Saya tidak faham kenapa ada yang marah apabila hendak diadakan peraturan melarang atau menyusahkan umat Islam untuk membeli arak. Umat Islam bukan hendak menyekat orang bukan Islam meminum arak tetapi sekadar hendak memastikan umat Islam terutamanya para belia tidak dirosakkan oleh arak. Kenapa susah sangat hendak memahami? Saya lihat masalah arak di kalangan belia Islam membimbangkan. Saya pernah menghalang seorang remaja Islam membeli arak di kedai 7-11 di Pandan Indah. Di padang permainan berdekatan rumah saya di Taman Kencana kadang-kala penuh dengan botol-botol arak kosong yang dibeli di pasaraya KK yang berhampiran. Saya tahu yang minum bukan orang Cina atau India kerana mereka boleh minum di "pub" dan "bar". Semua ini membimbangkan umat Islam terutamanya yang mempunyai anak-anak remaja. Seolah-olah ada "tangan-tangan ghaib" yang mahu memusnahkan belia-belia Islam. Saya pernah terlibat di dalam bantahan terhadap sebuah kedai 7-11 di AU2, Taman Seri K...
Dato' Iskandar Abdul Samad