Penstrukturan semula industri air di Selangor memang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini. Menurut MOU yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan hari ini, Kerajaan Negeri akan mengambil alih 4 syarikat konsesi air di Selangor dan satu konsortium yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri akan menguruskan industri ini. Apabila industri tersebut diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri maka kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan yang secara langsung dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat. Contohnya dalam usaha untuk memastikan penduduk pangsapuri mendapat air percuma dengan melakukan migrasi dari meter pukalkepada meter individu, Kerajaan Negeri terpaksa berunding dengan Syabas agar syarat-syarat migrasi ini dapat permudahkan. Syarat-syarat seperti peratus persetujuan (consent) penduduk yang tinggi menghalang kelulusan banyak permohonan-permohonan migrasi. Kerajaan Negeri terpaksa menunggu kelulusan pengurusan Syabas sekiranya terdapat permohonan di mana peratus ...
Dato' Iskandar Abdul Samad