Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

ASSETS Cik Kiah


SPANX give away by Kerry's Blogshop lagi 4 hari nak tamat barulah Cik Kiah ni terkedek-kedek nak publish post. Ya ampun ya Kerry..dah lama post ni terperap dalam draft Cik Kiah rupanya tapi lupa nak publish, al-maklum lah bizi woman kan sekarang ni. Nasib Kerry hello2 Cik Kiah last minute..hehe=p

ASSETS? SPANX?. For the first time, seriuosly Cik Kiah pun mmg tak tau langsung benda alah ape tu. haha. Selepas dah terjebak dengan dunia blogging, jumpa plak budak-budak bride to be barulah tahu kewujudan body shaper ni yang mmg sangat glamour esp kat overseas. Oprah pun pakai ASSETS & SPANX wa cakap lu. haha=p Yelah, Cik Kiah duduk Mesia paling2 best pun pakai girdle AVON jek.hihi. Sampai loose mcm short pant i kejekan that girdle. Lepas tu, i terus berniat nak cari yg baru dan dari situlah Cik Kiah kenal Kerry. kan Kerry kan?kan?hehe. Adala buat research sikit2 pasal ASSETS & SPANX, and bila view testimonial ramai yg kata best and bg positive feedback. Then Cik Kiah decided to invest dengan beli ASSETS Sensational Shaper Super Control pasal itu yang the best utk cover babat-babat jahanam kat perut dan pinggang Cik Kiah ni.haha.

ASSETS Sensational Shaper Super Control

Cerita paling kelakar bila masa mula-mula Cik Kiah dapat parcel from Kerry. Masa tu mmg tak sabar sgt da nak pakai si ASSETS ni..buka2 jek bungkusan terus cik kiah terlopong "OMG!! Macam mana nak pakai ni! Gilak tak pernah aku tgk girdle kecik mcm ni. SAH tak muat! SAH!" Phewwwww~~~~Cik Kiah mmg low estem sgt2 bila tgk rupa gaya si ASSETS masa tu..haha. tapi cik Kiah gigihkan jugak pakai sampai berjaya. Bila tgk depan cermin, Fuhhhhhhh!!!! mengancam wooooooooooo..lenyap semua babat-babat jahat, pulak ada shape tiba2 kat pinggang. hihi. Siap try pakai kebaya lagi. haha. Kagum ok!! Sejak pakai ASSETS, Cik Kiah rasa ada keyakinan sikit nak pakai baju apa2 pun sbb masalah besar Cik Kiah adalah dibahagian pinggang dan perut. Alhamdulillah sampai wedding day pun Cik Kiah still pakai dan dapat maintain berat badan.

Ada some b2b and silent-readers yang bertanyakan dengan Cik kiah melalui e-mail mengenai ASSETS ni (tetiba mcm jadi jurucakap pulak..hehe.) sbb ada yang pk, ASSETS & SPANX boleh menurunkan berat badan instantly. Kalau ada yang berfikiran begitu, itu salah yer sbb ASSETS & SPANX hanya utk shape ur body senang cerita sembunyikan lemak-lemak dibahagian tertentu. It' s not act mcm PB ok. TETAPI, if u maintain pakai this shaper even time makan or tido insyaALLAH ia boleh membantu utk turunkan berat badan sebab this shaper mmg betul2 kedap kat badan, so tendency utk nak mkn banyak bila melantak tu mmg boleh terbantut dan ini secara tak langsung boleh menguruskan badan!!! Plus fabric ya dari material yang bermutu dan sangat selesa di pakai!! And don't worry girls, ASSETS punya fabric ni sgt lah stretchable. Confirm muat if it's suit with size yang betul.

Ok girls, sape2 yang nak feeling kurus time kawen boleh klik SINI! atau add Kerry di Facebook untuk makluman lanjut. I'm sure Kerry boleh bantu and advice mengenai ASSETS & SPANX. Setakat ni Cik Kiah da ada 2 koleksi ASSETS. So Cik Kiah nak merasa pulak pakai SPANX. Ke Kerry nak bg free kt Cik Kiah? OVER tak ingat tau Cik Kiah ni!hahaha=p




Bantal Hantaran Edisi Meey@ Untuk Disewa*Updated*

Hye u ol!!

Diatas permintaan dari rakan bloggers dan silent readers, 

secara rasminya hari ni sy war-warkan kepada anda, 
bantal hantaran sy sedia untuk disewa =)
Penyewaan ini di buka untuk sesiapa saja yang ingin melangsungkan pertunangan atau perkahwinan. Details penyewaan seperti dibawah.


 ITEM: BANTAL HANTARAN
Bil : 9 pcs
Size:
12 inch x 12 inchColour : Merah marron-lapik
Cream- tessel & lilit
an
Fabric material: Kain langsir yang tebal


Rental price:
RM5/pcs


Security Deposit (Cagaran) :
RM45
 


Collection/Delivery:   

Pickup di sekitar Kulim-Penang atau di mana-mana tempat yang dipersetujui 

ATAU
Melalui pos. Charge pos tertakluk kepada bilangan bantal hantaran dan berat.  Untuk tidak membebankan bakal penyewa, khidmat pos domestik akan digunakan dan bukan pos laju (pos laju mahal berganda!). Walaubagaimanapun, pos pemulangan semula ditanggung oleh bakal penyewa. Pos akan dilakukan 2 minggu sebelum majlis berlangsung.
 
TERMS & CONDITIONS
- 50% deposit of the rental fees is needed upon confirmation.
- 50% deposit will be not returned if customer has made a cancellation one month before 
  event date
- Balance of 50% of the rental fees is payable upon item pickup/within a week before 
  delivery date thru CIMB or Maybank account.
- Some security deposit (cagaran) will be needed based on the total rental fees
- Security deposit will be paid back to customer open returning/after we receive of the items 
  in good condition.
- Customer needs to pay 50% deposit of rental fees and cagaran to block booking date.

GOOD NEWS!!!
InsyaALLAH sy juga sudi menerima tempahan untuk bantal hantaran mengikut saiz dan tema/konsep majlis bersejarah anda.


Untuk pertanyaan lanjut dan request quotation boleh mail sy at

hamizah85@gmail.com

Thank you!



p/s: post ini akan ditepek di side bar. See yah!!



Promo: Homestay Teluk Intan

good morning!!=)

ada org tu nak tumpang iklan kat i punya blog.
haha.bajet glamour! mcm lah unique clicks blog ni cecah 20,000 per daykan.
MAMPU?haha=p
ok2, xpe i tolong seikhlas hati. En suami, jgn lupa belanja candle light dinner!
haha.

for ex-b2b or b2b or anyone yang ingin berkunjung ke teluk intan utk pelbagai tujuan spt majlis perkahwinan, bertandang, bertunang, atau urusan rasmi dan sebagainya boleh lah menginap di homestay teluk intan. Homestay ni masih baru tetapi alhamdulillah sudah mendapat beberapa pelanggan yang menginap dan melakukan tempahan. Nak nak cuti sekolah ni kan.hehe. InsyaALLAH pelbagai fasiliti akan ditambah dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi
Homestay Teluk Intan atau di mudah.my atau di Facebook page
Boleh juga hubungi sy melalui e-mail; hamizah85@gmail.com utk pertanyaan.
Kalau ada dikalangan blogger yang ingin menyewa, insyaALLAH harga boleh di runding lagi.
WAhhhh gitu!=p

p/s: iklan ini akan ditepek diside bar blog. Klik saja ok!=)


Review: Table Centerpiece

5Entry ni sbnrnya da lama terperam dalam dalam draft box.haha.
stuck sebab takleh nak upload gambar.

eh, korg mesti da lupa pasal crepe paper flower yg my mom DIY tu kan?
hehe.xingat meh klik sini.

so, utk wedding last time, i gunakannya sebagai table centerpiece!
Caranya senang saja, 3 pcs crepe flower ni satukan dan letak saja dlm botol yang jernih.
Siap!!Senang je kan?
I mmg suka sangat2!Simple, tapi still nampak WOWW!
Sbb utama alas meja dan sarung kerusi semua putih,
so centerpiece ni mmg betul2 stand out dan menyerikan meja makan tetamu.
Patutlah tetamu berselera makan smpi lauk habis!hehe.*xde kena mengena*

Jom layan gambar!

I rasa berterima kasih sgt2 kat mak, kerana dia, idea ni dpt direalisasikan.
sy cuma tolong potong dan buat inti, nak gulung jadi bunga semua mak yang buat.
Bukan tu jek, mak juga yg susah payah cari dan kumpulkan botol.
Banyak kenangan dengan mak masa kami sama-sama buat DIY ni..
Owhhhh..rindu sangat saat-saat itu..=(

Ok, xpe, esok insyaALLAH akan dpt peluk cium mak sy!yeayyy!=P

oppss, xabih citer lg, lepas jek majlis habis,
mak sedekahkan table centerpiece pada rakan2 kendarat dia.
dengan botol-botol sekali makcik2 ni amik.diorg lagi ukalah!
haha.
saya senyum jek..=)
nak simpan kat rumah byk2 pun nak buat apa kan?
see, 2 in 1 lepas jadikan centerpiece, make it gift plak!
idea yg menarik, murah dan jimat!
hasilnya sangat menggembirakan!

Yang penting, jgn takut utk mencuba sesuatu DIY,
kdg2, kita tak reti tapi akan ada tangan2 yang menghulurkan bantuan..=)
Rezeki kan?

till then.da!











Kongsi: Perihal Ayam Goreng Kunyit

Lepas kaka pergi kerja tgh hari tadi, I baring-baring jek dpn tv,
tup-tup rasa nak menulis sesuatu dlm blog.
Tapi xtau nak letak tajuk apa.
Pelik.haha.i lagi pelik!

Coretan ini mungkin hanyalah suka-suka dan sekadar luahan semata.
Currently, I'm full housewife. Not yet have a kids.haha.
Hari-hari kat rumah, do the same thing. No schedule. Wasting time.haha=p
Bgn pagi pun tak tentu, pasal ikut suka hati kaka nak pergi kerja pukul berapa.
After kaka pergi office, i bukak tv tapi x nonton pun.
Switch on laptop, sign up FB, blogs, baca BN, kdg2 jek buka Kosmo or HM.
Best part is reading Tanya Pakar.
muahaha=p

then, jam pukul 11 kena pk pulak nak masak apa.
That's the hardest part of being a housewife.
Kena pk nak masak apa.
Walhal dalam fridge cuma ada ayam jek. hehe.
Gebang jek lebih mcm la dlm fridge tu ada daging itik, daging lembu, paling best pun shark fin or ikan salmon ke.hehe.
Sah-sah la kalau dlm fridge cuma ada ayam, xlain xbukan kena masak ayam goreng kunyit dia tukan.
Haha.cerita pasal goreng kunyit, terjadi al kisah pada satu hari.
Macam biasalah, sebagai isteri yang solehah gitu, i text kaka

i: abg, tengah hari nak makan apa?ada ayam jek kt peti ais tu.
kaka: abg nak ayam goreng kunyit
i: ok sayang..

Biasanya i akan masak 1-2 lauk jek utk lunch. Kalau mewah sikit, cecah jugaklah 3 jenis lauk.
Walhal suami tu bukan la jenis cerewet makan, satu jenis lauk pun da cukup asal ada ayam atau ikan yg di goreng. tapi, yelakan.. kot ye pun suami suka mkn ayam, xkan la bendul sgt hari-hari nak goreng ayam kunyit dia tukan.haha. Otak pun boleh jadi kuning mkn kunyit tiap-tiap hari.hehe.

Ha, sambung cerita..sampai jek pintu rumah, kaka da puji-puji bau sedap ayam dia tu.
Lapar sangat lah tu!
Sampai kt dapur, melilau la mata si kaka ni cari ayam goreng kunyit dia.
I pun tunjuk lah depan mata dia, dan-dan berkerut seribu muka.

kaka: Ini bukan ayam goreng kunyit abg!
I: Ha? inilah ayam goreng kunyit! setahu ayg mn ada lain dah rupa ayam goreng kunyit.

Masa tu, i pun da berkerut juga.

kaka: Ayam goreng kunyit abg tu ayam yang disalut dengan kunyit, pastu goreng.
I: Haaaa?? Itu bukan ayam goreng kunyit, itu namanya ayam goreng!!

Masa tu mmg nak pecah perut gelak. tak pasal-pasal bertekak psl ayam goreng kunyit!
Kan senang habak jek ayam goreng, ni susah-susah pergi terjemahkan ayam goreng kunyit tu pehal. Memang da sah-sah la nak goreng ayam or ikan kena salut dgn serbuk kunyit dan garam.
Alahai si suami..;)

Itu adalah kisah masa awal-awal kahwin..haha.=p
byk lagi kisah-kisah yg i rasa kelakar gila kot nak imbas yang kdg2 i boleh kata...
"pelik nya dia ni" , " apehal suami aku ni", "ooo..mcm ni perangai suami aku"!

Seronok jadi isteri ni..tapi kdg2 ada juga part yg tak seronoknya.haha.
Tapi, cpt2 pk positif ya!

Gud luck to all my BBF yang akan menjadi sang isteri.
Enjoy your marriage life!=)

Mesti tak sabarkan?hehe!

p/s:
tajuk entry ini adalah Perihal Ayam Goreng Kunyit
with a new lable-Kongsi

lalalala~~


Review: Hantaran For Me

Ok, this entry pula review hantaran dari pihak lelaki.
Konsep hantaran simple saja menggunakan plastic box sebab rombongan datang dari jauh,
makanya xbolehla nak melaram sangat. hehe.
Tema hantaran pula warna ungu sebab majlis bertandang PIL da pilih ungu, so ikutkan sajalah.
xde benda nak review pun tengok gambar jekla yer.
hehe..layan~~~






Review: Hantaran For Him

Mungkin entry ini sepatutnya da lama sy sharekan dgn korg, tapi baru hari ni berkesempatan.
Sebab pertama nak tunggu official gmbr dari photographer then sebab kedua adalah broadband yang sangat2 meloyakan tekak nak tunggu utk upload gambar.hehe..

Ramai juga readers yg bertanyakan mengenai bantal hantaran sy melalui e-mail,
so sy usahakan juga tempek gmbr hantaran yg sy gubah utk pihak lelaki utk tatapan korang.
Totally made by pengantin okey!! dan...dibantu oleh assistantlah!
pengsan aku nak buat sorg2;)









InsyaALLAH bantal hantaran sy akan dibuka untuk di sewaan selepas 25May2011.
harga belum dapat ditentukan, tapi of course murah2 saja sbb i'm not hard die utk dptkan duit, niat just utk ringankan beban dan waktu b2b yang mungkin ada kekangan utk DIY.
Penghantaran melalui pos domestik dan special for bride to be area sekitar Kulim and Penang maybe boleh COD..=)
Entry rasmi mengenai sewaan ini sy akan publish kemudian ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...