Tuesday, November 30, 2010

AKU BUKAN PILIHANMU ...ISMA


salam hi dah dengar ker single terbaru dari Isma "AKU BUKAN PILIHANMU"? terus terang saya rasa genre muzik sebegini(Balada) snagat sesuai dengan jiwa saya..saya suka dengan melodi dan liriknya..ada yang cakap lagu nih mendayu-dayu sangat..tapi pada pendapat saya lagu sebegini ada kelompok peminatnya tersendiri..alhamdulilah lagu ini dapat di terima..dan saya semakin bersemangat utk menyanyikan lagu2 berentak sebegini,.....dalam videoklip lagu nih saya menggunakan khidmat Fizz Fairuz sebagai model dan nampaknya ramai yg suka dengan videoklip nih..pada awalnya Fizz mmg agak susah utk turut serta kerana sibuk dengan kerja...dan nampaknya rezeki menyebelahi saya bila kebetulan Fizz mmg sedang free waktu tu..tq Fizz...kepada semua jangan lupa menyaksikan muzik video lagu nih k.....

Monday, November 29, 2010

isma..Aiman,Aydiel dan Aida

isma ......sweet 21 hehehe.....


selamat petang....tgh saya sibuk2 menyiapkan kertas kerja utk Nusan bakti,tiba2 awin beri pada saya 1 gambar yg saya kira cukup manis buat diri saya,gambar sewaktu saya memotong kek harijadi saya yg ke 21 tahun iaitu 10tahun lepas....saya masih ingat saat2 itu saya meraikan harijadi kat rumah jer sbb Aiman,aydiel masih kecik dan susah nk bawak berjalan malam...hehehe kelakar giler siutt..masa tu geng2 sekolah sume tgh zaman merewang,enjoy bagai..tapi saya di rumah bersama suami dan anak2,happy?? of cozzzz sbb apa yg saya nk semua saya dapat,nak berhibur,nk bercuti saya selesa di temani suami...kawan2? hehe sampai skung saya xde pun kawan baik,kawan biasa2 ramailah,tapi kawan yg nak share segalanya mmg takde..En zul lah yg merangkap semua,suami,kawan,kawan bergaduh,bertekak,bermanja..lengkap semualah..tq kerana sentiasa menceriakan hari2 saya...skung saya happy coz anak2 dah besar,kawan2 saya yg dulu tip top now baru nk start mengandung,baru nk masuk anak 2 hehe....emm rasakanlah yer hehehe...skung nih antara kawan2 sekolah xde sape lagi yg ada anak ramai cma saya...diorg mmg terperanjatlah bila minah nih yg time sekolah dulu ligat tetiba abis sekolah kawen..dah jodoh beb,alhamdulillah...nk cerita pasal sekolah mmg bnayak..nantilah bagi saya kumpul gambar2 dulu...nanti kita cerita lagi k....

Saturday, November 27, 2010

hello....


hari nih sessi clear segala mcm bill utk "hello" seb baik ada hero ku En zul...bnyk betul tolong saya update segala acc..kekadang pening gak dah lama xbuat benda nih semua,now kena start balik dari awal..cam masuk sekolah baliklah kiranya..en zul saya suruh saya sambung belajar emm...katanya klu saya minat,anak2 pun dah besar boleh lah sambung study hehehe ok jugak kan..klu saya nk ambik pun mungkin saya nak ambik part time jer sbb komitmen saya tinggi,kerjaya,anak dan mcm2 lagi..saya minat dengan filem dan video..bnyk benda yg menarik yg buat saya jatuh cinta dengan bidang ini...Kebetulan Nusan Bakti lebih kepada filem dan video jadi saya rasa saya nk ambil kursus yang berkaitan...Insyaallah..doakan yer..

saya...melodi dan "HELLO"....

Friday, November 26, 2010

apa nk cerita nih ek...emmm oh ya nama saya tercalon dalam pencalonan awal ABPBH utk tahun nih..oklah tu dari xde hehe..walaupun agak susah nkke peringkat seterusnya tapi saya ttp bersyukur at least mereka tau yg saya masih ada di dalam industri..tima kaceh BERITA HARIAN..klu tahun lepas saya tercalon di dalam calon akhir kategori "ARTIS BARU WANITA POPULAR' bersama,Yuna,Tizz Zaqyah,Putri Mardiana,Dira AbuZahar emm..dah tercalon pun kira bersyukur sgt2..at least bagus utk profile seni saya...kepada semua gd luck ya! yg dapat top 5 jgn lepaskan peluang join road tour ABPBH gempak babe! lagi gempak klu semua artis dpt naik satu bas lagi happening......ok daaaaaa...

Thursday, November 25, 2010

happy birthday Aiman......


























alhamdulilah hari ini tanggal 26/11/2010 genap 12 tahun usia putera sulung saya MUHAMMAD HAIQAL AIMAN B. ZULKEFLI..cepat betul masa berlalu..teringat saat pertama dia mula menendang perut saya sewaktu dia di dalam kandungan...saya panik sbb eeeee apa tu?? kenapa dia bergerak2 hehe....tapi selepas enam bulan Aiman di dalam kandungan setiap hari saya akan pastikan dia bergerak...sewaktu mengandungkan dia saya xmengalami alahan yg teruk,dia xpernah menyusahkan saya sampai sekarang....manja sangat Aiman nih..nama jer anak sulung,tapi dia lebih manja dari adik2 yg lain....sensitif orangnya..saya tahu tu sbb bila ada perkara yg melibatkan soal perasan mesti nampak dari mata dia...kadang2 degil jugak,kalau nak apa2 mesti nak jugak..tapi bila saya dah besarkan mata..diam terus hehe..."Aiman nih manja dgn uwan dan atok dia(ibu dan ayah saya)mgkn sbb masa baby saya selalu tinggalkan dia dn ibu dan ayah saya..sampai sekarang klu ada apa2 mesti nk uwan dan atok dia ada...mgkn jugak sbb dia cucu sulung dalam keluarga dan dia juga adalah cicit pertama dalam keluarga saya...klu bab belajar saya xperlu nk arah2 lagi sbb dia dah pandai atur jadual dia sendiri..cuma bila time malas tu mmg saya kena jadi tarzan sket lah..hehe..bila dah camtu barulah nk bukak buku..hobi aiman mcm2 kejap nk main bola,kejap nak main bowling,kejap nk main ping pong emmmm...tapi satu jer yg saya tahu dia mmg suka dengan fighter jet..nak jadi pilot katanya..saya kalau boleh nak anak saya join Polis ker,tentera ker teringin nk tgk anak saya dalam uniform polis atau tentera..Insyaallah..sekarang pun saya dah cuba tanamkan minat dia dgn pasukan beruniform nih...Aiman..sampai sekarang masih nk tidur di bilik saya..masih nk peluk2,manja2 dgn saya ....sampai Aydiel(anak no2) slalu ejek2 dia.."apada anak mama"..Aiman juga ada impian nk ke Mekah katanya..Insyaallah klu ada rezeki mama akan bawak Aiman klu ikut hati nk bawak semua..tapi biar mama cari duit dulu k..nanti kita pergi sama2...k saya stop dulu di sini nk tidur dah..ngantuk pulak..sok pagi2 nk pergi buat ic utk Aiman..excited giler nih nk buat ic aiman sok hehe..niteee zzzzzzzz

Wednesday, November 24, 2010

gambar2 sepanjang shooting "HELLO"


nih antara pelakon kegemaran saya..along,angah n tauke..bagus tol diorg nih...senang nk jaga,klu ngan diorg dari xgila leh jadi gila yer..thanks ya kerana menceriakan hari2 kami dan team masa shooting....

it's a wrapppppp!! yeahhhh...

Alhamdulilah akhirnya selesai sudah penggambaran filem berjudul "hello"...lega rasanya sbb semuanya berjalan seperti di dalam perancangan...sket2 tu biasalah,bila kena tukar scene yg tu xboleh yg nih xboleh..seb baik ada team yg bagus...tq guysss..heroin sakitlah,keadaan cuaca yg xmenentu..sikit mengganggulah sket jer tau xbanyk..semuanya di tangani dengan baik oleh team...bila wrap jer tadi semua kena mandi tepung..termasuklah saya!!! Sob!sob! Puas dah menyorok tapi kena jugak..emmm..xpelah esok dah xde shooting lagi,suasana mcmni dah xde lagi..esok bermulalah kembali rutin harian saya bersama anak2..emm saat yg paling saya nantikan...esok saya nk bawak diorg tgk wayang,swimming,bercuti mcm2 lagilah..saya nak ganti balik 23hari saya yg terlampau sibuk tu..tapi diorg faham..xpernah mengeluh,klu ada pun marcella jer.."Mama!!! Nak ikut"...cutenyer kamu marcella..gigit boleh? Esok pagi saya nk bersarapan kat BRJ(mamak) dgn anak2,nk bawak dirog beli barang2 umah..emm best tau,klu beli brg2 keperluan umah saya dah ada 4 org yg boleh tolong saya pilihkan brg,angkatkan barang hehe kekadang bukan brg dapur yg penuh tapi brg mainan,jajan diorg yg banyak..hehe xpelah sayang semua tu utk anak2 mama...ambiklah apa nk ambik..mtapi agak2 lah yer..sian mama(senyummm...)Tapi nampaknya semua faham...klu nk ambik apa2 mesti tanya dulu "mama boleh x?"Naluri seorg ibu..."Ambiklah nak...."Sy bekerja mencari duit utk merekalah..saya nk beri sedikit keselesaan buat mereka....ok jap lagi kita sambung k...ada kerja sket...

Tuesday, November 23, 2010

sedikit mengenai.."HELLO"

Mempersembahkan…filem romantik komedi….

HELLO

…Inginku mengenalmu…

TAJUK : ”HELLO”

Terbitan : Nusanbakti Corporation

TENAGA PRODUKSI

Penerbit : Ismaliza Ismail

Penolong Penerbit : Aremeer Sofaz

Penyelaras Produksi : Zulkefli Majid

Pengarah : A.R Badul

Pen. Pengarah : Natasya Nasir

Konti : Haziq Armaya

Propmaster : Mohd Faiz Yahya

Propman : Al-Alif

Peng. Produksi : Kamisah Hj Abd Manap

Make up : Mohd Azri Hj Samad

Wardrobe : Fauziah Naseer

: Shah Yusof

: Patmawati Nasir

D.O.P : Kalai

Jurukamera : Husaini Yatim

Gaffer : Peya Muniandy

Asst Gaffer : Magendran

Teknikal : Faizal HIzam Sampol

: Chin / Rahim

Boom : Samad

Jurugegas : Mohd Izwan Zaini

Handy : Wan Shakir Wan Rahim

WATAK/ PELAKON

Fizo Omar sebagai Dr.Shafiq

Dayana sebagai Liza

Tauke sebagai Aki

Along Cham sebagai Ako

Angah sebagai Awang

Isma AF7 sebagai Dr Marina

Herman Tino sebagai Pak Man

Dina Nadzir sebagai Ani

Hasnah sebagai Mak Jah

Acong Sweetchild sebagai Din

Zul 2by2 sebagai Zul

SIARAN AKHBAR

Nusanbakti Corporation Sdn.bhd kini muncul dengan wajah baru dibawah pengurusan baru iaitu Ismaliza ismail (isma af7) dan Ameer sofaz kembali ke lokasi penerbitan Filem seterusnya berjudul ”HELLO”. ”HELLO” adalah Filem Romantik Komedi ringan yg mengisahkan warna warni perjalanan hidup percintaan yang menerapkan pelbagai unsur – unsur positif dan aksi-aksi jenaka sebagai satu pelengkap agenda kehidupan. Filem ini juga merupakan satu idea yang cuba diketengahkan sebagai medium untuk memaparkan kisah kehidupan masyarakat yang berlaku dewasa kini yang penuh dengan warna-warni sesuai di tonton semua golongan. Filem yang berbentuk Romantik Komedi ini akan memulakan pengambaran di sekitar Tanjung Karang bermula 2 November ini. Lokasi seterusnya di Pulau Langkawi dan di sekitar Lembah Klang.

”Hello” diarahkan oleh A.R Badul yang telah mengarahkan beberapa Filem dan Drama komedi popular. Filem ini akan membariskan pelakon-pelakon seperti Fizo Omar, Dayana (Anak Wayang), Along Cham (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Tauke (Raja Lawak), Nas Adila AF7, Herman Tino,isma af7 dan ramai lagi. Selain mengetengahkan bakat-bakat dan kreteria baru, produksi ini cuba menitik beratkan pelbagai aspek terutamanya dari segi kualiti penghasilannya.

Nusanbakti Corporation sentiasa menginginkan idea-idea baru dalam setiap penghasilan filemnya. Dalam penerbitan Filem khasnya, Nusanbakti Corporation cuba mengetengahkan konsep-konsep yang dapat diterima masyarakat selain mendapat ’rating’ tertinggi dan sekaligus dapat membawa Filem ini seiring dengan Filem-filem popular tanah air.

SINOPSIS

Disebuah kampung tinggal tiga orang jejaka yang sangat terkenal dikalangan orang kampung bernama Ako, Aki, dan Awang. Mereka adalah sahabat baik yang sering menjadi bualan penduduk kampung kerana gelagat dan keletah mereka yang melucukan. Mereka bekerja dengan Pak Man seorang tauke bot penumpang yang berasal dari Jawa.

Suatu hari mereka dikejutkan dengan berita dimana anak bongsu Pak Man akan pulang dari Luar Negara. Pak Man bersama isteri, Mak Jah dan anak sulong mereka Ani sangat gembira dengan berita itu dan meraikan kepulangan anak mereka secara besar-besaran. Ako, Aki, dan Awang yang sebenarnya amat meminati anak bongsu Pak Man itu telah ditugaskan untuk menjemput anaknya di Lapangan terbang. Disitulah terjadinya aksi-aksi yang melucukan dan ragam mereka sehingga mereka dituduh penculik dan hampir ditahan.

Liza berhasrat untuk membuka sebuah klinik di kampung, tetapi telah dihalang oleh bapanya Pak Man yang menginginkan Liza untuk mencari peluang kerja di Bandar. Tanpa membantah Liza akur dengan keputusan bapanya dan pergi ke bandar mencari sahabat lamanya Rohaya. Di Kuala Lumpur, Liza telah bertemu Rohaya tetapi rohaya enggan memberi tempat tinggal kepadanya sehinggalah terjadinya satu tragedi dimana Liza diragut dan menyebabkan dia cedera,hilang arah dan pengsan. Liza telah diselamatkan oleh Shafiq, seorang doktor yang telah lama kematian isteri tetapi sangat setia dengan arwah isterinya dan mempunyai seorang kawan yang bernama doktor marina yang menyimpan perasaan terhadapnya.walaubagaimanapun dr syafiq telah jatuh hati pada Liza kerana Liza mempunyai wajah mirip arwah isterinya Sheila.

Liza tinggal bersama edah adik kandung Dr.Shafiq dan semenjak itulah mereka menyulam kasih . Liza juga dalam diam mencintai shafiq sehinggalah Liza disuruh pulang ke kampung oleh bapanya untuk menghadiri majlis pertunangan. Ako, Aki, dan Awang sekali lagi ditugaskan untuk menjemput Liza di Bandar. Pelbagai ragam serta lawak jenaka mereka yang mencuit hati sepanjang dan setibanya mereka di Kuala Lumpur.

Selepas Liza pulang ke kampung, shafiq yang kebingungan dan tertanya-tanya untuk siapakan majlis pertunangan itu dilangsungkan bertekad untuk mencari Liza di kampung dan berhasrat untuk meluahkan perasaan cinta yang terbuku dihatinya. Akhirnya shafiq berjaya bertemu liza dan berterus terang meluahkan cintanya tetapi ditolak oleh Liza atas sebab Liza merasakan Shafiq mencintainya hanya kerana wajahnya mirip Sheila arwah isteri Shafiq.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka? Adakah Sheila akan menerima cinta shafiq semudah itu? Nantikan Kemunculan Filem “Hello”.....

WATAK PERWATAKAN

Dr.Shafiq(fizo Omar)

Berumur lingkungan 30-an . Kacak bergaya, seorang bertanggungjawab dan suka menolong orang. Walaupun seorang yang terpelajar tetapi beliau seorang yang merendah diri dan menghormati orang tua. Isterinya sudah meninggal dunia tetapi tetap setia dan akhirnya telah jatuh hati pada Liza.

Liza-(Dayana anak Wayang)

Umurnya lingkungan 20-an. Cantik, bergaya serta mengikut peredaran masa. Berkelulusan tinggi tetapi sangat peramah dan baik hati. Beliau juga amat mencintai Dr.Shafiq tetapi hanya memendam perasaan. Anak bongsu kepada Pak Man.

Pak Man-(Herman Tino)

Umurnya pertengahan 50-an. Kacak dan matang. Seorang bapa yang sangat bertanggungjawab. Beliau mempunyai isteri bernama Mak Jah dan dua orang anak perempuan Ani dan Liza. Pak Man seorang yang tegas tetapi amat menyayangi isteri dan anak-anaknya.

Ako-(Angah Raja Lawak)

Umurnya lingkungan 20an , seorang yang kelakar ,seorang budak kampung dan merupakan salah seorang pemuzik pak man.ako selalu memberi masalah pada pak man ,liza dan ramai lagi ketika mereka di kuala lumpur untuk menjemput liza..

Aki-(Tauke Raja Lawak)

Umurnya lingkungan 20an,seorang yang malas,kelakar dan pemuzik pak man yg suka mengampu pak man..seperti ako juga selalu membawa masalah dan juga menaruh hati dengan liza

Awang-(Along Raja Lawak)

Umurnya lingkungan 20an ,seorang yang blur juga pemuzik pak man di kampung,awang selalu berangan untuk memiliki liza,,namun selalu di bayangi ani

Ani-(Dina Nazhir)

Anak Sulong kepada Pak Man. Amat meminati muzik Jawa yang diturunkan oleh bapanya. Ani seorang yang periang, tetapi agak kalut dalam melakukan sesuatu perkara dan kurang diminati oleh orang sekelilingnya. Menyimpan hati pada Ako,Aki dan Awang.

Dr Marina-(Isma AF)

Kawan kepada Dr Syafiq bekerja di hospital yg sama dengan dr Syafiq dan dalam masa yang sama menaruh hati terhadap dr Syafiq dan sanggup mengenepikan perasaan nya demi melihat dr Syafiq bahagia

cerita...isma...


salam....selamat pagi,saya jadi suka pulak nk menulis selalu di sini...org kata bolehlah meluahkan semua tapi janganlah semua ada jugak yg saya kena simpan kemas2 di dalam hati..perasaan saya,apa yang saya rasa kadang2 marah,benci,suka,gembira,sedih,hiba,pilu dan mcm2 klu saya rasa saya nk kongsi saya akan luahkan semua di sini...tapi ibu saya dah ajar xbaik ckp benda yg xelok kat org..abes camner?hehe...ibu ckp klu sedih pun jgn lah sibuk2 tayang kat org,xelok..so saya kenalah ikut..ada masa seluruh hati saya sedang berduka,tapi saya berjaya menyembunyikan semua dengan hanya satu senyuman wahh!! syabas Isma hehe...saya suka menulis ,tapi saya tak sehebat penulis2 yg sedia ada..teringin nk menulis cerita tapi selalu sangkut emmmm..so saya hanya menulis lirik2 lagu yg simple tu pun kekadang xhabis..suami saya selalu tersenyum kalau saya berikan lirik yg xsiap kat dia..mgkn nk mengambil hati.."emm best lirik nih'yooolahhh sayang..klu nk cerita pasal perasaan ntah berapa kali hati saya nih tercalar(alamak! tercerita pulak hehe) bila saya baca komen2 org2 yg tidak di kenali kat internet..emmm sampai ek hati diorg ckp mcm2..dulu saya xtau ...klu baca jer mesti lepas tu down gilerrr babe! tapi saya ada 2 hero yg slalu support saya suami saya dan adik saya Tomok lama2 saya dah xheran langsung..ckplah apapun,yg penting saya xkacau org,dalam bidang nih sy bekerja mencari rezeki utk bantu keluarga,memberi sedikit keselesaan utk buah hati saya yg 5 org tu(anak2 saya..)alhamdulilah rezeki....ok saya nk siap2 ke tempat shooting,hari nih hari terakhir penggambaran "HELLO"...sat lagi klu free sket saya nk menulis lagi...byee...

My sayang....saya sayang dia sangat2.....




pembikinan video klip Isma di Langkawi...




team hello..Zila AF,Haziq(anak abg badul)shasha,along,me,syakir n kam...

tomok....sejarah mungkin berulang...

Ok saya nk sambung cerita mengenai adik saya Tomok...dulu dia slalu ikut isma klu ada apa2 pertandingan..emm selalu gak lah kalah dgn dia sbb apa? Sbb dia cute,comey sume suka hehe..tomok mula nyanyi masa umur 6tahun...first time nyanyi masa tu dia join bintang wargakota anjuran dbkl..ayooo bila dia keluar jer semua sorak..ala budak kecik nyanyi biasalah..(I xjeles tau hahaahah) bila dia start nyanyi adddooi lagi kuat org bersorak wah lama2 saya jadi bangga dan slau support dia...antara lagu kegemaran dia time bertanding..mei hua,kau yg satu,memburu rindu,lagu2 exist,banyak lagilah...Ibu adalah org yg bertanggungjawab membawa kami semua ke hulu ke hilir menyanyi,ada pertandingan jer mesti muka2 kami jer..hehe..turun naik bas mini sbb dulu susah xde transpot,nak naik teksi pun kena fikir 2x..Ibu dan ayah mmg bnyk berkorban...makcik2 pun ramai yg support makteh,induk,acik nora..semualah..klu time nyanyi 1 bas family kami turun menyokong,acik nora lah yg slalu jahitkan baju utk kami bertanding..lip lap lip lap u oolllsss..tersengguk2(betul ker ejaan nih)menyiapkan baju utk bertanding..ingat lagi waktu tu kul 8pm jer ibu angkut kami semua adik beradik ke rumah acik nora kat kg kinabalu semata2 nk siapkan baju tu...selalu pukul 3am baru balik sbb kena tunggu ayah habis kerja malam...pastu Ayah mesti belikan mee goreng mamak bungkus utk kami adik beradik...duit xde tapi kami bahagia sbb kasih sayang bnyk menutup segalal kekurangan...ala nk start balik dah shooting nanti sambung balik k.....

Akademi Fantasia 7

Salam hi....bila cerita ttg AF7 saya jadi sedikit emosi,kenangan masa kat sana dari awal sampai habis masih boleh saya ingat dengan baik...bermula dari ujibakat,saya yg waktu itu pergi hanya utk menerima cabaran rakan2 menyanyi saya di restoran cerana,tetapi(ada tetapi jugak) saya mmg ingin merasa menyanyi di pentas AF..tapi bila fikir balik emmm sapelah saya nih..saya cekalkan hati meminta izin suami"abg boleh x mama pergi audition AF" suami saya jawab"Aik nak jadi mcm Saida AF ker?,pergilah merasa mcmana audition AF tu"saya happy sbb suami saya izinkan,tapi sumpah! Klu dia xbenarkan mmg saya xakan pergi..langkah saya bermula bila saya bangun 5am bersiap2 ke stadium bukit jalil..awallll gilerrr,saya semangat k...hehepakaian saya hahahahaha..kelaka hokay baju dress bunga2 hitam putih,dgn inner dan seluar hitam...rambut simpul jek...saya janji nk pergi audition ngan sarah my star LG waktu tu...call2 xangkat alamak dia xbangun lagi...saya pergi sorg2 lah jawabnya..sampai jer fuyyyoooooo 6am pun beratur dah sampai keluar stadium yer...saba yer isma..saya pun beratur..alamak bila tgk peserta ujibakat gempak2 jugak....so saya mula merasa rendah diri..sob!sob!...tapi hanya dgn 1 call saya kembali besemangat tq suamiku....dia bnyk memberi semangat kepada saya...dan ujibakat berjalan dengan lancar..dan semuanya nampak mudah sampailah ke stage 4...fuyooooo IDA NERINA,CIKGU SYAFI dan ABG MAN astro jadi juri saya jawab seadanya...IDA NERINA tanya "kamu sanggup tinggalkan 5anak kamu utk menyertai AF?'Saya terus jawab ya! (Dalam hati alamak! Boleh ker?) Ayoooooo sy dapat kad hijau!!! Bermakna saya berjaya di dalam ujibakat tu....dlam kereta mcm2 yg saya fikir...emm berangan pun ada ahaksss"jgn lupa afundi saya Isma!" Hahaahahah..m-jgn gelak sbb sapepun yg pergi audition akan buat perkara yg sama xyh ler nk kencing ckp xberharap...isyhh nk start shooting dah...sat lagi kita sambung k.........tunggu........

Tomok..sejarah mungkin berulang.....Juara Lagu

Salam hi...saya nk cerita sket berkenaan adik saya Tomok..dan bangga nya saya bila dia berjaya mara ke Final AJL tahun nih...tomok seorang yg sangat bekerja keras,pendiam bak kata org diam2 berisi..dalam diam2 dia tu ada jer benda2 yg baru yg dia buat utk memperbaiki setiap inci kelemahan dia..nah buktinya dia ada di situ..alhamdulilah..ingat lagi masa mula2 jadi artis ckplah apapun kat dia "ada aku kesah" dia ttp senyum,dan terus senyum,kutuklah seteruk manapun sikit pun dia xheran..wow! Kuatnyer ko!! Hehe...kena baling telor pun senyum...xpelah dia ckp dah org nk kasi ambik jerlah...namun New boyz dulu ttp menjadi kegilaan remaja dan lagu nya alhamdulilah di terima,walaupun mula2 ramai kata emmm sengaulah..tapi dengan suara itulah yg berjaya menaikkan New boyz dan Tomok...bila dah besar sket dah mula terasa susah nk dapatkan show..so ceruk mana pun dia pergi demi mencari rezeki utk dia dan family..satu perkara yg buat saya sayang sangat kat dia sbb dia amat mengambil berat hal keluarga,apa2 masalah dia adalah org yg terawal tiba...sibuk mcmanapun keluarga ttp no 1..isyh nih bukan membodek tapi itulah realiti...masa kecik 2 dulu saya slalu marah n xsuka sgt dengan dia sbb ayoooooo!! Kuat mengaduuu..ibu ayah balik kerja ad jer komplen dari dia....emmm semaklah hehe.tapi tu kisah dulu memori yg sangat manis utk di kenang..kita cerita pulak pasal oiam emmmm masa mula2 tu mmg dia xmo pegi takut dgn paul moss katanya..aikk pi dahhhh!puas pujuk2 akhirnya pegi jugak walaupun dah 2x keluar masuk kereta..nak pegi ker xnak..nak pegi ker xnak...!akhirnya dia berjaya...tapi saya xdpt mengikuti perkembangan dia kerana saya juga berjaya ke AF7...sat lagi kita sambung lagi k..bnyk cerita yg saya nk cerita nih...tunggguuuuuuu.....

Tomok..sejarah mungkin berulang.....

Isma....dan blackberry...


Now dlm kereta...first time nk try update blog menggunakan bb..emm pening kepala sbb dok update kat dalam kete nih..nk citer pasal bb..xlengkap hidup saya tanpa bb..dah jadi mcm keperluan dan mesti ada..klu xde sedih hidup saya...bb mengeratkan lagi hubungan saya dengan family,teman2,dan fans...ada fans yg dah jadi cam member dah..bb memudahkan hidup saya..tapi bila jumpa dengan kawan2 or family kami dah jadi mcm anti sosial..emm duduk di meja yg sama tapi berkomunikasi melalui bb jer..bayangkan 1 table 5org semua dok mengadap bb jer so kemesraan makin lama makin hilang...lama2 senyap...kekadang anak slalu tanya knp mama n abah selalu pegang hp xde kerja ker?so kena kurangkan sikit lah bila di rumah heheh...budak2 skung nih mcm2...jap lagi sambung k..pening plak kepala dok berbb dalam kete..daaaaaa..

Monday, November 22, 2010

"HELLO" ingin ku mengenalmu......Isma

salam hi...waktu menulis nih team saya baru jer stop shooting di sebabkan hujan lebat yg melampau...alahai...sikit jer lagi nk habis...xpelah hujan tu kan hujan rahmat..Alhamdulilah.."HELLO" adalah filem yg bercorak romantik komedi dan di arahkan oleh AR BADUL..selalu org tanya kenapa pilih dia...dah ketinggalan zaman katanya..tapi bagi saya dia adalah seorang pengarah yg bagus,teliti dengan kerja,imaginasi yg tinggi bila berkarya..saya xpeduli kata2 belakang mengenai dia..kerana saya yakin dengan kerja2 dia..org kata, filem dia xmeletup,xpelah org lain buat filem pun ada yang xmenjadi sebab apa? sebab itu bukan rezeki mereka..cuba lagi dan cuba lagi tgk berjaya jugak akhirnya..saya selalu pegang kata2 ini.."kita belajar melalui kegagalan,sekali gagal bkn bererti gagal untuk selama2nya.." yg penting kita dah usaha...Abg badul kata kita kena berkarya melalui hati barulah kita dapat apa yg kita nk..jujur yg paling penting katanya..Tq abg badul..bnyak perkara baru yg saya tahu mengeni filem,org2 di sekeliling saya(team produksi) juga sangat membantu memberi ilmu kepada saya...thanks ya..dari awal saya melihat,mendengar menyaksikan keseluruhan pembikinan filem ini..saya merasa perit jerih utk merealisasikan filem ini di bantu teman2 dan org2 penting dalam hidup saya...mereka memberi semangat,memberi peluang dan ruang kepada saya...Ya Allah..banyak benda baru yang saya belajar...penat? emmm mmg penat tapi saya enjoy dengan apa yang saya buat..saya berikrar akan terus belajar,belajar dan belajar...

saya suka gambar nih....wit my marcella......

SERI ADRYANA MARCELLA DAN SERI AYREEN MERLYNDA..

anak2 ku sayang.....


Aiman...anak sulung,sulung2 dia pun,dia nih lah yg paling manja...dulu masa nk melahirkan dia senang jer..sakit pun sekejap jer..sekejap pun time beranak tu meraung jugaklah hehe..Ya Allah bila melahirkan dia rasa tenang,hilang sakit semua...comeynyer dia..kecik jer..tapi hitam..hehe..first time menyusukan dia gilerr wei kekok abes,,yelah first time kan..tapi Aiman anak yg baik,senang nk uruskan dia..UPSR result 2A,3B..sorry sayang mama xdpt teman sbb kerja..but badan jer kat langkawi,tapi hati,jiwa semua ada pada Aiman..xpelah sayang mama xmarah,mcmanapun Aiman,apapun Aiman mama ttp sayang..Hanya Allah yg tahu..sama jugak Aydiel,Aida,Awin n Acella..seluruh hidup mama hanya utk kalian..klu demam or sakit..mama lah org pertama yg nk tukar kesakitan tu..xpe biar mama yg sakit jgn aiman dan adik2..kdang2 klu tension or stress saya dah ada ubat..dan tukang tenangkan hati saya,,hehe merekalah..klu saya balik penat2 berderet2 beratur nk peluk dan cium..'mama penat ek?,meh sini picit"sorang picit kaki,sorg picit tangan,sorg picit kepala,sorg picit pinggang,yg kecik tu xpandai ler picit..keje dia menyanyi jer lagu yg paling dia suka "HANYUT" FAIZAL TAHIR(aikss kecik2 pun dah pandai)terasa dunia ini ana yg punya..sambil picit mulut masing2 membebel"mama nk tau x?"pastu lagi sorg"mama!mama.. tadi kan bla..bla..bla"ckplah nak mama xkisah..kekadang penat punya pasal sedar2 sorg kat kaki,sorg kat kepala,sorg kat ketiak hahaha semua nk tido selit hehe...satu jer doa saya..biarlah anak2 saya nih di senangi dan di sayangi org,ada ilmu agama,pelajaran dan ada budi bahasa..Insyaallah selagi termampu saya akan cuba mendidik mereka sebaiknya..ibu mana yg nk tgk anak dia xbetul? betul x?klu saya dah xde..biarlah tulisan nih yg menjadi kenangan terindah utk diorg..bacalah sayang nukilan mama nih..AIMAN,AYDIEL,AIDA,AWIN&ACELLA i love u all....-(nanti suruh abah pulak buat blog k....)

BIARKAN BERLALU......LAGU DAN LIRIK:MOHD ATLAS


BENARLAH APA YANG KURASA

MESRAMU SEMAKIN HILANG

DIRIKU TERUS TERTANYA

APAKAH ERTI CINTA KITA.....

SUDIKU KINI MAKIN KELAM..

HATIKU JUGA KIAN DINGIN

KERNA KU RASA NILAI CINTAMU

TAK KU MILIKI SEPENUHNYA..

KU PASTI KAU AKAN MENDUAKAN CINTAKU.....

C/O KU BIARKAN PERGI BERLALU

BERSAMA CINTA ITU

DENGAN HATIKU YANG RELA..

AKU PASTI KENANGAN CINTA KITA

SENTIASA BERSAMAMU

UNTUK SELAMA-LAMANYA...

MENGAPA PERLU ADA CINTA

DI ANTARA KITA BERDUA

NYATALAH AKU DI BEDAKAN

ANTARA YANG TERPILIH

APAKAH TERTULIS JAWAPANNYA....

penggambaran video klip "BIARKAN BERLALU"


alhamdulilah xlama lagi akan menyusul single kedua dari isma dan pembikinan video klip telah di jalankan di Langkawi ..dan kali nih saya menggunakan khidmat Fizo Omar dan dayana sebagai model..kalau dulu saya menggunakan Fizz Fairuz dan didi(kakak Heliza yg cantik iteww) dan nampaknya 'AKU BUKAN PILIHANMU'mendapat tempat alhamdulilah..dan kepada semua nantikan muzik video terbaru dari saya k..jalan cerita sedih..seperti biasa saya selalu di tinggaalkan hahahaah(ha sape suh buat lagu sedih hehe)..FIZO OMAR
& FIZZ FAIRUZ beb korang mmg terbaekkk!! thanks ya sudi bersama saya di dalam video klip nih..mula2 risau gak nk ker diorg nih ..tapi u guyss mmg profesional..tq tq..

PENGGAMBARAN FILEM "HELLO"


aduh lama gileer x menulis kat sini...mulai hari nih kena update selalu lah yer..hehe..ok guys now isma busy dengan penggambaran filem yg berjudul "hello" arahan AR Badul dan di terbitkan oleh NUSAN BAKTI CORPORATION SDN BHD..oh ya alhamdulilah rezeki itu ada dimana2...selepas keluar dari Astro Entertainment saya di lamar oleh HELIZA HELMI PRODUCTION dan terus melahirkan single terbaru berjudul 'AKU BUKAN PILIHANMU" ciptaan sepenuhnya MOHD ATLAS..alhamdulilah lagu ini di terima dan saya bersyukur sangat2...siapa komposernya ?? rahsia ya hehe..dan rezeki saya semakin mencurah-curah bila saya di lantik untuk menerajui NUSAN BAKTI CORPORATION SDN BHD(NBCSB)bersama Ameer Sofaz..Ya Allah..mmg xsangka dan saya sgt bersyukur dan ini adalah rezeki keluarga saya...dan sekarang filem "hello" nih mcm baby sulung kami lah hehe...bukan senang sebenarnya...bnyk dugaan,cabaran utk merealisasikan filem ini..terima kasih kepada semua yg bnyk membantu saya dan NUSAN BAKTI...hanya tinggal 3 hari jer lagi sebelum penggambaran tamat..emm sedih sbb selama 25hari kami semua bertungkus lumus menyiapkan filem ini kepada semua team..kalai dan cressendo,POLLY,KAM,SHASHA,HAZIQ-TORA,WAN,SYAKIR,SYAH,ALIFF,SANI,PEJAY,SAMAD,(sorry yer klu terlupa nama2 yg lain..folder kat otak nih tetiba full hehe)xlupa pelakon2 yg tip top dan meletup,paling best,paling gempak,yg penting paling MAGICCCCCCC(hanya kita2 yg tahu hehe) FIZO OMAR,DAYANA ANAK WAYANG(panjang pulak nama hehe),DINA,ALONG,ANGAH,TAUKE,ZUL 2BY2(eh ada jugeekk)..ACHONG,DAHLIA BAND,NAS ADILLA,ARLYN HAFIZ,HANES SURAYA,ANEES ANEESA,RAMA,HERMAN TINO(amit2 jabang bayikkk)dan ramai lagi(klu ada yg lupa soooorrryyyyy)dan yg paling special of course ler SIFU KU ..abg AR BADUL DAN ABG HERMAN TINO yg banyak memberi tunjuk ajar...terima kasih bebanyakkkkk...i lovee u all....TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA UTK MY BIG BOSS yg mempercayai saya dan memberi peluang dan ruang kepada saya utk terus berada di dalam industri..tq bos....