Sep 27, 2012
Hidup kamu berbeza
Kakak aku baru aktifkan balik broadband dia dan aku pun bolehlah aktif sikit on9..Sebab sekarang aku menumpang teduh di rumah kakak di KL.. Hina sungguh terasa diri ini..Haha padahal syokk je sebab boleh duduk free dan makan free..haha tak senonoh sungguh..Sementara je sebab sekarang ni aku dah sebulan campur esok hari menggalas tanggungjawab sebagai cikgu! Cikgu?? ye cikgu! cikgu ganti ajar Bahasa Inggeris di sek rendah sekian sekian..Tak lama pun sampai cuti sekolah ini.
Ok cukup sudah update pasal kehidupan aku ini..Aha kehidupan~ Akhir akhir ni home facebook aku penuh dengan gambar gambar tunang dengan ganasnya..masa lepas bulan puasa gitu la..cam janji janji pula diorang ni kan..ramai ramai pakat bertunang lepas puasa. Dan aku pun ada menghadiri majlis tunang member nih..Aku pula yang dup dap dup dap masa tu..haha ngada lebih..Best kot dan bahagia gitu tengok orang lain dah temu jodoh mereka. Oh bukan bertunang je yang pakat ramai ramai kahwin pun ada :)
Biasalah tu masing masing umur pun dah 23. Memang nasib badan la kan keje tengok orang len tunang dan kahwin pastu mulalah fikir asal semua orang senang sangat ni jumpa jodoh, eh silap bukan semua orang tapi sesetengah..Pastu mula la rasa cam eh eh sudah aku pula bila nih?
Haha tipu je aku tak ada pun melatah sedemikian..aku 'cool' je..lol..Sebab perjalanan hidup setiap orang tu tak sama..Takkanlah sebab kau tengok kawan kau dah kawin umur 23 kau pun tetiba sibuk nak kahwin juga..Ce tanya diri sendiri dulu betul betul dah bersedia ke? Bersedia tu dari serba serbi ye, bukan setakat nak syokk masa jadi pengantin pakai cun cun make up tebal nak rak pastu potong kek..Samalah macam hal kerja juga. Rezeki masing masing tak sama. Yang penting kita mesti sentiasa berusaha dan tak putus asa. Mungkin masa kegemilangan kita tu macam lambat sikit sampai ye dak..Terasa cam penat je nak mendaki kan padahal ramai orang dah sampai puncak. Tapi tak payah la nak cemburu tak ketahuan hala bila tengok orang lain dah la muka cun/ensem pastu dapat keje best, gaji mantap jodoh pulak cepat je sampai..Kira sempurna serba serbi lah bila pandang secara kasarnya. Tapi ingat tak ada siapa pun yang sempurna dah namanya pun manusia..Senang kata tak payah nak banding banding hidupmu dengan hidup si A B atau C.
Okay sekian terima kasih. Fuhhh penat membebel di malam hari. Haha.
Subscribe to:
Comments (Atom)