Kenyataan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Dato' Mustafa Ali di Kota Bharu semalam yang menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor amat saya alu-alukan. Setelah kekalahan PR di Hulu Selangor dan segala macam kontroversi yang timbul dari industri pasir, kenyataan kedua-dua pimpinan tinggi PR ini telah menenangkan keadaan. Ia memberi peluang kepada kami di Selangor untuk meneruskan agenda membantu rakyat dan memajukan negeri tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai khabar-khabar angin dan ketidaktentuan. Hanyalah kerajaan yang stabil dapat melaksanakan agenda-agendanya dengan berkesan. Kenyataan tersebut juga telah menutup sebarang ruang bagi Umno dan BN untuk mengkucar kacirkan pentadbiran negeri Selangor. Saya akui pilihanraya kecil Hulu Selangor merupakan satu 'wake up call' bagi kami. Kami boleh terus menuding jari di antara satu sama lain atau belajar dari kekalahan tersebut. Walau bagaimanapun agar semua agenda-agenda kerajaan dapat di...
Dato' Iskandar Abdul Samad