Peningkatan jumlah calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan utama pada mesyuarat-mesyuarat agong PAS tahun ini patut dialu-alukan. Ini bermakna lebih ramai ahli yang berminat untuk menyumbang kepada Parti. Perlembagaan PAS menetapkan pemilihan pimpinan diadakan dua tahun sekali. Tahun ini adalah tahun pemilihan. Jawatan-jawatan utama di peringkat Kawasan ( Parlimen ) adalah Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua. Mungkin lebih ramai yang berminat kerana dengan PAS sebahagian dari pakatan yang memerintah Selangor, peluang terbuka luas bagi PAS untuk berkembang. Suasana telah berubah sejak pemilihan yang lalu, dua tahun lepas. BN tidak lagi dapat mengancam dan menindas mereka yang tidak menyokongnya di Selangor. PAS dapat menganjurkan programnya dengan bebas. Laluan PAS adalah lebih mudah. Ini juga mendorong lebih ramai ahli bersetuju untuk dicalonkan berbanding dengan dua tahun lepas. Kalau dulu jawatan-jawatan utama akan dimenangi tanpa dicabar tetapi kali ini ...
Dato' Iskandar Abdul Samad