Pages

Saturday, September 15, 2018

Whistlers Chocolate Factory dan Fremantle Market

Selepas Caversham Wildlife Park, kami ke Chocolate Factory.

Dekat je dari tempat kangaroo tu nak ke kilang chocolate ni... sepanjang perjalanan tu kami dapat saksikan ladang bunga kanola. Aku tak taula sesuai ke panggil ladang... kawasannya agak luas juga...


Sori gambar tak berapa jelas. Sebenarna aku ambil video masa ni. Aku terus bagitau mak, ni lah asal minyak bunga kanola yang mak guna hari-hari tu... 

Kecil je tempatnya, tapi semua chocolate homemade. Kat sini kenyang makan tester chocolate je sebab boleh ambil brape banyak pun..


Aku beli scone kat sini. Sedap!


Kemudian perjalan diteruskan ke Freemantle. Jauh juga nak ke freemantle... sempat jugalah masing-masing tidur dalam bas.

Kami dibawa ke Kailis untuk lunch.. opsss jari hehe


Aku amik 1 set of traditional fish and chip... syedap hokey...
Dah balik baru Tour Guide bgtau chowder dia pun sedap...alahai...bila nak repeat ni!!!!

Wow...comelnye waitress Kailis ni... nak ngorat bleh? :p


Kemudian kami di bawah jalan-jalan di Fremantle



Masa tak lama di sini, jadi Tour Guide direct bawa kami ke kedai souvenier... 15 minit juga berjalan

Sambil-sambil tu kita snap gambar-gambar menarik untuk dijadikan kenangan



Kedai souvenirs. Pilih-pilih 10 minit je... beratur nak bayar...ada dalam 20 minit...haish

Penat berjalan menuju ke bas... kami rest sekejap kat bangku tepi jalan ni... dah la sejuk dan berangin

Selesai di Fremantle... kami di bawa ke Perth War Memorial Park
Destinasi terakhir untuk hari kedua di Perth

Masa ni tenaga dah 2% macam tenaga koala dah ni...hahaha

Picture by mak

Kawasan sekitar... rumah besar-besar. Kawasan elite kot

Di Perth ni kebanyakan kedai tutup jam 5.30 petang. Waktu terakhir operasi bas percuma ialah jam 7 petang. Dan selepas tu Perth ibarat bandar mati. Kebanyakan penduduk setempat hanya duduk di rumah bersama keluarga. Lagipun malam di sini sejuk sangat. Suhu sekitar 6C - 2C. Sebaiknya duduk di rumah dan on heater.... 

Perth : Jumpa Kangaroo Yang Manja!

Alhamdulillah hari ni dah hari kedua di Perth. Tour kami hari ini akan bermula jam 8 pagi. 8 pagi kat sini macam 10 pagi sebab pukul 5 pagi dah subuh, ada masa 3 jam untuk bersiap sambil bersantai2. Sempat lagi makan ketupat dan rendang ayam (brand adabi) ...

Rebus ketupat malam dan buat sarapan pagi esoknya

Nasi pun tanak juga... hehehe

Ni aku share kan masa solat di Perth.

Saje je screen shot masa kat sana, nak buat kenangan hehe
Masa kat sana sama dengan masa di Malaysia. 
Cuma waktu solat awal 1 jam dari Malaysia.

Destinasi pertama kami ialah ke Caversham Wildlife Park. Agak jauh juga dari apartment kami. Lebih kurang 1jam 30 min kot...eh tak ingat. Tapi sempat juga terlelap semasa dalam perjalanan. 

Masa lalu kat Yanchep, kami dapat tengok kangaroo liar

Yeah dah sampai. Tak sabar nak jumpa kangaroo!

Sampai-sampai je di sini, hujan turun dengan lebat. Aku terus keluarkan baju hujan dan sarung kat kepala jek... Alhamdulillah mak punye baju ade hoodie. Asal selamat tudung tak lencun pun dah ok bagi kami. Tudung kalau lbasah naya, nanti gamba tak lawa la sebab tudung kemek... :p

Mula-mula masuk dah nampak sekawanan kangaroo tengah bersantai.

Punyalah manja, masa kami lalu tu masing-masing datang dekat dengan pagar. Ada yang terus terlentang macam kucing minta garu perut. Ni spesis kangaroo bela ni, sebab yang aku tau kangaroo ni garang juga. Silap sket abes ditumbuknya. Ke hanya imaginasi aku je...ntahla


Tour Guide kata kangaroo nanti last2...so perjalanan diteruskan. Kami kena jumpa en Koala dulu.. Yeah!

Nampak tak betapa sukanya dia jumpa Koala!
Haha
Tetiba terfikir... sepatutnya aku jadi doktor haiwan. Baru lah hidup happy tanpa stress... tetiba

Love spoken :x

Photobomb by Siti our roomate.. she sooo beautiful! Suka tengok muka Siti ni... licin macam telur kena kupas!



Ok next... meet WOMBAT! Hebat nama, macam adiwira pun ada :p

Perkenalkan Mr Wombat hihihhi


Ni Bettong... tak tau lah nape tunduk je. Penjaga tu kata dia malu... tapi rata-rata binatang kat sini suka tidur. Kalau ambil gambar pun tak boleh lama-lama nanti cepat penat. Jangan pegang sebarangan especially kepala nanti lagi cepat penat sebab stress... haishh... 
Tetiba teringat pia.. pia kita pegang kat mana pun dia ok jek. Pegang kepala lagi dia suka... 

Possum ni comel sangat muka dia... tapi tula... bila dah ramai-ramai tengok dia... dia malu

Pink Parrot

OMG... mak dapat anak angkat omputeh kat sini... hahaha

Llama

Ayam... comel sangat sebab bulu tebal... sebab sejuk kot kat sana

Ready untuk tengok show. Tak pasti kenapa muka mak macam tu... terkejut ke.. sejuk ke... bila tanya dia pun tak pasti kenapa hehehe

Baba blackship, have u any wool?
:))))

Ada demonstrasi mencukur bulu kambing biri-biri juga... ishk kesian tengok

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba... jumpa Mr Kangaroo
Manja sangatttt... jatuh chenta kita dibuatnya


Siap pegang tangan... sebenarnya dia tak nak bagi chance kat kangaroo lain makan

Dah makan kita lepak duluuu... banyak kangaroo warna putih la kat sini. Imal kata albino kot... lagi sekali teringat pia... 






Mak un tak lepaskan peluang bergambar dengan kangaroo

Nah cucu...nenek datang bawa bekalan makanan

Hakikatnya... hahaha
Mak sebenarnya tak berapa gemar dengan binatang
Nak-nak tempat macam zoo ni, siap ada bau2
Tapi sebab demi bergambar
Alang-alang dah datang jauh... terpaksa pegang kangaroo pun takpela katanya
Hihi

Bila Tour Guide kata time's up... it's time to say goodbye to kangarooo... eh serious aku sedih wey. Nampak tak jiwa tu... memang aku patut ambil course veterinar la dulu...hahahaha
Sebak... berkaca mata... macam ape jek... senyap2 simpan sorang perasaan sedih tu sebelum kena gelak.... :p

Tata kangaroo... ada rezeki kita jumpa lagi ye



CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya