Apr 13, 2010

Diet Rasulallah SAW


Salam... ada sedikit ilmu yang ingin saya kongsi bersama dengan
kawan-kawan
semua

rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari2, kita tak boleh main balun saja? sebab itulah terjadinya penyakit
kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2
penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan-kawan telah
mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lain2nya. Ini pun
adalah diet Rasulullah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang
hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU contoh :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAH HARI
.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA yang TINGGAL MAKAN MALAM, DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cubalaa......... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat ini....
Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada * *melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. * Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.

> Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
> mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam
> suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia

> yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
>
> p/s : Sampaikan walau sepatah...
>
>
> Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat
> amalan seperti:-
>
> *Mandi Pagi sebelum subuh *@ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari

> naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
> terkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
> badan tak gemuk.
>
> Rasulullah mengamalkan *minum segelas air sejuk *(bukan air ais)
> setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena
> sakit).
>
> Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu *sujud
> sekurang-kurangnya seminit *selepas membaca doa). Ia boleh mengelak
> dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang
> membuat kajian Kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains
> telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di
> kepala yang tidak dipenuhi darah.
> Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
>
> Nabi juga mengajar kita *makan dengan tangan* dan *bila habis
> hendaklah menjilat jari.* Begitu juga ahli saintis telah menjumpa
> bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali
> ganda terdapat dalam air liur.
> (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
>
> sama-samalah kita mengamalkannya.......
>
> WallahuA'lam
>
> *Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
> kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.*
>
> wassalam...

Jan 7, 2010

Ikhtilat Menurut Islam



Apa itu ikhtilat?
Ikhtilat bermaksud pergaulan dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur. Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.
Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai khalwat.
Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.
Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.
Dalil-Dalil Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.
Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di Malaysia, meskipun hukum asalnya adalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini , namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia. Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:

1. Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja
, malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki· persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar. Di universiti, keadaan sama berlaku.
Pengecualian Bagi Hukum AsalUnsur Daruratpergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

2. Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

3. Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

4. Urusan kerja.
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

5. Melayani tetamu.
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

6. Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.

7. Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.
8. Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.
Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
1. Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
2. Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.
3. Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
4. Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
5. Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

Jul 3, 2009

Hari Lahirku... 8 Jun 1992


Setiap orang pasti menunggu saat-saat tarikh hari lahir mereka... Begitu juga dengan diriku.... Tapi ingatlah wahai semua muslimin dan muslimat:


'Hari Ini Hari Lahirmu,Hari Ini Bertambah Lagi Usiamu, Hari Ini Jua Bertambah Lagi Tanggungjawabmu, Hari Ini Akan Menjadikan Dirimu Lebih Matang, Dek Ujian Yang Akan Mendatang, Hari Ini Akan Menjadi Saksi Ketabahan Dirimu Mengharungi Onak dan Duri.'


'Hari Ini Allah Telah Memendekkan Lagi Jarakmu DenganNya, Semakin Berkurang Tempoh Untuk Beramal, semakin Kubur Mempersiapkan Tempat Untukmu,Semakin Bersedia Malaikat Maut Datang Menjemput, Semakin Dekat Masa Amalan Diperhitungkan Dan Semakin Hampir Haruman FIRDAUS @ AZABNYA JAHANNAM!!!'


Kata- kata ini telah membuatkan diriku supaya tidak terlalu leka dengan waktu yang sentiasa berjalan..


Ditambah pula dengan harapan kedua ibu bapaku yang sangat menginginkan diriku menjadi insan yang solehah.. Terbukti apabila ibuku menghadiahi aku dengan sepasang telekung solat yang baru dan bapaku menghadiahkan senaskah tafsir Al-Qur'an pada ulangtahunku yang ke-17..


Semoga Allah memberkati mereka..AMIIIN YA RABBAL ALAAMIN......

Jun 1, 2009

Cita-Cita & Harapanku



Aku di dunia ini ingin menjadi seorang wanita solehah yang dapat membawa ahli keluargaku ke syurga....
Di arus pemodenan ini, diriku terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran ejekan dan celaan orang ramai kerana bertudung....
Adakah ejekan dan celaan ini patut diberikan kepada seorang insan yang bergelar muslimah yang lemah ini....
Namun aku harus tabah dan percaya bahawa Allah SWT berada di sisi kita dan Membantu kita dalam kesusahan....
Kepadamu aku berserah Ya Allah!!!!

Semerbak Iman Masyita


Bercakap fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"
"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.
Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.
Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.
Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.
Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!
MORAL & IKTIBAR
Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
Bukan lelaki saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai keberanian dengan izin Allah
Allah menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan anak haram.
Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan pula dipandang sebagai kejahatan.
Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan.
Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi.
Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita.
Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat
Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka.
Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat. Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat.