Sekian lama saya tidak mencoret di Pena Indah Hairani,
Kenapa ya? Barangkali FB dan IG banyak mengalih perhatian saya. Post-post tentang perkembangan dunia penulisan dan aktiviti saya banyak saya share di sana. Ruang inipun menjadi malap.Realitinya saya rindukan penulisan di blog. Lantas hari ini, 1 Januari 2020 saya kembali di kamar ini, menguak jendela dan membetulkan tenda biarkan jalur mentari memasuki ruang kamar ini. Tenda masih kemas dengan aroma ketika kali terakhir tinggalkannya. Maafkan saya kepada yang sering hadir menjengah di sini. Salam tahun baru buat semua. Saya berbisik pada diri saya, 2020 ini akan saya usaikan sebuah karya baru saya setelah dua musim saya terhenti. Sepanjang tempoh tersebut, saya sibuk dengan research untuk siapkan tesis saya. Alhamdulillah segalanya usai. 2020 saya kembali berada menulis dan berkarya untuk yang masih menunggu.
Dan sayapun ingin berkongsi segala yang tertinggal,
2018 sebuah karya seram pertama saya terbit - Cindai Berdarah di bawah rumah penerbitan Karnadya. Telah juga menghasilkan telefilem FASIQ yang pada asalnya berjudul DI PINGGIR NERAKA. Perkembangan drama-drama radio saya juga memberangsangkan. Alhamdulillah.
2019 DIA MENANTU RAHSIA telah diadaptasi dan bersiaran di Slot Akasia TV3 dan 2019 juga baru usai siaran adaptasi DIA YANG KUCINTA dalam slot Samarinda TV3. Alhamdulillah. Lebih bererti DYKC melalui skrip sendiri bersama adik dan teman saya Fatin Nabila. Siapa yang tak kenal Fatin Nabila juga novelis anak Terengganu. Alhamdulillah..semuanya Allah permudahkan.
Terima kasih kepada semua yang menyokong perjalanan saya selama ini. Sokongan semua beri saya semangat untuk terus berkarya. Doakan saya untuk menghasilkan karya-karya yang mampu hidup di hati semua. Salam sayang buat semua.