الجمعة، أيلول ٣٠، ٢٠٠٥

RAMADHAN..SUATU PENANTIAN..

Assalamualaikum..alhamdulillah..hati orang yang beriman sering menunggu saat kedatangan ramadhan..ramadhan baginya suatu hadiah tidak ternilai..satu peluang yg dinantikan..yg kunjung tiba setahun sekali.. peluang utknya mendekatkan diri pd Yang Esa.. merebut rahmatNya..maghfirahNya..keredhaanNya... Ya Allah, alangkah beruntungnya golongan sebegini..
adakah aku insan sebegini menanti kedatangan Ramadhan dengan penuh debaran.. menanti pintu maghfirahNya? adakah aku bagaikan pungguk rindukan bulan..bagai majnun merindui laila..dalam merindui kedatangan Rahmat ini..?
adakah aku ibarat iblis yg membenci kedatangannya? iblis yg engkar...walaupun pd mulanya hamba yg taat..kemudian engkar krn keegoan diri...dan membenci kedatangannya..krn tiada lagi pintu maghfirah buatnya....
Di manakah aku? Di manakah kita?..
bersediakah kita utk menghadapi rahmah ini? persedian hati, aqli dan jasadi..tiga fakulti insan.. yang utama adalah hati..ruhi..iman... bersediakah kita untuk membuka hati ini..jiwa nurani ini..untuk menerima tarbiyyah Ilahiyyah ini?
Ramadhan hakikatnya suatu tamrin (latihan) khas buat orang2 beriman...inilah tarbiyyah Ilahiyyah Ruhiyyah Jasadiyyah Aqliyyah...
bersambung....

الثلاثاء، أيلول ٢٧، ٢٠٠٥

SOALAN DAN JAWAPAN

MUJAHID FATHI YAKAN MENJAWAB…

SOALAN: Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh al-mar^ah al-muslimah (sohabiyyat) di zaman Rasulullah SAW dan masa kini?

JAWAB: Peranan wanita yang difitnahkan ke atas Islam ialah setakat di dapur, menyediakan makanan, melayani suami, menjaga anak dan terkurung di rumah! Sebenarnya Islam memberi peluang kepada muslimat untuk bersama lelaki menyertai harakah islamiyyah dalam amal islami mengikut syarat-syarat dan sempadan-sempadan yang telah digariskan oleh Islam; di mana muslimat boleh memainkan peranan mereka mengikut bidang mereka dalam batas-batas syara’. Sekarang mereka mempunyai peranan yang lebih besar dalam harakah Islamiyyah. Kita hendaklah menyedari yang organisasi bukan Islam memberikan peranan kepada wanita untuk menentang kita. Revolusi Rusia contohnya memberi peranan kepada wanita lebih daripada lelaki tapi bagi Islam kita ada contoh yang tersendiri lagi unik. Di mana di dalam seerah Islam terdapat sohabiyyat dalam menegakkan Islam dan penglibatan mereka dalam harakah Islamiyyah dalam segala bidangnya. Peranan penting yang dimainkan oleh mereka ialah dalam tarbiyyah (pendidikan), thaqafah (ilmu pengetahuan), ‘amal jama‘ei, jihad serta ‘amal ijtima‘ei (kerja kebajikan masyarakat) mengikut lunas-lunas syara’, syarat-syarat dan adab yang telah ditentukan oleh Islam.

(Ini merupakan satu jawapan pendek kepada satu soalan bertulis di Muzakarah Islam (FOSIS) di Birmingham)


ABU A’LA MAUDUDI MENJAWAB...

SOALAN: Masalah wanita adalah merupakan masalah yang belum kunjung selesai sampai ke hari ini. Bagaimana cara-cara penyelesaiannya?

JAWAB: Cara-caranya menurut keyakinan saya ialah dengan melalui pendidikan dan bimbingan (tarbiyyah). Wanita dalam masyarakat orang-orang Islam terbahagi kepada dua; Pertama: yang memelihara Deennya dan tidak mahu terpengaruh dengan sebarang kebudayaan (cara hidup) yang datang dari Barat, keduanya: ialah yang terpengaruh dengan budayaan barat dan semboyan-semboyan yang ditiupkan oleh wanita-wanita barat dalam mendapatkan hak-hak politik yang sama dengan lelaki.

Golongan pertama ini mestilah mempertahankan dan menjaga hak-haknya yang telah diberikan oleh Islam, sedangkan golongan kedua adalah yang perlu menjadi sasaran perhatian kita untuk mendidik dan menyedarkan mereka dan memberikan mereka hak-hak yang selaras dengan kehendak Islam.

Sebenarnya Islam telah memberikan kepada wanita itu hak-hak yang mereka perlukan, yang tidak akan dapat mereka terima dari sistem-sistem yang lain ciptaan manusia. Kita mestilah menempatkan wanita dengan kehendak Islam.

Adapun masalah ‘hijab’, tidaklah bijaksana memaksanya ke atas wanita dengan kuasa undang-undang, tetapi dengan menciptakan suatu suasana atau iklim (bi^ah) yang sesuai untuk memungkinkan wanita itu memilih hijab bagi diri mereka yang lahir dari dorongan iman dan hati nuraninya. Sebagai contoh mahasisiwi Fakulti Perubatan di Universiti Lahore di Pakistan, 90% daripada mereka memakai hijab yang didorong oleh kesedaran Deen yang ada pada mereka.

Wanita terpelajar kita mestilah disedarkan bahawa peradaban barat, yang ia anuti adalah telah menipunya. Ia mensucikan sistem itu walaupun akan melucutkan kemanusiaannya sendiri dan menempatkannya pada darjat yang hina. Bahawa wanita adalah alat untuk mendapatkan kelazatan lahiriyyah semata-mata, ini anggapan orang, sedangkan Islam telah meletakkan wanita itu pada tempatnya yang layak selaras dengan kemanusiaannya.

(Dipetik dari wawancara seorang wartawan majalah Ad Dakwah, Kahirah dengan Al-‘Allamah Abul A’la Al-Maududi pada 27 Mac 1979)

الأحد، أيلول ٢٥، ٢٠٠٥

PUISI KEKASIH

Bunga menguntum indah, menyeri memerah
Dipuji dengan berbagai bagai madah
Esok bunga jatuh gugur
Serpih demi serpih, tanpa daun dan kelopak.

Isteriku
Engkau bukan bunga yang akan layu
Dan aku bukan kumbang yang akan dirayu
Lambang bunga lambang sementara
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya
Daerah kita bukan daerah cinta
Bukan masanya untuk memujuk kekasih merajuk
Tiada senda gurau memanjang
Kerana kita dalam berjuang

Di sini uda dan dara telah berkubur
Kita bina atasnya jihad yang subur
Bumi kita bumi payah
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah
Bila aku menjejak tapak Yasir
Ikutilah dibelakang ku sebagai Sumaiyah
Bila kau katakan pada mu: Perjuangan itu pahit
Kau katakan kembali: Syurga itu manis

Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Maju cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulut telah kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk cemburu
Tidak seperti dahulu

Kerana kini kau seorang mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah, pudar dan hambar di mata mu
Padaku yang baru belajar menjadi seorang mujahidah
Aku hanya mampu mendoakan agar kau menjadi seperti Yasir
Walaupun kiranya aku bukan seperti Sumaiyah
Dalam tangis ku cuba senyum
Tika kau keluar bermusafir
Seperti redhonya Siti Hajar waktu ditinggalkan Ibrahim
Biar kita berpisah selalu derita
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka itu dipagari ribuan nikmat.

P/S: Puisi ini ana tak tahu siapa penulisnya. Semoga penulisnya mendapat ganjaran dan kedudukan yang mulia di sisi Allah.

الجمعة، أيلول ٢٣، ٢٠٠٥

KESYUMULAN ISLAM

Oleh: Abu Muhammad

Islam merupakan suatu peraturan yang lengkap dan meliputi semua urusan kehidupan manusia. Rupabentuk sebegini adalah suatu hakikat yang benar dan bukan hanya dakwaan sahaja. Islam itu meliputi segala amalan, tingkahlaku dan aspek kehidupan manusia. Di realiti masyarakat hari ini, ramai orang mengatakan bahawa Islam itu syumul tetapi dalam amalan tidak menggambarkan kesyumulan Islam. Kebanyakan masyarakat kita terutama yang belajar tentang Islam mengetahui dan mengatakan bahawa Islam itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia tetapi apabila tiba di marhalah amalan, maka ramai yang tercicir.

Hakikat di atas terjadi kerana tidak pernah mengalami proses-proses seperti yang ditunjuki oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Hanya dengan proses ini sahaja akan lahir kesyumulan Islam. Andai proses lain yang berlaku, maka Islam mungkin juga lahir tetapi tidak syumul, bersifat juz’i dan tempelan. Untuk menghayati syumul Islam, tiap-tiap individu mestilah melalui tarbiyyah – iaitu tarbiyyah keimanan yang boleh melahirkan natijah amalan Islam.

Syumul Islam yang dikehendaki ialah syumul yang meliputi semua aspek. Seluruh kehidupan mestilah melebihi tingkat minima yang ditetapkan oleh Islam, dalam semua perkara. Kita tidak mahu dalam sesuatu perkara itu sampai ke peringkat maksima manakala dalam suatu aspek yang lain tidak sampai pun dalam peringkat yang minima. Jadi inilah yang dikehendaki – di mana mesti melebihi tingkat minima dalam segala aspek.

Sebagai contoh, dalam masyarakat hari ini banyak berlaku di mana dalam masalah solah sampai keperingkat maksima tetapi dalam masalah ‘Aqidah masih lagi belum selesai. Jadi dari manakah datangnya pendorong ketinggian solah tadi?

Seorang muslim tidak boleh mengatakan bahawa “ini urusan saya”. Sebenarnya semua urusan adalah bersangkut dengan Islam. Kata-kata sebegitu adalah salah. Apa yang berlaku bukan sekadar kata-kata sahaja, tetapi dalam praktik masyarakat nampak sebegitu. Oleh yang demikian, tidak ada satu ummah yang syumul – ummah contoh. Asy syahid Sayyid Qutb pernah menjelaskan bahawa memang ada orang-orang yang dapat menghayati syumul Islam tetapi tidak terkumpul – bertaburan di merata-rata. Dengan itu tidak nampak suatu gambaran sibghah kesyumulan Islam.

Di dalam masyarakat kita jelas bahawa yang paling asas pun belum selesai, iaitu di peringkat “mesti” (minima) masih tidak selesai. Bukan dalam hal-hal tambahan tetapi dalam soal-soal “mesti” pun belum selesai. Maka oleh itulah kita perlu kembali mengikut tarbiyyah untuk mencapai peringkat minima (dalam semua hal).

Dalam semua tindakan kita, mesti dipadankan dengan Islam. Inilah yang paling asas dan paling awal. Kalau ada tindakan yang tidak membawa kepada takwin wa’yil islami (pembentukan kefahaman dan kesedaran Islam), maka tindakan itu adalah suatu kerugian dan sia-sia. Wa’ Islam mestilah berdasarkan keimanan dengan penuh insaf, faham dan sedar. Oleh yang demikian semua tindakan, program, amalan dan aktiviti kita mestilah dipastikan bahawa adakah ianya ke arah takwin wa’ Islam – dalam setiap masa.

Tarbiyyahkan diri kita sehingga kita merasai tanggungjawab terhadap Islam. Rasa tanggungjawab ini perlulah dibendung agar menguasai diri kita dalam semua ketika dan berterusan pula. Kalau tidak, maka mungkin kita boleh dakwa sahaja tetapi dalam amalan ia tidak lagi dapat mendorong jiwa kita. Kesedaran tadi tidak lagi menjadi munazim (penggerak).

Amalan yang tidak ke arah takwin wa’ Islami adalah dikira tidak berfaedah. Dalam semua amalan – samada belajar kita atau kerja kita mestilah ke arah takwin wa’ Islami. Jadi dalam semua amalan, kerja seharian mestilah ke arah takwin wa’ Islami. Seorang guru, apa yang diajarnya kalau tidak ke arah wa’ Islami maka adalah suatu yang rugi – kita anggap tidak berfaedah langsung. Semua pemikiran, amalan dan tingkah laku kita mesti ke arah wa’ Islami. Kalau tidak semua amalan, usaha, pengorbanan sebagai tidak berfaedah, sia-sia serta membazir.

Kita mesti meletakkan matlamat ini dulu. Kalau tidak, kita akan mengutamakan yang lain seperti kerja kita, anak kita dan sebagainya. Semua apa dalam amalan kita dalam hidup seharian kita mesti ditentukan ke arah takwin wa’yin Islami. Belajar, riadhah, ziarah, mengeluar walau 10 sen, mesti semua ke arah takwin wa’yin Islami. Kalau kita buat begini baru kita sampai kepada kesyumulan Islam. Kalau tidak, dalam kita hendak syumul Islam kita masih juga lakukan perkara yang tidak syumul Islam.

Kalau perbuatan kita tidak digerakkan oleh keimanan, maka tidak akan sampai kepada kesyumulan Islam dalam penghayatan. Mesti perbuatan kita datang dari keikhlasan dalam melaksanakan Islam. Takwin mestilah mengikut sepertimana tarbiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Kalau tidak mengikut ini, maka tidak menghasilkan natijah yang benar.

Bukan sekadar amalan harian, tetapi pemikiran juga mesti ke arah takwin wa’yin Islami. Tidak boleh membenarkan otak kita dimasuki oleh pemikiran lain. Kita mesti susun tarbiyyah kita meliputi:
Tarbiyyah Ruhiyyah; dengan ‘Aqidah dan Iman kepada Allah.
Tarbiyyah Badaniyyah; dengan riadhah dan rehlah.
Tarbiyyah ‘Aqliyyah; dengan ilmu.

Perlu dijelaskan di sini, bahawa kita mengenal pemikiran-pemikiran lain tetapi kita tidak beri pemikiran lain itu masuk. Tidak boleh campuraduk dengan pemikiran lain. Proses pendidikan perlu dijalani betul-betul – dengan sumber-sumber yang betul lagi sahih maka barulah pemikiran lain itu dapat ditolak.

Islam dibina atas dasar yang kukuh iaitu keimanan kepada Allah subhanahu wata’ala. Ia bukan dibina di atas asas yang lain seperti perpaduan, sukan, keturunan, harta, politik, ekonomi, perkauman, faktor ilmu alam dan sebagainya. Kalau asas iman ini tidak jelas, maka fikrah kita akan mudah bercampur.

Islam sahaja yang membentuk dan menyusun kita dalam semua hal. Banyak orang boleh mengatakan demikian, tapi yang kita mahu ialah dalam praktik hidup kita. Kalau hanya dakwaan tanpa praktik maka perkataan tadi adalah suatu alat kepada sistem jahiliyyah itu sendiri, sebagai suatu tarikan kepada suatu kegelapan yang lebih teruk. Kalau tidak diproses betul-betul kita akan mengizinkan yang lain untuk menjayakan hidup (ikut nilai duniawi) sedangkan kejayaan kita ikut nilai Allah tidak nampak pun.

Kita mesti menilai dengan nilaian Allah Subhanahu wa ta’ala. Tidak boleh kita kompromi/ syarikatkan Allah Subhanahu wata’ala dengan yang lain. InsyaAllah, kalau kita tarbiyyah betul-betul yang ini tidak akan terjadi. Kalau masih mengambil yang lain maka kita termasuk ke dalam golongan yang beriman sebahagian al Kitab dan kufur kepada yang lain, Na’uzubullahi min zalik. Kalau kita boleh biarkan yang lain menyusun hidup kita, dalam praktik hidup kita.

Amalan kita sendiri yang melahirkan kefahaman kita. Sahabat-sahabat Rasulullah kita dapat fahami syumul Islam dari amalan mereka. Mereka corakkan hidup mereka dengan sibghah Allah Subhanahu wata’ala dalam amalan mereka. Generasi lain tidak nampak sibhah ini kerana tarbiyah itu tidak lagi sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam (mula di zaman khilafah ‘Abasiyyah) – kerana kemajuan kebendaan menjadi sumber yang lain.

Hukum Islam yang meliputi semua amalan manusia terdiri dari wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Tingkat minima Islam ialah peringkat harus, iaitu meninggal segala yang haram dan menerima segala yang wajib. Yang anehnya ada di satu peringkat seperti pakaian sampai ke peringkat maksima tapi dalam segi yang lain tak sampai kepada yang minima. Nampak amalan Islam tapi ‘aqidah tidak selesai.

Anggota harakah mestilah selesai dalam semua peringkat ini. Tinggal semua haram dan laksanakan semua yang wajib. Ini bukan makna kita nak ‘out’ orang lain. Tapi inilah syarat untuk seorang Islam. Kalau tak cukup syarat ini bukan kita nak kata dia bukan Islam tapi kita kena tarbiyyah dia sampai ke peringkat minima syumul Islam. Baru sibghah Islam itu akan nampak. Selepas itu barulah dia boleh meningkat dengan melakukan sunat dan membuang yang makruh. Semua sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah selesai tingkat minima.

Selepas itu baru Islam digeruni oleh ummat yang lain. ‘Aqidah ummat kita sekarang ini terlalu murah. Oleh itu kita nak proses semula. Walaupun sedikit tetapi syumul Islam telah dapat dilihat. Banyak tapi tidak selesai syarat ini adalah tidak menampakkan syumul Islam. Jadi kita mahu sekurang-kurangnya yang wajib dan haram itu selesai. Yang sunat dan makruh terserah kepada individu. Apabila sunat dilakukan dan yang makruh ditinggalkan, maka dengan sendiri berlaku peningkatan.

Oleh itu banyak kerja kita dalam rangka untuk membangun kembali. Tidak ada rasa futur atau lemah tetapi tetap untuk mendirikan ummah. Bukanlah kita dapat memberi hidayah tetapi kita hanya bertugas memberi penjelasan.
“Engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk”.
Tugas kita hanya menunjuk jalan ke arah petunjuk. Untuk takwin sampai ke peringkat minima. Bila ada banyak unit-unit sebegini maka insyaAllah berjayalah kita nampakkan syumul Islam.

Asy Syahid Hasan Al Banna menjelaskan bahawa ‘Target kita untuk membentuk unit-unit yang selesai tingkat minima, maka akan nampaklah Islam itu yang sebenar’.

Sampai ke sini barulah wa’ Islami sama dengan wa’ yang lain. Inilah matlamat dekat kita. Untuk dapat yang ini perlu ada unit untuk takwin hingga selesai tingkat minima. Bila unit banyak maka akan wujudlah masyarakat Islam.

Hukum-hukum Islam meliputi:
i. ‘Aqidah atau Iman: Iman yang membentuk amali bukan berbentuk teori dan hafalan.
Amalan kita memperlihatkan keimanan kepada rukun-rukun Iman. Apa sahaja yang kita lakukan ada konteks dengan keimanan.

Sistem pendidikan kini tidak langsung menghubungkan Islam dengan amalan. Tapi bagi tarbiyyah kita, tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah tidak memisahkan amalan dengan ‘Aqidah. Ada masyarakat yang mengatakan bahawa pakaian tidak bersangkut dengan iman. Iman duduk di dalam. Ini adalah suatu anggapan yang salah. Walaupun iman itu berada di dalam tapi mesti disahkan dengan amalan.

Kalau tidak disahkan oleh amalan, maka itu bukan iman. Iman yang macam ini perlu diproses semula – dengan segera. Kalau tidak, semua jentera jahiliyyah meneruskan iman yang macam ini. Sedangkan kita dengan kelemahan dan kekurangan. Tetapi kita mestilah bersama-sama Allah. Sesungguhnya kekuatan Allah melebihi yang lain.
Firman Allah subhanahu wata’ala:

Maksudnya: ‘berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang besar dengan izin Allah’.

Inilah kekuatan ‘Aqidah yang sebenarnya, yang hendak kita bentuk. Yakin mutlak dengan kekuatan Allah Subhanahu wa ta’ala.

‘Aqidah juga menentukan hubungan seseorang itu dengan makhluk-makhluk yang lain. Kalau ‘aqidah tidak selesai maka akan salahlah hubungan dia dengan makhluk-makhluk lain. Apabila ‘aqidah ini selesai, maka yang lain juga akan selesai. Juga semua masalah yang timbul tidak akan dapat diselesaikan dengan kaedah atau asas yang lain (seperti ekonomi, politik dan sebagainya.

Masalah tidak akan selesai dengan semangat tanpa ‘Aqidah. Amalan kita ikut ‘aqidah mana yang kuat. Kalau kebangsaan (‘asobiyyah) kuat, maka dia ikut nilai kebangsaan. Realiti kini dia campur macam-macam (kebangsaan, harta, pangkat, keselamatan dan sebagainya). Kalau nilai harta kuat maka jadilah macam-macam – samun, rompak, menipu, penting diri sendiri, menindas dan sebagainya. Kebangsaan tidak mengharamkan rasuah dan sebagainya.

Dengan guna nilai-nilai tadi memang boleh capai kejayaan, ikut nilai manusia contohnya kemerdekaan. Tapi apabila hendak teruskan maka tidak boleh lagi (kerana ‘aqidah tidak selesai). Menyelesaikan ‘aqidah adalah satu proses yang cukup besar. Bukan suatu yang main-main.

Kebebasan kita adalah kebebasan daripada dikuasai oleh yang lain selain Allah Subhanahu wata’ala. Kalau tiada proses kadang-kadang kita dikuasai oleh benda-benda yang tidak munasabah. Kita mesti pastikan Allah sahaja yang kuasai diri kita. Barulah Islam betul-betul berfungsi dalam hidup kita. Ayat-ayat Allah tidak berfungsi kerana ‘aqidah kita tidak pernah diproseskan. Jadi kita mesti mula dengan pembebasan ‘aqidah.

ii. Akhlak: Apa yang mesti ada pada Muslim. Al-Quran itu mencerminkan akhlak mukmin. Al-Quran mesti diambil sebagai sumber akhlak.
iii. Hubungan antara manusia dengan Allah – Ibadah.
iv.
Hubungan sesama manusia: muslim dengan muslim dan sebagainya.
a. Usrah (keluarga): nikah kahwin, talaw, nafqah, pusaka dan lain-lain. Setiap orang mesti fahami perkara-perkara ini.
b. Pergaulan harian: jual beli, pinjam meminjam, sewa menyewa, gadai menggadai dan lain-lain.
c. Hubungan dengan non-muslim.
d. Hubungan negara Islam dengan negara yang lain (masa aman, perang dan lain-lain)

Hukum-hukum ini banyak yang tidak berfungsi. Sebab itu perlu jihad yang sungguh-sungguh agar Ahkam ini berfungsi kembali dalam hidup kita.

الخميس، أيلول ٢٢، ٢٠٠٥

Sa'adah...Kebahagiaan


Assalamualaikum...alhamdulillah...sa'adah atau kebahagiaan... idaman setiap insan...
Kehidupan insan bertunjangkan iman, maka imanlah punca kebahagiaan. Iman merupakan keyakinan di dalam hati, diikrarkan dengan lisan dan dilahirkan dalam amalan. Amalanlah bayangan bagi iman seseorang. Amalannya sentiasa berteraskan syariat Ilahi, kerana dia yakin bahawa syariat Ilahi itu lengkap, sempurna, meliputi seluruh aspek kehidupan.
Tiada yang indah di dunia ini melainkan keindahan merasai ni'mat iman yang sejati. Bersama-samalah kita mendidik diri untuk mencintaiNya, kerana tanpa cinta, hakikat keimanan tidakkan tercapai. Marilah kita menjaga Hubungan Dengan Allah Ta'ala (HDA).