Sep 27, 2012

Hidup kamu berbeza


Kakak aku baru aktifkan balik broadband dia dan aku pun bolehlah aktif sikit on9..Sebab sekarang aku menumpang teduh di rumah kakak di KL.. Hina sungguh terasa diri ini..Haha padahal syokk je sebab boleh duduk free dan makan free..haha tak senonoh sungguh..Sementara je sebab sekarang ni aku dah sebulan campur esok hari menggalas tanggungjawab sebagai cikgu! Cikgu?? ye cikgu! cikgu ganti ajar Bahasa Inggeris di sek rendah sekian sekian..Tak lama pun sampai cuti sekolah ini.

Ok cukup sudah update pasal kehidupan aku ini..Aha kehidupan~ Akhir akhir ni home facebook aku penuh dengan gambar gambar tunang dengan ganasnya..masa lepas bulan puasa gitu la..cam janji janji pula diorang ni kan..ramai ramai pakat bertunang lepas puasa. Dan aku pun ada menghadiri majlis tunang member nih..Aku pula yang dup dap dup dap masa tu..haha ngada lebih..Best kot dan bahagia gitu tengok orang lain dah temu jodoh mereka. Oh bukan bertunang je yang pakat ramai ramai kahwin pun ada :)
Biasalah tu masing masing umur pun dah 23. Memang nasib badan la kan keje tengok orang len tunang dan kahwin pastu mulalah fikir asal semua orang senang sangat ni jumpa jodoh, eh silap bukan semua orang tapi sesetengah..Pastu mula la rasa cam eh eh sudah aku pula bila nih?
Haha tipu je aku tak ada pun melatah sedemikian..aku 'cool' je..lol..Sebab perjalanan hidup setiap orang tu tak sama..Takkanlah sebab kau tengok kawan kau dah kawin umur 23 kau pun tetiba sibuk nak kahwin juga..Ce tanya diri sendiri dulu betul betul dah bersedia ke? Bersedia tu dari serba serbi ye, bukan setakat nak syokk masa jadi pengantin pakai cun cun make up tebal nak rak pastu potong kek..Samalah macam hal kerja juga. Rezeki masing masing tak sama. Yang penting kita mesti sentiasa berusaha dan tak putus asa. Mungkin masa kegemilangan kita tu macam lambat sikit sampai ye dak..Terasa cam penat je nak mendaki kan padahal ramai orang dah sampai puncak. Tapi tak payah la nak cemburu tak ketahuan hala bila tengok orang lain dah la muka cun/ensem pastu dapat keje best, gaji mantap jodoh pulak cepat je sampai..Kira sempurna serba serbi lah bila pandang secara kasarnya. Tapi ingat tak ada siapa pun yang sempurna dah namanya pun manusia..Senang kata tak payah nak banding banding hidupmu dengan hidup si A B atau C.
Okay sekian terima kasih. Fuhhh penat membebel di malam hari. Haha.

Aug 13, 2012

Raya oh raya

Sikit je lagi nak habis dah Ramadhan. Amboi aihh serious rasa macam cepatttt sangat! Oh ya buat pertama kalinya aku beraya kat Malaysia ni selepas 4 tahun beraya di tempat orang. Tapi tak ada rasa apa sangat..Haha..Sebab rasa macam raya je dengan diorang setiap tahun sebab selalunya sempat skype di pagi raya(masa kat Malaysia) dengan keluarga:)
Jadi dapat la rasa sikit sikit keriuhan bising bising anak anak sedara aku tu..Haha.
Eh anak sedara aku dah bertambah la! hehe..
Alhamdulillah selamat dah setelah melalui pelbagai cabaran juga la.Sian baby tapi sekarang dah okay. Cuma dia malas sangat. Asyik tidur je kejanya! Serious dia buat 'doonooo' je bila orang kacau kacau dia..Ish2..
Oh nama dia Eryna. Eryna anak sulung kakak aku yang kahwin tahun lepas :)
Jadi sekarang anak sedara aku 2 lelaki 2 perempuan..Weee XD
taraaa..ni Eryna!


Tengok la memang keja dia tidur je..zzz

Oh ya aku dah dapat P! hihi..Akhirnya setelah umur dah 23..baru nak de lesen..duh! Takpe biar lambat asalkan selamat.erk?

Okay selamat beribadat semua,jangan leka buat kuih raya je..hoho..
Dan Salam Aidilfitri ^_^

Hari raya 2010

Hari raya 2011


Jul 17, 2012

Alkisah di Msia vs US

Salam :)

Lama sudah tidak ku coretkan alkisah hidup di blog ni..rindu pula.hihi.
Nak update sikit.Sekarang aku dah kat Malaysia tercinta. Dah hampir 2 bulan menjalani kehidupan sebagai seorang anak mithali dan bakal isteri solehah..hahaha;p
yela keja aku memang jadi suri rumah sepenuh masa..kalau masa belajar dulu, boleh dikatakan part time, tapi sekarang memang full time. oh ya selain jadi suri rumah, aku juga pergi kelas memandu setiap isnin rabu dan jumaat seawal 8 pagi :)
kalau nak tengok aku drive, mai pusing pusing kangaq, nampak de kereta L n drive cam gaya pro, aku lah tu.haha. bajetnyeeeww :P

Eh sedar tak sedar tinggal berapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan :)
Macam kejap je rasa bila kat Malaysia ni. Maybe sebab seronok kot.Haha.
Bukanlah bermaksud duduk kat Buffalo tu tak seronok, yela negara orang kan, seronok macam mana pun, mesti negara sendiri juga best.Chewah patriotik nye bunyi..hehe.
Kat negara sendiri ni best sebab de keluarga, de makanan sedap sedap.
Lagi satu hal nak beribadat pun selesa, tak perlu nak solat kat fitting room ke,belakang kedai ke,tepi jalan ke. Surau, masjid merata rata hah ada. Kat shopping mall pun de surau. Untunglaa kita ni kan :)

Satu benda yang tak best sikit la kat US tu sebab di airport pun memang tak ada sediakan ruang solat. Airport Korea, Singapore ada.Cuma kat Singapore tu tak delah sediakan surau khas untuk Muslim cuma diorang sediakan satu bilik yang mana mana agama pun bebas nak beribadat atau nak beristirahat, kira oklah tu dari tak ada langsung. Oh itu masa aku sampai sana 3tahun lepas kot,sekarang tak tahulah kan.Airport Jepun aku tak ingat sebab lama sangat aku pergi sana, 4 tahun lepas..huhu.
Disebabkan ketiadaan surau tu, bila kat airport US kitorang solat di bahagian tepi atau dekat2 kerusi, asalkan tak menghalang orang. Tapi alhamdulillah kat uni memang ada sediakan surau cuma tempat tempat awam tu memang tak ada. Masjid ada cuma tak banyak dan tak semua tempat ada. Kalau komuniti Islam ramai, selalunya baru de surau atau masjid.

Huuu dari bab memandu boleh pulak masuk bab solat airport bagai kan.Saja je terkenang sikit laaa hidup di sana.Hehe. Rindu? Hmm TAK! Macam aku kata tadi lah seronokkk duk malaysia ni. Haha. Apa pun lain orang lain pandangan. Peace :)


Selamat menjalani ibadah puasa! :)

Apr 30, 2012

conteng

Wah penin hah kepala dengan layout baru blog ni. Dah gaya macam facebook pun ada.
Saja ja sonok sonok tukar.
Tak ada apa sangat nak share. Cuma tak tau kenapa bila dah nak grad ni rasa cam sedih pula.
Lately bila jalan balik rumah, senyum sengsorang, dalam hati "Cantik juga rupanya school aku ni"..Haha
Sayang pula rasanya nak tinggalkan tempat ni..4 tahun tu lama juga la kan.
Sayang nak tinggal bilik juga..sob sob..
Banyak kenangan kat sini :)
Dan banyak jumpa kawan kawan yang sangat baik dan ambil berat pasal aku:) Sweet^^
Btw hari Jumaat lepas me and friends attend South East Asian Banquet..
Teruja sangat dapat makan kelapa muda..siap boleh korek korek isi dalam tu okay! mula mula ingat bukan kelapa betul..haha..


Apr 20, 2012

menghitung hari

--menghitung hari detik demi detik---


Tak tau nak gambarkan perasaan apa sekarang ni,
ada lagi sebulan je aku kat sini.
Apa pun perjuangan belum selesai
InsyaAllah my commencement will be on may 10 so I have like 2 weeks left.
Makin hujung sem makin takot haaa sebab ada 2 finals right before my commencement.
Ntah apa apa kan?
Confirm2 la result tak tahu lagi tapi actually sini system nya lain, sebab untuk grad, here we need to complete
minimum credit hours, fulfill all major requirements and general education.
And Im not sure about min cgpa required, 2.0 maybe?
Talking about cgpa, in general we need to get at least 93 for an A(gpa-4.00) and 80 for a B (gpa-3.00).
But there are some courses like I took last semester (intro to Architecture), 80 is B-
therefore, it is really hard for me to maintain cgpa..sobs sobs..what to do, Im not that smart..huhu
oh just in case anyone wondering about how the system actually works here-
here we only have almost 4months for every semester, like this sem, we started in mid Jan until end of April and the final starts the following week and basically we do not have study week.
Pretty short right? not even 4 months!
Last sem, I have only 3 days to study for finals and the class even ended just couple days from finals.3 days is actually such a bliss because for other tests (not final), we have to find time to study as well going to class because in one semester,
in general, there are like 4/5 tests for each course and we wont really survive if fail to get good grades in those tests..
because even if we can get really good grades in final, but it wont really affect grades if we do badly on tests.
So the effort we put on test have to be as much as the effort on final.


Dan,. minggu depan I have presentation for my chem class and another 3 tests for my other courses..
waduh2..and yes I still have 2 lab reports due even I'm done with chem lab yesterday,
so this is how it feels being a senior??
nope nope actually this is the path that I chose,
I can actually relax taking only 2 required courses for my major but since I like chemistry so I take another 2 chem courses.
Seriously tengah cuak juga since this is my final sem and I actually made such a huge decision..
Oh btw this sem Im taking 5 courses
- Ethics in Medicine, American Pluralism, Analytical Chemistry(lab), Intro in Chem Literature and Calculus2
Lepas grad, I will definitely look for jobs first and then maybe further study ke..tapi apapun my plan kerja dulu.

oh ya my parents, my sis and her husband will be here in just 2 weeks!!nervous pula..haha..and of course happy!=)
Tak sabar nak bawak diorang jalan2 around my school, my neighborhood. hopefully they'll like buffalo..
I do like buffalo even buffalo ni tak de la bandar sangat, tapi tu yang best tu..
maybe sebab aku dibesarkan kat kampung, so memang suka je tinggal tempat2 camni..
:D

*oh btw sorry kalau buat pembaca penin,bercampur2 kejap bi kejap bm..certain things, easier to explain in eng but certain thing not..so hentam je la campur:P


gambar kat bawah masa pergi japanese garden..best dan sangatcantik! tapi kecik je tempat ni, takpelah merasa la gak konon2 kat jepun:p

Jan 31, 2012

senyum



Tak ada benda pun nak sampaikan cuma nak kongsi perasaan di kala salji turun...
Terasa seperti kembali ke zaman freshman,masa kali pertama pegang salji, lihat dengan mata sendiri masa salji turun. Senyum walaupun penat seharian dari pagi sampai petang di kampus. Hebat kan kuasa Allah, dengan hanya tengok dan rasa ciptaanNya,hati rasa tenang je. Walaupun agak menggeletar kesejukan biarpun dah pakai berlapis tu..tapi tetap rasa tenang dan senyum je:)

Jan 7, 2012

2011

Assalamualaikum :)
Wah wah sudah masuk 2012.. Alhamdulillah masih sihat dan boleh senyum senyum di tahun baru ni..InsyaAllah tahun 2012 ni merupakan tahun terakhir aku di US. Perasaan masuk tahun baru- takut dan cuak. huhu..

Nak kata happy sebab dah nak habis belajar tak juga sebab sedar lepas ni akan berdepan dengan hidup yang lebih mencabar. Betul betul berada dalam alam realiti erkk sebelum ni fantasy ke? =.=

Alam selepas belajar ni lain,tak macam sekarang..tak payah susah susah cari duit sendiri, yang susahnya part belajar fikir pasal grade je kan..Lepas ni, banyak sangat benda kena fikir kena buat sendiri.Fuhhh...
Biasalah hidup kan, kena melalui banyak fasa kan..dah habis fasa peringkat universiti,sekarang kena lah masuk fasa pekerjaan pula. Apapun sepanjang 3 tahun 4bulan kat sini, banyak sangat benda aku belajar dan banyak sangat memori.
Jadi aku nak kongsi memori memori best sepanjang tahun 2011 :)

#Hari lahirku disambut 2 kali pada hari yang sama tapi tempat lain lain. :D





#International Fiesta. Sebenarnya aku bukanlah orang yang suka masuk pertandingan. Secara kebetulan aku say YES sebab tak ada orang nak masuk,macam kasihan la pula,tapi lepas dah join rasa macam sangat best! Bila lagi nak pakai pakai lawa lawa pastu make up tebal macam opera cina walaupun sebenarnya atas pentas tu orang tak nampak pun muka..haha. Oh yeah dan sangat best juga sebab boleh jumpa kawan baik malam tu dari RIT-bina:)





#Jumpa my makcik! My makcik aka teera datang Buffalo dengan Pidah.. Seronok sangat boleh bawak diorang jalan jalan walaupun masa tu Niagara Fall sejuk!!



#Jumpa matun, taran dan kawan kawan dia dari Minnesota. Pergi Niagara Fall lagi tapi kali ni dapat naik kapal pusing pusing. Sangat awesome!! Macam pergi mandi air terjun pun ada juga sebab tu lah kena pakai baju hujan. Tapi tak membantu sangat pun.



#Aku balik Malaysia lagi masa summer break! hehe..Internship dan dapat bersama keluarga masa perkahwinan kakak. Dan pada masa yang sama dapat jumpa my babe dan sazaku! :)



#Pindah rumah baru:)
#Beraya di Washington DC, makan sedap sedap dan yang penting free!ehehe..
#Penutup 2011 road trip to Las Vegas untuk program Muktamar. Dari Buffalo-Penn State-Pittsburgh-Nashville-Oklahoma-Texas-New Mexico-Las Vegas
Perjalanan ke sana ambil masa 3 hari 2 malam.

Moga 2012 membawa sinar kebahagiaan..Chewah ayat..dalam betul maksud tu. :)
Apapun selamat tinggal 2011, selamat datang 2012.
^_^