si kecilku cayunk....

Terkini puteri kechik mama


Bangun tido sama dengan abang jam 6pagi.terus duduk sambil tersengeh2
dengan aksi mata terkebil2 kena silauan lampu.
kemudian tugasan pun bermula....
Suka benor kemas umah.yerlah mama tak sempat kemas..sebab sibuk layan dia.hahahaha
Time bangun tido,kena ada orang ditepi.kalau tak der,aunie akan panggil.hehehe pandai budak techik nih.if takdak sapa datang.apa lagi meraung laaar(so pada sapa2 berkenaan jgn bertangguh bila dengar suara aunie)

Sangat gemar pada sofa,almari dan meja.Ini tempat aunie belajar untuk bediri.Bila dah berjaya bediri,aunie akan meniti pula.so kena bagi pantauan yang lebih pada budak techik nih.

Rasa letih bediri.merangkak lak.celah sofa,bawah meja dijadikan.terowong kecil oleh puteri comel nih.

Walaupun duduk,tidak bermakna aunie berehat yer.masih terus berusaha.melakukan pelbagai kerja.sambil duduk pun boleh buat hati mama nih tetap tak tenang.
Sangat peramah.Tak perlu disapa...aunie tetap bersembang.cam mamanyer.mulut yang takleh nak diam.

Aunie tak suka pada bunyi yang bising.atau pada suara yg tejerit2 tapi aunie juga tak suka suasana sunyi sepi.
Sangat suka pada buku2 abang.kalau taknak dikoyak bagus abg simpan.ok?dan sgt gemar ggu abg buat homework

Suka pada tisu dan plastik.dapat 2benda nih budak techik nih,akan duduk diam.tapi sayang mama takkan beri aunie main itu.Bahaya ok!
tersangat suka dengan laptop.aunie akan bantu mama menaip juga.malah lebih aktif dari mama.

suka dengar azan dan zikir2.kalau dengar orang baca quran pun aunie suka.aunie akan duduk diam didepan mama sambil mama baca quran atau ngajar ngaji.sungguh solehah puteri cute mama nih.

Mama merasainya

n3
minggu nih sedih sangat-sangat.kenapa yer?
tebaru salah seorang teman fb mama
telah kehilangan baby.
Raudhah Safiyyah yang berusia 52hari
pergi mengadap PenciptaNya
kenapa mama lak yang sedih?
sebab
itu perasaan seorang ibu naluri yang hadir tanpa sengaja
katalah apapun
tapi
yang pasti mama turut merasainya.
mama turut menitis air mata
mama turut teremosi ... atas kehilangan itu.
Rasa baru jer baca di wall hospital bersalin
takkala ummu raudhah mengadu turun tanda
time tu pun mama turut gelabah
suruh ummu raudhah pergi hospital cepat.
raudhah lahir tidak cukup bulan
10hr di nicu(xsalah mama)
tiba2 3hari lepas
mama terbaca di wall ummu raudhah
"Raudhah Saffiyah... tak sangka begitu singkat  perkenalan kita..."
bederau darah mama
segera mama baca ayat2 seterusnya
Ya Allah
dariMu kami datang...kepadaMu jua kami kembali
raudhah pergi secara mengejut.
air mata mama menitis lagi
bila membaca bait2 ummu raudhah
tabahnya dia
dibalik bait2 itu ada sendu tersembunyi
bilamana ummu raudhah menyuruh seorang teman
menghilangkan rasa sedihnya dengan ucapkan tahniah
"sbb ALLAH nk bg hadiah yg besar di akhirat sana..."
ya..tahniah kerana menjadi ummi terhebat
"Raudhah Saffiyah - Bidadari Umi & Babah yg membawa tiket utk syurga"
itu antara bait yang tecatat
air mama menitis lagi.sehingga mama mengalah dari menatap
wall ummu raudhah.
kalau mama sedih..apatah lagi dia
kuatkah mama kalau episode ini hadir dalam hidup mama?
tabahkah mama?
Ya Allah panjangkan usia anak2ku
aku tidak sekuat ummu raudhah.tidak sekental hatinya.
aku tak mampu.
sihatkan tubuh badan anak2 ku.
peliharalah mereka dalam inayah dan riayahMu.
kini Raudhah Safiyyah sedang bermain RaudhahNya
berada disana selamaNya.
bertuahnya Raudhah menjadi bidadari kecil
tepilih menjadi penghuni Syurga Illahi

Anakku Cute With Romper&Tight Contest

cTadi jalan2 jengah blog kawan2 blogger
mama jumpa 1 contest best
teringin gak la nak join sama.
jom...my frenzzz join sekali jom.
klik jer

Due : 1-6-11 jam 12 malam.
Penaja contest nih:
&
Nih pic my Lil Princess
Ulfah Aunie Bt Mohd Fahmi
Syarat terakhir kena tag 2 rakan mama
so
mama tag

Langkah Pertama...ewah~ewah

Si kecik molek mama sudah mula memanjat la.Minggu lepas lagi adik mula menunjukkan aksi.Cuma mama tak sempat nak snap foto.Teruja tul tengok adik belajar memahirkan diri.Mula2 teketar2,adik nak stabilkan badan...Mama memang cuak mula2 tu.yer la takut jatuh jer.Kang sakit lak.Tambahan sejak akhir2 ni adik kerap boleh sakit.Degup degap kepala tu terantuk.Tapi betul kata orang bijak pandai..."Kejayaan itu tak mudah.Ia datang dengan ribuan kesakitan"
sekarang bila dah pandai sikit mula la tunjukkan belang.Tak berenti2 memanjat....pastu lagak sikit. Lepaskan tangan lak...sambil nak pusingkan badan..hah apa lagi..tak ker meraung boleh sakit pula...
anak oh anak...kejap jer kalian membesar..tak puas rasanya mama jaga kalian time baby....









tetiba rindu....

Sob..sob...sob
tetiba mama rindu sebuah destinasi indah
yang pernah mama singgah
setiap kali memori terkenang kembali
pasti terasa ingin menitis air mata.
hemmmm
harum syahrawi masih segar aromanya
mama rindu
rindu sangat-sangat
tiada rezeki lagi untuk mama kembali kesana


disini
di mimbar Al-Azhar ini mama pernah menggali pusaka ilmunya


Gambar kuliyah mama
Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah
huhuhu hanya Allah jer yang tahu bertapa mama rindu

doa mama tak putus2 moga suatu hari nanti
mama pasti kembali kesana
semoga Allah terima doa mama.

moga Lil Mujahid & Lil Mujahidah mama juga dapat
menimba ilmu ilmu disana
dibumi penuh keberkatan
dipesisiran indah sungai nil

Kalau nak duduk sana terus pun takpa.Janji bawa mama sekali.
hehehe
mama nak dok sana juga.
baba nak tak?
sure la kan.....

AUNIE 7 MONTH


Alhamdulillah lil mujahidah sudah 7 bulan usianya.
aktiviti anak mama sekarang:
meniarap
merangkak
duduk
menyembur sakan
dan memanjat
pastu
membebel

Pendek kata,panjang tak kata apa2lah..
hahaha
serba serbi kehidupan ni dah macam cartoon dah
anak mama makin lincah.mama kembali slim.
hari2 beperang dengan aunie.
mama sekat situ ....... adik datang sini
mama halang sini ..adik pergi sana.

feel tebaru aunie
mama atau baba kena ader depan mata dia selalu.
kalau tinggal sorang,hatta dengan abang sekalipun
sure melalak.
huhuhu...haru betul la.
apo kener la dengan puteri mama nih?
sebelum nih ok jek

satu lagi
dah pandai pilih orang.takleh sebarang orang nak ambil dia.
baru nih nenek datang pun camtu gak.
sian nenek.
bila dua tiga hari baru ok.siap merangkak lagi pergi kat nenek.
hehehe
macam2 la anak mama nih.

cepat betul anak2 membesarkan?tak puas rasanya
nak cium n peluk baby
hehehe


apapun mama gembira dapat melihat
abang dan aunie membesar depan mata.
mama puas!!!
dalam doa mama sentiasa ada kalian.
moga anak2 mama sihat,membesar dengan iman yang kukuh
menjadi anak soleh solehah.
mama dan baba sayang abang adik

Bye ummi...Bye adam

Pagi tadi seronok2 tengok abang bersukan....
Sebelah petang ummi dan adam dah say good bye.Huh kejap jer ummi dan adam disini....
12hari berlalu,pantas betul.tak terasa...
Meriah2 kat umah.sekarang dah kembali sepi tinggal baba,mama,abang dan adik.
Bukan tak biasa gini.
tapi bila ummi ader rumah bertambah meriah.nak nak adam lak yang banyak ragam.
huhuhu nak nangis rasanya...
Abang fuad pun kata boring.
kalau nenek ader lagi best.
ada adam leh main2 walaupun abang dan adam  kerap gak la gaduh2.
hihihi
huhuhuhu
balik jer antar nenek dan adam
dua beradik nih sekarang dah pun terlelap.
nampak sangat boring tahap gabannya


huh semangat tul yer adam nak balik.nak tinggal mama.
nak jumpa untie lak yer.
nanti datang lagi tau umah mama.
baba,mama,abang dan adik akan rindu adam dan nenek.
huwaaaa
Ya Allah panjangkan umur kami.
binakan lagi pertemuan buat kami dapat bersua lagi.

ummiiiiii.....datang lagi yer umah chik.datang lagi tau.kami tunggu.

Mini sukan Prasekolah Labuan

Tarikh : 14-5-11
Tempat : Padang Ragbi Perbadanan Labuan
Peserta : Ahamad Fuad Iskandar Annaufal
Acara : Bowling Padang

Semangat Abang Fuad nak bersukan.Paling best nenek dan adam sempat tengok abang fuad main bowling.
Pagi2 lagi abang fuad dah bangun.Jam 4.30pg sama2 nenek nak solat subuh.teruja betul anak mama.
siap suruh nenek iron baju malam tadi.Takut mama tak ironkanlah tu.

 Jam 6.30 pagi
Family Oren turun padang





Adik aunie pun nak join group Prasekolah Bukit Kalam juga.

beratur mengikut ketinggian masing2.anak mama no 2 pendek.hehehe


Adam dengan mood tak best.ngantuk la weh.bangun awal pagi.semalam lak tido lewat.

tengok tepi pun ensem anak mama nih


acara bowling bermula.abang dapat jatuhkan 3botol jer.tapi paling sedih cikgu abang cakap dekat mama balingan abang tak dikira sebab bola tu terlantun.
alooooo sian syg mama.tapi takperlah.kita just nak suka2 kan syg?jgn sedih tau...tp hakikatnya abang memang sedih sebab tak dapat amik hadiah.


anak mama fuad dok ghalit sembang dengan kawan baik.


selesai majlis bergambar dulu dengan guru2 dan kawan2 prasekolah bukit kalam.
walaupun tak dapat hadiah,abang tetap happy kan?terima kasih cikgu sebab mendidik dan melatih anak mama nih.



tq

jalan2 lawat blog
mama dapat hadiah handbag dari
BLOG STORY OF MAMA
cun kan?
thanks yer Mama Noor
buat mama noor...happy mother day juga.moga berbahagia selalu

SANAH HELWA YA DUDU


EPY BUFDAY ABANG
HAPPY MOTHER DAY UMIE
moga hidup kasih hati mama terus happy...happy dan happy
kek 2 dalam 1
bukan kedekut nak beli dua kek
tapi nak wat per banyak2kan.kongsi sorang 1/2 kg.
hehehe


Putera hati mama dah besar lah
dalam membesarkanmu anakku,tak terasa pantasnya masa berlalu
doa mama dan baba moga abang&nenek hidup bahagia sentiasa.
dipanjangkan usia kalian
dipelihara Illahi dalam rahmat iman dan redhaNya selalu.

Selemat hari ibu umi
terima kasih kerana melahirkan
mendidik
dan
membesarkan achik
maafkan segala dosa derhaka ku
dan
redhoi perjalanan hidup achik
sayang umi
sayang umi selalu
selamanya...

dua insan yang dirai
diantara insan yang aku kasih
semoga Allah pelihara hidup kalian didalam cintaNya

achik sayang umi
mama sayang abang
terima kasih hadir dalam hidupku
Ya Allah panjangkan umur kekasih2 hambamu ini



Jalan2 hujung Minggu

Ujung minggu bawa 3orang kanak2 riang
gi jejalan tengok ikan di muzium marin labuan
tempat paling menarik kat labuan nih.

ghalit tul adam tengok belangkas dan ikan yu


 Abang dan adam teruja tengok belut besar.
best bawa tiga kanak2 riang nih berjalan.best tempat nih.
sejuk...datang kerap2 pun tak per.
Sesuai betul ngan cuaca panas sekarang nih.

nenek join cucu2 tengok ikan comel

mama ambik alih tempat baba gendong aunie.
adik dah berat sekarang.
letih nak gendong lama2.so kena gilir2.

adam taknak berganjak.
tinggal karang baru tau....hehehe
best erk adam?sabtu ni dah nak balik...
nanti datang lagi yer umah mama.
lepas ni rindu la mama,baba,abang fuad n adik aunie dekat adam.

kenangan2 terindah mama bersama kalian.lihat foto2 kalian...anak mama dah makin membesar semuanya.termasuklah abang faiq dan adik sara.rindu pula dekat 2lagi permata hati mama disemenanjung.moga kalian berbahagia selalu sayang2ku.jadi anak soleh dan solehah tau.jadi insan hebat suatu hari nanti.