belakang lagi yg row 4 org tuh yg kiri kanan lelaki. Air mata aku mengalir deras la kannnnn.

Somehow mcm mana dgn drama2 yg ini kisah aku pada hari bersejarah 5 mei 2013 telah terkubur n skrg masih dok berguling atas katil di rumah shah alam.

Bak kata kak harma... Ok lah tuh niat dah dah ada. Dapat la pahala but x penuh.

Cuma aku doakan mana2 parti yang menang biarlah dapat pemimpin yang dapat membela bangsa melayu kita. Aku pk masa depan anak anak aku kita dan juga agama Islam.

So LAIN KALI LAH aku mengundi. Nampak gaya nanti kena tukar alamat ic la jawabnya.

Mlm nanti buka tv tgk result pilihanraya udah laaaaaaa

JOM PI IKEA. Hahahha tetiba




Saturday, May 4, 2013

Produk Anti Penuaan

Pengenalan
Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit yang sentiasa kelihatan muda dan menawan. Namun, sejauh mana keinginan tersebut dapat direalisasikan? Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman, produk anti-penuaan turut menjadi pilihan bagi sesetengah individu untuk memelihara kulit daripada kesan penuaan. Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu proses semulajadi dalam badan dan kesan persekitaran. Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah cahaya matahari, asap serta pendedahan kepada bahan kimia tertentu. Pendedahan berterusan terhadap sinaran matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang. Kesan penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis-garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam pigmentasi, serta tona warna kulit yang tidak sekata. Oleh yang demikian, kita seringkali melihat iklan di kaca tv atau majalah tentang produk anti penuaan yang menjurus kepada produk yang boleh membantu untuk mengurangkan atau melindungi kulit daripada kesan penuaan tersebut.

Kandungan Dalam Produk Anti Penuaan
Terdapat pelbagai jenis formulasi produk anti penuaan yang boleh ditemui di pasaran. Berikut adalah bahan-bahan yang biasa ditemui dalam produk sedemikian:
  1. Antioksida
    Kulit manusia mempunyai bahan antioksida semulajadi yang berfungsi untuk melindungi daripada kesan radikal bebas yang boleh merosakkan struktur kulit. Radikal bebas terhasil akibat daripada pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya. Antioksida semulajadi yang telah dikenalpasti untuk melindungi kulit adalah terdiri daripada Vitamin A,C,E, squalene dan coenzyme Q10. Namun, paras antioksida dalam badan akan menurun dengan peningkatan usia dan juga akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada sinaran matahari. Jadi, penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan antioksida tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan terutamanya dari segi pengurangan kedutan dan meningkatkan ketegangan kulit yang mengendur. Selain daripada antioksida semulajadi, formulasi kosmetik turut menggunakan bahan alpha lipoic acid (ALA). ALA juga merupakan sejenis antioksida yang baik namun bahan ini tidak dihasilkan secara semulajadi dalam badan.

  2. Vitamin (Vitamin A, B, C dan E)
    Terdapat banyak kajian yang dilakukan ke atas keberkesanan vitamin A dan bahan terbitannya untuk menangani masalah kedutan, pigmentasi dan masalah kulit yang tidak bermaya serta turut digunakan untuk rawatan jerawat. Vitamin A yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut adalah retinoic acid (tretinoin), retinol, retinaldehyde dan retinyl palmitate.
    Untuk mengelakkan kesan samping yang tidak diingini, penggunaan produk yang mengandungi tretinoin hanya dibenarkan dengan pengawasan dan nasihat daripada professional kesihatan. Produk tersebut tidak digalakkan untuk kegunaan ibu yang hamil kerana risiko kemudaratan ke atas bayi yang dikandung. Produk yang mengandungi tretinoin adalah dikawal sebagai ubat terkawal dan perlu berdaftar dengan pihak berwajib. Formulasi sedemikian hanya boleh diperolehi daripada hospital,klinik atau farmasi sahaja.
    Penggunaan bahan terbitan vitamin A yang lain pula boleh digunakan dalam formulasi kosmetik yang boleh diperolehi di kedai biasa atau kaunter kosmetik. Ini kerana bahan-bahan tersebut didapati kurang poten berbanding tretinoin.
    Vitamin B yang biasa ditemui dalam krim kosmetik adalah niacinamide(B3),nicotinamide dan DMAE. Walaupun data dari segi keberkesanannya adalah terhad, bahan-bahan tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan penuaan termasuk membantu untuk mencerahkan kulit.
    Terdapat banyak kajian yang menyokong keberkesanan vitamin C sebagai agen anti penuaan. Antara peranan utama vitamin C pada lapisan kulit adalah dalam penghasilan kolagen. Kolagen penting untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit.
    Vitamin E (tocopherols atau tocotrienols) menghalang radikal bebas daripada memudaratkan kulit. Penggunaan vitamin E secara kombinasi dengan vitamin C didapati dapat memberikan kesan anti penuaan yang lebih berbanding penggunaan vitamin E secara tunggal.

  3. Alpha Hydroxy Acids (AHA)
    AHA merupakan bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam makanan. Glycolic acid dan lactic acid adalah merupakan jenis AHA yang paling kerap digunakan dalam sediaan kosmetik. Antara yang menarik tentang AHA; glycolic acid boleh ditemui dalam tebu manakala lactic acid pula boleh ditemui dalam susu masam dan jus tomato.
    AHA bertindak untuk mengeluarkan lapisan kulit yang mati dan seterusnya menggalakkan penumbuhan sel kulit yang baru. Keberkesanan AHA sebagai agen anti penuaan amat bergantung kepada kepekatan bahan yang digunakan. Penggunaan produk yang mengandungi AHA boleh menyebabkan kesan terbakar jika terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk memakai pakaian pelindung seperti cermin mata hitam, topi serta memakai produk pelindung matahari (sunscreen) semasa dan seminggu selepas menggunakan produk tersebut.

  4. Bahan Pelembab
    Kelembapan kulit adalah penting untuk mengekalkan penampilan kulit yang sihat dan cantik. Lapisan luar kulit terdiri daripada membran lipid yang bertindak untuk menghalang kehilangan air dan memerangkap kelembapan bagi mengekalkan struktur kulit yang lembut dan anjal. Bahan pelembap berfungsi untuk menyokong peranan utama membran lipid tersebut. Antara bahan pelembap yang sering digunakan dalam produk anti penuaan adalah petroleum, lanolin, minyak mineral, minyak sayuran, glycerine, propylene glycol, urea dan sebatian lilin (waxes).

  5. Pentapeptides
    Bahan yang berasaskan pentapeptides didapati dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan seterusnya mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit yang kasar. Bahan yang turut dikenali dengan nama dagangan Matrixyl ini mula mendapat perhatian industri kosmetik semenjak tahun 2002.

  6. Bahan daripada sumber tumbuhan
    Tumbuhan juga turut mengandungi agen antioksida semulajadi yang bertindak untuk mengekang kerosakan sel tumbuhan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Agen tersebut dikenali sebagai polyphenol. Antara jenis polyphenol yang biasa digunakan adalah bioflavonoid, anthocyanin, catechin, hydroxycinnamic acid, hydroxybenzoic acid dan proanthocyanidin. Melihat kepada potensi bahan tersebut, kajian lanjut berkenaan keberkesanannya sebagai agen anti penuaan perlu dijalankan dengan lebih lanjut untuk menyokong tuntutan bahan tersebut sebagai agen anti penuaan dari sumber semulajadi.
Kesimpulan
Tahap kesan penuaan mungkin tidak sama dari seseorang individu dengan individu yang lain bergantung kepada mekanisme perlindungan semulajadi dalam badan serta akibat daripada pendedahan kepada persekitaran yang berbeza-beza. Apabila umur semakin meningkat, sesetengah individu mungkin hanya mengalami masalah kedutan dan kulit kering manakala sesetengah individu yang lain pula mungkin berhadapan dengan masalah kulit yang lebih teruk. Oleh yang demikian, pengguna perlu bijak memilih produk yang bersesuaian dengan jenis dan pemasalahan kulit yang dihadapi.

Pengguna juga perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum mencuba sesuatu produk dengan cara merujuk kepada label produk. Sekiranya menghadapi masalah kulit yang teruk, mereka dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar kecantikan yang bertauliah. Penggunaan produk anti penuaan boleh dianggap sebagai salah satu kaedah untuk membantu memelihara kulit dan pengguna mungkin turut memerlukan kaedah lain untuk menangani kesan penuaan kulit yang dihadapi.

Seperti yang dapat kita lihat di pasaran, produk anti penuaan terdiri daripada pelbagai jenis ramuan yang berbeza. Kesan sesuatu produk mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.Sekiranya mengalami kesan sampingan setelah menggunakan produk tertentu, pengguna adalah dinasihatkan untuk segera berhenti menggunakannya dan berjumpa dengan doktor sekiranya perlu. Pengguna juga dinasihatkan untuk melaporkan kesan samping yang serius akibat daripada penggunaan produk tertentu kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Bagi memastikan status notifikasi produk dengan BPFK, pengguna boleh merujuk kepada laman sesawang www.bpfk.gov.my. Pengguna turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih produk dalam pasaran serta tidak membeli produk daripada sumber yang diragui.

Source : HERE

************************************************************************************
  


Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

HARGA PASARAN : RM 475.00 (150ML)

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA PALING RENDAH  

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia 



2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.