HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)
Tuesday, October 27, 2009
Iklan: Agenda merosakan generasi Islam
Itulah pengaruh tv. Bukan sahaja rancangan kartun menjadi tontonan kepada anak-anak kita yang bersih jiwanya, tetapi segala benda yang keluar pasti akan menjadi tontonan mereka.
Didikan Anak-Anak
Semestinya dari kecil anak-anak seharuslah diajar tentang perkara baik dan perkara buruk. Juga perlu setiap hari diperdengarkan dengan dosa dan pahala. Antaranya ibu bapa perlu berkata;
"Ini tak baik, berdosa, nanti Allah marah"
"Bagusnya anak umi, Allah sayang orang yang baik"
Itu adalah antara perkataan yang perlu dizikirkan di telinga anak-anak sentiasa semasa jiwa mereka masih putih suci. Ada yang bertanya kesannya? Kesannya saya sendiri lalui..
"Makanan ini tak ada tanda halal, tak boleh makan"
"Orang tu tak pakai tudung, berdosa, Allah marah"
"Tak baik kan menari-nari, Allah marah"
"Allah sayang orang yang baik, kan umi?"
Itulah antara kesan didikan mengajar erti dosa dan pahala dalam kehidupan. Kembali kepada topik iklan. Namun bagaimana nak menutup pandangan anak ketika menonton tv kalau iklan secara tiba-tiba keluar, dan iklan itu pula tahap sampah. (komen masyarakat boleh dilihat disini, disini dan disini).
Sebagai contoh iklan Digi yang ganas dengan memukul dan melanggar no.1 dengan alasan belasah RM1, cukup memberi kesan kepada jiwa anak. Terdapat juga iklan terbaru tentang minyak wangi (saya tak ingat jenamanya) yang menunjukan seorang jejaka yang ingin berjumpa dengan seorang gadis di dalam kereta api kerana kewangian perfume yang dipakai oleh si gadis.. Kita boleh katakan bahawa, syarikat-syarikat tersebut adalah dari bukan Islam dan mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa melihat nilai moral.
Tetapi persoalannya, kenapa kerajaan meluluskan iklan seperti ini..? Tidak adakah garis panduan dari kementerian berkaitan, berkenaan dengan iklan? Siapakah dalang dibelakang tabir yang meluluskan iklan sebegini?
Jelas jawapan saya...
Inilah 'Agenda Merosakan Generasi Islam'
Monday, October 26, 2009
Kumpulan Blogger Sabah di Lancarkan
Berikut adalah laman yang dimaksudkan:
Tahniah..! Sirru a'la barakatillah..!
Friday, October 23, 2009
Konvensyen IT PAS Sabah (update)
Track 1 : Asas Internet
Track 2 : Asas Kewartawanan
Track 3 : Ingin jadi blogger?
Saya akan cuba update dari masa ke semasa, layan gambar dalu..
Track 2: Asas kewartawanan
Track 3: Ingin menjadi blogger?
Tahniah kepada para peserta dan juga IT Pas Pusat dan Harakah di atas sumbangan anda pada Konvensyen IT Pas kali ini.
Muktamar Khas: Jangan biar diri seperti lalang!
Muhasabah diri di dalam mengharungi konflik..
Mari kita meniti kembali khazanah 'khulafa al-rashidin' kerana disana kita akan dipertemukan pelbagai siri tauladan yang begitu bermanfaat. Khazanah yang menyimpan kisah suka dan duka kedua sahabat Rasulullah s.a.w ini sebenarnya patut menjadi rujukan kepada kita sebagai muhasabah di dalam landasan perjuangan. Mereka ialah Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.
Tuesday, October 20, 2009
Kelab Penyokong PAS dan Parti Makkal Sakti
Betapa sukar berada pada peringkat kepimpinan untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan perubahan pada perlembagaan. Malah ianya bukan sahaja melibatkan isu perlembagaan tetapi lebih jauh dari itu, iaitu melibatkan fiqh.
Menaik tarafkan Kelab Penyokong
Monday, October 19, 2009
Malaysia bakal di istihar negara mundur?
Menurut beliau lagi "Bagi setiap projek yang gagal, maka pertambahan kos 3 kali ganda perlu keluarkan oleh kerajaan, iaitu pertama kos pembaik pulih, kedua kos pembinaan semula, ketiga kos pembanggunan seterusnya"
Saya tidak banyak mengulas pandangan rakan saya ini, cuma sekadar memberi beberapa contoh tentang apa yang beliau katakan itu. Antara projek yang menyebabkan negara akan mundur 20 tahun kebelakang ialah:-
1. Pembinaan Hospital Queen, Kota Kinabalu yang terbengkalai.
2. Pembinaan Makmal Komputer sekolah yang bermasalah (beberapa tahun lalu).
3. Isu kerugian projek PKFZ.
4. Pembatalan projek jambatan Malaysia-Singapura.
Mungkin itu hanya sekadar secebis dari kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat dari projek yang tidak diurus dengan baik, malah ditelah dicemari oleh gejala rasuah.
Mungkinkah Malaysia akan mundur 20 tahun kebelakang..? jawapannya ada di dalam minda anda..
Saturday, October 17, 2009
Tafsir Qur'an (per kata): Magfirah Pustaka
1. Terjemahan surah.
2. Terjemahan per kata.
3. Asbabun Nuzul.
4. Nota kaki (hadith berkaitan)
5. Indek pencarian bab.
Terdapat empat pilihan warna, merah, hijau, biru dan unggu.
Friday, October 16, 2009
'Pentas Orang Muda' yang mencintai agamanya
Mungkinkah terjadi perubahan tersebut?
Siapa yang akan memimpinnya?
Apakah ciri yang perlu ada pada pemimpin orang muda?
Bagaimanakah hendak memulakannya?
Apakah jaminan agar mereka bersama dikala susah dan senang?
Semakin memikir semakin kusut untuk menyelesaikannya. Namun tiada jalan lain, melainkan 'orang muda' mesti dikembalikan ke arah membangunkan ummah.
Melihat pendekatan demi pendekatan oleh PAS di dalam menyelami dunia 'orang muda' rasanya masih jauh untuk memikat jiwa mereka. Berikut adalah sebahagian dari tune orang muda yang perlu di cannelkan.
1. Suka pada hiburan (karaoke, konsert dan muzik yang kuat)
2. Lepak dan kutu rayau (shopping complek dan tempat yang sewaktu dengannya)
3. Sukan dan aktiviti yang lasak (futsall, batminton, x-game, camping dan lain-lain)
4. Aktiviti dalaman (Snooker, video game dan lain-lain)
5. Imej yang tidak skema (pakaian, cara bercakap dan lain-lain)
Antara lima aktiviti di atas, adakah ada diantara pemimpin muda PAS yang mampu untuk terjun di dalam dunia tersebut? Jawapannya, ya, mungkin ada. Namun bilangannya belum mampu untuk membetulkan arus yang deras menghanyutkan mereka.
Jadi saya berpandangan, terjunlah ke dunia tersebut, pasti kita akan tahu jiwa orang muda. Namun terjun bukanlah membiarkan diri dibawa arus, tetapi terjun dengan membetulkan arus.
Bagiamana cara? Lu fikir la sendiri..
artikel ini saya tulis setelah membaca pandangan Ust OneG.
Thursday, October 15, 2009
STAY ALiVE Shop kini di Pulau Pinang
..........................................................................................................................
Alhamdulillahirobbil alamin Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.
Disebalik ujian yang Allah berikan kepada saya, Allah telah mengurniakan nikmat yang melimpah ruah buat hambanya yang kerdil & lemah ini. Kedai ini diharap menjadi sebuah one-stop center untuk mereka yang inginkan produk muslim & mencari bahan menambah ilmu, disamping menjadi tempat lepak bermanfaaat untuk remaja dll. Selain itu, diharap ia dapat menjadi pusat maklumat, terutamanya untuk perkara atau aktiviti berkaitan Islam ataupun komuniti muslim.
Mulai Oktober 2009M, STAY ALiVE Shop telah mula beroperasi di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, P. Pinang.
Maka dengan ini projek STAY ALiVE saya telah memasuki Fasa 2 dalam Peringkat Pertamanya. Plan asalnya hanyalah untuk memulakannya di sini dengan kiosk sahaja, tetapi saya melihat peluang & kebetulan yang ada sebagai sesuatu yang tidak patut disia-siakan. Lalu dengan usaha & tawakal, saya memulakan perniagaan kedai STAY ALiVE ini yang lebih merupakan sebuah kedai mini. Mini ini merujuk kepada saiznya, selain ia mewakili 30% sahaja dari plan STAY ALiVE Shop yang sebenarnya. Pun begitu, STAY ALiVE Shop pertama ini menawarkan pelbagai produk muslim yang merangkumi buku, majalah, cenderamata, produk keperluan harian, t-shirt, cd, vcd, & pelbagai lagi.Anda boleh rehat bersantai sambil membaca di sofa yang kami sediakan =)
Kisah beliau pernah saya coretkan di dalam blog ini dahulu, lihat di SINI.
Wednesday, October 14, 2009
Warna-warni Konvokasyen ke-11 UMS
Biarkan gambar berbicara..
20 daftar, 13 belajar, 8 graduate, 5 yang hadir konvo
Monday, October 12, 2009
N31: Rahsia di dalam rahsia
Pilihanraya (demokrasi) adalah wadah yang di pilih oleh PAS di dalam menyampaikan dakwah dan melebarkan keadilan Islam ke tengah masyarakat. Saya yakin N31 telah sekali lagi membuktikan PAS telah pun meletakkan obor tersebut, walaupun ianya dinafikan oleh pengundi di N31.
Analisis kekalahan pasti akan menemukan puncanya, namun yang paling penting Bagan Pinang menyimpan seribu rahsia, dan bagi mereka yang menggali rahsia tersebut, nescaya kita akan tahu siapakah sebenarnya yang telah memenangi pilihanraya tersebut.
Carilah rahsia tersebut..
TAHNIAH kepada semua petugas!
Friday, October 9, 2009
Bersama Tok Guru
Bismillah...
Cuti raya di negeri serambi Mekah memberikan peluang kepada saya untuk mengikuti program mingguan Tok Guru ( Tn. Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ). Seminggu di sana sudah semestinya saya tidak lepaskan peluang ini dan setiap kali saya balik di bumi kelantan memang program ini saya sertai.
Tujuannya adalah untuk mendengar taujihat dan mau'zhoh daripada tok guru. Tok guru bukan sekadar ahli politik tetapi beliau juga adalah ilmuan Islam yang sememangnya masyhur di negara ini yang telah menghasilkan beratus buah kitab, makalah-makalah ilmiah membuatkan pembacanya tersentuh hasil tulisan tok guru. Sifatnya yang sentiasa mendidik masyarakat melalui kuliah, ceramah dan penulisan semenjak beliau muda lagi sehingga sekarang. Dengan usianya yang lanjut, tok guru tidak jemu-jemu untuk terus menginfakkan dirinya ke jalan Allah SWT.
Kg. Pulau Melaka tempat kediaman tok guru yang terletak pada DUN Cempaka tidak jauh dari Kg. Panjang, Binjai (rumah mertua) kira-kira 10 minit perjalanan lebih kurang 8 KM. Bertuah juga la jaraknya yang dekat memudahkan untuk saya pergi ke sana dan saya juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana keadaan negeri Kelantan yang sering digembar gemburkan sebagai "Kelantan dalam gerhana" dan terbukti ianya adalah tohmahan dan fitnah semata-mata. Malah Kelantan kian membangun dari segi fizikal seperti negeri-negeri lain bahkan Kelantan terus membangun bersama Islam tidak seperti negeri-negeri di bawah pendadbiran.......?. Tak percaya! jom gi Kelantan cari tiket murah di Air Asia, MAS pun ada, tengok sendiri supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang termakan tohmahan dan fitnah tersebut.
Raya ke 5, 24 September 2009 (khamis) saya bersama ayah mertua pergi ke Masjid Tok Guru di Pulau Melaka untuk solat maghrib. Kebiasaannya, tok guru akan memberikan tazkirah sesudah solat maghrib. Orang ramai termasuklah yang datangnya dari luar negeri kelantan akan berpusu-pusu mendengar kuliah maghrib tok guru setiap malam jumaat pada tiap-tiap minggu. Namun kehadiran saya ketika itu keadaan masjid tok guru lengang dan tidak seperti kebiasaanya. Namun kelihatan juga tok guru mengimamkan solat maghrib.
Ayah mertua memberitahu bahawa mungkin disebabkan kuliah maghrib malam jumaat belum dimulakan kerana umat Islam masih dalam meraikan eaidilfitri dan ada yang melaksanakan ibadah puasa sunat. Memang ada benarnya, rumah terbuka tok guru pun telah diadakan pada hari raya pertama dan jika saya perhatikan program - program kerajaan dan parti semuanya akan dimulakan pada 07 syawal. Mungkin juga ini memberikan peluang kepada mereka yang meneruskan puasa sunat 6 hari di bulan syawal.
Setelah tok guru selesai solat sunat ba'diah kelihatan tok guru di datangi beberapa orang. Mungkin juga menyampaikan beberapa hajat. Setelah itu, kelihatan tok guru membaca al-Quran.
Keesokan harinya, sekali lagi saya ke masjid tok guru. Memang sudah dijangkakan bahawa orang ramai membanjiri masjid tok guru. Jumlah jamaah subuh ibaratkan jumlah jamaah solat jumaat. Ini juga sudah menjadi rutin mingguan tok guru bermula malam jumaat ke subuh jumaat di masjid tok guru dan pagi jumaat di perkarangan Pejabat PAS Kelantan di tengah - tengah bandar Kota Bharu program ilmu tok guru telah disusun rapi. Tok guru mengimamkan solat subuh kemudiannya tok guru menyampaikan tazkirah dan selepas itu tok guru mentahnikkan anak - anak yang baru lahir.
Tahnik atau istilah orang kelate "belah mulut" memang majlis yang di tunggu-tunggu oleh mereka yang berhajat. Sesudah sahaja tok guru selesai memberikan tazkirah acara ini dimulakan dan ramailah yang membawa anak yang baru lahir untuk ditahnikkan. Orang yang datang pula bukan hanya dari kelantan tapi dari luar kelantan pun datang semata - mata anak mereka di tahnikkan oleh tok guru. Bahkan ayah mertua memberitahu bukan setakat orang - orang PAS sahaja anak mereka di tahnikkan oleh tok guru tapi orang yang menyokong UMNO dan BN pun datang supaya anak mereka di tahnikkan oleh tok guru. Dalam politik, mereka menentang Islam yang dibawa oleh tok guru tapi dalam hal macam ni percaya juga kepada tok guru. Maknanya, itulah ketinggian keperibadian tok guru sehingga musuh - musuh Islam pun segan dan menghormatinya.
Antara taujihat dan mau'zoh yang diberikan oleh tok guru pada kuliah subuh tersebut:
Hajatnya, saya hendak ke bandar Kota Bharu untuk terus mengikuti kuliah tok guru namun kami dimaklumkan bahawa kuliah tok guru hari itu ditangguhkan pada minggu depan. Tak sempatlah saya bersamanya kerana saya kembali ke Sabah pada 29hb September. 'Ala Kulli Hal saya punyai kesempatan juga mengikuti program tok guru dan mudah-mudahan ada kebaikannya untuk diri saya.
Wallahu a'alam.
catatan islamreturn:
Terkenang 10 tahun dahulu ketika ber 'hari raya aidil adha' bersama Tok Guru Nik Abd Aziz. InsyaAllah, mungkin berkesepatan nanti saya akan menceritakan sedikit kesah pertolongan Allah semasa perjalanan menziarahi seorang ulama tersohor di Kelantan ini.
Saturday, October 3, 2009
ORANG-ORANG YANG LALAI @GHAFILUN
Ghafilun atau Ghafilin adalah bentuk jama’dari lafaz mufrad "Ghafil", yang ertinya adalah orang yang lalai. Iaitu golongan yang lalai dengan ayat-ayat Allah yang berupa perintah dan larangan janji serta ancaman-Nya, yang di akhirat kelak akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT. Mereka lupa bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara, sehingga mereka melupakan kehidupan akhirat yang abadi.
"Sesungguhnya kami menjadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A’raf:179)
Ciri-ciri orang yang lalai kepada Allah.
1. Mereka cenderung mengikut hawa nafsunya dan melampaui batas terhadap ketentu-ketentuan Allah.
Mereka terus menerus menempuh jalan yang sesat,tidak mahu mengikut jalan yang benar.
(Al A’raf-146).
Jadi, mengingati Allah dan merendahkan diri adalah jalan bagi kita terhindar dari menjadi golongan yang lalai. Sekian terima kasih.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku kerana kelalaian ku terhadap fatamorgana dunia ini. Ya Allah, aku pasti akan bertemu Mu, tetapi jangan lah Kau ambil diri ku ini ketika aku lalai mengingati Mu, Ya Allah. Amin..