Assalamualaikum dan annyeong saeyo !
Korang layan tak cerita korea?
Saja nak share antara cerita yang currently been hooked up
iaitu 49 Days.
Tak tahu la, ulangan ke apa.
Tapi aku ni baru je la..nak layan cerita ni
kat One HD.
Cerita ni dah gantikan cerita waktu petang-petang yang selalu kami
sekeluarga tonton di TV3.
Tamat je Ariana Rose ada cerita baru kan..
Tapi tak berapa nak menarik sangat hati nak tengok.
Sebaliknya hati ni berganjak nak tengok 49 Days pula.
Awalnya berkeras juga tak nak nonton
sebab adik dah cerita ending nya.
huhu..ending sedih..memang sedih
tapi still, aku ada hati lagi nak tengok
walaupun aku tak berapa gemar ending yang sedih2 ni.
Macam-macam perasaan timbul bila tonton cerita ni setiap hari Isnin hingga Jumaat
pukul 6.30 petang.
Sedih, geram,teruja,tersenyum
dan sebagainya.
49 Days ini menceritakan perjalanan dan usaha Ji-Hyun yang menjadi roh
dan terawang-awangan
dan terawang-awangan
disebabkan dia masih koma.
Dia diberi masa 49 hari untuk mencari tiga tangisan ikhlas daripada
sahabat yang benar-benar menangis untuk nya, barulah
dia boleh kembali sedar dari koma.
Dalam 49 hari itu, dia sebagai roh telah meminjam tubuh seorang wanita ini.
Dan bermula lah usaha nya
dan dalam waktu itu juga la..
dan dalam waktu itu juga la..
baru dia tahu..siapa kawan dan lawan sebenar..
memang sedih. sebab..tertipu oleh orang yang benar-benar kita anggap sebagai sahabat dan kekasih.
Heroin-heroin utama. sorang macam barbie doll dan sorang lagi macam menyedihkan je hoho. (dalam cerita ini) |
Namun demikian, aku tertarik dengan kata-katanya iaitu
'saya tak mahu menangis kerana ditipu. ia memalukan. seharusnya saya marah dan bukan menangis'
(lebih kurang la isi nya macam itu)
Barisan pelakon-pelakon yang comel-comel belaka =P |
Maksudnya, jangan putus asa dan menyerah dengan hanya menangis
setiap masa disebabkan aniaya,
tetapi bangkit dan berusaha untuk merubah keadaan tersebut.
Kalau nak tengok, boleh la ke channel One HD astro.
Tak pun, rasanya dekat online pun ada.
"joh-eun nal !"
**Kalau nak tahu sinopsis, klik sini..hehe