Saturday, April 28, 2012

CLEAN AKA BERSIH

Hari ini satu lagi perhimpunan BERSIH diadakan di ibu negara. Bagi yg menyertai BERSIH mereka merasakan telah melakukan perkara yg betul...kononnya inginkan pilihanraya nanti bersih sebersihnya. Nak tuntut KEADILAN konon?Tapi bagi mereka yg melihat pasti merasakan sebaiknya.
W/pun aku tidak berada di sana tapi dari gambar2 dan berita yg aku lihat, itukah yg mahu ditunjukkan oleh mereka? Penuh dengan keganasan. Sanggup memecahkan dan merosakkan harta awam.  Habih lumpuh ekonomi negara atas sikap yg tidak bertanggungjawab itu. Apa motif mereka bila membawa bersama anak2 kecil ke situ. Tidak terfikirkah mereka jika berlaku sesuatu yg tidak diingini ke atas anak kecil itu? Mungkin mereka akan menyalahkan pihak berkuasa pulak?
Rata2 peserta BERSIH ini aku tgk kebanyakkannya MELAYU. Kenapa perlu kita ikut sedangkan yg menjadi ketuanya .........! Adakah kita mahu negara ini di perintah oleh kaum lain ? Tidak ada OTAKKAH?
Cukup2 lah dengan semua sandiwara itu.. nanti bila pihak berkuasa cuba meleraikan mereka...akan berkata pulak.. PIHAK BERKUASA MELAKUKAN KEKERASAN.. kalau aku lah pihak berkuasa itu, mmg itu lah yg aku akan lakukan.
Cuba kita tgk keadaan dirumah, jika anak kita melakukan kesalahan yg berat, sbg ibu bapa, bagaimanakah reaksi kita.. MESTI AKAN MENGHUKUM mereka kan?
Cukup2 lah.. AKU INGINKAN SEBUAH NEGARA YG AMAN

Monday, April 16, 2012

If you don't want it...Don;t Take It!

Ungkapan di atas cukup mudah difahami. Kalau dah tak nak, jangan lar ambik. Benda tu orang beri untuk kesenangan dan mengurangkan beban. Tapi kalau rasa diri tu dah kaya dan mampu... tak payah ambik! Cukup mudah kan.
Namun begitu masih ramai yang tak faham. Ini semua ada agenda yang tersembunyi. Kalau ada benda itu, bukankah ia dapat mengurangkan beban bagi golongan yang tidak berkemampuan. Dulu ianya diwujudkan pun untuk membantu yang benar2 memerlukannya. Bukannya untuk golongan yang kaya.
Nama pun pinjam so kena lar bayar balik. Cuba kalau ada orang berhutang dengan kita? Apakah perasaan kita bila org yg meminjam tu berkata...Ala...x yah lar kutip balik, sedekah ajer akt aku...kalu seringgit dua boleh lar diterima...tapi kalu dia berhutang beratus, beribu...SANGGUP KER?
SEKARANG NI...NAK MASUK JAMBAN PUN KENA BAYAR TAU?   Apa kau ingat lepas kau buang tu...ader ker orang yang sanggup cuci free!

TEPUK DADA TANYA SELERA.

Monday, April 9, 2012

NIRVANA

Nirvana.
Siapa yang tak kenal dengan kumpulan ini. Sangat popular pada tahun 1990an. Penyanyi utamanya adalah Kurt Cobain. Malangnya, beliau telah membunuh diri disaat kumpulan itu mencapai kegemilangannya. Terpaksa bergelut dengan ketagihan dadah telah menyebabkan beliau menamatkan riwayatnya sendiri pada 5 April 1994.
Antaran lagu-lagunya yang popular adalah SMELLS LIKE TEEN SPIRIT dan THE MEN WHO SOLD THE WORLD.


THE MAN WHO SOLD THE WORLD – NIRVANA

We passed upon the stair, we spoke in was and when
Although I wasn't there, he said I was his friend
Which came as a surprise, I spoke into his eyes
I thought you died alone, a long long time ago

Oh no, not me
We never lost control
You're face to face
With The Man Who Sold The World

I laughed and shook his hand, and made my way back home
I searched for a foreign land, for years and years I roamed
I gazed a gazeless stare, we walked a million hills
I must have died alone, a long long time ago

Who knows? Not me
I never lost control
You're face to face
With the Man who Sold the World

Who knows? not me
We never lost control
You're face to face
With the Man who Sold the World

Thursday, April 5, 2012

Sudah Cukup Sudah

"Maaf. Saya berjanji tak akan buat lagi". Sesiapa saja pernah melafazkan maaf dan pernah juga berjanji tak akan mengulangi kesilapan itu. Tapi kata -kata MAAF itu kini umpama mainan semata-mata. Ada yang melafazkan kata maaf berulang kali tetapi tetap melakukan kesilapan yg sama berulang kali. Pernahkah ditanya kepada yg diminta maaf itu bagaimana perasaan mereka? Pasti hati mereka akan lebih terluka lagi..malah kali ini akan menjadi bisul. Menunggu masa untuk memuntahkan nanahnya.

Kenapakah dikalangan kita ingin terlalu mudah mengucapkan kata maaf. Tetapi mereka tidak sedar kata-kata itu mempunyai maksud yang sangat mendalam. Jika dulu amat susah meminta maaf kerana kita sedar, bila perkataan itu dilontarkan, maka kita telah berjanji untuk menjadi yang terbaik dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Tetapi kini, perkataan itu hanya mainan mulut sahaja. Umpama memberi coklat kepada budak2 utk membuatkan mereka bergembira.

Jika kita sedar MAAF itu mempunyai byk tanggungjawab maka kita tidak akan mengulangi kesilapan yang serupa. Hati yang dilukai itu amat payah untuk dirawat. Meskipun ia boleh sembuh. Tapi parutnya akan kekal.