Wednesday, September 19, 2012

SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU-

assalammualaikum...alhamdulillah setelah tunggu hampir setahun akhirnya filem ini bakal di tayangkan di pawagam seluruh negara pada 27hb september 2012..berdebar? yup saya sgt berdebar-debar menantikan filem ini...debaran nya seperti menunggu kelahiran cahayamata yg pertama.risau,takut,gembira dan perasaan bercampur-campur tapi syukur sgt2..setelah mengharungi pelbagai cabaran akhirnya filem ini siap,mendapat kelulusan dan tarikh tayangan..saya ,tauke,sofazr dan team berusaha keras sepanjang proses penghasilan filem ini..kami orang baru di dalam industri bertatih perlahan-lahan terkadang jatuh ,ada masa putus asa dan bangkit kembali bukan mudah menghasilkan sebuah filem..banyak pengorbanan yg harus di lakukan ..bukan saja masa dan tenaga tetapi membuat filem memerlukan usaha dan rasa cinta yang amat tinggi dan barulah kita akan enjoy..sepanjang penggambaran filem ini bila dilihat mudah,kerana ianya sebuah filem komedi ringan yg penuh dgn gelak tawa dan tanpa siapa tahu adamasa airmata saya menitis juga dek tekanan dan betapa susahnya tanggungjawab kami sebagai pengarah,suami senantiasa di sisi dan dia adalah kekuatan..Abg AR BAdul,Mohd Atlas antara individu yg banyak memberi tunjuk ajar dan memberi saya kekuatan utk menjadi peneraju team ini.Sofazr,pelakon2 lain,team produksi juga antara org2 yg bertanggungjawab menjadikan filem ini dapat di realisasikan dgn baik.Kami bekerja dgn penuh rasa tanggungjawab dan saya sangat sayangkan team sofazr the movi jiwa kacau.kami seperti keluarga di sepanjang penggambaran,masalah sama2 di pikul dan tidak di lepaskan ke atas bahu isma dan tauke saja..saya pasti bila filem ini keluar ramai akan mempertikaikan kemampuan saya dan tauke sebagai pengarah..apa yg boleh saya katakan filem ini sudahpun siap dah akan di tayangkan .samada suka atau tidak kami sudahpun mengarah filem ini..dan ini adalah permulaan ..bila agaknya kami akan bermula dan mendapat pengalaman? nah! ini dia pengalaman pertama sejarah dalam hidup kami sebagai insan seni..pohon sokongan ,teguran dan kritikan akan kami ambil sebagai pendorong utk menjadi lebih baik dan bagus di masa akan dtg.berikan peluang kepada kami yg betul2 berminat dan mendapat peluang ini.setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza-beza dan saya sangat 2 menghormati pandangan dari semua pihak ..terima kasih uolss ..love

Tuesday, September 18, 2012

mStar Online : Isma (AF7) Sedia Dikritik Selepas Jadi Pengarah Filem

mStar Online : Isma (AF7) Sedia Dikritik Selepas Jadi Pengarah Filem