i love Nuffnang

dah ramai ke???

counter

SALAM SUMA!!!

SALAM SUMA!!!
Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Breakfast with saguuu....

Hidangan breakfast pg ni b4 my hubby n anak p tadika...(minta izin ye kak anawahid, linda copy paste kat sini lak..utk rujukan di masa hadapan..thanks very much atas kejadian yg sgguh indah dan melazatkan..)

cantikkan...sagunya berbiji2..mekasih kak ana!!


Kuih Sgu aka Bronok
Sumber: Kak Anawahid


Bahan-bahan (Loyang 22 cm) *linda guna acuan kuih lompang


1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose


Cara-caranya:-
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.


(setelah digaul dgn kelapa parut..nyum..nyumm)

~LINDA~

Our breakfast...


Dah tengahari baru boleh hupdate menu breakfast..hihi..tu pun nasib baik baby dah lelapkn mata, klu x mau ptg bru leh upload...korang jgn tgk gambo yg sememeh tu tau, sbb rupa xseenak rasa...thanks a lot kat akak dr. ina yg sudi share rcp yg marvelous ni...mmg best...kejap jekk dah licin..Minta izin linda copy paste kat sini lak yekk utk rujukan masa akan dtg..jom semak rcp...



Resepi asal: Kak An
Sumber: akak Dr. Inahar


KUIH SERI MUKA


Bahan-bahan utk loyang bulat berukuran 9 inci:


Lapisan bawah:
1 cawan beras pulut direndam dengan 1 cawan air selama 30 minit
1 cawan santan sederhana pekat daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa


Cara:


1. Panaskan pengukus.Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang. Masukkan santan dan garam secukup rasa. (kurang tak apa, jangan terlebih masin). Gaul rata santan dan beras pulut.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit dengan api kuat. Selepas 20 minit, angkat pengukus, gaul rata pulut dan rasa garamnya. Kalau belum masin, tambah sedikit lagi garam dan gaul sekata. Sekiranya pulut cukup masak, tekan padat ke dalam loyang dengan sudu atau senduk hingga rata.


Lapisan Atas:
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula putih
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air pandan daripada 2 helai daun pandan
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit pewarna hijau


Cara:


1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga gula hancur. Tapiskan ke atas lapisan pulut yang dipadatkan tadi dan kukus selam 15 minit atau hingga masak.




~Linda~

Memang best!!!


Donut Keledek


Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek - rebus & lenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 200 ml air suam
  • 1bj telur
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

  • Caranya:

  • 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.
  • 2. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  • 3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya.


  • Pssstt..kak nor..linda copy & paste jekk tau rcp kat atas ni tp linda edit2 sket bg ringkas...hheheh..soriii ekkk :) jgn marah tau...nnt linda kirim donut ni kat akak ekk...


    Lepat Pisang
    RCP asal: mamawandiha.fotopages



    Bahan2

    7 biji pisang berangan (or apa2 pisang yg sesuai utk buat kuih)

    1 ½ ~ 2 cawan tepung gandum
    2 sudu besar serbuk santan
    2 sudu besar gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)
    ½ sudu kecil garam halus
    Daun pisang secukupnya ~ dilayur sebentar

    Cara Menyediakan

    1. Campurkan pisang, garam & gula & lenyek pisang hingga hancur.
    2. Campurkan dengan tepong gandum & serbuk santan & gaul hingga hingga rata.
    3. Sudukan 2 ~ 3 sudu besar adunan ke atas daun pisang & balut hingga kemas.

    4. Kukuskan kuih selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.




    pssttt...buat tuan empunya rcp, tens bery da much 4 sharing dis rcp...

    Comei x??

    Kuih Seri Muka
    Sumber: Kak Am-flora
    Rcp Asal: Akak Yatiezaini



    Bahan-bahan (bahagian atas .... anggaran dlm 40biji )
    5 sb tepung gandum (penuh2)
    1 sb tepung jagung / tepung ubi (penuh2)
    2 biji telur (dipukul)
    2 1/2 cawan santan
    5 sb gula pasir
    sedikit garam, esen vanila dan pewarna hijau

    Bahagian bawah

    1 cawan beras pulut
    (dibersihkan dan direndamkan bersama 1 cawan santan cair + sedikit garam selama 30minit)
    Bekas acuan lompang (size ikut suka.. saya gunakan yg paling kecil)

    Cara-cara
    Panaskan kukusan .... kemudian sediakan bahagian bawah dulu.. masukkan 1/2 sudu kecil beras pulut kedlm acuan lompang bersama dgn sedikit santan.. santan hendaklah menutupi paras pulut.. tidak mahu terlalu banyak santan nanti pulut akan menjadi terlalu lembik & dikukus

    Sementara pulut dikukus.. sediakan bahagian atas pula..
    Satukan bahan 1 - 4 .. kacau dan di tapis agar tidak berketul..kemudian masukan gula ,garam,pewarna + esen
    adunan dimasakn sekejap diatas api perlahan.. kacau sentiasa supaya tidak berketul / berbiji2...
    Kemudian blhlah dimasukn adunan ke dlm acuan pulut .. (letakan keatas pulut) dan dikukus lagi dalam 20-30 minit dgn api sederhana..
    Angkat & sejukan dulu .. baru dikeluarkan dari acuan



    psst...linda juz C&P jekk , tens ya pd empunya rcp sbb sudi share rcp yg mudah n cepat ni...mmg sedap arr!!

    Lebihan Nasiiiii

    Jemput-jemput Nasi



    Bahan-bahan

    1 cawan nasi putih
    1 biji kentang
    2 cawan tepung gandum
    sedikit ikan bilis (aku tambah)
    sedikit bwg goreng (sku tmbh gak)
    sedikit air
    garam

    Cara-cara

    Nasi diblender dengan air, pastikan paras air dan nasi tenggelam, blender hancur, kemudian kentang di potong dadu kecil.

    Curah dalam bekas adunan,dan campurkan tepung dan kentang, masukkan sedikit garam, gaul sebati, jika terlalu pekat, masukkan sedikit air, jika adunan dah boleh dijemput, air tidak diperlukan, kira nye masa ni agak-agak je kecairan batter ni, macam adunan kita buat jemput-jemput pisang.

    Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas dan angkat bila dah perang, Sedap dimakan panas-panas bersama sos cili.



    Mmg sedap la cucuq ni..anak2 aku pun pakat berebut...rcp ni C&P dari hakak hana..


    Memang sodap...... =)

    Murtabak Sardin Cream Crackers
    Sumber resepi: Merpati66.fotopages.com




    Bahanya:

    1 paket biskut cream crakers (tanpa gula ya )
    1 tin sardin markerel or sardin biasa ok jugak
    2 bji bawang besar - potong dadu
    4 biji cili merah - potong memanjang
    1 liter santan or susu cair pun ok jugak

    Caranya:

    sardin + bawang + cili = gaul sehingga sebati semuanya sapu loyang dengan marjerin supaya murtabak tak melekat bila masak susun biskut dlm loyang empat segi - biskut wat 2 lapis ya tuangkan santan atas biskut sampai tenggelam lapiskan dengan sardin tadi susun lagi biskut 2 keping jugak curahkan santan atas biskut hingga tenggelam jugak buat lee berselang-seli hingga sardin dan biskut abis ikut selera masing2 akhir sekali pastikan sardin diatas , leh tabur bawang goreng sebelum bakar or leh jugak taburkan dengan daun bawang or daun sup .. pastikan jugak santan or susu cair tadi abis ya...biarkan biskut tenggelam biarkan selama 30 minit sebelum bakar dlm oven 180 = masak selama 40 minit or hinngga murtabak masak kekuningan... tunggu sejuk baru potong...

    psstt...pd empunya rcp linda minta izin yekk C&P kat sini...really tens sbb mmg sedap n lepas2 ni leh wat lgik..heheh





    Kuih Belimbing (kak hana)



    Bahan-bahan:

    1 cwn tepung gandum
    1 cwn air
    1 biji telur
    1 sudu mkn marjerin/butter
    1 sudu mkn gula
    esen vanilla

    Cara:

    1. Pukul telur dlm mangkuk yang berlainan.
    2. Satukan gula/ esen/ butter dan air; didihkan. Tutup api setelah ia mendidih.
    3. Masukkan tepung dan kacau cepat2 dengan menggunankan senduk kayu.
    4. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung tadi.
    5. Masukkan adunan dalam acuan semperit dan tekan terus kedalam kuali yang telah dipanaskan minyak terlebih dahulu. (aku tekan dlm bekas lain byk2 pastu baru goreng.)
    6. Last, taburkan kuih dengan gula icing.


    tunggu apa lagi..ngap je la..sedap la kuih ni..tima kasih kak hana...n sila abaikan mutu gmbo yg xberapa elok ni serta rupa kuih ini..hahaha...burok tp sedap..ngeh..ngeh..