Friday, 21 November 2014

Koleksi Permainan Anak Saya Part 3: Preloved Plasctic Hard Toys

 Bawah ni semua saya beli preloved dari group Facebook "Barang Terpakai".Harga semua RM99 campur pos tapi dapat banyak sangat..Jom tengok apa yang saya dapat.

34. Mega Bloks

Saya beli dari sis Shalyzai Abdul Ghaffar.Mega Blocks ni macam Lego tapi besar-besar blok dia. Sesuai untuk umur 1-5 tahun.Kalau baby main masuk mulut memang tak muat..hehehe. Pakej ni saya dapat 50++ pcs. Memang berbaloi-baloi.Kalau tengok dekat KLIA & Toys r Us,harga Mega Bloks memang mahal. Yang 30 pcs harga dia RM80.Haritu ada nampak Mega Blocks Dora RM120 kat KLIA..so cute...hehehe.

Alhamdulillah anak saya yang 9 bulan nampak minat bermain dengan Mega Bloks walaupun pada masa ni dia cuma nak masukkan dalam mulut je.Ok la tu..sekurang2nya nak juga main macam tu.Tapi bila tengok abah try nak bina robot,dia sibuk nak ambil blok yang abah tengah pegang. hehehe





35. Set doktor-doktor

Yang ni mestila tak main lagi sebab tak sesuai dengan umur anak yang baru 9 bulan.Tapi banyak jugak kan?Harga sis ni jual RM10 saja.




36.Tools set

Mainan macam ni memang sesuai untuk baby boy.Tapi mesti pelik kenapa saya beli untuk baby girl saya? Apa salahnya kalau budak perempuan belajar bertukang pun hehehe. Lagi pun saya tak tahu anak saya suka jenis permainan macam mana. Kalau soft toys tu memang dia tak pandang.Jadi saya beli je,mana tau dia suka hehehe. Yang ni mesti la tak main lagi sebab kalau anak saya masukkan dalam mulut dia karang tercekik pulak.Saja beli awal2 sebelum harga barang naik sebab GST. Harga RM25.



37. Set acuan

Dalam ni ada lori jugak.RM10 jugak. 




38.Playmat ABC

Yang ni harga RM5 saja sebab muziknya dah takde. Boleh la untuk tengok-tengok ABC




39. Lego

Yang ni RM8 saja.saya masih belum kira ada berapa pcs.Yang ni masih belum main sebab lego ni bloknya kecil2.Tak sesuai untuk bayi yang suka masuk benda dalam mulut.


Tengok banyak kan saya dapat?Cuba tengok saiz kotak tu.Sis ni ambil gambar sebelum dia pos.Besar kan?Lagi besar dari kotak air mineral tu.






Sis Shalyzai Abdul Ghaffar ni ada juga buat sewaan untuk walker.Jadi ibu-ibu macam kita boleh try dulu.Sis ni ada banyak lagi toy2 menarik.Klik nama sis tu untuk pergi link facebook dia ye.

Antara barang-barang sis ni sewa/jual

Antara preloved toys yang dijua.Yang ni ada bunyi sebut ABC,ada spelling dan musik.




Tuesday, 4 November 2014

Koleksi Permainan Anak Saya Part 2


Ini koleksi pre-loved dari kawan suami.semua free!!


19.Pooh

20.pink teddy bear.yang ni ada muzik.bila diputar,akan keluarkan muzik

21

22

23 Vtech Soft Singing Radio.Ada lagu,orang sebut a,b,c dan 1,2,3.Anak saya suka betul dgn yang ni



Koleksi yang saya beli


24.Bunny-yang ni saya beli dalam belasan ringgit.Kain jenis nilon mungkin dan dalam dia ada butir2 plastik macamtu.





25. Simple Dimple Squeaky Toys 
 



26.Hootie hand puppet -yang ni saya beli di Toys r us di Singapore dengan harga lebih kurang RM15.Patutnya digunakan ketika mandi tapi saya guna untuk jadi hand puppet je.




27.Farlin Cat Rattles-ni saya beli di lazada.com dengan harga RM6.90.Saya rasa dah murah tapi bila saya survey dekat kedai2 yang jual barangan China, rattles macam ni kita boleh dapat 4 dengan harga RM12 macam tu.Sekarang dah 9 bulan baru anak saya suka main dengan rattles ni.Dia suka masukkan dalam mulut sampai kadang2 nak tercekik.Nasib benda ni besar kan.



28. Teether- yang ada bola2 tu mak mertua yang hadiahkan.anak saya suka yang bola2 tu.





29. Fisher-Price Remote Control Toy-yang ni toy paling mahal saya beli.harga dalam RM45.saya beli di lazada.com.Anak saya suka toy ni sebab dia ada banyak2 bunyi dan lagu.




30.Apple Quran - Saya beli dengan harga RM36 dari kawan sekolah saya.Kalau ada minat nak beli,saya ada jual.PM/SMS/whatsapp 0179807952. 





Koleksi soft toy waktu zaman sebelum kahwin

Saya sebenarnya waktu muda dulu2 memang tak suka soft toys macam ni.Tapi lepas bercinta,rasa toy2 ni cute je. hehehe
31.Mashimaro ni hadiah konvo dari pakwe saya yg sekarang suami saya

32. ni pun hadiah dari pakwe saya yg sekarang suami saya.

33. yang ni suami saya menangkan dalam Fun Fair yang saya organize untuk kompani saya.


Sunday, 2 November 2014

Koleksi Permainan Anak Saya Part 1


1.Fisher-Price Teddy's Shapes and Colors


Yang ini sahabat suami yang bagi.Sekali dalam koleksi pre-loved yang dia bagi.Saya survey kt mudah.com kalau kita beli yang terpakai pun kita kena habiskan sekurang2nya RM25 lebih macamtu.Yang ini memang cute sebab rupanya seakan-akan buku.Bateri pun mudah dicari dan diganti.









2.Lamaze Cat Cloth Book


Ini bukan original. Saya beli tiruan saja. Tapi memadai buat saya.Dalam softbook ini,illustrasinya comel dan warnanya bagus,agak terang dan menarik. Ada ciri-ciri sentuh dan rasa. Memang sesuai untuk anak2 kecil.


Kepala kucing ini timbul dan bila diramas akan mengeluarkan bunyi seperti plastik yang diramas.

Badan ikan dan bahagian sofa yang bewarna putih itu menggunakan fabrik jenis lain,sesuai sebagai ciri2 sentuh dan rasa.

Di telinga anjing ada lipatan fabrik jenis lain dan rama2 itu ada riben.



3.Lamaze Caterpillar


Ini pun bukan yang original.Saya perasan kalau yang tiruan ni,dia mudah tangkap habuk berbanding yang original.Panjang caterpillar lebih 60cm.Kalau tengok iklan ia patut diguna bersama ketika bayi merangkak.




4.Sheep 


Ini kawan baik saya yang tinggal di jepun hadiahkan waktu birthday saya yang ke-23.Dah 5 tahun toy ni tapi bulunya masih bagus dan fluffy.Sebelum ni saya simpan dan macam ada kotoran sikit tapi bila basuh dah hilang.Dah lepas basuh baru saya tahu yang sarung pink ni boleh ditanggalkan. Anak saya yang 9 bulan tu suka dengan toy ni. Bila digeselkan pada pipi dia,dia akan ketawa mengekek-ngekek.




6.Giraffe

Ini saya beli di Popular sebab saya tengok harganya murah dalam RM15 setengah macam tu.Dalam toy ni,ia diisi butir2 plastik dan kain toy jenis dari nilon mungkin,jenis kain yang licin. Anak saya suka main pada tag harga yang belum ditanggalkan lagi tu.




7.Lamaze Peek-a-Boo Forest Cloth Book

Buku ini pun bukan orginal saya beli.Illustrasi dan warna agak gelap dan personally saya tak rasa menarik.Tapi buku ini mempunyai ciri-ciri peek-a-boo tu sendiri.Dan bila diramas,ia akan keluarkan bunyi seperti bunyi plastik.
Kepala owl tu timbul dan bila diramas,akan keluarkan bunyi seperti bunyi plastik diramas.






8.K's Kids My Pet Monkey Cloth Book


Buku ini adalah salah satu koleksi pre-loved pemberian dari sahabat suami saya yang diberi secara percuma.Hari tu saya jalan2  jumpa buku ini harganya dalam RM50 jugak.Buku ini bagus sebab ada teether di tepi tu.Selain tu ada banyak ciri2 lain yang boleh untuk bayi pegang dan rasa.


Badan monyet yang tergantung tu kalau diramas akan keluarkan bunyi seperti bunyi plastik diramas.Pisang pun boleh dicabut,seakan2 menarik kulit pisang.

Monyet berbasikal tu boleh ditolak ke depan dan belakang,pun boleh keluarkan bunyi plastik

Kepala monyet tu squeaky.




9. Block Cloth Book My First Colours

Yang ni saya beli di Popular Bookstore.dalam RM21.Saya ingat anak saya akan suka dengan block book ni tapi tidak pun.Dalam block book ni ada cermin dan juga bunyi loceng.

.




10.Fisher-Price Friendly Firsts Turtle Shape Sorter


Ini pun salah satu dari koleksi pre-loved pemberian sahabat suami saya.Isi dalam dah takde,tapi takpe sebab boleh guna basic block punya isi. 





11.Fisher-Price brilliant Basics Baby's First Blocks

Ini saya beli di lazada.com dengan harga RM28.00.







12.K's Kids - Funky Stroller Pals Happy Elephant

Ini mak saya hadiahkan untuk cucu dia.Telinga dia besar betul.Anak saya suka ramas sebab ada bunyi crinkle tu.



13.Lamaze:Tina the Tiger

Ini bukan original yang saya beli. Saya beli borong.




14.Lamaze Freddie The Firefly Butterfly Stroller Toy

Ini pun bukan original yang saya beli. Saya beli borong.Yang ni banyak ciri2 crinkle.




15.Lamaze - My Friend Emily Doll 

Ini mungkin original sebab ini adalah salah satu koleksi pre-loved sahabat suami saya yang dia bagi percuma. Saya tengok yang ini tak tangkap habuk macam Lamaze toys yang lain.Anak saya suka main yang ni sebab dia ada rattle.




16 17 & 18 Playgro Toys
Ini dari mak mertua saya.Dia pun beli dari jualan barang terpakai di tempat dia.Anak saya suka main terutama yang bentuk lembu dan labah2.Lagi pun dia kecil,jadi senang nak bawa ke mana2.


16

17

18



Ok,nantikan sambungan dalam Koleksi Permainan Anak Saya Part 2.