Pages

Sunday, October 24, 2021

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog

Planning to go blogging again with new ME 

See ya

Monday, October 15, 2018

Perth : City Tour

Hari terakhir tour kami ialah aktiviti mengelilingi Bandar Perth menaiki bas awam. Untuk makluman, di sini ada disediakan bas percuma. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Transperth CAT bus.

Click follow link for more information :
Perth Free Bus



Tepi jalan penuh bunga-bunga segar berwarna-warni. Sebab cuaca sejuk, bunga-bunga ni senang hidup. Bunga liar tepi jalan pun cantik-cantik. 


Tak tau diorang panggil apa papan ni, macam information board la rasanya

Sambil tunggu bus kita posing2 dulu

Opss... ada orang buat2 tak nampak McD hehe

Di setiap stesen bus ade infromation board yang bukan sahaja memaparkan peta dan lokasi perhentian bas... juga menunjukkan kadar masa bas akan sampai ke stesen tempat kita menunggu. Masa yang ditunjukkan sangat tepat tau, memang bas sampai on time!

Sebenarnya aku risau bila fikirkan mak perlu berjalan-jalan dengan kami dengan menaiki bas. Semestinya kami perlu banyak berjalan di dalam cuaca sejuk. Mak sebenarnya bukanlah seorang yang cepat penat sebab dia seorang yang aktif. Tetapi aku tetap risau sebab dia dah tua kan. Tetapi bak kata orang putih... age is just a number :p

Mak ok sepanjang perjalanan. Malah dia jalan paling depan dalam kumpulan. Sebab sejenis yang jalan laju kan... hehe.. mak is happy and my mission accomplished!

My lovely teammate

Datin round Perth hehe


Bell Tower : Our big group... ramai surirumah hokey... surirumah ble dtg shopping kat Perth... apalagi kita yg bekerja makan gaji.... eh yeke? buatnya laki depa kaya raya aek...

Lepas bergambar, kami diberi 1 jam untuk walk around the area.




Elizaberth Quay


Mak request nak bergambar dengan statue burung ni... tak nampak menarik di mata aku tapi sgt menarik minat mak... kenapa tak minat? sebab burung ni tak comel kot.. :P

mmmcakkkk!

I love U Mak :X :X


Exploring new thing for kids and adult too...


Kemudian kami berjalan kaki ke London Court. Time to shopping!

On the way... masa ni masing-masing dah start lapar. Sebab banyak berjalan dan cuaca sejuk agaknya. Menyanyi2 cacing dalam perut

Singgah di Restoran Insan for lunch

Mee goreng mamak style - AUD9

Teh tarik for me - AUD4 
Mak minum milo tapi tak snap... sama je rupa gelasnya... hehe

Nasi berlauk - AUD9

Semua sedap2 di sini. Harga pun ok lah. Malay taste in Perth, boleh la buat lepas rindu masakan Malaysia

More info boleh klik di sini : Insan's Cafe

Boleh sambung shopping souvenir di Perth Glo. Harga tak berapa murah berbanding Freo. Cuma pilihan di sini lebih banyak dan kedai lebih luas dan selesa. 

Depan Perth GLO. Tengok tu...diorg siap letak pantung Melayu di pintu masuk

Nampak Chemist kat belakang tu? Situlah syurga perfume, vitamin, make-up murah2... dia lebih kurang Watson tapi bezanya harga barang2 nya lebih jimat dan banyak discount... buy 2 free 1 la... buy 4 get 10% discount la... cuma premis agak kecil dan sempit... org ramai dlm tu... paling tak best... kena beratur lama time nak bayar...



Selesai meronda London Court, kami rest kat sini sekejap sementara tunggu tour leader sampai. Berkenalan pula dengan Brenda dan George. Mereka ni xcited nampak kitorang sebab diorang skrg sedang hadiri kelas Bahasa Indo-Malay. Nak praktiskan apa yang mereka dah belajar. Bagus diorang ni, umur dah 78 tahun masih sudi menghadiri kelas untuk menambah ilmu. Brenda merupakan pesara nurse manakala George dulu bawa ambulan. Mesra sangat diorng ni. 

Shahir killing the time borak2 dengan George... George sambil2 campak fries dekat burung merpati. Tu yang banyak menunggu kat kaki dia tu



Mak bersantai sungguh. Masa ni angin agak kuat dan sejuk sangat. Masing-masing dah menggigil.



Monday, September 17, 2018

Kings Park, Blue Boat House, Moore RIver, Pinnacles dan Meluncur Pasir di Sand Dunes

Tour Guide awal-awal dah bagitau dalam group whatsapp bahawa hari ketiga di Perth ni will be the tough one... hehe. Dah macam pergi summer camp pula ye. Yang dikatakan tough tu sebab perjalanan akan bermula seawal 7 pagi dan dijangka sampai di hotel semula jam 7 malam. 12 jam diperlukan bagi meng 'complete' kan misi terjahan hari ini. Bagi aku, taklah tough sangat kot sebab hari-hari pergi dan balik keje total-total pun ambil masa melebihi 12 jam. So pe de hal kan...haha. Berlagak ye kamu...

Destinasi Pertama ialah Kings Park

Park ni terletak di atas bukit yang mana dari sini kita boleh view city of Perth.. cantik sangat
Lawa juga gambar diambil dengan camera phone Huawei ni... thanx kpd owner phone yang sudi selitkan gambar-gambar saya.. memenuhkan memori phone awk jek (credit to my BFF Rubi)
Malu-malu sedara tu nak jogging...org tengah amik gambo.... hahaha
Maaflah fotog aii ni mmg belasah jek... pepunn thanx ye mak...layankan kita

Bandar Perth yang simple dan mendamaikan... kalau ada rezeki, nak datang lagi ke Perth

Deretan pokok renek ni menarik perhatian mak

Segar-segar bunga di sini. Sebab cuaca sejuk. Damai mata memandang

Hari ni memang terasa sangat sejuknya... mungkin sebab kami keluar awal pagi tu



Kemudian kami dibawa ke Blue Boat House... kalau ke Perth, ni antara tempat wajib untuk bergambar
Kena beratur nak amik gambau

Mak surrender sebab angin kuat sangat... 
Baru halfway mak berundur balik ke atas sebab gayat sangat
So amik gambar dari atas daratan je

Apartment di sekitar Blue Boat House
Kawasan elite juga


Lama juga beratur baru sampai turn
Bukan senang nak dapat gambar ni... pnyelah derita
Dah lah sejuk... angin kuat sangat
Masa beratur tu terbayang jaws loncat ngap kami yg tengah beratur
Tinggi betul imaginasi
Ni semua pengaruh movie :p

Selesai di Kings Park dan Blue Boat House.. barulah perjalanan diteruskan ke destinasi yang lebih jauh... Moore River, Lancelin Sand Dunes dan Pinnacle

Berhenti sebentar di mana ni..  yg pasti ni dah area Lancelin
Kami picnic dan solat kat sini
Ni last toilet sebelum pergi meluncur pasir
So settlekan semua apa yang patut di sini



Sampai sudah di Moore River

Warna air dia brown2 sket... ingatkan kotor
Rupanya sebab kandungan rumpai laut yang tinggi menyebabkan warna air jadi keruh dan perang

Spesis ikan yang banyak di sini
Mula-mula tengok ingatkan ikan piranha :P


Eh mak sapa tu..hehe
Ni tempat berlindung dari angin yang sejukkk

Skodeng orang dating :P


Kat sini... mana2 pun ada toilet ''Safie Ilias' ni... haish

Sand Dune Lencelin
Akhirnya kami sampai ke kawasan pasir halus ni... yang dah book nak naik 4x4 adventure troop... terus bleh naik kenderaan ni
Yang lain-lain di bawa terus ke kawasan untuk main sand boarding

Teringat Pantai Klebang... sama je cuma di sini lebih luas dan sejukkk

Kami jadi penonton je sambil gelakkan kawa-kawan yang jatuh tergolek masa meluncur...hahahaha!

Mak naik sampai ke kawasan lebih tinggi. Aku tak berani oooo
:P






Sedap pijak pasir ni...sejukkk

Pasir Perth





2 jam di Sand Dune... tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal... bila lah boleh datang lagi...

Hari semakin lewat, kami teruskan juga perjalanan ke Pinnacle, kalau tak.. ntah bila lagi boleh ke sana

Sampai di Pinnacle jam 4.30 petang. Agak lewat. Kedai souvenir di sini dah tutup. Ni jalan masuk ke Pinnacle. Jauh juga berjalan dari parking nak ke lapangan batu-batu hidup tu


Semangat btol nak bergambar.. mak ler snap ni...hehehe




US

Kami tak lama di sini. Sebab perjalanan ke apartment ambil masa lebih dari 3 jam dari sini. Kami dapat saksikan matahari jatuh sepanjang jalan pulang. Cantik sangat view. Subhanallah...
Sepanjang jalan, highway gelap sangat. Bimbang juga kalau apa-apa hal yang tak diingini berlaku. Menurut Andy pemamndu bas kami, jika berlaku accident ke apa-apa... hospital akan hantar helikopter kerana jarak yang sangat jauh dari bandar... nauzubillah

Dan kami sampai ke apartment jam 8 malam. Penat tak dpt nak cerita, tapi puas hati dapat sampai ke semua destinasi yang tour agent dah plan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar dan kami gembira sangat. Moga musafir ini dikurniakan ilmu yang bermanfaat serta rezeki yang luas dan pahala sebagai ganjaran. Ameeen...

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya