i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Sayur-sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayur-sayuran. Show all posts

Like dis...


(Tofu & Sawi)





2 tiub tofu telur
2 ikat sawi - dibersih/toskan
3 bg putih
sos tiram


PSST...ni aku wat mkn ngan nasi ayam ri tu...sedap oo..mana leh xde
sayuq.. :)



Ala-ala kampung gitu...

(Bendi Asam Pedas)

Bahan-bahan:
2 peket bendi
10 cili kering - ditumbuk
2 ulas bwg merah - ditumbuk
2 inci belacan - ditumbuk
secekak daun kesum
2 biji tomato - belah 4
3 keping asam keping
Cara:
1. Masukkan bhn2 yg ditumbuk ke dlm periuk bersama dgn air. Masak hingga mendidih sebelum dimasukkan daun kesum serta kacang bendi dan asam keping.
2. Mendidih, masukkan segala bahan perasa serta buah tomato.
3. Biarkan menggelegak seketika sebelum api ditutup. Siap.

Ni la sebahagiaan lauk pauk yg digabungkan dgn asam pedas bendi, ikan sardin goreng, daging goreng kunyit, ikan kering, ulam timun and sambal belacan (ni adik aku wat...)
Sup Sayur (tuk org yg diet..haha..)



simple, mudah n cepat...suma rebus naik n perasakn dgn garam. Dimakan tnpa nasi..kuang..kuang..kuang!!!


Terung Masak Sambal (kak hasue)



Bahan2:

2-3 Terung Panjang-Kupas belang2 seperti dlm gambar dan potong memanjang...(potong 2 dan belah nipis sket pun ok..)-kali ni sue potong pendek2 sket
1 cili merah
2 bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam udang kering
1 sudu belacan
Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera


Cara2:

Cili,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk(sue kisar guna pengisar bhn kering jer)
Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
Kemudian masukkan semua bahan perasa..
Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..


Perah limau kasturi di saat hendak memakannya,jgn dlm periuk lak..kang x sdp nk panaskan kalo x abis skali mkn..Kalo xnak letak pun xpe sebab ia juga sedap dimakan dengan nasi begitu sahaja..SELAMAT MENCUBA..

psst..dicopy bulat2 ok...tens, sesekali masak cmni sodap ghupanya!!


Sayur Campur



apa..nak resepi..ala, xyah la lgpun ni syur campur sama je cam korang masak..rasa xlari punya, sbb bhn2 sama..korang jamu mata tu udah la ye..



Masak Lomak Kubis dan Kacang Panjang



Bahan-bahan:

1 mangkuk udang sederhana
1 mangkuk sayur kubis
5 batang kacang panjang
1 labu bwg besar - belah 4
santan - 1 biji kelapa
1 cili merah - dipoyong serong

Cara:

1. Satukan semua bhn-bhn ke dalam periuk.
2. Masukkan santan dan masak atas api sederhana. Sentiasa kacau agar tidak pecah lemak.
3. Perasakan garam. Sedia.



pssttt...lauk tambahan dia...cari ikan2 kering or pekasam n sambal belacan n ulam-ulaman jekk..baru terangkat!!!






Gulai Nangka Tumis Darat



Bahan-bahan:

1 bungkus nangka muda
1 pek rempah kari ikan
2 1/2 sudu makan serbuk kunyit
segenggam ikan bilis
Santan - 1 biji kelapa
3-4 keping asam gelugur

Cara:

1. Satukan rempah kari dan serbuk kunyit ke dalam periuk. Tumiskan rempah seketika tanpa menggunakan minyak.
2. Dah agak kering, masukkan pula nangka yang telah ditoskan terlebih dahulu. Masukkan juga ikan bilis.
3. Masukkan santan dan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak. Bila hampir mendidih, masukkan pula asam gelugur dan garam.

Bahan Tumis:

5 biji bawang merah - hiris halus
4 tangkai daun kari
segenggam ikan bilis
sedikit minyak untuk menggoreng.

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan tersebut hingga agak garing.
2. Tutupkan api. Tuangkan bahan-bahan tumis tersebut bersama-sama dengan minyak ke dalam gulai nangka td. Siap.








Sayur Campur versi Linda



Bahan-bahan:

3 keping dada ayam - dipotong dadu
1/2 biji brokoli
1/2 biji bunga kobis
6 biji cendawan butang
1 biji cili merah - potong serong
3 biji bwg putih - dicincang halus
sos tiram
1/2 biji bwg holland - dihiris halus

Cara:

1. Tumiskan bwg putih dan bwg holland.
2. Masukkan dada ayam. Kacau seketika.
3. Masukkan sayur-sayur dan sos tiram. Agak pekat; tambahkan sedikit air.
4. Masukkan pula cili merah. Kacau dan sedia.


pssst: sayur jgn masak terlalu lama..nnt xsedap!!!!!!







Keladi Masak Asam



Bahan-bahan:

3 btg keladi - direbus
20 cili kering*
1/2 belacan*
1 bwg besar*
3 ekor ikan kembung - direbus/ diambil isi
1 mangkuk air rebusan ikan
5 keping asam gelugur
secekak daun kesum

Cara:
1. Keladi direbus terlebih dahulu dalam periuk yg berlainan.
2. Tumbuk bahan2 yg bertanda * hingga lumat.
3. Masukkan bhn yg ditumbuk ke dlm periuk beserta air rebusan ikan.
4. Masukkan pula daun kesum; asam keping dan isi ikan yg telah diramas (separuh lumat).
5. Biarkan seketika. Masukkan pula keladi dan perasakan dengan garam.




Udang Masak Lomak Cili Api bersama cendawan & kcg.



Bahan-bahan:
1/2kg Udang sederhana besar
1 pek cendawan tiram
4-5 btg kacang buncis
15 cili api* (nak pedas lg tambah la sendiri)
1/2 kunyit hidup*

1 helai daun kunyit
santan dari 1 biji kelapa

Cara:
1. Kisar bhn yg bertanda * dan masukkan ke dlm periuk bersama2 dgn santan dan udang.
2. Agak-agak udang dah nak masak, masukkan cendawan dan kacang buncis serta daun kunyit.
(Daun kunyit tu optional..yg suka letak la..aku suka sbb aku suka mkn daun kunyit)
3. Perasakan masakan dgn bahan perasa.




Taugeh & Ubi Kentang



menu-menu semalam..yg simple n senang nak wat...tp sedap..aku suka bangat klu masak lauk2 cmni...tp xbrmakna yg aku ni malas ekk.....!!!





Sayur Kangkung Goreng Belacan versi2



Bahan-bahan:
2 ikat sayur kangkung
3 cili merah*
10 cili padi*
1 bwg besar*
1 1/2 belacan*
sedikit ikan bilis*
1 1/2 sudu mkn sos tiram
Cara:
1. Kisar bahan2 yg bertanda dan tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sayur dan sos tiram.
3. Perasakan dengan bhn perasa. Siap!!