-->
Asas utama untuk menjadi orang yang berjaya
ialah dia berpegang teguh dengan tujuan hidupnya.Logik akalnya,jika tidak ada
tujuan hidup maka sia-sialah kehidupan ini.Dia tidak akan tahu,apakah sebab dia
diwujudkan di muka bumi ini dan ke mana dia akan pergi selepas kehidupan
ini.Tidak dapat tidak ,dia wajib berpegang teguh dengan tujuan hidup
tersebut.Lalu apakah tujuan hidup itu?
Sesuai dengan firman Allah swt yang
berbunyi “tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaKu
(Allah)”.Firman Allah lagi “sembahlah
Allah dan jangan kamu menyekutukanNya dengan yang lain”.Bagi mereka yang
bergelar pelajar atau pekerja sesibuk mana pun mereka belajar dan bekerja,mereka
tidak akan lupa kepada tujuan hidupnya.
Mafhum sabda rasulullah “bersungguh-sungguhlah kamu dalam melakukan sesuatu perkara”.Bersungguh-sungguh
di sini boleh kita bahagikan kepada dua bahagian.Bahagian pertama ialah
bersungguh-sungguh dari segi visi dan kedua dari segi misi.Visi ialah sasaran
pencapaian pada masa terdekat,manakala misi ialah sasaran pencapaian pada masa
jauh.Sebagai contoh ,setiap pelajar itu mempunyai “target” pada setiap hari
untuk menguasai tajuk atau topik yang dipelajari.Ini dipanggil visi. Bilamana
dia boleh melakukan sedemikian,maka ianya akan memudahkan pelajar itu
mengulangkaji pada masa akan datang.Seterusnya dia berjaya menguasai subjek
tersebut.Ini dipanggil misi.
Ingat! Kejayaan hari ini menentukan
kejayaan pada masa akan datang. Berkata seorang hukama “sungguh aku berasa
sedih ,bermula terbit matahari sehingga terbenamnya sedang aku tidak
mendapatkan suatu ilmu pun pada hari itu”. Inilah contoh cendekiawan kita,mendapatkan
ilmu pada setiap hari merupakan perkara yang membahagiakan bagi dirinya.Jauh
berbeza dengan masyarakat hari ini,yang menganggap enteng pada ilmu
pengetahuan.Hasil kegigihan ulama-ulama dahulu dapat kita lihat hari ini islam
itu gah dengan keilmuannya.
Ingat! Kegagalan kali pertama bukan
bererti gagal seterusnya.Tetapi boleh jadi juga akan gagal seterusnya sekiranya
dia tidak memperbaiki kegagalan yang pertama itu.Cuba “check” kelemahan atau
kesilapan yang lalu,dan terus memperbaikinya dari masa ke semasa. InsyaAllah
kejayaan milikmu. Kata bijak pandai “tuhan tidak mencipta manusia itu
bodoh,tetapi tuhan mencipta manusia itu dengan kebijaksanaan yang
berbeza”.Wallahu a’lam.