Firman Allah: "Dan hamba-hamba Tuhan yang maha penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi kesejahteraan. Dan mereka yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. Dan mereka yang berkata "Ya Tuhan kami,jauhkan azab Jahanam daripada kami,sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". (Furqan 63-65)
Kata buya
Hamka: “Orang yang tidak khusyuk itu samalah seperti orang yang mengunci
jendela pada setiap malam agar tidak dimasuki pencuri.Pada saat tangannya
menolak engsel ,matanya memastikan ia benar-benar berhasil mengunci jendelanya
bahkan telinganya sempat pula mendengar bunyi engsel menyelak pintu .Namun
kerana kegagalannya untuk khusyuk ,sebaik tiba dipembaringan lantas ia bangun
kembali sambil bertanya pada hati sendiri “adakah aku telah mengunci
jendela?Lalu apa gunanya mata yang melihat,tangan yang bergerak dan telinga
yang mendengar sewaktu jendelanya dikunci?”
Allah
berfirman “sesungguhnya berjayalah bagi
orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya” (surah
al-mukminin).
Dalam surah
ini Allah swt telah menjelaskan tentang kejayaan bagi orang-orang yang beriman
yang melaksanakan solat dengan penuh rasa khusyuk.Kekhusyukkan di dalam solat
merupakan faktor kejayaan yang utama
untuk orang yang beriman itu berjaya dalam aspek kehidupan yang
lain.Buktinya,para salafus soleh telah menunjukkan kejayaan itu.Ribuan kitab
telah membicarakan kejayaan mereka dalam apa jua bidang.Tidak kira samada di
bidang politik,ekonomi,sosial,pendidikan,sahsiah dan sebagainya.Hanya terhenti
ke atas kita sahaja untuk mengkaji cara kehidupan mereka itu.Orang hari ini
yang ingin berjaya hendaklah ia meneladani orang terdahulu yang telah berjaya.Itulah
hukum sebuah kejayaan.
Pelik
sungguh orang islam itu,kejayaannya bukan untuk hari ini,esok lusa dan
seterusnya.Tetapi kejayaan mereka sampai ke puncaknya di akhirat sana.Daripada
maknawi(dunia) menuju kepada hakiki(akhirat).
Bukan mudah untuk mencapai khusyuk dalam
solat,akan tetapi janganlah kita mudah berputus asa,janganlah kita menjadikan
tidak khusyuk itu sebagai alasan untuk tidak melakukan solat.Sebagai
tamsilannya,seorang pelajar itu pasti tidak akan mencapai kejayaan yang
cemerlang tanpa berusaha bersungguh-sungguh.Belajar sekali tidak mungkin ia akan
berjaya,akan tetapi jika ia belajar berulangkali pasti ia akan menemukan
kejayaan itu.
Bukankah
Allah telah menyatakan di dalam al-quran,janganlah kamu berkata kamu telah
beriman sedang kamu belum di uji??sebagai harapannya,berterusanlah meminta kepada
Allah dan janganlah kita futur(putus asa) kepada rahmat Allah.Moga iman kita
ditingkatkan dan diberikan khusyuk dalam solat kelak.Amin ya Rabb.
قال رسول الله صلى الله عليهوسلم:" وان العالم ليستغفرله من في
السموات ومن في الأرض والحيتان في جوف الماء وان فضل العالم على العابد لفضل القمر
ليلة البدر على ساءر الكواكب"( أبو
دأود وترمذي)
Telah bersabda Rasulullah: Sesungguhnya orang yang menuntut ilmu itu
sentiasa didoakan oleh sekalian makhluk yang dilangit dan dibumi serta
ikan-ikan yang berada di dalam air.Kelebihan ahli ilmuberbanding ahli ibadah seperti kelebihan bulan purnama
daripada sekalian bintang-bintang yang lain.
قال رسول الله صلى الله عليهوسلم:"ان الله وملأىكته وأهل السموات
والأرضين حتى النملة فى حجرها وحتى الحوت ليصلون على معلم الناس الخير"(الترمذى في تحفة الأحوذى)
Telah bersabda Rasulullah: Sesungguhnya telah berselawat Allah dan para
malaikatNya serta penduduk langit dan bumi,dan semut-semut yang berada di
sarangnya dan sekalian ikan-ikan ke atas
seorang mualim(guru) kerana dia telah mengajarkan kebaikan pada manusia yang
lain.
“ilmu itu umpama cahaya” .Sifat cahaya
ialah menerangi kegelapan.Menjadi orang yang berilmu merupakan impian yang diingini bagi setiap penuntut.Tidak
kira samada ilmu duniawi atau ilmu ukhrawi.Ilmu ukhrawi diibaratkan sebagai
tapak manakala ilmu duniawi itu sebagai bangunannya.Bangunan tidak akan dapat
didirikan tanpa ada tapak.Kalau ada tapak sahaja tanpa ada bangunan tidak
membawa apa-apa.Sewajarnya seseorang penuntut itu wajib memiliki kedua-dua ilmu
tersebut.
Perkembangan ilmu merupakan faktor
utama kegemilangan umat islam pada masa dahulu.Ilmuwan islam terdahulu
merupakan kelompok manusia yang berjaya mendominasi pelbagai ilmu.Mereka juga
berjaya menguasai berbagai prinsip ilmu serta kaedah-kaedah pemahaman yang
bertepatan dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.Suasana ilmu telah mempengaruhi
mereka pada waktu itu untuk menulis karya mereka ke dalam kitab-kitab
warisan(kitab turath).
Hasilnya kitab-kitab warisan itu
menjadi rujukan kepada generasi seterusnya sehinggalah hari ini.Sebagai contoh
imam Syafie telah menghasilkan kitab Um,imam Malik menghasilkan kitab Muwattha,Ibnu
Sina terkenal dengan kitab qanun fit Tibb(perubatan),Ibnu Haitham terkenal
dengan kitab Al-Manadhir(teori optik),Imam Ghazali terkenal dengan kitab Ihya
ulumuddin dan sebagainya.
Bersesuaian dengan hadis Rasulullah
yang bermaksud “jadilah kamu orang yang berilmu,orang yang mengajar,orang yang
belajar atau orang yang cintakan ilmu.Janganlah kamu jadi orang yang kelima
iaitu orang yang benci kepada ilmu nescaya kamu akan binasa”(riwayat Tabrani). Meluaskan
ilmu pengetahuan dapat melahirkan rasa cinta kepada ilmu.Rasa cinta itu akan
melahirkan keinginan untuk mengamalnya. Mempraktikkan ilmu yang diketahui ke
dalam kehidupan harian merupakan cara yang terbaik untuk menghayati
keberkesanan ilmu tersebut.
Sejarah ilmuwan islam juga telah
membuktikan bahawa mereka bersungguh-sungguh ketika menuntut ilmu.Sebagai
contoh imam Bukhari telah menjelajah beberapa buah negara semata-mata ingin
mempelajari dan mendalami ilmu hadis.Terkadang sanggup menjelajah beribu batu hanya
mempelajari satu hadis sahaja.Imam Bukhari telah berkata “aku telah memasuki
negara Syam,Mesir dan Jazirah Arab sebanyak dua kali.Aku telah pergi ke Basyrah
sebanyak empat kali.Aku tinggal sementara di Hijaz selama enam tahun.Dan aku
tidak mengira berapa kali aku masuk ke Kufah dan Baghdad bersama ahli hadis”.
Kemasyhuran ilmuwan islam terdahulu
tidak dapat dinafikan.Jauh berbeza dengan orang islam pada masa kini yang terus
lalai dengan dunia hiburan melampau(hedonisme) yang entah bila akan
berakhirnya.
Kepentingan menghadiri majlis-majlis ilmu juga merupakan perkara yang
sememangnya dituntut oleh syarak.Terdapat sepotong hadis telah diriwayatkan oleh ibnu majah daripada Rasulullah
yang berbunyi:
Bermaksud:“Tidak duduk sesuatu kaum dalam satu
majlis yang mengingatiAllah,melainkan
mereka itu dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan pada mereka rahmat dan
Allah menurunkan juga sakinah(ketenangan) dan Allah menyebut nama-nama mereka
kepada makhluk yang berada disisiNya”. Berdasarkan hadis tersebut,kita dapati
bahawasanya Allah telah memberikan
kelebihan-kelebihan pada mereka yang
melazimi majlis ilmu.Hanya duduk dan mendengar sudah dikira pahalanya di sisi
Allah,apatah lagi jika mengamalkannya.Sungguh pemurahnya Allah memberikan
pahala kepada hambanya yang rajin dan soleh.
Oleh itu,marilah kita sama-samaberusaha untuk menghadirkan diri ke majlis
ilmu samada dalam bentuk ceramah,kuliah,kelas tafaqquh dan boleh juga mendengar
melalui corong-corong radio,televisyen atau sebagainya.Terkadang mendengar ilmu
yang disampaikan itu lebih mudah diingat daripada kita membaca.Moga Allah
memudahkan kita menuntut dan mendalami ilmuNya.InsyaAllah