Wednesday, November 17, 2010

Eid ul Adha Mubarak!


Salam Aidil Adha Geng! :)

Kami memohon maaf atas kekurangan update dari blog IGK. Walau bagaimanapun, kami berbesar hati menerima kunjungan dari kalian setiap hari & bagi yang telah follow blog ini, jutaan terima kasih diucapkan. Di harap rakan-rakan geng dapat terus memberikan sokongan ke atas blog ini.

Sehingga next update, InshaAllah kita berjumpa lagi. :)

Saturday, September 11, 2010

To-do-list Aidilfitri Ini :)

1) Meminta maaf & memaafkn org lain

Baginda bersabda maksudnya: "Harta itu tidak akan luak atau berkurangan akibat sedekah, tidaklah bertambah di sisi Allah s.w.t bagi seseorang yang sudi memaafkan, melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendah diri melainkan akan diangkat oleh Allah s.w.t." (Riwayat Muslim)

Daripada Uqbah bin Amir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai Uqbah! Mahukah aku nyatakan padamu sebaik-baik akhlak penduduk dunia dan akhirat? Iaitu kamu memaafkan orang yang telah menganiaya dirimu. Kamu memberi atau menolong orang yang telah memutuskan pemberiannya kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang telah memutuskan perhubungan denganmu." (Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : "Setiap anak Adam itu pasti akan melakukan kesalahan, namun sebaik-baik orang yang telah melakukan kesalahan itu adalah mereka yang bertaubat atau memohon ampun (iaitu kepada Allah s.w.t dan saudaranya yang lain)." (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

2) Menziarahi kubur (sekiranya berpeluang & bukan pada pagi syawal sahaja)

Menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ia mengingatkan seseorang kepada Hari Akhirat. Dalam sepotong hadis, Baginda menegaskan: "Aku dahulunya pernah melarang kamu semua menziarahi kubur, sekarang ziarahlah ia, lantaran ia dapat mengingatkan kamu dengan Hari Akhirat." (Riwayat Muslim)

3) Menziarahi saudara sesama Islam

Dalam hadis riwayat Jabir bin Abdullah, Baginda ( Rasulullah) akan mengambil suatu jalan semasa pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan akan mengambil jalan yang lain pula semasa pulang daripada solat tersebut. Hikmahnya ialah supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menginginkan agar murah rezeki dan dilanjutkan ajalnya, maka hubungkanlah silaturahim.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

4) Duit raya atau cenderahati dalam pelbagai bentuk (sekiranya berkemampuan)

Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Bertukar-tukarlah hadiah atau pemberian, nescaya kamu akan berkasih sayang dan menghilangkan perasaan benci." (Riwayat Baihaqi)

5) Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal

Sabda Nabi S.A.W : “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” [Riwayat Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.]


Sekian saja entri ringkas buat masa ini. Semoga bermanfaat kepada kita. Pihak blog Ini Geng Kita (IGK) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga IGK yang berada di seluruh dunia. Semoga anda berada di bawah lindungan rahmat & hidayahNya sepanjang tahun. Maaf dipinta ke atas kekurangan dan salah silap yang terdapat pada blog ini mahupun pihak pengurusan IGK.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk sokongan yang anda berikan :)

Wednesday, September 1, 2010

Hadiah Ramadhan Kita



Maaf sebab tiada post tentang ramadhan semasa awal bulan dulu. Kesibukan terhadap komitmen lain menjadi kekangan. Diharap postlast minute’ ini bermanfaat untuk geng kita. :)

Bila sebut pasal hadiah, jarang sekali orang reject. Bak kata pepatah, rezeqi jangan ditolak. Bagaimana pula kita menerima hadiah di bulan ramadhan ini?

Gambar daripada flickr
Eh, bukan. Bukan hadiah nasi lemak yang jiran bagi untuk berbuka puasa.

Gambar daripada flickr
Bukan juga hadiah voucher buffet berbuka puasa kat hotel.
Bukan macamtu maksud saya. -_-"

Hadiah Ramadhan yang saya maksudkan ialah fadilat dan kelebihan Ramadhan. Berikut ialah antara beberapa hadiah ramadhan (yang sempat saya kongsi disini) :

1) "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

2) "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

3) “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.

Cuba kita berangan muhasabah sebentar. Adakah kita benar-benar grab the chance? Atau kita menolak rezeqi (hadiah ramadhan) yang Allah berikan itu? Apakah yang kita telah lakukan sepanjang 20 hari ramadhan yang lalu?

Baiklah kawan-kawan. Malam-malam itu telah berlalu. Walau bagaimanapun, Allah sentiasa menyediakan ruang yang luas untuk hamba-hambaNya mendekatkan diri kepadaNya. Bagi yang mungkin terlepas peluang-peluang itu, ingatlah bahawa Allah menyediakan kita 10 malam terakhir sebagai last chance.

“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” (Ayat 1-5, Surah Al-Qadr)

Cuba kita berangan muhasabah sekali lagi. Adakah kita benar-benar grab the chance? Atau kita mahu menolak rezeqi (Malam Al-Qadr) yang Allah berikan itu? Adakah kita masih tegar melepaskan peluang ini begitu sahaja?

Semoga anda benar-benar mengambil peluang setahun sekali ini. Marilah sama-sama kita menyambut kehadiran Malam Al-Qadr dengan amalan-amalan seperti beriktikaf di masjid, solat tarawikh, tadarus Al-Quran, memperbanyakkan solat-solat sunat (tahajud, taubat, tasbih, hajat), berzikir, berselawat kepada Nabi SAW dan banyak berdoa memohon keampunan dari Allah.

Semoga segala usaha geng kita untuk mengaut segala hadiah ramadhan kali ini diterima Allah. Hadiah inilah yang kita akan bawa semasa kita menemui Allah nanti. Sebagai anak yang soleh dan solehah, hadiah ini juga merupakan hadiah yang kita boleh berikan kepada ibu bapa kita yang sudah terlebih dahulu menemui Allah.

Kesimpulannya, hadiah apa lagi yang lebih baik dari hadiah Allah ini?

Gambar daripada deviantart


P/s: Cat dinding rumah, lantai kena simen.
Lepas baca tazkirah, jangan lupa komen. :)

Saturday, August 21, 2010

Refreshment

Salam

Dear geng,

This blog is currently under renovation. Sorry for any inconvenience.

But the good news is, you can drop any comments & suggestions using the 'facebook comment' below of the posts. If it is not working, please do tell us ya! 

Thats all for now. Please keep in touch.

Thank you geng & have a wonderful Ramadhan! :)

Regards.

credit to *razangraphics of devianart





 
p/s: 10 Malam Pengampunan telah bermula. Mari sama-sama manfaatkannya sebelum menempuhi 10 Malam Pembebasan Dari Api Neraka :)

Saturday, July 24, 2010

Al-Fatihah buat arwah bapa Aizat Putra



Dari kita hanyalah sedekah al-Fatihah serta doa-doa yang dipanjatkan supaya Allah merahmati ruhnya. Dari Aizat dan sekeluarga adalah menghidupkan legasi yang ditinggalkan bapanya, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Itulah penutup kehidupan, kita datang, kita mesti pergi, semoga legasi kita kelak adalah legasi kehidupan yang mulia...

Thursday, July 22, 2010

Hebahan walimatul urus Fitri & Balqis, tak lame dah~




*****************
1st August 2010

*****************

Majlis akad nikah:
  • Tarikh : 1 Ogos 2010
  • Hari : Ahad
  • Masa : 8.00pg - 9.00pg
  • Tempat : Lot 8051, Persiaran Wira Jaya Barat 35, Desa perwira, 31350 Ipoh, Perak.
Jamuan makan pengantin perempuan:
  • Tarikh : 1 Ogos 2010
  • Hari : Ahad
  • Masa : 12.00tgh - 4.00ptg
  • Tempat : Dewan Cempaka Sari Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh.
Dr. Abdul Shukor bin Ibrahim- 017 5658848
Dr. Fatimahwati binti Adnan- 017 5866004
Rumah- 05 3133811




*****************
7th August 2010
*****************

Jamuan makan pengantin lelaki:
  • Tarikh : 7 Ogos 2010
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 11.00pg - 4.00ptg
  • Tempat : No 4 Jalan Pahlawan, 85300 Labis, Johor.

No. telefon untuk dihubungi:

Hj. Tokiran bin Othman- 013 7444331
Hjh. Zianaf binti Samian- 013 7117424
Ayazeed bin Sawab- 012 7343906
Muhamad Fitri- 012 7596590
Rumah- 07 9253787


untuk maklumat lanjut sila lawati blog mereka di http://fitribalqis.blogspot.com/

Saturday, April 10, 2010

Program HARI GURU Anyone?

Dengan mandate yang diberikan oleh saudara Asra kita jadi aku pun ingin mencadangkan sesuatu buat Hari Guru untuk meraikan cikgu-cigu kita di KISAS yang sudah 5 tahun kita tinggalkan tu. I was wondering if we could collect money from our batch, yang local or yang study oversea. Mungkin sedikit susah, tapi aku percaya kalau kita betul2 nak buat benda ni untuk cikgu2 kita insyaAllah, mesti dapat buat jugak. Tapi semua tu tergantung kepada saya, kami, dan kalian semua. Ahli batch 04/05.. sebelum aku nak cerita macam mana, aku nak kita retrospeksi sedikit. Batch kita boleh dikatakan batch yang agak membanggakan, bukan dari akademik je tp ko kurikulum pun boleh tahan. Nasyid yang diketuai oleh sahabat kita saudara Amir Hakim, yang jarang menang akhirnya dapat jugak, forum akh fauzan n ukht aishah abas (and others if i forget to mention), English debate and semua2 lagi lah.. xlarat nak tulis semua, tapi tu lah hakikatnya,... jangan lupa, semua kejayaan tu, berkat cikgu-cikgu kita. Hebat macam mana pun kita tp kalau tak ada cikgu disamping kita, I bet, kita tidak akan kemana-mana... so atas dasar itu, aku pun mencadangkan lah kita buat sesuatu. Biar susah siket tapi kita menghargai guru-guru kita. Aku tak nak la, time kat kolej lebat je bagi tazkirahlah semua2 tu tapi dah lepas keluar, kita macam buat tak tahu je kan.. sebab benda tu la banyak terjadi dalam kalangan ex-es kisas. Sekian tamat sesi retrospeksi

Move on...

Macam ni, aku cadang kita kumpul duit dari kawan-kawan kita satu dunia ni. Xkira lah anda dimana, tetapi ukhuwah tu kan tetap ada (chewah! Xsangka Aiman yang cakap benda ni.. haha) so aku rasa, untuk rakan dari US, UK, dan yang sewaktu dengannya, memandangkan kalian ni elaun tinggi siket, aku cadangkan sponsor 30 USD satu kepala (kalau mahal sgt gtau ek) and bagi Malaysia dan Indonesia lam RM50. Memang lah beza tapi kita kena fikir keadaan. Students Malaysia under sponsorship pon tak cukup. There it goes dgn Indonesia. Kalau yang lain2 tu kan kita dapat monthly allowance yang tinggi. So aku rasa tak ada masalah la untuk keluarkan duit sebanyak 30 USD. Duit ini akan dikumpulkan kepada wakil2 setiap tempat/ negara/ university yang akan kami berikan kepercayaan sekiranya program ini menjadi dan akhirkan akan di bank in melalui western union atau apa2 cara yang boleh. Nampak macam senang. Tapi susah. Nak kumpul susah nak hantar susah and nak cari orang pun susah. Sebab benda ini susah jadi aku akan buat vote. Siapa yang setuju (dengan memikirkan kita perlu berbuat sesuatu sebagai tanda terima kasih kita kat cikgu-cikgu) maka votelah setuju.. siapa yang tak setuju vote lah tidak setuju. Sekiranya cukup 150 org yang setuju maka kita akan buat. Dan ada persoalan tentang macam mana nak cari kawan2 kita semua satu batch yang kadang-kadang terlepas pandang tu, jawapan saya, kita tak perlu 100% students kita cari.. cukup yang kita jumpa melalui fb or apa2 sarana yang lain. At least 150 org nak buat. Kita teruskan rancangan ini. Maka kita lah akan mewakili mereka yang lain untuk menghargai cikgu-cikgu kita. Kalau ada yang rasa “ mana boleh tak adil la macam ni. Aku byr org xbyr” so xyah la bagi duit tu. Senang cerita. Kita tak nak pening kepala buat benda ni. Aku buat ni sebab aku rasa batch kita boleh diharapkan. So kalau setuju, aku akan pointed beberapa orang yang akan diberi amanah untuk membantu kumpulkan duit tu dan hantar ke Malaysia via western union or whatever the option we have. Mengenai apa yang kita akan buat dengan duit tu after collected, saya rasa, kalau kita bincang xkan ada satu kata putus dalam masa yang pendek, so kita apa yang kita buat, dengan duit itu kita akan berikan kepercayaan kepada rakan-rakan yang akan membantu menguruskan hal itu. So korang terima je la. Kami tidak boleh janjikan yang memuaskan hati kalian semua tapi kami janjikan usaha yang terbaik. sekiranya ada duit extra selepas acara Hari Guru tu, duit extra yang ada aku cadangkan bagi dekat BADAR.. aku tak nak bagi kat kolej sebab aku rasa kolej dah banyak duit. Tapi BADAR lebih memerlukan duit tu. Kalau ada persoalan untuk benda ni tolong tulis dekat komen. Tapi jgn yang aneh-aneh.. nak tahu detail aku rasa tu lah detail nya.. benda apa yang kita nak bagi, and etc, itu kita akan serah kepada orang yang in charge sebab aku rasa, yang duduk oversea, banyak mana kita cakap pun kita takkan boleh tolong nye.. so jangan lah peningkan kepala org. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Berilah kepercayaan kat kawan2 kita. Mereka pun tidak kurang hebatnya dalam buat benda-benda ni. Ok! Apa-apa cadangan kami terima dengan tangan terbuka


TOLONG ISI VOTE PADA SIDE BAR!


Regards,

Noraiman Roslim

Thursday, March 25, 2010

Bukan soalan biasa

Sudah 22 tahun kami hidup, 22 tahun kami sama meranduk pelbagai acara. Organisernya Allah dan participantsnya ialah sekelian manusia, yang kami kenal kami panggil sahabat, keluarga pula adalah yang sedarah dengan kami. Dan sekelian participants lainnya kami cuma sapa biasa-biasa sahaja.

22 tahun kami bersama berinteraksi, setiap acara yang disertai pasti memerlukan kerjasama yang rapat. Jadi boleh kata kami ni amatlah akrab, tidak dapat berpisah. Tapi pepatah kata sedangkan lidah lagikan tergigit, begitu jugalah kami, bahkan selalunya begitulah kami...

Kami adalah dua unsur, hati yang sahabat dan keluarga kami tak nampak, dan yang mereka nampak pula, mereka panggil badan. Jadi kami adalah hati dan badan. Kami akrab, begitulah kami, bahkan setiap masa begitulah kami. Akrab.

Jadi setelah 22 tahun, badan masih lagi dungu. Kadang-kadang apa yang sudah berulang-ulang kali dikata tak boleh buat tapi dibuat jugak. Badan degil, badan suka ikut nafsu. Nafsu tu dari kecil lagi kami tahu dia suka cari pasal. Dia selalu olok-olokkan badan, tipu, perdayakan, goda, badan pula memang fitrahnya mahukan semua benda yang disogokkan tu, maka nanti walaupun kami akrab, akan tetap jualah berbalah. Itulah sebabnya kami guna pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit tu. Akrab tapi selalu berbalah. Nafsu puncanya.

Setelah 22 tahun ni, kami sudah banyak faham pelbagai benda. Kami mula faham pelbagai tuntutan dan tanggungjawab. Jadi selepas 22 tahun bergelut, kami rasa untuk baki waktu yang seterusnya, yang kami langsung tak pasti tu, kami nak supaya sudah tiada perbalahan lagi. Rugi nanti asyik berbalah, takut tak sempat bermaafan dan berdamai. Jadi setelah 22 tahun ni, kami teringat balik kepada konsep dosa dan pahala, redha Allah dan murka Allah. Kata kunci antonim-antonim ini ialah takut. Minggu lepas kami pergi ceramah, takut tu lebih sesuai dirujuk sebagai taqwa.

Kami mahu tahu, sampai bila mahu takut? Sampai bila mahu bertaqwa? Selalunya selepas bergaduh, kami akan berdamai sekejap, masa tu perintah Allah kami buat dgn elok, tapi selepas tu mula la, kadang-kadang badan tengah solat, hati entah pergi main apa dekat tempat lain, bukannya nak fokus. Lepas tu ada masa hati meronta-ronta marah dekat badan jangan buat benda jahat, badan tetap degil jugak. Yang buat kami berdamai tu ialah rasa takut, lebih tepat penceramah tu kata taqwa kepada Allah.

Jadi kami buat kesimpulan, kalau kami dapat jaga taqwa tu, kami akan sentiasa damai. Tapikan, selepas kami dah solat, cukup syarat, lepas tu jemaah pula. Kami akan rasa tenang. Seminggu dua lepas tu kami dah tak rasa takut dah, kami tenang. Tapi kami keliru... Tak boleh ke kami nak rasa tenang lama sikit? Sebab nanti bila kami dah macam betul-betul tenang, dah tak takut, mula lah salah satu dari kami buat hal. Jadi selama 22 tahun ni kami hidup dalam kitaran yang sama. Kami dah betul-betul rasa putus asa, rasa lemah, tak berdaya, jemu dan meluat dengan keadaan kami ni.

Lalu kami terfikir, rupanya jangan rasa tenanglah, biarlah tenang tu ada ke tak ada pun, kalau Allah nak bagi, maka tu hak Dia, tapi yang utama kami kena rasa takut setiap masa. Dah solat dengan baik pun, kami kena rasa takut, sebab esok lusa mungkin kami ingkar lagi. Dah sedekah pun, kami kena takut juga, sebab takut nanti esok lusa kami jadi bakhil lagi. Dah puasa pun, esok lusa mesti kami akan diuji lagi.

Dari 22 tahun yang lalu lagi sepatutnya kami tahu hal ni. Kami tak boleh hilangkan rasa takut tu. Sebab bila hilang, Allah tahu kami dah rasa yakin sangat dengan diri kami sendiri, dah rasa cukup tenang dah, lalu Allah akan murka sebab kami sombong. Tapi betullah penceramah tu kata, bukan senang nak sedar walaupun perkara yang nampak ringkas, 22 tahun sudah. 22 tahun merana. 22 tahun dalam dosa. 22 tahun dalam nista...

Kami takut,
kepada pengakhiran kami...

Rupanya kami kena takut sampai ke mati.

Yazid & Villma




Assalamualaikum wbt.


Sudah hampir seminggu lebih lagi IGK dimaklumkan tentang perancangan kawan kita ni, tapi tak sempat nak pos, dan kalau tak ada gambar tak seronok juga kan? Jadi alang2 IGK tunggu gambar-gambar dari saudara Yazid. Kepada saudara yazid dan kawan-kawan yang lainnya, harap maaflah kerana kelewatan yang berlaku. IGK juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan atas usahasama saudara Yazid yang sangat proaktif.

Yazid kalau pada sesiapa yang tak kenal adalah orang Pulau Pinang, masa dekat KISAS dulu beliau adalah pelajar kelas 404 dan 504, juga menjadi ahli BADAR. Selepas SPM, Yazid sambung belajar di Nilam Puri,Kelantan kemudian ke Asasi UM sebelum menyambung Ijazah.

Sempat juga IGK temuramah Yazid secara live, dan pernah melawat rumahnya di Taman Guar Perahu tu, kesimpulannya dari apa yang kami bincangkan, memang IGK dapat tengok si Yazid ni ada rentak dan pendirian sendiri. Outspoken person dan untunglah dia masuk KISAS, nanti bila dah grad boleh la sumbang tenaga ye Yazid? Jadi langkah fasa yang beliau sudah alami ni, adalah langkah permulaan lah orang kata, sebelum terbentuknya famili muslim dan kemudian generasi-generasi akan datang yang bakal berkhidmat kepada agama khususnya.

Mohd Yazid bin Mohd Noor telah bersahabat dan berkenalan dengan Villma Nabiha binti Md. Affindi hampir 4 tahun. Tunang beliau merupakan pelajar Ijazah Bioteknologi di UM, dan untungnya mereka ni berkongsi pengajian, umur, batch, dan kolej. Yazid orang jati Pulau Pinang dan menetap di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bersama keluarga tercinta. Merupakan anak ketiga dalam keluarganya. Pasangannya pula merupakan orang Johor dan kini bermastautin di Putrajaya.

Majlis pertunangan telah diadakan secara sederhana di rumah beliau dan dihadiri oleh saudara mara serta beberapa sahabat dari UM (nak tolong jadi buruh kasar katanya). Majlis bermula pukul 2 petang.

Sedikit perkongsian dari Yazid dengan memetik Firman Allah dari surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian antara kamu, dan dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mampukan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.”

IGK mendoakan supaya ikatan diberkati Allah dan semoga dimurahkan rezeki dan kelak dipersatukan sebagai suami isteri pula dalam masa terdekat. Semoga dengan pertemuan dan ikatan ini, Yazid dan Villma akan lebih tenteram hati dan lebih fokus dalam melaksanakan agenda kehidupan. Semoga kalian diberkahi Allah!

Sekian sahaja dari IGK! Jangan lupa kepada yang dekat luar sana, kalau sudah sampai seru, jangan lupa sebarkan seruannya ya.

Wassalam...

Sunday, February 21, 2010

Andai Mereka Bertahan...

Assalamualaikum.

Kisah indah perkahwinan itu sering kita dengar, tetapi saat pasangan sedang getir diuji, jarang kita dapati ia diceritakan.

Sepasang suami isteri yang menjadi subjek penceritaan kali ini. Pasangan yang diuji dan teruji.
Pasangan yang menikmati kebebasan kewangan untuk jangka masa yang selesa, seawal usia perkahwinan, sehinggalah sang suami nekad melakukan perubahan...

Cerita ini bebas untuk diimaginasikan, lantaran masing-masing tentu memiliki definisi 'hidup susah dan sukar'. Jadi terpulang untuk ditakrifkan. Yang mahu dikongsikan hari ini cuma pendek sahaja, gambaran dua jasad yang akrab dan hampir tetapi luahan dua hati yang mula berjauhan dan merenggang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

from : xxxxx xxxx
to : yyyyy yyyy
date : Sun,Feb 21, 2005 at 4:30 AM
subject : harus...
mailed-by : gmail.com



Sampai Bila?

Harus mereka menanggung beban seorang ayah yang sepatutnya mengetuai keluarga,

Harus mereka bersedih kerana mengenang nasib diri yang tidak ketahuan,

Harus mereka melukut mengadu nasib pada mertua kerana suami bukan lagi pendengar yang mampu memberi penyelesaian,

Harus mereka memendam rasa kerana halus suaranya mentah-mentah dibentes keras,

Harus kita di awangan tanpa pernah sedar kaki tidak terjejak pada realiti tempat mereka ditinggalkan,

Harus duit gaji hasil penat lelah mereka kita makan, kita guna dan mereka diam kerana patuh tapi memendam duka,

Harus kita lengahkan usaha, tangguhkan ikhtiar, memerap tenaga yang membasi.


Sampai bila?

Sebelum mereka kejab utuh tak tergugat berdiri berkata,
tangan menggenggam berkumam mulut menyata...

"Abang sampai di sini sahaja meratah derita, abang longlai bukan sang pejuang saksama, abang bertarung dalam mimpi tergugah keseorangan menggila..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

from : yyyyy yyyy
to : xxxxx xxxx
date : Sun,Feb 21, 2005 at 4:30 AM
subject : Re: harus...
mailed-by : gmail.com


Oh seorang isteri, suamimu hamba, menghamba, diperhamba, kepada Allah, untuk Allah, oleh Allah. Aku mohon maaf aku lemah, maka aku mohon kudrat hati cekalmu, ubati pilunya derita jiwaku...

Oh seorang isteri, aku ikhlaskan seluruhnya berjuang, andai berbaki akalku aku bertingkah, andai berbaki wangku aku menyara, andai berbaki kudratku aku menggugah, andai longlai segalanya aku berserah... Saat itu engkaulah titis nyawa, pengubat hati suamimu ini yang tiada bermaya.

Oh seorang isteri,

Andai saat itu hatimu kejab utuh tak tergugat, tegapmu berdiri berkata, sedang tanganmu menggenggam dan berkumam mulutmu menyata...

Maka nyatakanlah, kau sudi menemaniku...

Oh Allah... rayuku Allah... rayuku... dengarkanlah.

Sunday, January 3, 2010

Doa & sokongan untuk saudari Nabila Huda

"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada saudari Nabila Huda dalam menghadapi ujian ini. Bantulah beliau dan permudahkanlah urusannya. Kami mohon padaMu ya Allah, semoga beliau cepat sembuh... Ameen"

Kepada semua ahli IGK yang dihormati sekelian.

Merujuk kepada post 18 Nov 09 tentang Penyakit Leukemia saudari Nabila Huda, maka IGK di sini ingin memaklumkan bahawa pada 14 Januari ini beliau akan menjalani pembedahan transplant.

Sebagai menunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang kita kepada sahabat ini, maka IGK menyeru kepada saudara-saudari sekelian untuk menyampaikan ucapan kepada Nabila Huda.

Dibawah kelolaan saudari Didil~ ucapan2 tersebut akan dikumpul dan kemudiannya akan diprintkan dalam bentuk kad ucapan. Kad ini kemudiannya akan diserahkan kepada saudari Nabila Huda sendiri.

Buat masa sekarang doktor tidak menggalakkan lawatan yg kerap kerana khuatir akan risiko jangkitan.

Sila hantarkan ucapan anda kepada kami: dyl.hashim@gmail.com, suicidebomba@gmail.com selewat2nya pada 8 Januari ini. Sebarang penambahan ucapan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Segala kerjasama dan sokongan anda di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.