Monday, June 30, 2008
what? manila again?? tak habis-habis kannn!
Thursday, June 19, 2008
Iklan...Kenapakah RM begitu besar pengaruhnya?
Kali ni aku nak citer kenapa RM begitu mempengaruhi dan besar betul kuasanya..
Aku cerita ni kerana betapa RM membawa maksud yang mendalam :-
1) RM - Ramai Mati...yelaa dengan RM ni ramai manusia sanggup bermatian-matian macam kamikaze utk dapatkannya..contoh kat sini merompak, mencuri malah mencopet dan jangan luper meragut!
2) RM - Ramai Mengendeng...bayangkan masa korunk ada RM..betapa ramai mengendeng..contoh paling ketara masa pemenang One In the Million musim ke 2, Ayu..dikatakan setelah dier menang jerk, tak menang tangan dier menerima panggilan telefon dari 'sanak saudara' yang dekat mahupun sejauh Padang Besar, Perlis.
3) RM - Ramai Menangis ..mana taknya, tanpa RM, ramai bertangis dan mencurah2 air mata mengenangkan nasib..
4) RM - Ramai Mengemis .. semata2 utk hidup ramai yang sanggup menggadai maruah ( dirasakan maruah sudah lama hilang) mengemis di sana-sini utk dapatkan RM
5) RM - Ramai Melacur ..disebabkan untuk meneruskan hidup ramai orang terpaksa ataupun mmg suker Melacur..tidak kiralah secara atasan mahupun bawahan..tujuannya sama iaitu utk dapatkan RM
6) RM - Ramai Menghina ...bayangkan anda banyak sekali RM, mungkin jugak anda terHINA orang yang tidak ada RM..mungkin secara tak sengaja..tapi hinaan tetap hinaan...sedar atau tidak!
banyak lagi..tapi aku rasa berpada2la dengan RM ni..RM membawa bahagia kepada kita, malahan kadang2 sengsara jugak kepada kita.. tambahan pulak kos sara hidup yang semakin meningkat..minyak naik, makanan naik..adakah kita pasti RM bulanan kita gak naik???
Wednesday, June 18, 2008
The "OLD" Manila...
Pic taken semasa ada khutbah kat church tuh...orang dok berdoa..kitorang sibuk flash sana flash sini...ini tanda kubur Jose Rizal..dekat makam pun tetap nak bergambar,..kenapa?? sbb nama RIZAL itu!
Wednesday, June 11, 2008
lets go to Bed!...
Monday, June 09, 2008
Rizal's Park..what a park!..best !
Thursday, June 05, 2008
pengako sayooo...
inilah lrt yang pergi ke Pedro Gill..even nampak sunyi sepi kat sini..tapi..ramai orang beb..dan paling ketara...PANAS!..
Paling ketara adalah JEEPNEY...sungguh terpegun..pandai diorang cipta jeepney ni..menarik dan mmg the bomb!..
selepas sampai di PEdro Gill, LV terus jerk meluru ke kanan...ada Robinson Place..besar la gak,tapi besar laghi PAvilion..dan makin lama makin sunyi jalan tuh..ghupa2nya LV tersesat..inilah sejarah pertama kali LV tersesat walaupun berpandukan buku rough guide terbitan 2007...hahahahaha...aku tak carutlaa..bayangkan kalau aku carut..harusla terus balik KL...kekekekekkekee..
hampir 1.5 jam, LV ajak check in kat Friendly Guesthouse...tapi aku x brapa berkenan sbb tilam nipis dan tingkat takder langsir..udahnya kami check in kat malate pension..puashati la jugak sebb mmg dalam budget pun...satu jer aku perasan..mahal jugak kos penginapan kat Manila ni..tapi yang penting dekat gan Club Bed...yahooo.!
Selepas check-in, memang ikut itenary nak ke Rizal's Park...kenapa?? sebab RIZAL...everything is Rizal...Rizal is everywhere...naik cab dgn selamba cakap nak ke rizal's park..terus tanya brapa? 300 PESO...padahal cab leh pakai meter...mungkin driver tuh ingat aku belagak...yela muka pinoy tetap nak tanya2...
Tugu yang menjadi tarikan utama...guard tuh purak2 jerk..kalau pegi belakang, diorang dokla urut2 kaki..peha..segala...mana taknya..penat berdiri!
Depan taman ni mmg best...leh lepak2..Flag tuh bukti aku g Manila..kang korang ingat propah jerkk!