Sep 23, 2011

Fall 2011

Hello Fall 2011!
Yes I am officially senior..SENIOR ok..haha..
bajet je kan..
Sebenarnya tak ada apa sangat pun jadi senior ni haa..
Cuma bila dah sampai final year ni rasa cam huhhh lega sikit la..
Dah lepas junior year yakni tahun ketiga yang agak menakutkan la..
Dan senior year makin lama dah rasa keberatan nya tu..
Since aku pun dengan tekadnya nak ambil subjek lain lain yang aku rasa cam menarik je..
So takpelah just try my best..
Oh untuk general education aku ambil kelas architecture..
Sebab memang wajib ambil mana mana satu kelas art..kelas lain semua dah penuh dan jadual tak sesuai macam music, theater, drawing, photography etc etc..
Menarik la jugak..=)
Kelas Biotech pula Molecular Biology dengan lab, Technical communication dan Intro to Genetics. Toxicology untuk minor Phamarcology..Oh ye lupa Analytical Chemistry salah satu subjek untuk minor Chemistry.InsyaAllah..
Untuk Technical Communication kena buat satu projek,kira subjek ni tak de exam, projek n presentation..Genetic pula tulis research paper..
Oh ya weekend ni ada sambutan hari raya di Washington DC ramai ramai dengan budak budak university lain..Ni best ni makan makan..Hehe..=)
Aha ini random..Nak suruh sape sape lah yang baca post aku ni..Tengok la Running Man game show Korea..Hehe serious kalau tensen2 belajar layan ni memang confirm hilang..=D
Oh sebenarnya baru balik dari sambut besday kawan kawan aku..Dan lorh aku baru tersedar batch kitorang i mean Malay dari INTEC 9 orang je??!
Well, we are a happy family=))

Aug 24, 2011

Random terakhir

random terakhir

Cuma mahu update di blog yang aku rasa macam comel sebab kale pepel..haha..asal pepel je kira comel la bagi aku..

>InsyaAllah esok aku balik Buffalo pukul 2pagi..kali ni balik sorang sorang. Moga Allah permudahkan perjalanan ku..Amin..Sebab dah lama tak balik sengsorang,ada sedikit cuak gitu..huhu..sebab transit di NY nanti,kena tunggu lama jugak untuk next flight ke Buffalo.

>Fenin kepala melayan kerenah anak anak sedara. Makin besar makin nakal haa..Biasalah budak2 kan..kadang kadang terpaksa belagak cam mak tiri sebab nakal sangat..ish2..yang pempuan tu pun sama je nakalnya dalam diam.

>Oho dah gitau akak aku kahwin kan.Balik pulak next year mungkin dapat baby baru..huhu..=)

>Happy sangat sangat sebab boleh gak berbuka puasa dengan sazaku n ma babe..then lagi best dapat tarawikh sama sama dan tidur juga bersama sama malam tu..haha..tapi yg lawaknya masing masing duk fikir topik apa yang perlu dibincangkan..haha..tu la akibatnya sembang sampai kehabisan topik dan idea..

>Akhirnya dapat gak sopink dan berbuka di Jusco dengan kakak dan anaknya yang nakal tak hengat tu..Agak terkezut sebab baru je pukul 5 tapi hampir semua restoren fully booked..Tinggal da satu meja je tadi..rezeki..hee..

>Dan sudah tentu lah yang paling happy boleh spend time dengan parents..hari hari duk atur nak makan pe untuk berbukak dan sahur..hehe..aku la tukang memilih masakan pe..Tapi tukang masaknya mak la..kerja aku tolong sediakan bahan2 masakan je la..

Okeh itu saja..Sekian post post khas random di Malaysia..haha..lepas ni memang tak update la..kot..huhu..

k salam..
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin=)

Aug 10, 2011

Random-Malaysia 3

Asal balik Malaysia je aku secara tiba tibanya akan kemaruk baca novel.
Novel yang dah baca pun boleh lak duk ulang.
Novel zaman zaman sekolah dulu memang layan la.
Hari tu layan balik ombak rindu. Salah satu novel yang femes habis la masa
zaman sekolah. Tapi aik bila baca balik macam entah biasa jek.
Maybe zaman novel aku dah berlalu kot. Dah tak ada rasa teruja gitu.
Seingat aku last year masa balik summer aku semangat baca novel2 hlovate.
Sekarang ni bagi la hlovate pun aku dah rasa malas gitu nak layan.
Mungkin cara pemikiran dan kegemaran pun dah berubah kot seiring dengan perubahan usia..haha..pergh gaya cakap macam umur aku dah tua sangat haa..

Oh btw aku balik US tak awal sangat la dan tak lewat sangat. InsyaAllah sampai US
2 hari sebelum mula kelas. Moga Allah permudahkan segala urusan..Amin..

Oh lagi satu teringat pasal twitter. Lately dah ramai dah guna twitter dan sememangnya facebook makin bosan. Tapi apa apa pun aku rasa better jangan buka twitter kalau mood tengah tak baik. (Ni peringatan untuk tuan punya blog) Takut entah apa apa yang di tweet nanti. Tambah tambah bulan puasa ni kan..Lagi kena jaga tutur kata pergaulan semua.
Dan moga moga berterusan biarpun dah habis bulan puasa. Amin.
*Susahnya nak jadi baik dan lagi susah nak maintain baik*

Aug 2, 2011

Random-Malaysia 2

Bila tinggal lagi 2sem..mula kecut perut memikirkan segala bagai yang bakal terjadi nanti...Dan macam biasa plan aku tak habis habis bertukar.
Macam macam ada dalam fikiran termasuklah tentang cgpa yang sangat merungsingkan jiwa juga untuk di'maintainkan' sehingga saat saat terakhir dan juga ada niat untuk menambah baikan juga..Yela, sekarang niat,usahanya InsyaAllah menyusul nanti,moga Farhanah konsisten ye dalam belajar.Kot kotlah duduk rumah baru nanti,semangat tu berapi api ke..Yela kali ni duk nampak je sekolah depan rumah,tak lah depan betul betul,adalah dalam 20 minit berjalan.

Tapi masih boleh nampak bangunan tergedang hah depan mata..Oh alang alang dah cerita pasal rumah,aku pindah rumah baru berdua gitu dengan kembar aku (nama Farhanah gak haih)..Alhamdulillah dapat rumah comel dan harga lebih lebih murah berbanding rumah lama. Ada la jugak duit haa nak simpan buat masa depan..dan mungkin duit untuk berjalan-jalan sebelum balik tahun depan..hihi..
Oh kali ni best sikit sebab depan rumah baru ada Dunkin Donut!hehehe..suka suka..:)
Ditambah ada supermarket Tops dan ada kedai arab halal juga..
Oh ya InsyaAllah dipanjangkan umur, kali ni aku akan jumpa musim sejuk yang terakhir..Macam sedih la plak bunyi kan..huhu..

Oh tak kisahlah,apa apa pun Malaysia tetap di hatiku sebab kat Malaysia ada keluarga terchenta dan sahabat sahabat tersayang gitu dan makanan yang enak enak!!hehe..
Oh ya, salam Ramadhan:) Moga Ramadhan kali ni dapat mendidik kita menjadi lebih baik:)

Jul 29, 2011

Random-Malaysia

Wah banyak benda rasanya nak kongsi tapi selalu tertangguh macam tu je.
Oh btw aku sekarang kat Malaysia..yeah:)
Jadi dah balik ni, jumpa saudara mara dan kawan kawan selalu orang akan tanya soalan yang sama..hehe..takpe aku okay je..ni antara soalan soalan popular:)

>Dah berapa lama balik?
>Cuti sampai bila?
>Sempat raya dak?
>Sempat puasa tak?
>Ambil course pe kat sana?
>Dah pergi mana dah kat sana?
>De lagi berapa tahun?
>Sana musim pa?

Hehe..Kadang kadang tu baru je aku jawab, tiba tiba datang orang lain lak dan tanya soalan yang sama.
Aku tertanya tanya gak la asal tak de sape pun tanya aku
>Haa..yang ni bila pula nak kahwin?
LOL..okey gurau2..xde wondering pun..nasib baik la tak de orang tanya soalan kontroversi gitu..haha..(ceh bajet ko artis ke)=P
ni kes kena sampuk ngan kak aku la yang baru je kahwin..:)

Oh ya kelmarin aku ma babe n sazaku pergi dating kat Jitra mall. Baru lagi tempat ni. Tengok Captain of America. Tak sangka kami bertiga mang happy tengok cite ni,wah citarasa sama ni..Tapi cite tu memang best pun!Aku bagi 4.8/5..hehe..
Seronok sangat dapat jumpa:) Lepas ni dah kerja jom kita serang tempat lagi gempak..JOM PANTAI!!=))

May 20, 2011

#10

Sambil makan cereal dgn susu dan pada masa yang sama layan lagu Melly, kepala teringat nak update blog. Saja la kan nak tunjuk yang aku memang tak ada kerja sangat ni. Rupanya kerja makan tidur tidur dan makan lagi memang tak best weyh. Lama lama kau rasa sikit lagi kepala kau macam benak atau badan malas semacam kalah orang sakit. Betul tak tipu. Jadi tadi untuk buang tabiat tak bagus tu, aku mengisi masa lapang aku bangun awal awal pagi pergi sekolah breakfast makanan fav, egg n cheese on croissant=)

Oh cukup membebel, aku nak cakap pasal lain sebenarnya. Tadi tu mukadimah la lebih kurang.
Memandangkan dah dekat 3tahun dekat sini(2tahun9bulan) aku nak kongsi sikit la benda berkaitan dengan sini specific di Buffalo.(Buffalo salah satu bandar dalam negeri New York).Oh btw sekarang dah summer. Tapi lately asyik hujan, jadi tak panas sangat. Siang memang panjang ah, subuh around 4 maghrib around 8.30pm. Best kan?=P

#1. Niagara fall! Sangat3 cantik. Dah tak terkira berapa kali aku pergi situ dan tak pernah rasa bosan. Kalau datang Buffalo tapi tak pergi memang satu kerugian besar.

#2. Tim Horton. Ni memang tempat favorite budak budak sini kot. Kedai ni macam ala ala dunkin donut la kot tapi lagi best la. Murah dan banyak pilihan dan sangat popular kat sini. Balik Msia, mesti aku rindu egg n cheese on croissant=(

#3. Tax!Ni memang membencikan la. Buffalo ni tax dia memang sangat tak boleh blah. Tax dia tinggi tak beragak.

#4 Tak banyak kedai makan halal. Tapi sekarang Alhamdulillah ada la satu dua kedai arab baru bukak.Daging dan ayam halal ada kat sini tapi kedai tertentu je la..Dan tak de lah dekat sangat. Kira jadi pemakan makanan laut tegar juga la duduk sini.

#5 Tahun pertama kat sini, Melayu boleh bilang dengan jari. Ada 9 orang. Batch aku 2 orang, yang lain semua seniors. Tahun kedua, batch aku (JPA) transfer sini, juniors(MARA) dan private (Melayu), campur campur ada la kot dalam 20 orang. Tahun ketiga, juniors(JPA) dan private datang, bertambah la sikit. 30 orang camtu la..Bagi aku dah ramai la tu.Sebenarnya nak ikut Malaysians di SUNY at Buffalo (merujuk pada Chinese and Indians) ramai jugak, around 200 kot..Tak tahu sangat. Mereka ni tajaan mak ayah.

#6 Biotechnology major untuk batch aku(Melayu)ada 7 orang. Malaysian Chinese 2 orang. 9 orang Malaysians dalam major Biotech dari 20 orang total.

#7 Biotechnology di SUNY at Buffalo fokus pada clinical, basically berkaitan dengan diseases.Dan 2 tahun sebelum masuk major, most of subjects lebih kurang budak Pharmacy, Biomedical, nursing.

#8 Buffalo antara tempat yang sejuk masa Winter dan tempoh Winter boleh tahan lama. Selalunya Winter mula hujung November sampailah akhir bulan empat. Suhu paling sejuk seingat aku dekat -15C kot..Tapi bukanlah tiap masa. Average masa Winter lebih kurang 0C sampai -10C.

#9 Orang orang tua kat sini kuat kuat. Kasihan gak tengok. Umur rasa macam dah 70 je, tapi masih kerja kat supermarket, shopping mall. Proffesor aku pun kebanyakannya dah tua. Dah tahap atuk atuk. Fav 'atuk' aku,dia ajar Instrumental Analysis. Comel dowh=)

#10 Ompoteh sini teruja tengok tudung bawal yang ada batu batu. Bukan semua la..Tapi kebanyakan. Dan orang selalu ingat umur aku 18(kah kah,ok ini tak ada kaitan,sila jangan kutuk aku..haha).Yela, ompoteh sini kan memang nampak sangat dewasa berbanding umur diorang. Asian ni macam muda remaja gitu. Jadi sila berbangga kalau anda Asian=)


Ok, habis sudah.Nak fikir 10 ni pun lama gak tau. See, otak memang lembab kan bila dah cuti lama sangat.haha. Takpe, at least terisi gak masa aku. kiki..=D

Jan 18, 2011

^_^



Saja nak gak menyemak sini walaupun dah post kat tumblr..hoho..Tapi serius comel.
Update sikit. Sem baru dah bermula. No komen. Haha. Sebab lepas tgk semua silibus subjek, terus rasa cam pengsan sekejap. Wee~~